Oleh : Azhari(s)
MUKADDIMAH:
KEAJAIBAN MINDA
Sesuatu yang baru dialami dalam kehidupan kita akan tercatat dalam diari hidup kita sebagai
sebuah memori untuk dibelek-belak dilain ketika. Tikamana memori yang kita sering ulang-
ulangi mengingatinya dimakan waktu, ia akan bertukar menjadi nostalgia. Jika indah yang
tercatat dalam diari kita, maka ia akan menjadi memori indah dan nostalgia manis. Tetapi jika
sekiranya yang tercatat itu suatu yang hodoh, maka ia akan menjadi memori yang hodoh dan
nostalgia yang pahit.
Keupayaan minda manusia merakamkan berbagai peristiwa sesungguhnya satu keajiban
ciptan Allah SWT, ia menjadi lebih istimewa bila berupaya terus mengingati peristiwa yang
telah berlaku dizaman silam ketika kita masih berada di alam kanak-kanak. Maha suci Allah
yang menciptakan manusia dengan seelok-elok kejadian. Suatu yang dianggap paling
istimewa dan ajaib ialah bila minda kita berfungsi menambah dan terus menambah memori di
dalamnya tanpa mengalami kesesakan atau penuh bahkan ia menjadi semakin luas
kapasitinya bila terus digunakan.
Namun sesuatu yang mengkagumkan dan dianggap yang teristimewa ialah keupayaan minda
kita mengingat sekian banyak fakta, bahkan keupayaan minda kita menghafal Ayat-ayat suci
Al-Quran yang 30 Juzuk itu ditambah dengan beribu-ribu Hadis Nabi SAW menandakan
dan membuktikan manusia itu sesungguhnya dicipta sebagai makhluk yang seelok-eloknya.
FENOMENA POLITIK TANAH AIR DALAM BENTUK STRUKTUR TUBUH
BADAN MANUSIA:
(ORGAN UTAMA : HATI(QALB), AKAL, NAFSU DAN PANCA INDERA -
GOLONGAN PEMERINTAH)
SEBELUM DSAI DITANGKAP
MINDA RAKYAT
Bila kita gunakan istilah minda, sudah tentu ia bukan setakat organ yang digelar sebagai otak
itu sahaja, kerana terdapat makhluk lain yang mempunyai sais otak yang lebih besar dan
timbangan yang lebih berat, tetapi minda itu adalah kuasa seni yang terdapat dalam organ
otak itu sendiri yang disebut sebagai akal. Kalau otak boleh dilihat reka bentuknya tapi akal
tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Ia hanya berjaya dibuktikan wujud di dalam diri
manusia oleh hati yang disebut sebagai "Qalb" atau kalbu. "Qalb" pula bukanlah organ hati
yang kita boleh lihat berupa seketul daging itu sahaja, bahkan ada makhluk lain yang lebih
besar sais hatinya juga lebih berat timbangannya. Ini menunjukkan al-qalb itu wujud dalam
keadaan unik dan seni di dalam ketulan daging yang disebut hati itu.
Akal yang begitu hebat fungsi dan kuasanya tidak akan terserlah kehebatannya tanpa bantuan
atau peranan hati yang disebut 'qalb' itu. Bahkan kalbu itulah yang beraksi sebagai sultan atau
raja kepada seluruh organ manusia yang membuat kata pemutus. Itulah sebabnya Nabi SAW
menyandarkan kebaikan dan keburukan yang berlaku dari reaksi manusia terletak pada
hatinya. Walaupun akal telah membuktikan segala fakta dan logik sesuatu perkara, manusia
tidak akan bertindak menggerakkan organ atau panca-inderanya, melainkan setelah
mendapat arahan dari hati yang telah memutuskan apa yang sepatutnya dilaksanakan.
