Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELOKA : MAHATHIR VS KEMUNGKARAN DAN PERANAN ULAMAK UMNO

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Salam Sejahtera!

SELOKA : MAHATHIR VS KEMUNGKARAN DAN PERANAN ULAMAK 
UMNO


Selamat bersua sekali lagi,
Elak bermurung atur strategi,
Lekas bertindak elakkan rugi,
Orang dibenci menyeringai gigi.

Kalau kita teruslah alpa,
Angkara murka terus menerpa,
Mahathir Firaun nampak serupa?
Angkara kejamnya tak dapat dilupa.

Habislah kemungkaran sudah dibuat,
Akan diingat sepanjang hayat,
Telah terpahat dihati rakyat,
Hingga menjadi satu riwayat.

Ingatkan dia mahu bertaubat,
Rakyat marah jadi terubat,
Video palsu pula dibuat,
Sahlah hatinya sudah tersumbat.

Kalau kita cuba senaraikan,
Entah berapa banyak kemungkaran,
Mahathir selamba cuba lakukan,
Umpama dosa bukan kesalahan.

Nampaklah Mahazalim egonya maksima,
Gusarpun tidak tentang saksama,
Kelihatan baginya semua sama,
Amalkan korupsi kronisma dan nepotisma.

Rakyat dah tahu segala kezaliman,
Anuar dah bongkar segala kekejaman,
Nampaknya mahatahir dah hilang iman,
Dahsyat sekali di sudut keislaman.

Angkara mungkarnya tak pernah ditegur,
Nak harapkan ulamak UMNO yang tidur?
Penakut bacul macam tiada telur,
Elakkan mahazalim menghukum kebulur.

Rajinlah mereka kerja mengampu,
Akan dibela kenyataan merapu,
Nak tunjuk mereka raja penipu,
Andai berlagak habislah disapu.

Nampaklah mereka dah hilang jujur,
Ulamak UMNO iman dah luntur,
Lantaran mereka terlalu kebulur.
Angkara nafsu mereka terlanjur.

Mahathir bela "ularmak" midman,
Astora Jabat selewengkan iman,
Kalau jahat dianggap budiman,
Untuk menjilat sepanjang zaman.

Mahathir merasa dirinya kebal,
Nyanyoknya kini menambah bebal,
Orang menegur habis dipenggal,
Angkara mahathir rakyat dah mual.

Zaman mahathir cukuplah sudah,
Harus disingkir lalu diludah,
Akan dipenjara sebagai padah,
Rakyat nak tengok PM terngadah.

Izinkan saya mengundur diri,
Salah dan silap harap maafi,
Akan berjumpa dilain kali,
Bila diizinkan oleh Ilahi.

ADALAH DIHARAPKAN KEPADA PEMBACA YANG BERKEBOLEHAN 
MENULIS UNTUK SAMA-SAMA MENYUMBANG BAKTI DEMI 
MEMAKMURKAN ALAM SIBER INI..AYUH!

HANGATKAN SUASANA DEMI MEMBANGKITKAN SEMANGAT JUANG 
YANG TINGGI!

Sekian Terima(lah) Kasih!

AZHARI(S)
KHAMIS13JULAI2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com