Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MUNGKINKAH RAFIDAH BAKAL PM WANITA MALAYSIA YANG PERTAMA ?

Assalamu'alaikun warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera!

SELOKA : MUNGKINKAH RAFIDAH BAKAL PM WANITA MALAYSIA 
YANG PERTAMA ? HE! ..HE! ..HE! ..

Oleh : Azhari(s)

Salam diucap pembuka seloka,
Elok diucap bersua muka,
Laman makmur pembacapun suka,
Orang mendengarpun hilang duka.

Kepada "Putra Reformasi", terima(lah) kasih,
Anda dah menyahut cabaran bersih,
Mana yang lain ? takkan menyisih!
Untuk mereka cabaranku masih.

Niat dihati nak kongsi pandangan,
Gara-gara Rafidah punya rancangan,
Kalau boleh minta sumbangan,
Idea mereka yang berkembangan.

Nak ramal sikit rancangan Mahathir,
Kerana nak alih pandangan mutakhir,
Akan melantik TPM akhir,
Hendakkan Rafidah, Badawi disingkir.

Rafidah dah tonjol pandangan kidal,
Al-maklum kini dah habis modal,
Fikirannya kini nak terus membedal,
Ingin sekali menunjuk handal.

Dia dah cadang Naib dibatal,
Angkara hatinya dah rasa gatal,
Harapkan PM menyorong bantal,
Barulah lena tidur sibuntal.

Apa tidaknya cubalah sangkal,
Kan PM bersila tak boleh kekal,
Akan dicarilah siapa bakal,
Lagipun Badawi tak cukup akal.

Pada PM Rafidahlah bagus,
Melihat yang lain masih berhingus,
Walaupun Badawi dah tunjuk bagus,
Agenda tertentu(?) buatnya hangus.

Nak hurai sedikit agenda tertentu,
Ingatkan kita pada "Menantu"(?),
Tak payahlah teruskan cerita hantu!,
Agenda PM nak orang "camtu".

Melihat Rafidah sahaja yang layak,
Agenda diatur mestilah diayak,
Lantaran hati PM dah koyak,
Ahmad Badawi harus dilanyak.

Yang sedapnya nak selamatkan diri,
Supaya tertutup segala diari,
Ingin disimpan sebagai memori,
Apa-apahal tak payah lari.

Yang dilantik tentu mengenang budi,
Apatah lagi dah menang judi,
Nak selamatkan Mahathir tentulah sudi,
Galaklah Rafidah pertahankan "Kodi".

Patutlah Rafidah berani cakap,
Elakkan diri dari dilokap,
Rancangan PMlah Rafidah ungkap.
Ternyata ini sebagai pelengkap.

Andainya ini akan terlaksana,
Mahatahir lega di singgahsana,
Akan terus kuasai suasana,
Allah dilupa Maha Bijaksana.

Zaman "IT" ni hendaklah teliti,
Hadapilah dunia dengan kualiti,
Agenda PM dah dikuliti,
Rakyat nampak yang diselimuti.

Ini cuma setakat pandangan,
Seloka dihidang sebagai sumbangan,
Andainya idea ada kekurangan,
Biarlah kengkawan beri cadangan.

AYUH..! KITA TERUSKAN PERJUANGN INI! KITA MAKMURKAN ALAM 
SIBER INI...AYUH! SEMUA PEMBACA, ANDA BILA LAGI NAK TANAM 
SAHAM??!
HARAP MAAF KALAU ADA SALAH DAN SILAP.

AZHARI(S)
15JULAI2000

 


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com