MUKADDIMAH:
Artikel ini ditulis adalah demi meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap ketidakadilan
kerajaan UMNO/BN terhadap berbagai tujuan murni rakyat keseluruhan, khasnya kami
rakyat di Bawah Bayu ini. Memangpun kita sedia maklum akan kezaliman PM dengan
UMNO/BN-nya. Kezaliman ini terbongkar apabila beliau dengan tiada peri kemanusiaan
telah merancang satu konspirasi bersama MT UMNO memfitnah serta menyingkir seterusnya
memenjarakan DSAI pejuang, mujahid kesayangan rakyat jelata tidak mengira bangsa, kaum
dan agama.
Kalau sebelum ini saya hanya terbaca beberapa keluhan rakyat kerana dihalang dari cuba
mengadakan/menghadiri ceramah melalui alam siber dari laman-laman reformasi, tapi kini
kami telah merasainya sendiri. Pada mulanya kami membayangkan betapa susahnya usaha
mendapatkan tempat untuk mengadakan majlis ceramah, tapi apabila kami berjaya
mendapatkan tempat untuk tujuan yang murni itu, masalah permit pula yang datang. Apabila
permit polis dipohon, polis telah mengarahkan untuk mendapatkan permit dan tauliah
daripada JHEAINS terlebih dahulu.
Oleh kerana penceramah yang ditaja oleh Persatuan Ulama Malaysia (Sabah) merupakan
YB PAS, nama YB ini pula antara yang tersenarai dalam senarai mereka yang disenarai-
hitamkan oleh JAKIM, maka alasan untuk menghalangnya bagi mereka yang bertanggung
jawab menjadi mudah.
Sebenarnya PUM(S) tidak pernah memilih orang-orang tertentu untuk menaja ceramah. Tak
kira parti, tak kira siapa bahkan tak kira datangnya mana, dari dalam negara mahupun dari
luar negara. Apa yang diambil kira ialah menyibarkan Islam melalui dakwah. Maka semua
pendakwah mendapat peluang yang sama dalam penyibaran dakwah Islam keseluruh rakyat.
Lazimnya tiada masalah yang dihadapi untuk tujuan murni ini. Akan tetapi apabila pendakwah
yang ingin berceramah itu dari YB PAS, maka berbagai sebab telah dijadikan alasan untuk
tidak membenarkan ianya berlaku.
Sebenarnya saya tidak nampak apa-apa sebab yang boleh dijadikan alasan apabila
penceramah diundang menyampaikan ceramah sempena Maulidur Rasul dengan tajuk dari
thema Maulidur Rasul itu sendiri iaitu : "Bersyukur tanda keteguhan Iman". Begitulah mengikut
plan "A" yang dipersetujui oleh penganjur. Apabila menghadapi masalah permit, pihak
tertentu telah memberi jalan untuk merangka plan "B" iaitu menukarnya kepada Majlis Dialog
atau soal-jawab bersama YB Datuk Ismail Kamus. Demi menghadapi sebarang kemungkinan
acara bersama penceramah/pendakwah ini tidak dibenarkan, pihak penganjur telah bersedia
dengan plan "C" iaitu ceramah politik anjuran Parti Keadilan setempat, maknanya PUM(S)
akan menyerahkan tugas itu kepada mereka. Seterusnya plan "D" juga siap dirancang, asal
jadi bersama YB penceramah, kata orang jangan tak jadi, majlis Hari Keluarga bersama YB
dirancang dibuat disatu tempat.
Begitulah bersungguhnya PUM(S) sebagai penganjur merancang program untuk YB PAS itu.
Akan tetapi semua plan dari A hingga D tidak mendapat kebenaran. Akhirnya pihak penaja
hanya dapat mengadakan majlis makan bersama ajk pelaksana, tanpa YB berkenaan.
Demikianlah perancangan sejak sebulan sebelum tarikh ditetapkan terpaksa dibatalkan begitu
sahaja. Walau macamanpun tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang telah berusaha
sedaya upaya. Kita harus menerima hakikat yang ada dan mudah-mudahan disebalik
kekecewaan kita hari ini bakal dikurniakan Allah SWT kegembiraan dimasa akan datang,
dimana ketika itu giliran mereka pula akan menelan rasa pahit kekecewaan insya Allah.
SALAH SIAPA DAN APA SALAH KITA ?
Apabila majlis ilmu ini terpaksa dibatalkan, siapakah yang sepatutnya kita salahkan ?
Salahkan PDrM kerana tidak mahu mengeluarkan permit ? Salahkan JHEAINS kerana tidak
memberikan kebenaran/taulih ? Salahkan JAKIM kerana telah menyenarai-hitamkan?
