Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
Salam JIHAD ALAF BARU!
ULA(R)MAK UMNO VS. PERIBAHASA : BERANI KERANA BENAR(?) TAKUT KERANA SALAH(?)
MUKADDIMAH:
Bila kita menyebut perkataan ULAMAK, maka jelaslah terbayang dalam minda kita akan
seorang yang bukan saja 'alim, warak dan berbagai sifat mulia yang terpuji menjadi pakaian
dan amalannya, bahkan kita bersedia untuk menjadikannya sebagai suri teladan yang baik
pada diri kita anak-anak kita dan seluruh manusia. Ini meyakinkan kita bila Nabi Besar kita
Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud : "Ulamak itu adalah waris para Nabi".
Merekalah cermin hidup dan kehidupan kita dalam menuju keridhaan Allah SWT di dunia
dan di khirat.
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH
Sewajarnya insan mulia yang bergelar ulamak itu selari dengan Pepatah Melayu "Berani
kerana benar takut kerana salah" dalam segala tindak tanduk mereka seharian. Maknanya
mereka berani menegakkan dan memperjuangkan kebenaran kerana Allah SWT serta takut
melakukan kesalahan kerana Allah SWT. Bukan kerana yang lain. Ikhlas seikhlas-ikhlasnya
serta jujur sejujur-jujurnya dalam melaksanakan segala amanah dan tanggung jawab. Inilah
yang melayakkan mereka digelar sebagai pewaris para Nabi 'Alaihimus solatu wassalam
(ASW).
Ini bermakna gelaran ulamak dan pangkat pewaris para Nabi ASW itu bukan sekadar
berjaya menimba sekian banyak ilmu dengan bukti sijil yang berjela-jela (seperti kata
siMAHA(?) "sayapun ulamak juga...), bahkan yang menjadi kayu ukur kepada gelaran dan
pangkat tersebut ialah bukti ketakwaannya kepada "Al-'Aliim" iaitu Allah yang Maha
Mengetahui lagi Maha Luas Ilmu dan Pengetahuannya. Ketakwaan itu pula dibuktikan
dengan segala sifat "Mahmudah" (yang terpuji - bukan minta puji).
Sewajarnya semua manusia yang mempunyai ilmu itu melayakkan diri bergelar ulamak dan
menerima anugerah pangkat pewaris para Nabi ASW, kerana kalau mereka 'alim tapi tidak
beramal dengan ilmunya (lain ilmunya lain amalnya), patutlah mereka ini akan dicampakkan
ke dalam api neraka lebih dahulu dari mereka yang menyembah berhala (mafhum al-hadis)
kerana kedayusan serta kemunafikan mereka. Mereka yang sanggup mengenepikan ilmu
yang mereka miliki (kurniaan Allah SWT) semata-mata kerana "Hubbud Dunia" (cintakan
dunia) akan sanggup melakukan segala "Khothiah"(kejahatan), ini sesuai seperti apa yang
disabdakan oleh Nabi SAW "Hubbud dunia raksu kulli khothiah" bermaksud:"Cintakan dunia
adalah kepala kepada segala kejahatan.
Itulah sebabnya ulamak itu dibahagikan kepada dua bahagian : Pertama - Ulamak pewaris
para Nabi dan Kedua - Ulamak "Suuuk"(jahat). Ulamak pewaris para Nabi adalah mereka
yang cintakan akhirat ((dunia hanya dijadikan jembatan untuk ke akhirat - tak buang dunia, =
siMaha(?) dan konco-konconya (ejaan dah betul-tengok kamus-bukan kuncu....maaf) ada
pernah kata (lebih kurang) :"mereka (ulamak PAS) tolak dunia...ini ajaran sesat?)). Manakala
ulamak suuuk atau jahat adalah mereka yang cintakan dunia (sanggup membelakangkan
akhirat).
