Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA : MAHATHIR PENGUNDANG BALA YANG WAJIB DISINGKIR
Oleh : Azhari(s)
Salam sejahtera untuk semua,
Elok diucap ketika bersua,
Lambang kemeseraan dimana jua,
Oleh pemberi dan penerima berdua.
Kita teruskan seloka ria,
Ana harap semuanya ceria,
Mari teliti mengguna deria,
Angkara durjana seorang manusia.
Habislah sudah dosa dilaksana,
Allah dicabar Rasul dihina,
Terlibat ulama' disini sana,
Hingga sekarang tak tidur lena.
Inilah akibat menurut nafsu,
Rasa tak puas hiduppun lesu,
Padanya bebas timbulkan isu,
Egonya tak kira benar dan palsu.
Nampaknya PM sudah terlanjur,
Gagahi diri tak mahu mundur,
Untuk hidup biar membujur,
Nekadlah diri hingga berkubur.
Di dalam hati sungguh menyesal,
Anuar disinggkir membawa sial,
Nak tunjuk bukti terkial-kial,
Gunalah segala perempuan sundal.
Bila pertuduhan tak terbuktikan,
Anuar bersih cuba dikotorkan,
Lantas rasuah pula disabitkan,
Anuar berjaya mereka penjarakan.
Yakinkan rakyat Anuar penjahat,
Antara agenda yang telah terpahat,
Namun terbukti dialah yang jahat,
Gelagat PM rakyat dah lihat.
Wayang dicipta sudah terbongkar,
Antara aksi ada yang kelakar,
Jalan cerita selalu bertukar,
Ingin tamatkan semakin sukar.
Bila PM nampak tercabar,
Darihal pengakuan yang telah tersebar,
Isu rasuah cuba dikhabar,
Sinilah PM kehilangan sabar.
Ingin mengelak pergi mahkamah,
Nekadlah PM beri ceramah,
Gamatkan "isu PM" menunjuk lemah,
Konon Melayu bakal dimamah.
Ingatkan rakyat bangkit membantah,
Rakyat marah hendak meratah,
Mengharap pembangkang cuba melatah,
Akhirnya isu basi nak muntah.
Harapkan rakyat telah lupakan,
Akan tetapi gagal mengalihkan,
Terus dicipta satu kejadian,
Hangat sekejap cerita kebakaran.
Isu kebakaran tidak dihiraukan,
Rakyat dah tahu itu dirancangkan,
Pembunuhan pula dihebohkan,
Esok lusa cerita dibiarkan.
Nampak gaya PM yang tak lupa,
Gangguan mahkamah sering menerpa,
Untuk hidup berduka nestapa,
Dalam penjara tempat bertapa.
Apabila PM tak tidur mata,
Nampaklah ia drama cerita,
Galaklah ia cuba mencipta,
Babak drama kecurian senjata.
Akan dicipta cerita huru-hara,
Lalu dikerahkanlah Angkatan tentera,
Akan melakonkan drama yang diura,
Yakinlah PM dramanya juara.
Angkatan tentera mulakan cerita,
Nak lakonkan kecurian senjata,
Gairahlah PM bersengkang mata,
Wajahnya jelas yakin berjuta.
Apabila lakonan sedang berjalan,
Juak-juaknya lakukan kawalan,
Ingin laksanakan penuh kecekalan,
Berterabor rupanya skrip hafalan.
Dikala itu rosaklah rancangan,
Ikut skrip demikan cadangan,
Silap sedikit ketara kepincangan,
Isytihar batal ubah perancangan.
Niat dihati nak cipta "MAGERAN",
Gagal punya pasal ubah pengambaran,
Kerana kesilapan PM jadi baran,
Ikutkan skrip mangsa berkaparan.
Rakyat mengikuti drama pencurian,
Meleleh air mata gelak kelucuan,
Arif sangat segala kepalsuan,
Hampalah PM penuh kepiluan.
Akan tetapi tragedi diingati,
Tekad Askar perlu dihormati,
Hati mereka telah disakiti,
Ingin membalas dendam dalam hati.
Rakyat sekelian haruslah waspada,
Perancangan PM tetap masih ada,
Eloklah segera singkirkan mamanda,
Nanti akan ada lagi propaganda.
Gilapkan segera minda yang ada,
Untuk memikirkan berbagai agenda,
Nawaitu kita mestilah senada,
Dalam bertindak mestilah waspada.
Agenda Ezam berilah sokongan,
Nanti ketibaannya tempat dicadangkan,
Gerakkan penyokong berilah dorongan,
Bila-bila masa datang berbondongan.
Adalah diharapkan tercapailah segera,
Langkah mengheret PM ke penjara,
Akan dijadikan sejarah negara,
Yakinlah kita semangat yang membara.
Anggaplah itu semua kewajiban kita,
Niat kita ikhlaslah semata-mata,
Genggamlah ia amanat rakyat jelata,
Wajib dilaksana selagi buka mata.
Allah akan turut memberkati,
Janganlah kita bersusah hati,
Ingatlah Allah yang tiada mati,
Berdoalah selalu agar dirahmati.
Dalam kita gairah melaporkan,
Ingatlah selalu musuh menghiburkan,
Segala taktik cuba diaturkan,
Impian kita hendak dileburkan.
Nama baik diri dan parti,
Genggam erat di dalam hati,
Kerana Allah selalu diingati,
Itulah azimat pejuang sejati.
Rakyat marhaen turut mendoakan,
Agar perjuangan beroleh kejayaan,
Zahir dan batin ikhlaslah amalan,
Harap Allah sedia memakbulkan.
Ana rasa cukuplah di sini,
Rasa pilu berpisah kini,
Iringilah perpisahan ini,
Selamat berpisah harap maafi.
Sekian Terima(lah) Kasih.
AZHARI(S)
sabtu8Julai2000:03:20am
|