Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera!
Salam JIHAD alaf baru!

SELOKA : SABAR KUNCI KEJAYAAN HAKIKI DALAM SEGENAP BIDANG
(Demi Pembebasan DSAI dan Menjana Kemenangan BA 2004)

Oleh : Azhari(s)

Salam JIHAD alaf baru, seloka dimula,
Elok dijana berbagai formula,
Libatkan minda, harta dan jiwa digaris mula,
Olahan strategi semaklah semula.

Keputusan perbicaraan DSAI sudah diumum,
Allah dah tentukan hentikanlah mengaum,
SABARlah terima semua kaum,
Allah sediakan kejayaan harum.

Biarpun keADILan telah diragut,
Angkara PM yang peras ugut,
Rakyat jelata hentikanlah bersungut,
Keadilan ISLAM segeralah pungut.

Usah ditangisi malang menimpa,
Nawaitu kita janganlah dilupa,
Cepatlah bertindak janganlah alpa,
Itulah bukti sabar bertapa.

Kerahkan segala tenaga yang ada,
Elakkan mengikut darah muda,
Jauhi sengketa menguntungkan memanda,
Amalkan SABAR bertindak waspada.

Yakinlah SABAR kunci kejayaan,
Allah dah nyatakan di dalam Al-Quran,
Analisalah SABAR punya kelebihan,
Nescaya kejayaan Allah kurniakan.

Harap disingkap rahsia kesabaran,
Agar bertindak ikut kebenaran,
Kelak musuh bingung bercakaran,
Ingatkan kita marah berkaparan.

Kepala mereka bertambah panas,
Ingin melihat REFORMIS  mengganas,
Diwar-warkan keganasan melebihi batas,
Akhirnya  kecewa "terajang tak berbalas".

Ligatlah mereka provok reformis,
Angkat muka tunjukkan bengis,
Malah memukul begitu tragis,
Sedangkan reformis tersenyum manis.

Entahlah kenapa mereka tega,
Gilakah mereka hendak berlaga?,
Eloklah reformis bersiapsiaga,
Namun SABAR membawa lega.

Anuar dikurung kita bermurung,
Pilihan kita turun "Bertarung"(!),
Buat perhitungan keris disarung,
Ibarat lebah musuh dihurung.

Dendam kesumat tinggi menggunung,
Azam JIHAD mengira untung,
Namun SABAR kawan sebumbung,
Gilapkan hati elak bersabung.

Dahsyatlah mereka mencipta isu,
Entahlah bila terasa lesu,
Mereka cipta bukti yang palsu,
Ingin melihat rakyat berpusu.

Pada mereka aman tak untung,
Enaklah mengisi perut dan kantung,
Memikir kroni dan anak kandung,
Balunlah harta hingga ke kampung.

Eloklah mereka timbulkan fitnah,
Bercakap celupar melupakan tanah,
Akan dibiar sumpah seranah,
Supaya reformis/BA semakin marah.

Anuar dipenjara terus berjuang,
Nawaitunya ikhlas memenuhi ruang,
Dalam penjara bukan terbuang,
Seluruh rakyat rebut peluang.

Andainya kita kehilangan sabar,
Ikutkan hati panas membakar,
Dendam kesumat sedang mencakar,
Angkara kezaliman semangat berkobar.

Nantilah dulu bawa bertenang,
Mari berbincang kalau nak menang,
Eloklah mesyuarat perkuat pancang,
Nak ikut geram kita kan pincang.

Jangan terburu menurut nafsu,
Angkat senjata ganti membisu,
Nak tunjuk geram kita yang lesu,
Ambillah SABAR sebagai susu.

Kita bersiap selengkap-lengkapnya,
Esok peperangan nak buktikannya,
Mari menjana kemenangan sebenarnya,
Empat tahun apa lamanya.

Nak bebaskan DSAI satu kewajipan,
Anak-cucu kita juga jawapan,
Namun peperangan perlu persiapan,
Genggamlah senjata dibarisan hadapan.

Adakah kita dah cukup yakin,
Nak tumbangkan BN secepat mungkin,
BA bersedia membaca talkin?,
Anuar dinobat jadi pemangkin!.

2004 tak lama lagi,
Otak diasah atur strategi,
Lalai sedikit lima tahun lagi,
Eloklah berSABAR menanti pagi.

Hanya satu ana rasa ngeri,
Adakah calon MB (BA) disetiap negeri ?
Zahirnya memangpun ramai berlori-lori,
Hakikat yang layak (di sisi Allah) cubalah cari!.

Ana lihat pilihan Tuhan,
Rujuklah Terangganu atau Kelantan,
Indah keduanya berjubah dan berserban,
Siapa tahu itulah "UKURAN"?

Akhirnya seloka mohon berhenti,
Besok lusa bertemu lagi,
Agenda kita teruskan, mesti!,
Harapkan menang ataupun mati.

Sekian,
Terima(lah) Kasih!

Oleh:

AZHARI(S)
15OGOS2000 



        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com