Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
TAJUK : TUA ITU TUAH MUDA ITU MUDAH
"AZIMAT"
UNTUK ANAK-ANAK CALON PMR-SMU-SPM-STU-STPM
Wahai anak-anakku! Ketahuilah olehmu,
Bahawasanya TUA itu TUAH dan MUDA itu MUDAH.
Tuanya seseorang itu bukan hanya kerana bertambah usianya,
Tetapi sesungguhnya yang diambil kira adalah tuanya dalam menjalani liku-liku hidup dan kehidupan. "Lebih dulu makan garam"adalah tuah mereka yang tersendiri dalam menempuh hari-hari mendatang yang penuh ragam dan beraneka cabaran. Sesungguhnya pengalaman pahit manis yang mereka lalui adalah satu pengalaman yang mengandungi pengajaran buat diri mereka sendiri bahkan untuk dititipkan kepada anak cucu mereka satu hari nanti agar anak cucu mereka kalau boleh biar dapat yang baik-baik dan yang manis-manis saja, sebab mereka begitu kesihan terhadap anak cucu mereka, tidak tega (sampai hati) membiarkan mereka mengalami sebarang kerumitan dan keperitan hidup.
Mudanya REMAJA pula bukan sahaja kerana faktor usianya yang masih setahun jagung, bahkan pengalamannya yang masih hijau. Naluri ingin tahu yang bergelojak di dalam jiwa mereka sebenarnya seringkali bertakhta dihati dan beraja dimata sekaligus berkuasa memerintah emosi dan nafsu yang pada lazimnya inginkan keseronokan semata-mata tanpa memikirkan akibat atau natijah dari menuruti nafsu dan emosi.
Jadi, ungkapan berikut adalah amat wajar dijadikan "azimat" dalam menuju ke arah kecemerlangan:-
MUDA ITU MUDAH… POSITIF DAN NEGATIF,
MUDAH POSITIF… SUKA, SAYANG, CINTA,
RAJIN, REDA, AKTIF, PROAKTIF,
TABAH, SABAR, TEKUN DAN TAAT. MUDAH NEGATIF…
MARAH, BENCI, JEMU, BOSAN,
MALAS, KERAS HATI, LEMBAP, LEMBAM,
GOPOH, LALAI, LEKA DAN DERHAKA.
MUDAH KEPADA SEGALA YANG POSITIF DAN MUDAH KEPADA SEGALA YANG NEGATIF.
MUDAH SUKA MUDAH BENCI,
MUDAH RAJIN MUDAH MALAS,
MUDAH TAAT MUDAH DERHAKA.
OLEH ITU WASPADALAH TERHADAP JIWA MUDA REMAJA,
JADIKANLAH NASIHAT "ORANG TUA" YANG BERTUAH SEBAGAI AZIMAT DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA INI DALAM MENUJU JALAN KE AKHIRAT YANG KEKAL ABADI.
"Bukan dari golongan kami (muslim) mereka yang tidak menghormati orang-orang tua dan tidak mengasihi orang yang muda"
(Mafhum Al-Hadis)
TAPI AWAS!!!
WASPADALAH BILA BERHADAPAN DENGAN
DUA JENIS ORANG TUA IAITU: TUA YANG TUAN,
DAN TUA YANG TUAK.
TUA YANG TUAN AKAN MENGGUNAKAN KETUANANNYA DALAM AGENDA KETUANANNYA YANG MENGANGGAP KITA SEBAGAI ABDINYA YANG HANYA BOLEH MENGUNGKAPKAN KALIMAT "YES BOSS".
TUA YANG TUAK PULA IALAH MEREKA YANG BERCAKAP UMPAMA ORANG YANG MABUK TUAK LANTARAN KETUAAN USIANYA YANG LAYAK DIGELAR SEBAGAI NYANYOK,
ATAU ORANG TUA YANG MABUK DENGAN
AGENDA KEDUNIAAN SEHINGGA ALPA UNTUK BERTAUBAT SEKALIPUN SUDAH BERADA DIHUJUNG USIA YANG JELAS SENJA.
Sekian! Terima(lah)kasih!
AZHARI(S) 28JULAI2000
|