Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera! Salam JIHAD ALAF BARU!
TAJUK : TUHAN MU ….MANA? DI MANA?
(Buat para Pemimpin Kerajaan UMNO/BN, Khusus buat ULAMAK KAKAK TUA)
Oleh :Azhari(s)
MUKADDIMAH:
Siapa diantara kita rakyat Malaysia yang tidak pernah tahu, tidak pernah mendengar, tidak pernah terbaca, tidak pernah terlihat melalui kaca TV dan media massa, mengenai kes FITNAH terbesar, kes PENGINAYAAN terkutuk, kes PENCABULAN HAK asasi seorang manusia, kes SENSAI PERBICARAAN TERPANJANG = kes yang menyebabkan sejumlah besar ULAMAK pewaris NABI terjun kemedan politik, kes yang menyebabkan ratusan ribu ahli UMNO menyertai BA, kes yang menyebabkan ramai Pemimpin UMNO seluruh negara meninggalkan parti Barisan Najis, yang meninggalkan arena politik tanda protes, kes yang menyerlahkan dan mengesahkan golongan ulamak suuk (tukang anggok), kes yang melebelkan pemimpin "yes boss", kes yang memaksa YB-YB UMNO terpaksa membuat pilihan antara KeADILan atau "Periuk Nasi", kes yang memaksa manusia terpaksa memilih "TUHAN atau PM @
MAHATHIR", kes yang menguji tahap kesabaran, keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT dan Nabi SAW, SIAPA? SIAPA? SIAPA?
JAWAPANNYA = Tiada. Tiada seorangpun diantara rakyat Malaysia yang tidak tahu. Semua rakyat jelata samada yang berdarjat/pangkat tinggi mahupun yang berpangkat rendah sehingga yang hina dina semua tahu. Dari golongan kaya-raya hingga kepada golongan miskin papa kedana semua tahu. Dari yang mewah senang linang sihat wal'afiat hingga kepada yang menderita dan yang cacat semua tahu. Siapa lagi yang tak tahu ? Dari bandar hingga ke desa bahkan ke pedalaman, semua tahu. Boleh dikatakan tiada sama sekali yang tak tahu. SEBABNYA ? PM mahu semua rakyat Malaysia tahu, bahkan seluruh dunia mesti diberitahu.
MAKNANYA = KES DATUK SERI ANUAR IBRAHIM TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA MERANGKAP MENTERI KEWANGAN – DITUDUH/FITNAH MELAKUKAN "LIWAT" ADALAH KES YANG DISAHKAN TELAH DIKETAHUI OLEH DUNIA ANTARABNGSA SEBAGAI "MENGARUT" PALSU DAN ZALIM.
TUHAN "MU"… MANA ? DI MANA?:
Siapa diantara para Menteri/MT/Ahli UMNO/BN yang benar-benar meyakini hukuman yang dijatuhi terhadap DSAI sebagai benar-benar ADIL SEADIL-ADILNYA?
SIAPA? SIAPA?SIAPA? CAKAP!. CAKAP!. CAKAP!.
Mereka yang mendakwa bahawa hukuman tersebut SEBAGAI ADIL hanyalah BOHONG!, BOHONG!, BOHONG!. Seratus peratus adalah BOHONG. Sengaja berbohong. Dipaksa berbohong oleh nafsu serakahnya sendiri, oleh orang yang mereka "PERTUANKAN" dan "PERTUHANKAN". Sedangkan orang yang memaksa mereka, yang mereka pertuankan dan pertuhankan itu sendiri juga BERBOHONG.
Para saksi yang sedia pembohong itu telah dipaksa berbohong dengan berbagai cara. Para peguam dan hakim yang membicarakan kes DSAI itu juga jelas sekali dipaksa/terpaksa atau dengan sukarela berbohong dengan berbagai "kerana".
Kita tidak heran kepada mereka yang memang tidak bertuhan itu berbohong. Kita tidak heran kalau mereka yang sering membelakangkan tuhan itu bohong. Kita tidak heran mereka yang bertuhankan nafsu itu bohong. Kita tidak heran mereka yang bertuhankan pangkat itu bohong. Kita tak heran manusia yang gila harta itu bohong. Kita tidak heran manusia yang cinta dunia itu bohong.