Salahkan penceramah kerana dia YB PAS ?
Apa pula salah kita sebagai penganjur ? Kerana menganjur ceramah yang kebetulan
penceramahnya Datuk Ismail Kamus ? Kerana beliau tersenarai sebagai salah seorang
mereka yang disenarai-hitamkan ? Apakah kerana itu nanti PUM(S) akan dicop sebagai anti
kerajaan ? Apakah akan ada AJK PUM(S) diarah balik semenanjung atau bertukar ke
Pedalaman ? Atau adakah PUM akan dikatakan pro pembangkang lalu pendaftarannya akan
di batalkan pula ?
Apa pula salah kita sebagai rakyat yang hauskan ilmu ? Rakyat yang tidak pernah memilih
siapa penceramah itu, apa partinya, yang penting mengharapkan sesuatu manfaat dapat
diperolehi dari ceramah yang didengar disamping mendambakan pahala dan keridhaan dari
Allah SWT. Rakyat yang satu ketika dahulu disedarkan oleh Ahli Panel Forum Perdana
Ehwal Islam, yang salah seorang dari mereka yang diminati adalah Us.Ismail Kamus.
Salahkah rakyat ingin mendengar ceramahnya setelah beliau bergelar YB PAS ?
Menyelewengkah rakyat dari akidah Islam bila mendengar ceramah beliau ? Atau akan
mestikah mereka berduyun-duyun mendftar sebagai Ahli PAS hanya seterlah mendengar
ceramah sempena Maulidur Rasul dengan tajuk ceramah diambil dari thema : "Bersyukur
tanda keteguahan Iman".
Kami benar-benar merasa diperbodoh-bodohkan, dianggap bodoh oleh mereka yang hanya
memikirkan PARTI - PARTI - PARTI, berbanding CUBA memikirkan AGAMA yang
akan menentukan maju mundurnya bangsa Melayu itu sendiri, di dunia apatah lagi di akhirat.
Itulah sebabnya PM, UMNO/BN sedang merancang untuk memadamkan Islam dari PAS.
Sebenarnya mereka bukan sahaja bertujuan memadamkan Islam dari PAS bahkan agenda
mereka lebih jauh dari itu untuk memadamkan cahaya Islam itu dari bumi Malaysia ini.
Us.HJ.Abd. Hamid Osman dan ulamak-ulamak UMNO harus ingat akan firman Allah yang
bermaksud : "Mereka sentiasa berusaha mahu memadamkan cahaya Allah (agama
Allah - Islam) dengan mulut-mulut mereka, sedangkan Allah SWT tetap akan
menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang
demikian)". (Surah As-Saff : Ayat : 8)
Ahli-ahli UMNO ikutlah sama-sama meniup, tiuplah beramai-ramai, ajak semua komponan
BN sekali untuk meniup dan memadamkan cahaya ISLAM. PAS dan BA insya Allah akan
cuba menghalangnya dengn izin Allah SWT, bahkan Allah SWT telah berjanji untuk
menyempurnakan cahaya Islam itu, dan isny Allah Islam akan tertegak juga di bumi Malaysia
yang tercinta ini. Lawanlah ketentuan Allah itu kalau kamu berani, kalau kamu berjaya. Biar
koyak mulut-mulut kamu, biar habis udara/nafas kamu tiupkan sehingga kamu
menghembuskan nafas yang terakhir, namun kamu ternyata bertindak BODOH @ BAHLOL
= JAHILIYIAH.
AGI IDUP AGI NGALABAN - SELAGI HIDUP TERUS MELAWAN
PAS dan gabongan BA tidak akan pernah berputus asa untuk menentang KEZALIMAN
dan tidak akan pernah lalai dan leka dari memperjuangkan dan menegakkan KeADILan.
Ibarat kata DSAI; "kalau tak hari ini besok, kalau tak besok lusa, kalau tak lusa minggu
depan, kalau tak minggu depan bulan depan, kalau tak bulan depan tahun depan, yang
penting kita mesti LAWAN. LAWAN TETAP LAWAN".
Sesungguhnya 30 Julai 2000 telah menjanjikan satu ketika nanti PAS akan ditubuhkan juga di
sini. PAS akan ada cawangn di sini. PAS akan letak calon pilihanraya di sini. PAS akan
menang disini. UMNO akan kecundang di sini pada 2004.
"LAWAN!!! TETAP LAWAN!"
Sekian Terima(lah)Kasih!
AZHARI(S)
1OGOS2000