Hati manusia kadang-kadang terpaksa mengambil masa untuk membuat keputusan yang
hendak dilaksanakan oleh organ-organ lain, bilamana nafsu cuba mencelah dengan
mengemukakan cadangan-cadangan yang menyeronokkan mengasyikkan bahkan
menyelirakan kepada organ-organ manusia yang lain. Cadangan tersebut akan segera
disanggah oleh akal dengan mendatangkan hujah-hujah yang logik dan munasabah dalam
menolak keinginan nafsu yang ingin menjerumuskan manusia ke arah kebinasaan. Maka
seringlah berlaku pergeseran, pertengkaran, pergelutah bahkan peperangan di antara nafsu
dan akal dalam mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh hati manusia.
Akal yang sihat dengan makanannya yang cukup dari beraneka jenis ilmu kemahiran dan
pengalaman akan dapat memenangi pergelutan atau peperangan yang sering berlaku, apa-tah
lagi jika akal banyak menyimpan memori berupa hafalan dari ayat-ayat Al-quran dan Hadis
yang lazimnya berjaya mematahkan hujjah yang dikemukakan oleh nafsu yang hanya
menyenaraikan sekian banyak kebaikan yang berkaitan dengan keinginan yang tidak
terkawal. Hati akan bertindak menghakimi dan menjatui hukuman atau membuat pilihan
berdasarkan yang mana lebih kuat dari hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh kedua-dua
menteri atau penasihatnya itu.
Hanya hati yang cukup sihat sahaja yang dapat membuat sebarang keputusan yang tepat.
Sesuai dengan keperluan rohani dan jasmani serta sesuai dengan ketentuan Allah SWT serta
ajaran Rasulullah SAW. Kesihatan hati banyak bergantung kepada kebijaksanaan akal dalam
memilih ubat-ubatan dan petua yang mujarrab untuk mengekalkan serta meningkatkan mutu
kesihatannya dari masa kesemasa. Ubat kuat yang paling mujarrab menyihatkan hati ialah
ubat Islam,Iman dan Ihsan.
Hati harus memperbanyakkan mengambil ubat-ubat tadi dari masa kesemasa untuk
melihatnya terus ceria dan mampu melaksanakan pentadbirannya sebagai raja dan sultan
dengan baik, tambahan demi tambahan pengambilan ubat-ubat tersebut akan menjadikannya
lebih sihat, kuat, bertenaga dan lebih berkuasa dalam membuat keputusan seterusnya
mengarahkan seluruh organ melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing supaya
melakukan amal-amal soleh yang terkandung dalam Islam, Iman dan Ihsan itu. Rakyat pula
akur tunduk serta taat melaksanakan perintah tersebut dengan ikhlas serta penuh khusyuk
dan tawaduk.
Kalau hati mengabaikan pengambilan ubat-ubat tadi, ia akan kesusutan tenaga dan kuasanya
akan semakin kurang dan lupus demikian juga kemampuannya dalam melaksanakan
pentadbiran. Hati yang dalam keadaan begini degelar sebagai hati yang berpenyakit dan
penyakit hati yang paling besar ialah hasad, riak, ujub dan takabbur. Bila Setiap kali
pengurangan berlaku dalam mengambil ubat tadi maka setiap kalilah juga hati akan ditipu oleh
nafsu untuk mengikut telunjuknya, manakala nafsu yang merasa dirinya telah mula diterima
baik oleh hati yang berpenyakit akan terus memujuk, merayu, membodek, mengampu
sehingga ia dimanjakan oleh hati. Nafsu akhirnya akan naik tocang serta lawan tokeh, yang
akhirnya akan melakukan ugutan dan paksaan supaya segala keingginannya dapat diterima
dan dilaksanakan.