Yang mengherankan kita ialah mereka yang sedar dan mengaku ada punya tuhan, yang mengaku taat kepada perintah tuhan. Yang ada memiliki sijil-sijil serta degree berjela-jela dalam jurusan agama, yang bekerja di JAKIM, di JAIN (dari perlis sampai ke Sabah), MAHKAMAH SAR'IYAH seluruh negara, bahkan MUFTI-MUFTI Malaysia, ada yang buat-buat bodoh, buat-buat tuli, buat-buat buta, tak ambil kisah, takut nak sebut REFORMASI, takut nak sebut PAS, nak sebut KeADILan, nak sebut Barisan Alternatif, takut nak sebut nama DSAI, nama-nama pemimpin BA, seram nak hadiri ceramah BA. Paling takut nak kata Keputusan Mahkamah terhadap DSAI tidak adil, zalim. Tersangat-sangat takut nak kata UMNO zalim, BN zalim, apatah lagi nak kata PM Mahazalim. Nak cakap pun, toleh kiri-kanan. Nak sebutpun, bisik-bisik. Nak bisik pun tengok orang.
Bagaimana dengan diri kita ? Hantar artikel di Laman Web Reformasi, pun takut ? Takut nak sampaikan berita dari LWR/FGR pada kawan. Baca sembunyi-sembunyi untuk diri sendiri sahaja ? Untuk kawan rapat sahaja itupun siap pesan "ini kita-kita saja" atau "for your eyes only". Yang tak ada Internet, nak beli HARAKAH pesan kawan. Baca HARAKAH sembunyi-sembunyi ?
APA SEMUA INI ? Mana perginya TUHAN kita ?Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Maha Mengetahui, Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu, Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha segala-galanya (yang layak dengan sifat-sifat ketuhananNya). Kita setuju prinsip perjuangan "Sir" (Rahsia) seperti mula-mula Nabi SAW memperjuangkan Islam, kemudian "'Asyiratakal Aqrabin" (untuk kaum keluarga) yang perlu didahulukan sebelum keperingkat "Jahr" (terang-terangan). Cuba tanya diri kita (pembaca) diperingkat mana kita sekarang ? Sejauh mana perkembangan perjuangan kita ? Setakat ini DI MANA TUHAN kita ? Ditahap mana iman kita? Dihati (adh'aful iman-iman paling lemah), dimulut (ucapan/tulisan), atau ditangan (guna kuasa yang ada – sedaya upaya – upaya yang paling maksima). Janganlah kita cuba BERBOHONG pula dalam menyatakan jawapan untuk soalan-soalan tadi.
Kalau kita benar-benar tidak berbohong pada jawapan kita, kita kena tanya diri kita soalan-soalan berikut. Adakah kita memada dengan yang ada sekarang ? Kita setuju untuk kekal membatu "JUMUD" tak mahu berkembang ? Tak mahu cuba untuk terus melangkah? Tak mahu MELAWAN ? Biar kena tampar? Kena tempeleng? Kena terajang? Kena inaya/zalimi? Biar kena tipu? Kena pelekeh? Kena buli? Biar khazanah negara terus disonglap oleh si Maharakus, biar kita menanggung hutang negara yang tak akan langsai sampai tujuh keturunan kita ? Biar cicit-piut kita merempat di negaranya sendiri? Jadi peminta sedekah di kaki-kaki lima, jadi tukang lap/kiwi kasut kepada anak-pinak SiMahazalim dan kroni-kroninya. Masihkah kita ingin memangkah UMNO/BN dalam pilihan raya akan datang 2004 ? Masihkah kita mahu Mahashit menjadi PM. Mahukah kita kekalkan Mahkamah Kanggaroo yang ada sekarang untuk mengadili diri kita seandainya kita atau anak-cucu-cicit-piut-antah kita jika terpaksa didakwa (jauh palis / wal'iyazubillah). Mahukah kita terpaksa membayar setiap inci pergerakan kita dengan harga yang diswastkan ? Mahukah kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk rawatan hospital. Mahukah kita melihat anak-anak kita kempunan (kepercayaan syirik) untuk menjejakkan kaki mereka ke Universiti bila kita tak mampu membayar yurannya yang tinggi (sekarang pun bukan main tinggi). Mahukah kita dipaksa membayar hutang negara yang sampai tujuh keturunan pun mungkin tak terbayar.
