Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera!
SELOKA : SERUAN KEPADA SEMUA AHLI UMNO HINGGA KEAKAR UMBI
(DIPERSILAKAN MENYERTAI BA)
Oleh : Azhari(s)
Salam ceria membuka seloka,
Enakku dengar pengisytiharan terbuka,
Lama ku nanti sambil meneka,
Orang ku puja buat ku suka.
Kelmarin telah buat pengakuan,
Amin Sapiro penulis pujaan,
Saran "Bekas Ahli UMNO" celaan,
Eloklah diturut Ahli UMNO sekelian.
Rasa syukur tidak terkira,
Ulamak UMNO sedarlah segera,
Allah pulihkan kesihatan perwira,
Niat teruskan perjuangan membara.
Kepada sekelian rakyat jelata,
Eloklah fikirkan segala fakta,
PM dah jelas menjolok mata,
Angkaranya melampau mengata nista.
Daim dan PM dah curi khazanah,
Angkara merekalah negara punah,
Seluruh rakyat dah sumpah seranah,
Entah kenapa mereka tak musnah.
Marilah semua rakyat Malaysia,
UMNO ditunggu hanya sia-sia,
Ayuh tinggalkan UMNO tak guna,
Alih kepada BA yang mulia.
Harapkan UMNO Melayu layu,
Lekas tinggalkan tak usah sayu,
Ingatlah di neraka kan jadi kayu,
UMNO ditalak biar merayu.
Marilah segera jangan bertangguh,
Niat dipasang biar bersungguh,
Orang membenci biarkan lenguh,
Hati kita mestilah teguh.
Ini seruan kekasih sejati,
Nak paksa kita tak sampai hati,
Galaklah nanti keluar parti,
Gila wang sampai kemati.
Ayuhlah kasih ayuhlah sayang,
KeADILan menanti para pejuang,
Eloklah kita mengisi ruang,
Ajaklah kengkawan rebut peluang.
Kenapa UMNO mesti ditalak,
Angkara PM yang makin galak,
Rakyat jelata sudah menolak,
UMNO hanya pandai menyalak.
Melihat UMNO semakin reput,
Bersama mereka kitapun semput,
Itulah akibat sokongan luput,
Dihitung penyokong tinggal sejemput.
Ingatkan UMNO tempat bernaung,
PM dah buat rakyat meraung,
Entah kenapa Anuar dikurung,
Rakyat jelata terus bermurung.
Silalah fikirkan semasak-masak,
Ilmu yang tinggi jadikan pasak,
Lihatlah yang lain berasak-asak,
Apakah kita bertahan lasak?.
Kalau saku yang difikirkan,
Allah kan ada boleh kurniakan,
Nak harap UMNO tolong berikan,
Meranalah rakyat harta dibazirkan.
Elakkanlah segala agenda peribadi,
Nanti kita terkena badi,
Yakinlah hidup kekal abadi,
Elaklah diri menjadi abdi.
Rasanya kita semua dah tahu,
Tunggu apa lagi dimahu ?,
Ayuhlah kita berganding bahu,
Islam ditegak satu perahu.
Barisan Alternatif jadikan pilihan,
Agama dijunjung demi KeADILan,
Allah restui prinsip perjuangan,
Zuriat kita tagih pengorbanan.
Hanya disini seloka disaji,
Ana cuma menunai janji,
Rasa dihati nak kibar panji,
Islam ditegak iman teruji.
Setakat ini mohon berhenti,
Ada masa berjumpa lagi,
Bai-bai semua salah maafi,
Akan bersua dilain hari.
HAI! MANA PERGINYA "PUTRA REFORMASI?"
TAKKAN NAK BIARKAN KITA SENDIRI!
Sekian Terima(lah) Kasih!
AZHARI(S)
18JULAI2000
Catatan : Azhari(s) mengupas seloka berpandukan setiap huruf yang terdapat pada tajuk seloka.
|