Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

KEMPEN BOIKOT - NTV7 BANTU TV3 ?

Saya agak suspen dan terperanjat bilamana membuka tv untuk melihat berita pada jam 8.00 malam sebentar tadi. Semenjak kelahiran NTV7, siaran berita yang menjadi pilihan saya ialah NTV7 dan jarang melihat TV1 apatah lagi TV3 yang memualkan itu. Sebentar tadi seperti biasa saya membuka NTV7 untuk melihat berita mana yang patut. Anehnya, hanya siaran komedi yang ditayangkan. Mulanya saya ingat promo siaran rancangan selepas iklan, tetapi selepas agak lama rancangan komedi itu masih lagi ditayangkan, saya merasa hairan kenapa tiada siaran berita jam 8.00 malam di NTV7. Kemudian barulah saya perasan rupanya sejak beberapa hari ini NTV7 telah menyiarkan beritanya pada jam 7.00 petang dan tidak lagi pada jam 8.00 malam.

Perubahan jam siaran berita oleh NTV7 ini dipercayai kerana ingin ‘membantu’ TV3Suku dalam perolehan iklan dimana TV3 suku itu mula merasa perit selepas terkena boikot besar-besaran mulai 1 Februari lepas. Perubahan jam siaran oleh NTV7 ini juga dipercayai sebagai langkah tolak ansur dan atas semangat setiakawan antara keduanya. Pengurusan atasan TV3 dan TV7 dipercayai sudah mencapai persetujuan untuk bertolak ansur bagi meringankan beban yang terpaksa dipikul oleh TV3 kebelakangan ini. TV3 dipercayai sudah merasa kesan boikot oleh rakyat tersebut, menyebabkan perolehan daripada iklannya sudah jatuh mendadak. Ini kerana kebanyakan pengiklan sudah mengalih keputusan pengiklanan mereka kepada NTV7.

Umum sudah maklum bahawa waktu ‘prime’ yang mencatatkan rating tertinggi jumlah penonton yang menonton siaran tv ialah pada waktu siaran berita jam 8.00 malam. Akibat diboikot, syarikat yang mengiklankan produk mereka sudah mulai bimbang untuk menanggung kos pengiklanan yang tinggi untuk iklan tv, sedangkan pulangan daripada iklan tersebut tidak seperti mana yang diharapkan. Manakala tv3 pula bergantung nyawa untuk terus hidup dengan sumber pengiklanan.

Desas desus terkini mengatakan TV3 kini sudah diletakkan di dalam ‘receivership’ sebuah syarikat perakaunan menguatkan keyakinan bahawa kemungkinan besar syarikat TV3 itu, yang selama ini sanggup melacurkan dirinya dalam etika kewartawanan semata-mata untuk memuaskan nafsu buas dan rakus seorang manusia berhati kering berjiwa serigala yang bernama Mahathir Mohamad, akan menurut jejak arwah Metro Vision. Saya bukanlah gembira sangat dengan penderitaan yang ditanggung oleh TV3 sekarang, tetapi kemarahan, kebencian, kemeluatan dan kemualan rakyat terhadap propaganda yang ditonjolkan oleh penyiar itu amat buruk sekali ketika pilihanraya baru-baru ini. Ini menyebabkan rasa marah tersebut memberikan implikasi negatif kepada pihak TV3 sendiri. Bukankah ini padah yang terpaksa diterima dan harga yang mesti dibayar oleh tv3 ? Dan ini jugalah bahananya bilamana etika kewartawanan dipersetankan demi menjaga hati seorang manusia bernama Mahathir.

Apa yang diterima oleh TV3, Utusan Malaysia dan NST sekarang merupakan “hukuman rakyat” yang terpaksa mereka terima padahnya. Selama ini mereka beranggapan rakyat Malaysia ini boleh diperlembu dan diperlekehkan tahap keintelektualan mereka, lantas menyajikan rakyat dengan berita-berita dan propaganda dangkal yang amat menjijikkan. Apakah pihak pengurusan TV3 tidak sedar yang mereka sebenarnya adalah ‘orang bisnes’ yang hendak tak hendak memerlukan keuntungan untuk terus bernafas. Atau mereka sebenarnya berada dalam dilema antara menurut kehendak hawa nafsu manusia bernama Mahathir, yang nafsunya itu mahabuas dan maharakus, atau menghadapi konstrain mencari keuntungan selaku orang bisnes.

Sudah lumrah kejadian Tuhan bahawa Allah s.w.t. tidak menjadikan dua hati dalam diri manusia. Maka demi memuaskan nafsu si maharakus mahabuas manusia bernama Mahathir tadi, TV3 terpaksa akur dan menyedari betapa dhaif dan naifnya mereka dalam mentaati nilai-nilai luhur etika kewartawanan profesional. Kerana kehendak nafsu si maharakus mahabuas tadi perlu dituruti untuk memastikan dapur terus berasap. Persoalannya sekarang, tidakkah TV3 menyedari bahawa sekalipun mereka selama ini tunduk sujud untuk memuaskan nafsu si maharakus mahabuas tersebut, apakah ‘pengorbanan’ mereka itu berbaloi ? Kalau si maharakus mahabuas itu mempunyai kuasa untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang menentang atau tidak mahu menurut kehendaknya, bagaimana pula dengan tindakan boikot oleh rakyat yang sedang dihadapi oleh TV3 sekarang ?