Yang kita tak ingin nak sebut, tapi sebut juga…. Sanggupkah kita biarkan anak-anak kita bakal menjadi penagih dadah, bohsia, bohjan, perompak, penyamun, sampah masyarakat – apa tidaknya ? Kalau sekarang ini pun "ISLAM" sudah semakin dihakis sedikit demi sedikit, PAS pun akan dilarang mengguna nama ISLAM dalam nama parti, AJK Masjid pun sudah dimestikan orang Kerjaan (maknanya tukang jilat, tukang ampu dan tukang angguk) yang silap-silap azan pun tak boleh pakai pembesar suara kerana mengganggu PM dan segala kroni-proksinya nak tidur. Nanti khutbahpun bakal tidak sah lagi bila nak nasihat supaya bertaqwapun dilarang. Pusat-pusat hiburan akan terus dihalalkan atas nama kemajuan IT (konon) dan mengikut arus budaya songsang barat (takut Malaysia akan lebih Barat dari Barat). Sekarang inipun JAIN Selangor tangkap wanita Melayu yang ikut ratu cantik, muftinya pula kena pecat, tangkap anak-anak Melayu yang minum arak dan entah apa lagi dalam "Tragedi The Ship" pegawai yang menjalankan tugas ikut undang-undang yang diluluskan sendiri oleh kerajaan pula yang diarah menarik balik dakwaan. Kalau sekarangpun anak-anak remaja Melayu Islam yang "MAKSIAT" dibela (maknanya menggalakkanlah tu namanya) apatah lagi nanti dan nanti bila UMNO/BN terus berkuasa, bila Mahazalim terus jadi PM, atau Badwi ganti jagi PM.
Pendek kata tetapkan dan tingkatkan terus IMAN kita dari sekarang. Nak melihat anak- anak kita juga bakal terus kekal beriman mahu tidak mahu kita kena TOLAK UMNO/BN (sebab ? baca balik atas) dan kita kena pangkah dan menangkan PAS dan BA yang jelas memperjuangkan KeADILan dan mempunyai hasrat murni ingin memartabatkan ISLAM dan menegakkan Negara Islam yang diridai oleh Allah SWT. Kita kena pastikan bahawa kita, anak-anak kita dan negara tidak akan KEHILANGAN TUHAN.
KESIMPULAN :
Tepuk dada tanyalah Iman kita.
Lawan tetap lawan hingga ketitisan darah yang terakhir.
Berjuanglah bersama-sama mengikut kemampuan maksima kita. Perjuangan untuk menumbangkan keZALIMan dan menegakkan keADILan adalah satu jihad yang paling besar, dituntut dan wajib dilaksanakan. Seandainya kita enggan melibatkan diri kita dalam jihad ini, bersedialah untuk terus berada di bawah pemerintah yang ZALIM dan sangat membenci kepada tertegaknya sebuah "Negara Islam", bersedialah untuk tega melihat dengan senyum jika anak-anak kita bakal dimurtadkan, disogok dengan gejala mungkar.
Jadi ! Kalau simpati terhadap DSAI, ingin bersama menyokong pembebasannya, kenalah berani berjuang dan memperjuangkan keADILan bersama BA, lagi elok kalau kita memberanikan hati mendaftarkan diri sebagai AHLI pada mana-mana yang kita berkenan dari parti-parti komponan BA. Barulah bermakna perjuangan kita. Barulah lega kita rasa. Kalau kita masih takut, tak usahlah mendakwa bahawa diri kita menyokong pembebasan DSAI, menyokong hasrat/usaha murni untuk menegakkan Negara Islam. Buktikanlah segera keikhlasan hati kita yang tidak pernah berbohong, sekaligus buktikan mulut kita yang pandai berbohong itu juga kini membenarkan isi hati kita yang tidak rida dengan pembohongan.
Teruskanlah menepuk dada kita dan janganlah mudah jemu menanyakan pendirian kita berdasarkan tahap keimanan kita.
Tulisanku ini adalah tanda dan bukti bahawa aku sudah melangkah dan bersama dengan perjuangan suci ini. Salah silap harap maafkan kerana almaklumlah ana bukan penulis yang hebat seperti mereka yang hebat-hebat belaka.
PENUTUP : ANDA BILA LAGI !
Ingatlah pepatah Melayu "Sesal dahulu pendapaatan, sesal kemudian tiada gunanya".
Janganlah kita menjadi orang yang tidak bertuhan. Janganlah kita menjadi mereka yang membelakangkan tuhan. Janganlah kita menjadi orang yang kehilangan tuhan. Janganlah kita menjadi orang yang menentang tuhan.
Janganlah biarkan diri kita terperangkap dalam sifat "JUMUD", tak ambil kisah, buat tak tahu, buat-buat bodoh, buat-buat pekak, buat-buat bisu, buat-buat buta. Janganlah kita asyik kata tunggu dan nanti. Janganlah kita asyik kata tak apa. Janganlah kita main serah saja pada orang lain. Janganlah kita main harap ada orang lain dah buat. Janganlah kita hanya sokong (BA) dalam hati dan memada dengan bukti memangkah BA.
