Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera!
SELOKA : PERHIMPUNAN 4 OGOS - UJI SEMANGAT PEJUANG TULEN - PERGILAH SAYANG, ALLAH RESTUI PENCINTA KEADILAN
Oleh : Azhari(s)
Sekian lama tak dapat jumpa,
Eloklah kita bertegur sapa,
Lama seloka sudah bertapa,
Olah strategi, bukannya apa.
Kini kembali memandu minda,
Ada agenda jangan ditunda,
Perhimpunan 4 OGOS satu agenda,
Eloklah semua gegarkan memanda.
Rakyat dah terbakar sekian lama,
Harapkan DSAI segera menjelma,
Inilah masanya rakyat bersama,
Mudah-mudahan doa' Allah terima.
Perdana Menteri dah menggelabah,
UMNO/BN hampir nak rebah,
Nampak gaya penyakit tak kebah,
Agenda 4 OGOS teruslah tabah.
Nampaknya BN dah kelam-kabut,
4 OGOS laksana ribut,
Otak PM dah berserabut,
Gerangan ke mana dia nak cabut?.
Oleh kerana terlalu seram,
Seluruh rakyat dah tunjuk geram,
UMNO/BN sasaran dendam,
Jihad dilancar lama diperam.
Ikutlah semua pergi mahkamah,
Sampaikah hasrat seisi rumah,
Emak bapak anak dan amah,
Majoriti rakyat beri amanah.
Ayuh! semua reformis sejati,
Naikkan semangat bersatu hati,
Genggamlah amanah berani mati,
Allah tetap kan merahmati.
Teriakkan takbir dan reformasi,
Janganlah takut si kuku besi,
Inilah masanya tunjukkan aksi,
Harapan rakyat sebagai visi.
Ayuh! berjuang tuntut pembebasan,
DSAI dalam penindasan,
Para Konspirator melampaui batasan,
Allah akan beri balasan.
Reformasi wajib diperjuangkan,
Aturlah langkah bakti sumbangkan,
Pejuang tulen kita nobatkan,
Elaklah sengketa yang merugikan.
Jeritkan lagi reformasi takbir,
UMNO/BN mesti disingkir,
Al Mamak Kutty harus diusir,
Nasi rakyat dia tabur pasir.
Gari sebenarnya untuk Mahathir,
Tiap kali disafina dia asyik mungkir,
UMNO dijadikannya sebagai tabir,
Lekaslah tangkap itu si kafir(!?).
Enggan melaksanakan syariat Islam,
Niatnya agama biar tenggelam,
Peduli apa agama silam,
Eloklah menghina siang dan malam.
Reformasi takbir laungkan terus,
Gila PM semakin serius,
Inilah akibat jangkitan virus,
Lekaslah penjarakan itu si 'Marcos'.
Ayuh! reformis seluruh negara,
Hajat kita tunaikan segera,
Selamatkan DSAI dari penjara,
Allah akan balas segala angkara.
Ayuhlah bangun reformis sayang,
Lekaslah bangkit terus berjuang,
Lambaian kemenangan memenuhi ruang,
Hadapi kemungkian takut dibuang.
Reformasi takbir laungkan lagi,
Elakkan lari takut seligi,
Sedutlah nafas ketapkan gigi,
Takkan berganjak semangat tinggi.
Ulangi lagi laungan keramat,
Ikutlah rentak dengan semangat,
Peduli apa FRU bangsat,
Elaklah melawan kecuali dahsyat.
Nak takut apa pada manusia,
Cinta agama bukan sia-sia,
Ingatlah harapan rakyat Malaysia,
Nawaitu kita jangan dipersia.
Teriakkan terus kalimat sakti,
Allah mendengar rintihan hati,
Kepadanya kita mohon berkati,
Elok berzikir sambil berbakti.
Ayuh! pejuang kekasih Allah,
Depani semua segala masalah,
Ingatlah pesanan jangan berbalah,
Lekaslah turun mencabar Pak Lah.
Anggaplah Pak Lah takder telur,
Nak guna ISA takut kebulur,
Otaknya asyik ingat pelabur,
Lantas berdiam takut terlanjur.
Elaklah kegansan walau sedikit,
Harap semua jauhi sakit,
Andainya provokasi dah mula bangkit,
Zahirkan peribadi setinggi bukit.
Hampa terasa di dalam hati,
Ana sendiri tak dapat pergi,
Rasa pilu kuasai diri,
Inilah sahaja sumbangan suci.
Sekian Terima(lah)Kasih!
AZHARI(S)
31JULAI2000
|