Saya beranggapan, jika tv3 bertindak profesional menurut lunas-lunas kewartawanan sejati dan melaporkan berita yang betul tanpa bersikap berat sebelah terhadap Barisan Alternatif, risiko (kemarahan si Mahafiraun) yang terpaksa diterima mungkin hanya melibatkan dua tiga orang ‘boss’ mereka sahaja, seperti mana nasib yang diterima oleh Yunus Said dahulu. Tetapi dengan tidak mengamalkan etika kewartawanan profesional dan waras tersebut, bukan sahaja setakat dua tiga kerat ‘boss’ tv3 yang menerima risiko, malah keseluruhan kakitangan tv3 terpaksa menelan hempedu yang amat menggusarkan perut mereka. Tindakan pemboikotan selama 3 bulan itu amat signifikan sekali terhadap tv3. Silap haribulan, Tv3 akan menjadi arwah seperti MetroVision dahulu. Jika ini terjadi, apakah nasib yang bakal dialami oleh kakitangannya, termasuklah bos-bos TV3 tadi ?

Satu perkara yang perlu disedari dan dipelajari oleh ‘boss-boss’ di TV3, UM dan NST ialah sedalam mana sekalipun ketaatan dan keampuan yang dibuat terhadap manusia durjana maharakus mahabuas bernama Mahathir tersebut, tidak akan dapat menghalangnya dari menendang dan menyepak keluar saudara-saudara dari takhta yang saudara pegang sekarang. Tengok sahajalah nasib yang diterima oleh Kadir Jasin, Yunus Said, A.Nazri Abdullah dan Johan Jaafar dahulu. Kita ketepikan dahulu soal mereka di pihak mana. Malah yang menjadi penjilat dan pembuntut ke hulu ke hilir mempertahankan seorang manusia maharakus mahabuas bernama Mahathir itu pun , bila dirasakan sudah menjadi suatu liabiliti, akan disepak terajang bagai sampah di tepi longkang. Belajarlah. Renungilah. Hayatilah. Muhasabahlah. Adakah saudara-saudara harus mahu berterusan sebegitu atau pun akal murni saudara-saudara boleh berfikir benar tidaknya apa yang saya nyatakan di sini.

Anda orang bisnes. Hidup mati dan kelangsungan hayat bisnes saudara bergantung penuh dengan sokongan rakyat. Dan rakyat itu pula saudara-saudara harus sedar yang mereka tidak selamanya dapat dipermain-mainkan akal dan perasaan mereka. Ini zaman IT, zaman alaf baru, zaman manusia yang kecerdikannya mengatasi sempadan alam. Bukan lagi zaman jumud dan beku minda, yang mana mereka hanya menelan mentah-mentah apa sahaja yang disogokkan. Dan saya melihat bahawa semenjak Anwar di singkirkan dalam apa yang saya mahu namakan sebagai “Tragedi Anwar Ibrahim”, rakyat kita sudah semakin bijak dan cerdik yang bertambah-tambah, sudah semakin pintar dan briliant dan tidak lagi menjadi burung kakak tua yang hanya mengangguk sahaja apa yang keluar dari mulut si Mahafiraun itu. Maka oleh itu apa sahaja perkara yang cuba disogokkan oleh suatu pihak secara dangkal dan tidak menghormati akal mereka yang bijaksana tadi, akan mendatangkan ‘backfire’ yang buruk kepada penyampai tadi.

Saya tiada kena mengena dengan TV3, UM dan NST. Tetapi ingin saya tegaskan di sini, tuan-tuan yang menjadi boss di ketiga-tiga media tersebut, belajarlah menjadi manusia. Belajarlah menjadi insan. Belajarlah menjadi makhluk yang berakal dan tahu menggunakan akalnya bukan sahaja untuk mencari rezeki tetapi tahu bagaimana untuk sedar dan insaf bahawa setiap perbuatan saudara-saudara itu ada Yang Maha Melihatnya. Tidak ada gunanya tuan-tuan terlalu menjaga hati seorang manusia yang lupa akan kekuasaan Penciptanya tetapi dalam duk jaga itu, tuan-tuan akan disepak terajang sesuka hati juga. Mainkanlah peranan tuan-tuan secara profesional. Dan rasanya inilah masanya yang paling sesuai untuk tuan-tuan memainkan peranan besar menumbangkan si maharakus mahabuas tersebut, iaitu menjelang pemilihan UMNO Mei ini.

Jika tuan-tuan berperanan dengan berani, sekali ini sahaja, saya percaya nasib akhbar dan tv tuan-tuan akan lebih baik di masa hadapan. Jika si gila dan tua kutuk tak sedar diri itu dapat ditumbangkan dalam bulan Mei ini, tuan-tuan akan disanjung tinggi oleh rakyat kesan peranan akhbar dan media tuan-tuan. Berilah pukulan maut terakhir kepada si maharakus mahabuas Mahathir tersebut melalui keberanian kewartawanan tuan-tuan. Jika kita semua sepakat untuk menumbangkannya, siapa lagi yang dapat mempertahankannnya ? Bukankah media memainkan peranan besar dalam menaik dan menjatuhkan seseorang pemimpin ?

Akhir kata, ingin saya memberikan nasihat sekali lagi kepada bos-bos TV3, UM dan NST tersebut, usahlah dipertahankan lagi seorang manusia usang yang tidak pernah mahu sedar diri itu. Kalau dipertahankan sekalipun, nasib anda belum tentu bertuah.. Lihatlah nasib malang Kadir Jasin itu. Ambillah iktibar. Belajarlah dengan apa yang terjadi di depan mata. Usahlah dipertahankan sikap bebalisme yang tidak berpenghujung itu.. Jadilah pengamal media yang cerdik dan punya jatidiri dan bukan dicucuk hidung seperti lembu yang hanya menunggu masa untuk disembelih !

Cucu Datuk Bahaman



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com