Bangunlah! Bangkitlah! Bergeraklah! Melangkahlah! Dengan aktif, dengan semangat juang yang tinggi, semangat JIHAD, semangat perwira perkasa, semangat ISLAM yang sejati. Sebutlah, laungkanlah dan perjuangkanlah REFORMASI, laungkanlah TAKBIR. Sebutlah nama DSAI dengan tekad memperjuangkan pembebasannya, memperjuangkan gagasannya. Sebutlah PAS, Kelantan dengan MBnya Tn. Guru Nik Abd. Aziz, Terangganu dengan MBnya Tn. Guru Hj. Abd. Hadi Awang sebagai contoh negeri bergelar "BALDATU THAIYIBATU WARBBUN GHAFUUR". Sebutkan Barisan Alternatif (BA), Parti KeADILan Nasional, sebut DSWAI,EZAM,"The Iron Man" sdr. Tian Chua, sebut semua yang kita kenal, DAP sebut En. Lim Kit Siang dan lain-lain, dan PRM sebut semua yang kita kenal, jadikan bahan perbualan kita dimana sahaja.
Cari lambang-lambang BA, pakai, hadiahkan pada kengkawan. Dapatkan berita dari Laman Reformasi, Minda Rakyat, TranungKite, Mahazalim dan lain-lain, baca, print (ana sekarang tak main dah print-print ni lagi, ana masuk dalam Floopy A, masukkan (copy) dalam komputer kawan, atau bagi pinjam sama kawan – apa lagi depa pun sambunglah amal jariah ini pada kawan-kawan depa pula – bagi kawan yang tak ada komputer kita tolong printkan – yang dapat bahan print ni pula pegi photostat banyak-banyak bagi kawan dia pula demikianlah seterusnya) dan edar dan sibar-luaskan kepada semua kenalan kawan atau lawan. Beli HARAKAH, ISU, dan yang sewaktu dengannya, seorang satu (janganlah kongsi-kongsi, pasal nak bantu kewangan PAS-amal lagi) bagi yang tak ada komputer atau tak dapat bahan dari internet. La ni pula TranungKite ada "KOLEKSI PENULIS SIBER"(sila lah lawat), ana cadang nak print artikel-artikel mengikut penulisnya, jadi satu buku, kendian potocopy dan jadikan hadiah kepada kengkawan yang TOTOK Umnonya.
Satu lagi jangan takut-takut kata Keputusan Mahkamah terhadap DSAI adalah zalim. Tadi (baru sekejap tadi sebelum Iqamah Solat 'Isyak) ana sempat tanya kawan : "Ditakdirkan kau kena tangkap dan didakwa dimahkamah – kau rasa kau boleh menangkah?" dia jawab:"Tengoklah dulu pasal apa aku kena tangkap ?" ana jawab:"Sedangkan DSAI pun tak boleh menang, inikan pulak kau!" Kami sama-sama gelak. Kemudian ana tanya dia : "Mahu baca aku punya artikel ?" dia kata : "mana ?" Ana kata : "Kau ada komputer ? nanti aku kasi masuk dalam Floopy kasi sama kau" dia jawab : "Manalah aku ada komputer" ana kata : "Carilah komputer!" dia kata : "Nanti printkanlah kasi sama aku!" bilalpun Qamat, dia sempat kata : "Nantilah!!" HAH!!! Engkorang macamana ?
Kita sambung; jangan takut-takut kata PM tu siMaha- Zalim, Maha Firaun, Maha Shit, Mahadead dan yang seumpamanya. Nak cerita sikit; kawan saya lagi hebat, siap bertukar Floopy dan Kaset REFORMASI dengan bekas SB ni! Itulah tanda kejayaan setakat ini. Walau macamanapun sikap berwaspada dari bahaya dan malapetaka yang bakal menimpa itulah dikatakan "Tawakkal" tapi ini tidaklah menyebabkan kita harus BERBOHONG. Kita seharusnya bangga bercakap benar dan menegakkan kebenaran. Sebaliknya kita wajib malu berbohong apatahlagi mempertahankan satu pembohongan!!! Ini yang dikatakan kehilangan tuhan, membelakangkan tuhan. Orang yang begini perangai dan sikapnya kita kena tanya : "Tuhan MU – Mana ? Di mana ?".
Semoga kita sentiasa diberkati, dirahmati serta diberi taufiq dan hidayah, hidup dan mati dalam keridaan Allah SWT Amin! Sampai di sini ana bermohon diri dan salah silap harap maafkan.
Sekian Terima(lah) Kasih! AZHARI(S)
09:13PM RABU 16 OGOS 2000
|