Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ADAKAH PM MENDAPAT IHANAH SEMPENA LAILATL QADAR ???

Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Salam sejahtera!
SELOKA BERTAJUK : ADAKAH PM MENDAPAT IHANAH SEMPENA LAILATL QADAR ???
(Seperti Musailamatul Kazzab - lain yang diminta (dimahu) lain yang dapat)

Allah mendengar doa' yang terinaya,
Doa' dikabulkan kerana AdilNya,
Andai penzalim menafikannya,
Kliklah suis nyalakah semuanya?

Antara yang diinginkan oleh PENYANGAK,
Harta dan pangkat pengaruh menegak,
Padanya hidup mestilah berlagak,
Mindanya pintar membuat congak.

Mahunya manusia semua tunduk,
Enggan tunduk akan disodok,
Niatnya mesti bersila duduk,
Dalam hatinya hilang tawaduk.

Andai niatnya cuba disanggah,
Padah sedia untuk dipunggah,
Akan ditikam yang tunjuk gagah,
Tipu helah buatnya megah.

Ingin kemenangan sungguhlah mudah,
Hantu jelmaan terkenallah sudah,
Andainya kalah musuh diludah,
Niatnya gagal hati tak gundah.

Hebatlah kononnya menunjuk taring,
Suqui dibelasah sampai terbaring,
Eloklah GPMS bertempik nyaring,
Melayu dipaksa jalan seiring.

Perkauman dibakar digoreng dipanggang,
Entah terlupakah dah tuduh pembangkang?,
Nampaknya dia yang lintang pukang,
Angkara PM UMno@BN tonggang langgang.

Lihatlah kini apa dah jadi,
Angan-angan nak raih undi,
Intifadhah! orang dengar tak sudi,
Lagu MELAYU dah jadi badi!.

Anggapan PM sudah tersilap,
Teriakan MELAYU semakin malap,
UMno@BN dah makin gelap,
Lalailah engkau asyik menyonglap.

Qada' Allah jangan dicabar,
Akan kau terima tolonglah sabar,
Di dunia bolehlah kau kontrol akhbar,
Akhirat nanti ?!! ALLAHU AKBAR!

Rasanya PM UMno@BN dah terima padah,
Setiap yang dicita terbaliklah sudah,
Entah "IHANAH" pembalik madah,
Pintanya air yang dapat ludah.

Eloklah sedar Ula(R)mak anggok,
Rakyat dah meluat takkan tak tengok,
Takkan Melayu bodoh mengamok,
Ikutkan rentak, KAMU yang gemok.

Melayu dihasut supaya BERSATU!,
UMno disokong bertolong bantu!,
Sorrylah nak ikut perangkap hantu,
Akhirnya PM otaknya buntu.

Itulah akibat cipta sandiwara,
Lain kali Puasa kontrollah suara,
Akibat ingin nak tunjuk juara,
Melayu sepi jauh di muara.

Akhirnya apa yang jadi kini!,
Tak percaya tengoklah nanti,
UMno di tinggal kematian bini,
Larilah PATNER menyeberang titi.

Kau hentam Suqui Cinapun marah,
Akhirnya MCA kan pindah arah,
Zalimnya engkau nak tumpahkan darah,
Zaman IT perkauman UMno yang parah.

Apabila Cina dah kau musuh,
Anak Melayu kau suruh merusuh?,
Bila berlaku tangan kau basuh!,
Lalu BA kau renyok lusuh?!!.

Allah tak redha taktik yang keji,
Ingatkan Ramadhan engkau mengaji,
Nak tunjuk yang engkau dah naik aji!,
Yang lain pula cuba kau kaji.

Amaran Allah engkau tak kesah,
Niat hatimu terus membelasah,
Genggamlah parang sudah diasah,
Darah kau cita bumi membasah.

Ingatlah kaumku jangan terpedaya,
Mahazalim hanya nak memperdaya,
Ikutkan rentaknya yang merbahaya,
Nantikan seruannya selepas raya.

Tak usah peduli sinyanyok gila,
Angatkan kaki duduklah bersila,
Larikanlah susu daripada nila,
Agongkan perpaduan sampai bila-bila.

Ingatlah permusuhan tak sampai kemana,
Negara kita belumpun menempah nama,
Yang kita nak gaduhpun sebab sehama,
Alangkah elok ditimbang saksama.

Namun PM@UMno@BN memang dah tak guna,
Gerakkanlah langkah yang lebih bermakna,
Ditunggupun UMno@BN apa gunanya?'
Ayuh! R E F O R M A S I perjuangkan bersama.

Pilihan Rakyat kan sudah ada,
Apa ditunggu sebak didada,
Tinggalkan UMno menjadi duda,
Tinggalkan BN menjadi janda.


REFORMASI!!!
KE ARAH NEGARA YANG ADIL BERTERASKAN WAHYU.
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA 'EDUL FITRI!


Sekian terimalah kasih!
Azhari(s)
24 Ramadhan1421


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 21 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com