Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sebuah seloka : Likas BN Vs BA

Saturday, 14 July, 2001
7:21:33 PM

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera!

Hadiah sebuah SELOKA untuk KEMPEN PILIHANRAYA LIKAS
(Amat sesuai untuk dibuat Banner)

LIKAS "BN Vs. BA"

15 Julai 2001
Likas kini sedang berpesta,
Lunas buktikan siapa pendusta,
Likas pun panas dek caci nesta,
Lunas dah terlepas satu skesta.

15 Julai 2001
Likas menjadi si medan perang,
Lunas membuat PM mengerang,
Likas nak tunjuk siapa pejuang,
Lunas dah buktikan siapa "BerUang".

16 Julai 2001
Likas janjikan pertandingan sengit,
Lunas dah buat PM menggigit,
Likas kini bermandikan ringgit?,
Lunas mengajar Likas pun bangkit.

16 Julai 2001
Likas dikenal dek HANTU yang bangkit,
Lunas pun begitu kalau diungkit,
Likas dibantu PTI terjungkit,
Lunas punya badi bukannya sedikit.

17 Julai 2001
Bukan mencaci bukan memfitnah,
Nak sorok mana barah bernanah,
Biarpun BN janjikan tanah,
Anggaplah mereka bakal memamah.

17 Julai 2001
Biar berjuta janji ditabur,
Nak lihat rakyat yang mata kabur,
Berlagak sombong bersifat takbur,
Anggaplah mereka dah lupa kubur.

18 Julai 2001
Bukanlah kita nak buat cerita,
Nak sokong penipu kita derita,
Betul ker tipu "Warta Berita"?,
Anggaplah mereka dah sediakan kereta.

18 Julai 2001
Bukannya pelik HANTU mengundi,
Nak pastikan PTI turut berjudi,
Bas dah sedia sudi tak sudi,
Anggaplah mereka dah tabur budi.

19 Julai 2001
Bila rakyat semua dah tahu,
Nak kata apa? memang penipu!,
Bertanding semula! tak tahu malu,
Anggaplah mereka dah "kalah malu".

19 Julai 2001
Biar dah tahu nak pangkah lagi?,
Nak buat apa! "hanya taik gigi"!,
Bila menang meraka yang ber"BAHAGI",
Anggaplah mereka tak mahu rugi.

20 Julai 2001
Bila memangkah pastikan yang ADIL,
Nak memastikan calon yang aidil,
Buat apa pangkah yang KUDIL!,
Anggaplah mereka dah sedia bedil.

20 Julai 2001
Bukan sedikit kita dah ditipu,
Nak lunaskan hutang sampai kecucu,
Buatlah keputusan tanpa mengampu,
Anggaplah mereka dah gagal memacu.

Sekian Terima(lah) Kasih,
Oleh:
Azhari(s)
Kota Kinabalu.

........................................................
Artikal terakhir Sdr. Azhari (s) yang disiarkan dilaman ini pada 16 Januari 2001. Pertemuan Kami (Webmaster Tranung Kite, Webmaster Mimbar98 dan Sdr Azhari) masih lagi menjadi kenangan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Sdr. Azhari untuk menengakkan agama Allah di bumi bawah bayu






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com