Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam Sejahtera! Salam JIHAD Alaf Baru!
SELOKA BERTAJUK : PERJUANGAN MENENTANG KEZALIMAN
(DOA' KITA- SEJAUH MANA TELAH DIMAKBULKAN OLEH ALLAH SWT?)
Oleh : Azhari(s)
Selamat bersua kengkawan semua,
Elakkan berduka ketika bersua,
Lahirkanlah keceriaan di mana jua,
Obor dinyalakan mengikut petua.
Kita dah berdoa' sekian lama,
Amalkan solat panduan ulama,
Berjuang menegakkan tuntutan agama,
Elak ketegangan huru-hara menjelma.
Reformasi diperjuang tiada henti,
Tekad dan azam sudah sebati,
Agak terasa lama menanti,
JIHAD menagih pejuang sejati.
Ulamak UMNO dah tak boleh harap,
Kezaliman berlaku mereka perap,
Perjuangan mereka sudah tertiarap,
Entah merekapun dah jadi korup.
Rakyat mengharap HAMAN bercakap,
Jalankan Islam seberapa cekap,
Untuk membela agama yang lengkap,
Akhirnya Anwar pula diperangkap.
Nak harap HAMAN membela umat,
Gagah bertahan kuat semangat,
Anwar dibiar difitnah liwat,
Namun HAMAN pentingkan jawat.
MIDMAN lebih pentingkan tembolok,
Enaklah agama dia perolok,
Niatnya jelas telah membelok,
Entah ke mana dicampak tengkolok.
Nak harap COPNO lagilah teruk,
Terhadap dunia dia kemaruk,
Anwar difitnah dia mengaruk,
Ngampu BOSS sanggup memberuk.
Gerangan apa ULAMNO angguk,
Kerja mereka suka menangguk,
Eloklah air kencing terus diteguk,
Zuriat mereka mangsa disogok.
Anwar akhirnya dihukum penjara,
Lantaran rasuah konon angkara,
Itulah hukuman menutup suara,
MAHA(?) tak apa biarpun juara.
Akibatnya UMNO/BN telah pun kalah,
Natijah PEMILU sudah terserlah,
Demikian PAS/BA telah membelasah,
Obor KeADILan turut membelah.
Angkara kekalahan begitu teruk,
Kelantan dan Terangganu bikin mengaruk,
Ilham dicari nak tunjuk kemaruk,
Tercetuslah DRAMA bertajuk "THE SAUK".
Angkara Al-Ma'unah mencuri senjata,
Sauk dicipta "Multi-cerita"
Elak ke mahkamah cerita "SALGUKUA",
Jerat BA/PAS cerita "KETUMELA".
Anuar disabitkan kesalahan liwat,
UMNO/BN kini bertambahlah gawat,
Harapkan "MELAYU" sudah terlewat,
Mengesahkan UMNO/BN tak boleh dirawat.
Angkara kezaliman menentang Tuhan,
Nampaknya MAHA(?) terima balasan,
Allah membalas tak ketahuan,
Teruk dirasa mereka sekelian.
Eloklah kita cuba sedari,
Lihatlah balasan setiap hari,
Allah makbulkan doa' diperi,
Harap bersabar tunggu nafiri.
Doa' kita telah terkabul,
Itulah UMNO tenggelam timbul,
Kepala mereka terhantuk tombol,
Allah tunjukkan berbagai simbol.
Bilakah lagi Anwar dibebas?
UMNO/BN pula terus mengebas,
Lantak semua habis ditebas,
Kroni-proksi jauh terbabas.
Anwar dihukum bertambah berat,
Nampaklah zalim lagi keparat,
Otak memikir sudah tak larat,
Lantaran UMNO/BN sudah berkarat.
Entahlah bila Anwar merdeka,
Harapkan PEMILU, dah boleh teka(?),
Atau mengamok bunuh mereka!?,
Lebih baik berSABAR buat seketika.
Lambat cepat bukanlah ukuran,
Harap kita tambah kesyukuran,
Semua itu ketentuan Tuhan,
Walau demikian tingkat kesungguhan.
Tela'ahlah sejarah rejim diktator,
Orang yang zalim, keji dan kotor,
Lihat Fir'aun yang sungguh takbur,
Entah berapa lama baru berkubur.
Harap-harap biarlah cepat,
Angkara PM/UMNO/BN rakyat merempat,
Zuriat kita bakal tak dapat,
Harta rakyat dah habis dirembat.
Ana rasa cukuplah di sini,
Rindu-rindu berjumpa lagi,
Inilah sahaja sebagai bakti,
Salah dan silap harap maafi.
KETERANGAN SINGKATAN:
HAMAN/MIDMAN = ABD. HAMID OTHMAN
COPNO = YUSOF NOR ULAMNO = ULAMAK UMNO
SALGUKUA = SALAH GUNA KUASA
KETUMELA = KETUANAN MELAYU
MAHA(?) = + APA YANG PATUT
Sekian Terima(lah) Kasih!
Oleh : Azhari(s) 23OGOS2000
|