ULA(R)MAK UMNO VS. ULAMAK PAS
Ulamak UMNo mana ada lagi yang mengekalkan status ulamak pewaris para Nabi, mana ??
ada ?? siapa ??. Kalaupun tak mahu digelar ulamak suuuk tapi digelar Ula(r)mak dah cukup
ringan. Ini kerana mereka telah cuba "Main Ular". Keluarkan hukum ikut kata nafsu kerana
ampu sana ampu sini "demi DUNIA" demi periuk nasi, demi tembolok. Sanggup mengangguk
seperti burung belatok dengan kata-kata keramat(?) "YES BOSS", dengan kata-kata itu Al-
Quran dan Hadis taruk tapak kaki. Ikut angguk sekalipun boss memfitnah DSAI, menghina
ulamak, menghina Nabi SAW, menghina hukum Allah (seperti hudud). Mana ula(r)mak
UMNo yang kata tak ikut angguk ? Cuba cari, dari Perlis sampai ke Sabah. Siapa ??? cuba
cakap. Cakap dalam hati ? Minta maaf. Kita tak mahu terima orang yang tak ada te**r
sebagai ulamak. Kita (Islampun) tak mahu terima ulamak yang "Tak Berani" walaupun benar,
"TAKUT" kerana periuk nasi - cintakan dunia. Kalau ulamak UMNo yang ada dalam senarai
pemimpin kerajaan dari Perlis sampai ke Sabah masih bertahan dalam SHIT, hingga kesaat
ini, maka terimalah gelaran ulamak "SUUUK" dengan riang gembira. Kalau tak sanggup
bersifat "Berani kerana benar, takut kerana salah", tak mahu jadi pak hanggok, tak mahu
dicop sebagai ulamak suuuk, apa ditunggu lagi??? Tinggalkan UMNo, sekarang. Jangan
tangguh-tangguh.
Itulah!, kepingin sangat jadi menteri UMNO/BN, nak tinggalkan UMNo pun hilang TUHAN.
Memanglah alasan yang paling mudah, nak "Berjuang dari dalam (Tong SHIT)", tahu-tahu
dah kena jerat, kena umpan, kena ugut itu dan ini yang hanya akan melayakkan diri menjadi
pak hanggok dan hanya menyebabkan gelaran/pangkat ulamak suuuk melekat dibadan
bersama keharuman(?)SHIT yang kononnya diperjuangkan dari dalam. Mungkin ada yang
akan kata, "engkau cakap senanglah... kalau ulamak macam engkau ni pun berada dalam
UMNo ni, takkan boleh lari punya..., takkan boleh jadi pewaris para Nabi, mesti jadi macam
kami juga.." Betul juga !!! Lihat Us. apa tuuu??? NAKH.....!". Haahh! itulah bukti mereka
yang "cinta dunia" melebihi dari "cinta akhirat" - Memang, tak kira ulamak UMNo atau
ulamak PAS atau mana-mana, kalau kecintaannya terhadap "Keduniaan" tinggi - maka resiko
untuk menempah pingat "SUUUK" adalah tinggi.
Ulamak PAS, syaitan lebih memokaskan perhatiannya terhadap "antum/nahnu" semua. Kalau
dalam UMNo jerat-jerat syaitan dibiar puak-puak dan juak-juak UMNo sendiri yang
'handle', tapi terhadap PAS segala ketua dan "paku punya" termasuk rajanya yang kontrol.
PENUTUP
Itu sebabnya "SAYA" pernah tanya, adakah tokoh-tokoh PAS yang layak menjadi MB di
negeri-negeri selain Kelantan dan Teranggnu ? Yang layak di sisi Allah. Yang kalau kita
teropong Kelantan dan Terangganu, MB-MBnya kedua-duanya berjubah dan berserban,
miliki rumah yang sederhana, kenderaanpun sederhana disamping hidup serba sederhana.
Kalau ada "LEGA" rasanya. Taklah kecewa 2004 nanti, nak rebut banyak lagi negeri. Insya
Allah kalau diusahakan ke arah itu dengan bersungguh-sungguh akan tercapai juga akhirnya.
Ana turut mendoakan disamping turut berjuang sekadar yang termampu.
Akhir kata, tak payah takut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Pantau...mantau!,
"RABBUNA MAUJUD". "INNA ALLAHA MA'ANA"!!!
Meminjam kata-kata hikmat DSAI "Kalau takut menangung resiko, usah bicara soal
perjuangan". LAWAN...jangan takut.
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
LAWAN TETAP LAWAN!
R E F O R M A S I !!!!
Sekian terima(lah) kasih!
AZHARI(S)
16092000