Salam sejahtera!
SELOKA : CUKUP!!!ChUKUP!!!
Oleh : Azhari(s)
Salam diucap pembuka kata,
Sambil tersenyum tanda ceria,
Sambutlah tangan dihulur mesera,
Seloka kita dimulakan segera.
Eloklah kita mulakan cerita,
Enak didengar juga dibaca,
Elakkan diri dari berduka,
Emak dan bapa juga keluarga.
Lihatlah kini apa terjadi,
Lekas-lekaslah cuba atasi,
Lambat bertindak menyesal nanti,
Lakonan PM dan juga kroni.
Oleh kerana nak simpangkan pandangan,
Otak mereka rancak memikirkan,
Olah semua berita dan keadaan,
Orang mendengar habis berlopongan.
Kalau difikir secara terbuka,
Kelaku PM dah macam puaka,
Kroni dan belaci menari suka,
Kita mendengar rasa terluka.
Adakah kita terus bersabar,
Anak-anak kita turut dilamar,
Angkara mereka belit dan putar,
Angka mangsa semakin besar.
Cukuplah rasanya kita dalami,
Cukuplah juga kita sirami,
cukuplah sudah kita selami,
Cukuplah kini kita kompromi.
Undi kita dah tentu Barisan Alternatif,
Untuk membersihkan gejala negatif,
UMNO BN disingkir secara kolektif,
Untuk kemenangan bergiatlah aktif.
Kini dah cukup kita bersabar,
Kita segeralah bangun mencabar,
Kehulu kehilir kita berkhabar,
Kejahatan BN jadikan iktibar.
Upah dan gaji tak usah dikira,
Untuk agama tinggi menara,
Utuh teguh dan terus mara,
Ungkapan dakwah tiada bersara.
Pilihlah mati dalam beriman,
Perjuangan ikhlas sepanjang zaman,
Pelihara hati penuh keazaman,
Pastikan lidah berzikir nyaman.
Cukuplah sudah segala kezaliman,
Cukuplah sudah tempoh pemerintahan,
Cukuplah sudah jenis penyelewengan,
Cukuplah sudah bentuk penindasan.
Untuk apa kita terus biarkan,
UMNO yang rakus PM benarkan,
Undang-undangpun telah dilacurkan,
Ubahlah segera rentak menghancurkan.
Kita dah puas dipermainkan,
Kepala kita dah dipercaturkan,
Keranda kita dah disediakan,
Ke neraka kita dah diagendakan.
Ujung hayat kita dah dicongakkan,
Untuk kerajaan boleh melangsaikan,
Utang berlambak yang memiskinkan,
Uang kita kerajaan dah belanjakan.
Perangilah segera segala kezaliman,
Perjuangkanlah Islam demi keadilan,
Pemerintah yang ada segeralah singkirkan,
Perancangan kita teruslah mantapkan.
Cukuplah sudah mereka membedal,
Cukuplah sudah mereka menyundal,
Cukuplah sudah mereka mengandal,
Cukuplah sudah mereka mengidal.
hancurlah sudah segala harapan,
habis semua dah mereka makan,
hampalah kita kini rasakan,
hamparlah segera permaidani perjuangan.
Umpama lintah mereka menghisap,
Umpan ditabur secara senyap,
Undi dah dapat merekapun lenyap,
Untuk nafsu mereka perlengkap.
Kita mendengar rayuan manis,
Kalau diikutkan boleh menangis,
Kelak berlaku peristiwa tragis,
Kehulu kehilir mereka menghiris.
Umpama udang disebalik batu,
UMNO berjuang hendakkan sesuatu,
Untuk Melayu konon bersatu,
Umat tertinggal berjuta batu.
Pernahkah kita fikirkan segala,
Padah dan akibat juga gejala,
Pandainya mereka membajak meneggala,
Padahal kita dipenggal kepala.
Cukuplah peluang yang sudah diberi,
Cukuplah mereka mengkayakan diri,
Cukuplah mereka merompak negeri,
Cukuplah mereka menimbulkan ngeri.
hancurkanlah mereka jangan peduli,
hancurkanlah mereka takusah simpati,
hancurkanlah mereka biarkan mati,
hancurkanlah mereka keakar umbi.
Ungkapkan segera perjuangan suci,
Ungkaikan segera pertikaian parti,
Ungkitkan segera perkara dibenci,
Upayakan segera perancangan teliti.
Kerahkan segera jentera parti,
Kumpulkan segala bahan bukti,
Kirimkan segera PM dan belaci,
Kepenjara mereka mesti dihakimi.
Usah ditunggu dua ribu empat,
Usaha kita takut tak sempat,
Usahakan segera supaya cepat,
Usirlah meraka sedaya yang dapat.
Parti kita segeralah permantap,
Pandai bertindak keputusan tetap,
Perjuangan membina bumbung dan atap,
Persiapan mampu untuk berentap.
Cuci segala dinding dan tingkap,
Cari segala ranjau dan perangkap,
Curi segala kesempatan menangkap,
Cuba segala kebolehan yang cekap.
Ubah strategi yang dah tak mempan,
Ubat segera kesalahan dan kesilapan,
Ucap kalimat kesiagaan dan kemantapan,
Undi kebenaran tentukan ketetapan.
Kunci kejayaan pegang digenggaman,
Kaki melangkah pendekar berpengalaman,
Kegunung kelurah juga pedalaman,
Kecapi kebahgiaan dalam keamanan.
Urut dada tanyalah keimanan,
Ugut dera tiadalah ditakutkan,
Usha daya tetaplah diteruskan,
UMNO dan BN mestilah ditumbangkan.
Perihal rakyat tak usahlah dibimbangkan,
Pada rakyat keadilan Islamlah didambakan,
Parti kitalah rakyat sedang harapkan,
Pemerintah zalim rakyat dah kafankan.
Cukuplah dulu seloka dicoretkan,
Cukuplah kita cuba menyelitkan,
Cukuplah rasanya semangat dibangkitkan,
Cukuplah masanya saya menyuntikkan.
Untuk itu samalah kita memperjuangkan,
Untuk itu samalah kita memantapkan,
Untuk itu samalah kita menjayakan,
Untuk itu samalah kita merealisasikan.
Kita satukan barisan alternatif,
Kita padukan barisan alternatif,
Kita kuatkan barisan alternatif,
Kita gerakkan barisan secara proaktif.
Usahlah kita tunggu-tunggu lagi,
Usahlah kita tangguh-tangguh lagi,
Usahlah kita lengah-lengah lagi,
Usahlah kita jengah-jengah lagi.
Padukan kesatuan menentang kezaliman,
Padukan kekuatan menentang kedurjanaan,
Padukan ketumbukan menantang keakuan,
Padukan keimanan menentang keegoan.
Cukuplah dulu sampai disini,
Untuk itu ku mohon diri,
Kita harap berjumpa lagi,
Usahlah risau rasa dihati.
Panjang umur dimurahkan rezeki,
Pada Allah mohon diampuni,
Allah akan terus memberkati,
Selagi hidup hingga kemati.
Sekian terima(lah) kasih!
AZHARI(S)29022000:KHAMIS:5:55PM
|