Seloka dikarang hanya sumbangan,
Elakkan sepi teruskan perjuangan,
Lambaian jihad disahut laungan,
Obor kemenangan hampir dalam tangan.
Kalau diteliti berita sensasi,
Akan termuntah kerana dah basi,
Berita disuap menambahkan sangsi,
Eloklah BN nak PECAH kongsi.
Rakyat ditipu tiadalah henti,
Tipuan pula kurang teliti,
Akibat LUNAS punya penalti,
Jadilah BN tiada mentaliti.
Untuk mengelak malu melanda,
Kerajaan sebok atur propaganda,
UMno lancarkan berbagai agenda,
Malang sekali nampak mengada.
Nak salahkan BA ciptalah cerita,
Orang UMno hebohkan berita,
BN kalah memanglah derita,
Namun BAlah tahan bas dan kereta.
Bersalahlah BA menahan BAS,
UMno@BN marah tak puas,
Lancanglah PM sambil mengganas,
Akibat kekalahan BN di LUNAS.
Niat mereka memang dah bengkok,
Padan muka dah kena ketok,
Usahlah terus mahu berkokok,
Akan kepenjara nanti merengkok.
Setelah kalah cuba tak ngaku,
Allah dah balas segala kelaku,
Pujuk rayumu semua tak laku,
Unjuk diambil tapi disiku.
Nak tau itulah balasan Tuhan,
Berjuta rakyat lepas keluhan,
Eloklah diterima segala cemuhan,
Rakyat meluat terima imbuhan.
Salahkan lagi semua orang,
Angkara diri menconteng arang,
Namun orang pulak diserang,
Di sini membuktikan siapa curang.
Itulah akibat mulut yang cabul,
Walaupun wang curah berbakul,
Anggaplah rakyat semua bacul,
Rakyat menghukum BNpun kantol.
Angkara menghina kaum Cina,
Suqui dikata dan dihina,
Anggap komunis musuh durjana,
Natijahnya BN dapat bencana.
Ditambah pula sekolah wawasan,
Itu pelengkap hilang kawasan,
Wang disogok tagih balasan,
Apa guna kalau balik Tong San?.
Ribut pula, bila Pejuang Pelastin keluar,
Andainya dah terkencet di dalam seluar?,
Takut nampaknya rahsia terbongkar,
Ularmak UMnopun buat kelakar.
Sandiwara tu memangpun tipu,
Al-Ma'unah Sauk arahan sifu,
Namun lakonan nampak merapu,
Ditayang semula sesen tak laku.
Intifadhah pula cuba disebut,
Walhal otak dah nampak serabut,
Alangkah malunya dah kelam kabut,
Ramai ahli UMno kini dah cabut.
Adakah patut celuparnya mulut,
Libatkan BA dalam kemelut,
Agaknya dah tak tahan bergegar lutut,
Hasilnya bercakap melalut-lalut.
Jangan dicabar rakyat yang geram,
Usah dicipta sandiwara seram,
Gagasan rakyat tak pernah suram,
Angkara PM UMno kan karam.
Kalau rakyat disifatkan begitu,
Tentulah KERAjaan memang macamtu,
Andainya dah sedar kini mengaku,
Padanlah buruk betul kelaku.
Intifadhah itu perjuangan suci,
Tapi Israeil tersangat benci,
Agaknya begitulah BN dan belaci,
Kerana apa Intifadhah dicaci?.
Kalau memang dah habis modal,
Akan diupah perempuan ***dal,
Nakkan apa semua dibedal,
BN@UMno memangpun handal.
Otak dah tumpul masukkan bakul,
Dibuat apa kalau dah bahlol,
Orang yang ikut kan jadi biol,
Hanya menunggu bilakah kojol.
Sandiwara dicipta arahan siapa?,
Agenda diatur tujuan apa?,
Nak tipu rakyat supaya lupa!,
Gagalkan tuntutan rakyat kenapa?
Andainya takut nak ke mahkamah,
Telorpun hilang menjadi lemah,
Otakpun biol hilanglah hemah,
Itulah punca cipta karenah.
UNDUR BAGIMU MAHATHIR ADALAH SERIBU KALI LEBIH BAIK,
DARI BERTAHAN YANG HANYA AKAN MENAMBAH KEHANCURAN UMNO@BN.
MENAMBAH KEHANCURAN NEGARA.
KALAU INTIFADHAH YANG KAU NANTIKAN UNTUK KAU BARU COBA BERUNDUR,
NANTILAH RAKYAT MENGHUKUMMU DENGAN SEBERAT-BERAT HUKUMAN.
....Sampai di mana kini EZAM dengan deligasinya telah membuat laporan polis
tentang salah guna kuasa PM?
Rakyat di sini ternanti-nanti untuk turut sama memberikan sokongan.
REFORMASI!!!
KE ARAH NEGARA YANG ADIL BERTERASKAN WAHYU.
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA 'EDUL FITRI!
Sekian terimalah kasih!
Azhari(s)
23 Ramadhan1421
|