Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELOKA : MAHATHIR DAN KONCO-KONCO VS GERHANA BULAN ( NABI GALAKKAN BERTAUBAT DAN BERSEDEKAH)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera!

SELOKA : MAHATHIR DAN KONCO-KONCO VS GERHANA BULAN
( NABI GALAKKAN BERTAUBAT DAN BERSEDEKAH)

Oleh : Azhari(s)

Seloka dihidang membuka minda,
Entahlah kenapa degil memanda,
Lihatlah gerhana sebagai pertanda,
Orang zalim patut mengurut dada.

Kalau difikir secara terbuka,
Angkara PM tiada yang suka,
Malah ahli UMNO turut berduka,
Allah ingatkan dengan petaka.

Harapan kita PM bertaubat,
Akan sedar segera berubat,
Taubatlah segera setelah tau buat,
Habiskanlah usia beramal ibadaat.

Insafi kesalahan mohon keampunan,
Rela mengakui segala kesilapan,
Daripada mati tiada kuburan,
Anggaplah rakyat sedia ampunkan.

Nampaknya eloklah PM fikirkan,
Konco-konco sila beri galakkan,
Obor keislaman cubalah tegakkan,
Namun DSAI tolong lepaskan.

Cadangan ini sempena gerhana,
Orang tak ikut bakal merana,
Kalau berdegil sedialah ke sana,
Orang nasihat cubalah terima.

Namun DSAI isytiharkan bebas,
Cubalah buat pengakuan tegas,
Orang mendengar takkan membahas,
Video DSAI katakan tak berasas.

Selamatkanlah agama negara dan bangsa,
Gagahilah jiwa membuat jasa,
Elakkanlah menurut nafsu binasa,
Rakyat Malaysia bertimbangrasa.

Hadapilah hukuman dengan kerelaan,
Anggaplah rakyat berperikemanusiaan,
Namun keikhlasan jadi perkiraan,
Akan diringankan hukuman dan seksaan.

Bila pengakuan penuh keikhlasan,
UMNO/BN mungkin terima balasan,
Lalu BA kuasai atasan,
Anggaplah itu sebaik keputusan.

Namun pengorbanan tetap dimuliakan,
Nanti kan dikenang peristiwa mengharukan,
Antara pengorbanan bukti keikhlasan,
Biarkanlah peristiwa jadi pengajaran.

Inilah ketetapan menjadi tuntutan,
Gagasan ini memang berpatutan,
Allah mengampunkan dosa selautan,
Lihatlah cadangan mata bertautan.

Andainya PM tak terima cadangan,
Konco-koncolah cuba menangan,
Kengganan PM nafi kemenangan,
Ada lebih baik atur perancangan.

Namun yang utama kalangan ulamak,
Bertaubatlah segera biarkanlah mamak,
Eloklah disingkirkan kalau tergamak,
Rakyat sentiasa sibuk menyemak.

Taubat itu janganlah ditangguh,
Allah terima kalau bersungguh,
Ulamak UMNO kembali teguh,
Barisan Alternatif tak akan gaduh.

Anggaplah maut diambang pintu,
Takutlah kepada Allah yang satu,
Dan janganlah adakan baginya sekutu,
Angkara manusia biarlah di situ.

Nak buat apa takutkan manusia,
Benda-benda tu semua sia-sia,
Eloklah bocorkan segala rahsia,
Rahmat Allah jangan dipersia.

Sebenarnya rahsia dahpun terbongkar,
Elaklah dari cuba bertengkar,
Dah terntu baik kita selongkar,
Elok terbukti segera isytihar.

Kalau semua taubat kan bagus,
Akan terselamat dibakar hangus,
Harap termasuk yang masih hingus,
Anggaplah cadangan tersangat bagus.

Zuriat kita hidup tercabar,
Harap gerhana jadikan iktibar,
Anjuran bertaubat bukanlah akhbar,
Riwayat dari imam muktabar.

Inilah sahaja coretan sempena Bulan Gerhana pada malam 17Julai2000.

Sekian terima(lah) kasih!

AZHARI(S)
Catatan: Seloka Azhari(s) mengupas setiap huruf yang menjadi tajuk, sila perhatikan.



        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com