CETUSAN MINDA RAKYAT
ORGAN MANUSIA DALAM MAKNA SIMBOLIK*
Pada masa itu pandangan yang bernas yang dikemukakan oleh AKAL akan dipandang sepi
sahaja. Ini menjadikan akal akan beransur lemah lalu terbawa-bawa dengan rentak NAFSU
yang buas, akhirnya akal juga akan turut menjadi liar dengan memikirkan hal-hal yang negatif
yang ditarikan oleh NAFSU. Ketika inilah AKAL mula digari dilokap dan dipenjarakan oleh
NAFSU atas tuduhan rasuah salah guna kuasa disamping terus dibicarakan atas berbagai
tuduhan dengan bukti-bukti yang direka cipta oleh NAFSU dalam satu konspirasi dengan
MTnya. Lama kelamaan HATI pula kehilangan kuasa. Kuasa yang ada akan dirampas oleh
NAFSU yang buas. Apabila NAFSU memimpin manusia, maka dengan segala kerakusan
dan tamak halobanya ia akan memaksa seluruh angota lain melaksanakan tugas-tugas yang
bertentangan dengan apa yang pernah disuruh oleh sultan mereka sebelum ini, yang mengikut
pertimbangan AKAL yang bersesuaian untuk dilaksanakan oleh mereka dengan ikhlas.
Nasib baiklah sebelum AKAL ditangkap, beliau telah berjaya menerangkan kepada rakyat
tentang kezaliman NAFSU. Beliau seterusnya mengajak rakyat jelata menunjuk perasaan dan
menganjurkan demonstrasi aman menuntut NAFSU supaya berundur serta menyarankan
supaya REFORMASI dilakukan dalam pentadbiran negara. Maka bergemalah setiap hari
laungan REFORMASI dan Undur NAFSU undur. Perarakan dijalan-jalan utama dan
laungan RE..FOR...MA..SI!!! dan UNDUR...UNDUR...UNDUR..NAFSU..UNDUR dan
juga laungan TAKBIR, telah menggerkan kerajaan NAFSU. Segala kekuatan NAFSU
dikerahkan menyuraikan tunjuk perasaan dengan segala kekejaman, kekerasan dan
kezaliman, sehinggalah pada satu ketika AKAL ditangkap di rumahnya dengan cara yang
sungguh mengaibkan.
SENARIO POLITIK TANAH AIR DALAM BENTUK STRUKTUR TUBUH
BADAN MANUSIA: (TISU-TISU : GOLONGAN RAKYAT JELATA)
SETELAH DSAI DITANGKAP DAN DIPENJARAKAN
MINDA PEMERINTAH
Setelah AKAL ditangkap dan dilokap, dia telah didera dan dipukul oleh TANGAN kiri yang
telah diarahkan NAFSU, sehingga beliau pengsan beberapa hari tanpa sebarang rawatan
diberikan. Kejadian ini telah diketahui rakyat jelata bila kesan biru kehitam-hitaman serta
bengkak kelihatan dimuka beliau, ketika beliau dibawa ke mahkamah atas tuduhan liwat.
NAFSU pun terus mengarahkan para konspiratornya mencipta bukti-bukti palsu untuk
mensabitkan kesalahan AKAL. Setelah berbagai barang bukti dibawa ke mahkamah,
NAFSU masih gagal mensabitkan kes liwat AKAL. Lalu NAFSU mengarahkan mahkamah
dan konspirator membuat tuduhan baru iaitu rasuah kerana salah guna kuasa mengarahkan
pihak tertentu supaya mengeluarkan buku 50 Dalil kenapa AKAL tidak boleh jadi PM.
Akhirnya mahkamah terpaksa akur kepada keputusan NAFSU menjatuhi hukuman penjara
selama 6 tahun atas kesalahan rasuah salah guna kuasa. Namun NAFSU terus ingin melihat
dan mendengar mahkamah mensabitkankan kesalahan hati dalam tuduhan liwat. Begitulah
masa berlalu dimana NAFSU terus rakus dengan kuasanya.
Apabila NAFSU telah mabuk kuasa, ia pun bermaharajalela lalu mentadbir manusia dengan
kejam dan kuku besi. Segala rakyat jelatanya akan terpaksa juga melaksanakan perintah PM
nya yang menaikkan tarafnya menjadi rajanya yang zalim. NAFSU telah bertambah-tambah
zalim lagi dalam mendera rakyat jelatanya apabila dia tertipu oleh pujuk rayu syaitan.
