Pertama sekali ana memohon jutaan maaf kerana sudah sekian lama menyepi tanpa
sumbangan artikel mahupun seloka. Sebenarnya ana tidak punya banyak masa untuk
menumpukan fikiran dalam membuat apa-apa sumbangan, kerana terlibat dengan berbagai-
bagai aktiviti(al-maklumlah kira orang ....... jugalah..katakan). Walau macamanapun saya
tetap tidak ketinggalan untuk melawati lelaman web REFORMASI kegemaran saya seperti
Minda Rakyat, TranungKite dan lain-lain.
Kedua : Nak respon dengan artikel Kekanda BOMOHDIN (kira netters yang paling banyak
sumbangan setakat ini - tahniah/bravo Allah yaftah 'alaik). Artikel Tok Bomoh bertajuk :
SIRI MENANTI NAFIRI JIHAD : MENYANGGAH SALAH LAKU MAHATHIR 8
SEP. 2000, menarik minat saya. Terus terang setelah membacanya, ana turut bersetuju
terhadap beberapa cadangan yang dikemukakan. Artikel Tok Bomohdin ini sebenarnya
sesuai dengan apa yang pernah saya sarankan dalam artikel saya yang bertajuk: ISU
MAHATHIR "MURTAD" : CADANGAN - MENGHERET PM KE MUKA
PENGADILAN. Ini boleh dirujuk dalam TranungKite seperti berikut:
http://tranung1.tripod.com/berita5/azhari14.htm atau sila lawat koleksi Penulis Siber -
Azhari(s) seperti link berikut: http://tranung1.tripod.com/azhari.htm
Antara cadangan dalam artikel tersebut ialah seperti berikut:
CADANGAN :
Untuk menangani perkara ini saya mencadangkan agar segala bukti-bukti kukuh yang
kita ada, samada keratan akhbar (teks ucapan), artikel, keset, video dan sebagainya,
dikumpulkan. Untuk memudahkan mendapatkan maklumat ini, adalah dicadangkan
agar:
PERTAMA : "web master" mahazalimtwo, TranungKite ATAU lain-lain Laman Web
Reformasi, menyediakan "LINK" khusus mengenainya. Kalau segala bukti yang kita
ada disokong oleh (tarikh, masa, tempat dimana ungkapan 'SYAITAN' itu dilafazkan
serta senarai nama) mereka yang sanggup menjadi saksi untuk menguatkan bukti-
bukti tersebut, maka itu adalah terlebih baik.
KEDUA : Supaya PAS dan BA membentuk Ahli Jawatankuasa Khas BERTINDAK,
untuk MENGHERET PM KEMUKA PENGADILAN. Dengan segala persediaan yang
cukup mantap. Ini termasuk meminta semua MUFTI diseluruh negara membuat
kenyataan dan mengeluarkan "FATWA" mengesahkan bahawa PM telah MURTAD.
KETIGA : supaya Pemuda PAS dan BA mengadakan PERHIMPUNAN AMAN seluruh
negara, menyatakan BANTAHAN terhadap kenyataan PM sempena Perhimpunan
Agong UMNO yang baru berakhir, dengan SLOGAN-SLOGAN tertentu. Kalau
sebelum ini perhimpunan yang adakan sering diganggu oleh PDrM dan FRU, kerana
perhimpunan diadakan disatu tempat yang khusus ( kerana inginkan penyertaan yang
ramai ), kita mungkin boleh mencuba (satu cadangan oleh salah seorang "penulis
siber" - maaf saya tak ingat namanya) untuk mengadakannya diseluruh negara
dengan memperbanyakkan tempat berkumpul demi mengelirukan pihak PDrM dan
FRU untuk membuat gangguan. Maksudnya, setiap Daerah dan Mukim dengan
PENUNJUK PERASAANNYA SENDIRI, tak kisah (sangat) dengan bilangan
penyertaan, tapi biar mereka nampak bahawa TUNJUK PERASAAN sedang berlaku
diseluruh negara.
KEEMPAT : meminta, memohon dan mendesak supaya JABATAN AGAMA ISLAM,
MAJLIS AGAMA ISLAM, PUSAT ISLAM, JAKIM dan badan-badan Islam seluruh
negara mengeluarkan kenyataan yang sama, dan meminta mereka bertindak. Samada
mereka berani atau tidak mengeluarkan kenyataan serta bertindak ataupun tidak,
SURAT RASMI dari pihak PAS dan BA mestilah dibuat dan diajukan kepada mereka
secara terbuka.
KELIMA : surat yang sama juga hendaklah dihantar kepada RAJA-RAJA dan TUAN-
TUAN YANG TERUTAMA seluruh negara.
KENAM : juga kepada pihak media, surat khabar dan RTM, supaya membuat
hebahan mengenai perkara yang sama.
KETUJUH : juga kepada mereka yang difikirkan sesuai diseluruh dunia, demi
menarik perhatian mereka dalam menangani isu buruk ini.
Artikel yang ditulis pada 15 Mei 2000 ini boleh dijadikan bukti bahawa ana pernah
mengemukakan pandangan yang ada persamaan dengan pandangan Tok. Makluman : ketika
itu ana baru berjinak-jinak dengan bidang penulisan dalam TranungKite (masih belum
menyumbang kepada Minda Rakyat).
Ana juga merasa jika Web Master Minda Rakyat atau lain-lain menangani cadangan ini, akan
menyebabkan MAHA(?) semakin kekeringan darah dan kekurangan degupan jantung. Ana
juga percaya "bahan-bahan" yang diperlukan boleh dikumpul, disahkan dengan tarikh, tempat
dan saksi mereka yang mendengar sendiri "Ungkapan Syaitan" itu dilafazkan. Jadi sudah
sampai masanya kita cuba "TIUPKAN NAFIRI JIHAD - ALAF BARU" dalam
mempastikan kezaliman MAHA(?) dapat dibanteras. Setidak-tidaknya segala bahan yang
terkumpul boleh dijadikan "Time Bomb" untuk menghancurkan UMNO/BN khasnya PM @
P***M** itu. Dalam situasi sekarang di mana kita masih memilih saloran "DEMOKRASI"
dan memaksakan - nya untuk dilayari bersama, taktik begini nampak lebih berkesan. Ialah....
nak Jihad dengan benda tajam dan meletup bukan bidang/kegemaran kita, tapi dengan
ketajaman JIHAD ALAF BARU ini... dah ramai juga yang kena penggal dan tak kurang
bilangan mereka yang meletup-letup. Tapi yang kita ingin lihat menjadi mangsa ialah si
MAHA-MAHA....(he..he..he..).
Salah satu dari ungkapan syaitan yang diucapkan oleh itu "BAGERO" ana dengar sendiri, dan
ana sedia menjadi saksi akan kebenarannya, jika diminta.
Jadi ini sahajalah dulu..... Tok Bomoh teruskanlah dengan keTOKBOMOHAN Tok dalam
perang ini, kami sedia berdiri disegenap penjuru.
Sekian terima(lah) kasih!
Azhari(s)
12092000