Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
SELOKA : PM - MENGALIH PANDANGAN / MAGERAN
Oleh : Azhari(s)
Salam diucap membuka bicara,
Enak didengar menjalin mesera,
Lalu dibaca jampi mentera,
Olahan PM semakin ketara.
Kalau diteliti sumber berita,
Akan terserlah hasrat dan cita,
Perdana Menteri memang dah cipta,
Mudah baginya membuat cerita.
Mengalih pandangan itulah tujuan,
Elakkan diri dari ketahuan,
Nanti rakyat jadi tak karuan,
Gantikan dengan babak mengharukan.
Andainya rakyat tahu kecurangan,
Lantas bertindak heret kekurungan,
Inilah sebenar sedang dimurungkan,
Habislah huru-hara cuba dirancangkan.
Pandainya mereka cipta kekacauan,
Angkara pembangkang kononnya acuan,
Naikkan kemarahan rakyat sekelian,
Di sekolah mereka cipta kebakaran.
Apabila certia kurang berkesan,
Naik marahlah bagai nak pengsan,
Geram bertambah hilang perasaan,
Akhirnya dirancang satu perkosaan.
Nampaknya cerita semacam dicipta,
Maka berlakulah kecurian senjata,
Enaklah mereka menyiarkan berita,
Nampaklah rakyat bayangkan derita.
Gara-gara cuba alihkan pandangan,
Angkatan tentera terima penangan,
Lambatlah pulak nak buat kepongan?
Ini menyebabkan timbul kebingongan.
Harapan PM rakyat ketakutan,
Pandangan mereka cuba di "U" 'turn'kan,
Akan lupa kes mengejutkan,
Nak cipta sesuatu bolehkan "Mageran"?
Demikianlah PM dah buat percaturan,
Akibat dah langgar segala peraturan,
Nekadlah kini laksanakan rancangan,
Galak sekali nak alihkan pandangan.
Ada yang kata senjata diagihkan,
Nampak gaya Mahazalim ketakutan,
Mesyuarat diadakan lengkap ketumbukan,
Entahkah adegan sedang dilakonkan?
Nampak sangat gelagat melucukan,
Gunakan taktik yahudi banjingan,
Akan terbongkar semua perancangan,
Lihatlah nanti Allah tunjukkan.
Itulah balasan cuba mengaibkan,
Hamba Allah telah difitnahkan,
Padahal tuduhan sengaja diadakan,
Angkutlah tilam untuk membuktikan.
Natijahnya tak dapat disabitkan,
Dituduh pula rasuah kekuasaan,
Agar hukuman dapat dijalankan,
Namun liwat tetap diteruskan.
Gelagat hakim cuba dipadamkan,
Ada rancangan ingin diteruskan,
Nak pastikan liwat disabitkan,
Maka tempoh jawatan disambungkan.
Enam tahun belumlah mencukupi,
Niat PM mestilah disanggupi,
Geramnya terus marak berapi,
Atur keputusan secukup rapi.
Liwat tetaplah terus dibicara,
Ingin disabitkan berbagai cara,
Hadapkan saksi punya gara-gara,
PM kini menghadapi sengsara.
Aduan saksi punya angkara,
Nama PM terlibat perkara,
Dalam siasatan rasuah ketara,
Abul Hassan dibela segera.
Niat lindungi kroni perkasa,
Galaklah dia gunakan kuasa,
Akhirnya BPR berhenti pereksa,
Namun kini membongkar terpaksa.
Melihat diri hendak dibicara,
Eloklah mengelak berbagai cara,
Namun semuanya nampak ketara,
Gantung dirilah dipuncak menara!.
Acara penghantaran surat ke balai,
Lancar agihan setiap helai,
Itu Ezamlah ampunya pandai,
Harap polis segera melambai.
PM sekarang kurang selesa,
Andai diheret esok dan lusa,
Nak lari ke mana memandu rusa?
Dah makin hampir hilang kuasa.
Akibat rasuah salahguna kuasa,
Nampaklah kini balasan Yang Esa,
Gagahlah kononnya lagi perkasa,
Allah nak balas tak payah paksa.
Namun Mahafiraun tak putus asa,
MAGERAN pula dianalisa,
Andainya berjaya cukuplah selesa,
Genggam kuasa secukup masa.
Eloklah segera kita fikirkan,
Rancangan Mahazalim cuba gagalkan,
Andainya kita tiada tindakan,
Nanti menyesal tak kesudahan.
Menyingkir PM satu kerjaya,
Anjurkan usul tidak percaya,
Gagalkah nanti atau berjaya,
Elok juga sebelum pilihanraya.
Rakyat tak kira siapa pengganti,
Andainya rancangan berjaya nanti,
Nahas Mahazalim hendak dipasti,
Olahlah segera rancangan teliti.
Lihatlah nanti gelagat pemitnah,
Enggankah lagi pergi mahkamah,
Harapan akan hancur dan musnah,
Allah nak balas bukannya susah.
Zuriatnya jangan terlepas bebas,
Heretlah kroni sama satu bas,
Andai ditengok sekali imbas,
Inilah balasan bakal melibas.
Seloka kini mohon berhenti,
Ada masa berjumpa lagi,
Biasalah, cuba hendak berbakti.
Andai tersilap harap maafi.
HANYA KEPADA ALLAH KITA MOHON PERLINDUNGAN!
Sekian terima(lah) kasih!
AZHARI(S)
KHAMIS6JULAI2000
|