NAFSU yang jahat ini telah menjadikan syaitan sebagai rakan kongsinya dalam
merancanakan kezaliman demi kezaliman, sehingga sampai kesatu tahap NAFSU telah
mengisytiharkan dirinya sebagai (umpama) Tuhan terhadap rakyat jelatanya yang lemah dan
tidak berdaya membantah. Ketika itu NAFSU juga telah dengan keegoannya tidak
memerlukan lagi segala khidmat nasihat dari kawan karibnya syaitan, kerana meraskan
dirinya lebih berani lebih rakus dan lebih zalim lagi daripada syaitan yang nampaknya telah
kehabisan taktik-taktik baru yang lebih canggih dalam melempiaskan kezalimannya.
Rakyat jelata yang merasa begitu terseksa dengan kezaliman NAFSU yang mempertuhankan
dirinya, terus berharap supaya AKAL (yang terpenjara di SG. Buluh) kembali bangkit untuk
menegakkan keADILan. Rakyat akan cuba sedaya upaya membangkitkan semula
keunggulan AKAL untuk kembali kepada fungsinya yang asal yang sungguh berwibawa.
Hasil desakan yang bertubi-tubi setiap masa akan menyebabkan AKAL kembali mengorak
langkah pendekarnya. Diari hidupnya akan terus dibelek-belek, memorinya kembali segar
untuk memproses program-program yang berkesan, aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Ia telah
kembali mengambil ubat-ubatan tradisional dan juga modern dalam menambahkan lagi
keupayaannya, sehinggalah ia mampu mengembalikan segala tenaga dan kuasanya yang
sebenar. Ia akan lebih berkesan bila ia kembali bertaubat seterusnya melakukan amal-amal
soleh yang terkandung dalam ubat-ubat kuat tadi iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Maka
demonstrasi dan tunjuk perasaan akan dilakukan terus menerus mendesak supaya NAFSU
undur. Maka slogan "Undur, Undur, Undur NAFSU undur" dan laungan "REFORMASI"
akan terus diteriakkan dengan penuh semangat serta diselang-seli dengan laungan "TAKBIR"
yang mengembalikan semangat juang yang tinggi. AKAL mahu HATI kembali berfungsi satu
hari nanti bila rakyat jelata berjaya membebaskannya dari penjara, dia akan kembali
membekalkan ubat-ubatan dan petua yang boleh memulihkan HATI dan kembali beraksi
sebagai raja yang ADIL. Dari dalam penjara AKAL terus memantau kebangkitan rakyat,
sehinggalah tertubuhnya parti keADILan. Parti ini terus memperjuangkan nasib AKAL dan
juga demi mengembalikan keADILan HATI. Demonstrasi terus diadakan diseluruh negara.
NALIM yang zalim seperti biasa terus menekan dan mendera dengan tiada peri
kemanusiaan. Rakyat jelata yang menunjuk perasaan akan dipukul didera, dilokap dan
dipenjarakan tanpa bicara kerana didakwa di bawah akta ISA dan OSA kerana menentang
kerajaan pemerintah dan dituduh menimbulkan kekacawan dan huru-hara. Segala instrumen
kerajaan dilacurkan dan diliwat oleh NAFSU yang MAHAZALIM. Sehingga semua deria
dan panca indera yang lima selaku menteri kabenitnya terpaksa hanya menjadi tukang angguk
sahaja terhadap segala perintah NAFSU si MAHAFIRAUN itu.
Namun demikian sekelian rakyat jelata yang terdiri dari tisu-tisu kulit dan isi serta deria-deria
halus dalam setiap angota tubuh badan manusia termasuk darah putih dan merah dengan
segala tisu-tisunya demikian juga yang terdapat didalam tulang hingga ke tulang sumsum itu,
terus menggerakkan parti keADILan pimpinan AKAL untuk bangun memberontak
melakukan reformasi secara menyeluruh untuk memulihkan dan mengembalikan pemerintahan
kepada HATI.
