Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA : SIAPA SEBENARNYA SAMSENG?
Oleh : Azhari(s)
Selamat berjumpa pembaca semua,
Semuga ceria riang dan gembira,
Seloka ditunggu terasa lama,
Sehari tak baca rindu melanda.
Bila dah pernah baca seloka,
Beban diminda hilang seketika,
Bagaikan obat pulak rasanya,
Bapa dan ibu menggemarinya.
Kalau membaca seloka ini,
Kelak terhibur di dalam hati,
Keluarga semua sama meminati,
Ke mana pergi bawaklah sekali.
Elok juga jika diulangi,
Enak diulang berkali-kali,
Emak dengar pun geli hati,
Esok yang baru sama dihayati.
Lama menanti seloka baru,
Lebih terasa jika seminggu,
Letih bekerja terasa jemu,
Lantaran hati dilamun rindu.
Apabila seloka baru tak jumpa,
Adik bacakanlah seloka lama,
Abah dan emak tentu ceria,
Andai tak sabar gitulah caranya.
Kali ini berjumpa lagi,
Kami membawa berita sensasi,
Kumpulkan semua anak dan isteri,
Kita nak cerita samseng yang misteri.
Siapa sebenarnya samseng negara?
Silalah teka siapa namanya,
Sebelum diberitahu nama orangnya,
Seloka Azhari(s) nak tunjukkannya.
Konon berlaku disuatu tempat,
Kanak-kanak ditikam elak tak sempat,
Karenah bebudak sekolah setempat,
Kejadian demikian sungguh menyayat.
Di tempat lain berlaku juga,
Dibeberapa sekolah konon cerita,
Dikata murid punya angkara,
Dibakar sekolah tunjuk samsengnya.
Maka PM pun beritahu akhbar,
Menuduh Pembangkang membuat onar,
Murid samseng pembangkang diselar,
Menurut PM pembangkang yang ajar.
Sejak TADIKA konon diajar,
Sanggah pemimpin yang kurang ajar,
Setelah besar pemimpin dicabar,
Samsenglah kononnya mereka digelar.
Siapa punca kerajaan tak sedar,
Segala gejala wujud di bandar,
Segenap pelusuk telah menjalar,
Semuanya kerajaanlah punca sebenar.
Di dalam rumahpun mereka diasuh,
Disuruh ikuti perangai musuh,
Di luar pula tarikan ditaruh,
Diajar turuti segala pengaruh.
Tempat hiburan dah menyeluruh,
Tarik remaja tak payah suruh,
Tipu daya syaitan tarik pengaruh,
Telah musnah harapan penyuluh.
Bila remaja akhlak dah hilang,
Begitu juga dewasa malang,
BN kata pembangkanglah dalang,
Belum pasti dah ngata dulang.
Kalau nak tahu samseng sebenar,
Kita singkap pekong dan balar,
Kelaku UMNO BN yang liar,
Kenal dan pasti telah tersebar.
Peristiwa 13 Mei satu tragedi,
PMlah konon yang jadi kemudi,
Pernyataan Marina Datin srikandi,
Petualang semseng tak sedar diri.
Walaupun peristiwa dah lama berlaku,
Wajah pengkhianat kedut seribu,
Wahai pejuang hati berbuku,
Wadah perjuangan sudah dibuku.
Benarlah sungguh berita itu,
Bila diceritakan oleh Tunku,
Bapa Malaysia ampunya buku,
Betul fakta tak usah keliru.
Seterusnya ialah peristiwa MEMALI,
Seluruh rakyat masih ingati,
Sejumlah anak kehilangan wali,
Sedihlah mengenang di dalam hati.
Kalau mengingat peristiwa ini,
Kita ditimpa perasaan ngeri,
Kini PM cuba sembunyi,
Kononnya rakyat telah lupai.
Takkan mudah kita lupakan,
Tingkah laku umpama syaitan,
Tetap diingat sepanzang zaman,
Tidakkan hilang tanah perkuburan.
Ramai lagi konco dan belaci,
Ragam serupa semuapun benci,
Rahim Thambi Chik perkosa sunti,
Rasa nak tembak biar dia mati.