Rakyat jelata yang telah terbahagi kepada dua iaitu menyokong si MAHAZALIM dan yang
menyokong golongan REFORMASI yang memperjuangkan keADILan. Oleh kerana
kekuatan golongan MAHAFIRAUN terlalu hebat dengan Barisan Najis (BN)nya, ini telah
menyebabkan golongan pembangkang yang lain akhirnya menubuhkan gabungan parti
Barisan Alterntif (BA) yang terdiri dari AKAL dengan Parti KeADILan, Islam dengan PAS,
Iman dengan PRM dan Ihsan dengan DAP. Apabila pilihan raya diadakan, keputusan
menunjukkan ramai penyokong BN telah menyebelahi BA. Ubat kuat mujarrab iaitu Parti
Islam yang menjadi salah satu parti terkuat BA pula telah berjaya memerintah didua buah
negeri, setelah berjaya mempertahankan negeri MARUAH (Kelantan) kini berjaya
merampas negeri NALURI (Terangganu) manakala dibeberapa tempat yang lain seperti
negeri SENSITIVITI (Kedah) negeri PERIBADI (Selangor) dan negeri EMOSI (Pahang).
BA telah berjaya menambahkan bilangan kerusi ADUN dan juga kerusi MP.
Keputusan pilihan raya baru-baru ini menyebabkan MAHAFIRAUN tertekan apabila ramai
penyokong kuat parti NAFSU (Melayu/UMNO) telah menyeberang serta menyokong parti
BA. BN hanya berjaya meneruskan pemerintahan apabila berjaya menipu parti-parti PELUH
(MCA)dan PERKUMUHAN (MIC) (bukan Islam /Cina dan India) supaya terus
menyokongnya. NAFSU semakin kehilangan taring dan mengalami ketumpulan kuku.
Dengan sisi-sisa tenaga dan kuasa yang ada sekarang, NAFSU telah kehilangan selira makan
apabila ia mengidap darah tinggi, kencing manis, barah dan buasir yang semakin serius,
bahkan dia dinasihatkan supaya tidak sembarang makan, kerana kalau tersilap makan
nyawanya akan melayang.
MINDA BAKAL PEMERINTAH DAN KESIMPULAN
Dalam situasi yang genting ini, AKAL semakin bertambah ceria dan kembali berwibawa dah
telah siap sedia untuk melaksanakan tugasnya sebagai penasihat utama kepada HATI.
Manakala HATI hanya menunggu masa untuk kembali berkuasa dengan penuh keADILan
dan Islam yang dipelopori oleh AKAL yang memang menjadi perjuangan asal mereka
bersama (dalam BA) selama ini. Ini samada kuasa akan kembali kepada HATI melalui pilihan
raya yang akan diadakan pada 2003/4 nanti atau dengan cara lain yang telah dirancang oleh
Maha Pencipta.
Begitulah fenomina hidup dan kehidupan ini sebenarnya diwarnai oleh manusia itu sendiri yang
sudah tentu berkait rapat dengan struktur tubuh badan manusia yang terdiri dari organ utama
yang ditakrifkan sebagai pemerintah manakala selain dari organ utama dan segala panca
indera yang lima yang terdiri dari tulang belulang dan tisu-misu adalah rakyat jelata.
Ini sesuai dengan mafhum sebuah hadis Nabi SAW yang masyhor "Di dalam tubuh badan
manusia itu terdapat seketul daging, yang kalau baik ketulan daging itu maka baiklah seluruh
angota tubuh yang lain, manakala kalau buruk ketulan tersebut maka buruklah pula angota
tubuh tersebut"
Untuk memulihkan UMNO dan BN sebagai parti pemerintah yang zalim yang dikuasai oleh
nafsu serakah yang telah dipertohankan oleh mereka, bukanlah susah sangat, hanya dengan
mengembalikan kuasa kepada yang berhak iaitu akal dan hati mereka sendiri. Kalau mereka
gagal untuk kembali, maka parti pembangkang yang berteraskan keADILan Islamlah yang
dipandang oleh Allah SWT sebagai parti yang layak memerintah. Maka PM yang kini
terkenal dengan gelaran-gelaran seperti MAHAZALIM, MAHAFIRAUN dan sebagainya
tiada pilihan lain kecuali kembali kepada keADILan dan Islam. Jika PM cuba untuk mencari
alterntif yang lain, bermakna PM hanya membiarkan/menyerahkan pemerintahan mereka
kepada Barisan Alternatif.
Walau bagaimanapun sekiranya pakatan BA longgar, goyang dan goyah maka kegairahan
mereka untuk memerintah adalah tipis. Ini adalah kerana kekuatan mereka tidak mampu
menumbangkan kezaliman BN yang kini berusaha mempertahankan kuasa dengan apa cara
jua pun sekali pun dengan darah dan nanah. Jadi BA tidak usah mimpi untuk mentadbir
negara, kerana seandainya berjayapun hanya bersifat sementara dan lemah yang akhirnya
akan kecundang semula dengan begitu mudah serta penuh keaiban dan kehinaan. Oleh itu
adalah lebih baik kerajaan yang ada diteruskan oleh Allah SWT demi untuk memantapkan
sebenar-benarnya pengganti BN.
TG. Datuk Haji Nik Aziz bin Hj. Nik Mat yang menjadi MB Kelantan dan TG. Hj. Abd.
Hadi Bin Awang yang menjadi MB Terangganu serba sedikit tentu tahu sejauh mana BA
boleh memenangi pilihan raya 2003/4 nanti. Maka kebolehan mereka dalam mentelah
kemenangan haruslah direstui dan diterima pakai oleh komponan BA yang lain. Kalau PAS
dengan dasar Islamnya dan sanggup bergabung dengan komponan yang lain atas dasar
memperjuangkan keADILan, maka persefahaman inilah yang harus terus dipupuk dibaja
supaya subur merimbun bakal dijadikan tempat berteduh rakyat jelata. Kalau rakyat jelata
merasakan pakatan BA memang rimbun dan selesa untuk mereka berteduh, dilarang
macamanapun mereka akan tetap mahu berlindung di bawahnya. Kerana untuk berteduh di
bawah BN yang akar umbinya telah musnah, tiada lagi dedaun rimbun, yang ada hanya
tinggal ranting-ranting mati dan dahan-dahan rapuh dan reput yang amat berbahaya kepada
sesiapa yang cuba berteduh dibawahnya.
Sekianlah sedikit cetusan minda dari rakyat yang kerdil ini, dalam keinginan untuk terus cuba
menyumbangkan sekelumit idea yang ada. Ingin rasanya menyumbangkan idea yang lebih
bernas seperti yang mampu dilakukan oleh penulis-penulis siber yang lain, tapi taraf mereka
memangpun sudah wartawan berpengalan ditambah lagi dengan kesedaran dan keikhlasan,
sudah tentu idea mereka jauh lebih berguna, bernas dan mantap bila keikhlasan mereka itu
menjadi sumber inspirasi yang murni kurniaan Allah SWT, yang Maha Melihat HATI manusia
untuk menilai amalan mereka dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda di dunia dan di
akhirat nanti.
Pertunjuk (dengan makna simbolik*):
*Nafsu = PM
Parti Nafsu = UMNO
BN = Barisan Nasional (Barisan Najis)
BA= Barisan Alternatif
*Hati = Raja/Sultan/Kedaulatan Undang-undang.
*Akal = DSAI
Tangan = KPN (bekas)
Parti Akal = KeADILan
Parti Islam = PAS
Parti Iman = PRM
Parti Ihsan = DAP
Parti Peluh = MCA
Parti Perkumuhan = MIC
Rakyat = Selain dari Hati, Akal, Nafsu dan Panca Indera.
Sekian terima(lah) kasih!
AZHARI(S)
SELASA4JULAI2000