Bawa wang keluar negeri,
Berjuta-juta kitapun ngeri,
Bila tertangkap di luar negeri,
Beliau tersenyum tidak digari.
Masih segar dalam ingatan,
Menteri Besar Pahang punya perbuatan,
Masa di Sanggang jelas kelihatan,
Menunjuk isyarat lucah yang memalukan.
Tak lama berlaku selepas itu,
Tergamak menumbuk tak segan silu,
Terjadi di KLIA semuapun tahu,
Tersangatlah samsengnya Sanusi itu.
Kalau nak diingat kisah DS Anuar,
Kena tinju terajang dan tampar,
KPN terbukti samseng dan celupar,
Kini tersenyum bebas di luar.
Keganasan PDrM siapa tak tahu,
Kelaku demikian tak samsengkah itu,
Kerahan siapa kalau tak MAMAK tu,
Kepada reformis bertindak melulu.
Gelita 14 satu agenda,
Guna mengingati suatu tanda,
Gilalah PM buat propaganda,
Gelagat reformis diada-ada.
Konon Reformis nak buat angkara,
Katanya ingin buat huru-hara,
Koktail Mototov (?) senjata diura,
Ketua Gelita sumbat ke penjara.
Semseng ker tak samseng mereka semua,
Segala PM, MB UMNO/BN dan barua,
Seluruh dunia di Malaysia bersua,
Salah pembangkangkah ini semua?
Kalaulah difikirkan semua ini,
Kita PASti kan meyakini,
Kejadian yang berlaku di sana sini,
Kelihatan dirancang dengan teliti.
Aziz Syamsudin Timbalan Menteri,
Amat terkenal perancang konspirasi,
Apa yang berlaku sekarang ini,
Apakah rancangan sicelaka ini?
Baginya tak susah nak cipta bukti,
Bagi arahan sedia wang kopi,
Belia penagih boleh dibeli,
Bila dapat wang menghambakan diri.
Jangankan setakat nak bakar sekolah,
Jalan selangkah dah pergi sebelah,
Jerung dah bersedia seribu helah,
Jadikan bukti pembangkang yang salah.
Membunuh di MEMALI tiada masalah,
Mudahlah nak libatkan murid sekolah,
Menuduh pembangkang itulah helah,
Mudahlah PM segera mencelah.
Semuanya ini bukannya apa,
Sudah dirancang demikian rupa,
Supaya rakyat segeralah alpa,
Salah guna kuasa PM mesti dilupa.
Barisan Alternatif semua dah tahu,
Bukti kekejaman semahu-mahu,
Bila kezaliman di atas bahu,
Busuknya BN satu perahu.
Dimaki dihina dituduh difitnah,
Didahi dimuka habis diludah,
Dendam mereka tak pernah sudah,
Diamkah kita menunggu padah?
Nak kata sabar sampai bilakah?
Nak kena cabar membuka langkah!
Nak tunggu masa boleh memangkah?
Nak cari tempo sesuai tingkah?
Para penulis di alam siber,
Pandai menulis sambil mencabar,
PAS dan BA masih bersabar,
Puaslah BN terus menampar.
Selagi isu masihlah hangat,
Segeralah bertindak sebelum terlambat,
Sementara ianya masih menyengat,
Sebelum kita hilang semangat.
Kalau BA sepakat bertindak,
Kena turuti semua kehendak,
Kita kan dengar bom meledak,
Kutty menangis macam bebudak.
Tapi seandainya kita bertangguh,
Tak mahu buat bersungguh-sungguh,
Tunggulah nanti siapa yang jaguh,
Tika tu UMNO/BN kembali teguh.
Masa tu barulah kita menyesal,
Mengenang nasib kitapun kesal,
Memamg Datuk Syafie dah bina bangsal,
Mencangkong duduk tak pasal-pasal.
Saya ingat seloka sampai di sini,
Segala silap mohon ampuni,
Silalah baca berita terkini,
Sekian dahulu salam harmoni.
Sekian Terima(lah) Kasih,
AZHARI(S)28JUN2000/RABU2:00AM
|