Ungkapan ini paling relevan dilontarkan kepada Mahathir si Mahafiraun. Saya memetik ungkapan ini dari satu dialog filem Hindi Reformasi, Phir Bhi Dil Hai Hindustani, yang diucapkan oleh seorang pemimpin politik bertaraf menteri dalam filem itu. Beliau selain menjadi menteri, juga perancang tuduhan jahat ke atas lawannya.
Mengapa saya menganggap ungkapan ini paling tepat untuk Mahathir si Mahafiraun ? Sebabnya ialah kerana Mahathir adalah satu-satunya manusia di bumi Malaysia ini yang berada ‘di atas undang-undang’ mengatasi raja-raja Melayu. Di zaman PM sebelum Mahathir, tiada PM atau menteri pun yang kebal atau mengarahkan undang-undang berada di bawah telapak kakinya, tetapi Mahathir adalah satu-satunya manusia paling durjana yang sanggup meletakkan undang-undang menjadi barang permainan hawa nafsunya.
Di zaman Tun Razak dan Hussein Onn menjadi PM, semua menteri dan rakyat menjunjung tinggi keluhuran dan kedaulatan undang-undang. Tiada siapa yang berani memperlekeh atau meletakkan undang-undang supaya sesuai dengan selera hawa nafsunya. Ada menteri yang kecut perut bilamana BPR mahu menyiasat sesuatu tuduhan. Tetapi hari ini, kesemua institusi undang-undang terpaksa melutut dan merelakan diri mereka menjadi alat kepada seorang manusia yang bertuhankan hawa nafsu dan berajakan iblis dalam tindak tanduknya.
Biarlah saya memperturunkan semula beberapa rentetan perbuatan si durjana Mahathir meletakkan undang-undang di bawah telapak kakinya. Pertama ialah pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 sebagai Ketua Hakim Negara atas alasan yang direkacipta dan diada-adakan. Memang Mahathir pakar yang luar biasa dalam merekacipta tuduhan-tuduhan jahat ke atas mereka yang tidak mahu tunduk kepada kehendaknya. Penyingkiran Tun Salleh Abas merupakan episod pertama pencabulan undang-undang dan sistem kehakiman negara oleh Si Mahafiraun tersebut. Dan ini juga menandakan bermulanya episod penambahan musuh-musuh baru oleh Mahathir di luar musuh-musuh politiknya.
Kemudian diikuti oleh krisis Perlembagaan 1993 bilamana si Mahafiraun itu mencabar kedaulatan raja-raja Melayu. Isu kecil si Gomez yang ditempeleng oleh Sultan Johor yang panas baran itu dijadikan batu loncatan paling keemasan untuk meletakkan raja-raja Melayu berada di bawah telapak kakinya, selepas Ketua Hakim Negara. Selepas episod ini, raja-raja Melayu kehilangan taringnya dan menjadi raja atau sultan bagi persatuan bola dan hoki sahaja. Pindaan Perlembagaan 1993 benar-benar menjadikan raja-raja Melayu seperti tunggul dan bola yang boleh diarahkan untuk mengiyakan apa sahaja kehendak si Mahafiraun itu.
Ketundukan dua buah institusi penting negara itu di bawah telapak kakinya menjadikan si Mahafiraun semakin galak untuk menjadikan kesemua institusi berada di bawah kehendak hawa nafsunya. Penyingkiran Dato Ishak Baharom sebagai Mufti Selangor pada tahun 1997 berpunca dari isu ratu cantik menyemarakkan lagi episod permusuhan Mahathir dengan apa yang dikatakan sebagai ‘penentang’ yang perlu dihapuskan untuk kelancaran pentadbirannya (sebenarnya kelancaran kebuasan hawa nafsunya untuk berbuat apa sahaja). Penyingkiran Dato Ishak ini merupakan siri penentangan dan kebencian terhadap peranan ulamak dan agama Islam dalam membersihkan negara dari unsur-unsur maksiat. Sebelum itu, pengharaman Jemaah Al-Arqam, meskipun akidahnya agak dipertikaikan kerana Aurad Muhammadiyah, juga sebahagian daripada penghapusan mereka yang dianggap boleh dan bakal mengancam kekuasaannya kerana Arqam membawakan mitos Pemuda Bani Tamimnya untuk menggulingkan kerajaan Mahathir. Perlecehan terhadap amalan sunnah dan janggut Nabi s.aw., hukum hudud dan sebagainya menyerlahkan lagi sikap durjana dan bencinya manusia Mahathir itu kepada apa juga unsur yang berpunca daripada Islam. Baginya, Islam merupakan hambatan dan halangan utama yang banyak menyekat kebuasan hawa nafsunya daripada bermaharajalela.
Saya tidak mahu mengulas mengenai permusuhan Mahathir dengan orang-orang kecil atau yang kurang beperanan sangat seperti isu Bahasa Kebangsaan. Kalau benda besar pun sudah ‘tiada apa dah’ nak dicakapkan lagi, apatah lagi perkara-perkara kecil yang tidak signifikan mana.
Kemuncak permusuhan dan kemaharajaan paling gila dan paling durjana oleh Mahathir ialah perisytiharan perangnya ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim, timbalannya sendiri pada 2 September 1998 dahulu. Kalau dahulu beliau mengisytiharkan perangnya kepada orang atau institusi yang berada jauh atau di luar lingkungan dirinya, tetapi kali ini timbalannya sendiri yang menjadi mangsa.
Penyingkiran Anwar dan diikuti oleh tuduhan-tuduhan jahat ke atasnya yang di luar kewarasan akal yang sihat merupakan kemuncak kejahatan dan kebajingan Mahathir semenjak 18 tahun berkuasa. Tuduhan-tuduhan yang ‘meyakinkan’ yang keluar dari mulut Mahathir ke atas Anwar , menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah memutuskan dan memperalatkan segala instrumen kerajaan seperti polis, hakim, media dan Jabatan Peguam Negara untuk menjustifikasikan tindakan jahatnya ke atas Anwar merupakan siri pencabulan paling ngeri ke atas kedaulatan undang-undang negara oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri.
Episod Anwar ini merupakan episod paling panjang dan paling getir dilalui Mahathir. Bersebab episod Anwar inilah Mahathir semakin rakus meletakkan segala institusi dan instrumen kerajaan supaya menurut kehendaknya. Selepas polis dipaksa untuk mereka-reka afidavit lucah ke atas Anwar, Peguam Negara pula dipaksa supaya menjustifikasikan segala tuduhan keji ke atas Anwar yang keluar dari mulut si Mahafiraun itu. Maka berlakulah episod pendakwaan gila dan paling tidak masuk akal. Manakala para hakim pula dilacurkan sebegitu rupa supaya membenarkan setiap tuduhan yang dibuat demi memelihara “maruah” seorang Perdana Menteri.
Perbicaraan rasuah yang tidak melibatkan satu sen pun duit oleh Anwar di bawah si hakim super bebal dan super bangang Augustine Paul pada tahun lepas menyaksikan suatu perbicaraan mahkamah paling pincang dan paling cacat dalam sejarah perundangan mana-mana negara bertamaddun di dunia hari ini bilamana sang hakim menjadikan keterangan para saksi yang menyebelahi tertuduh sebagai tidak relevan kesemuanya. Perbicaraan selama 75 hari itu yang berakhir dengan hukuman penjara 6 tahun ke atas Anwar walaupun para peguambela Anwar memberikan penghujahan yang teramat kukuh, membenarkan pandangan umum bahawa hakim yang ada telah ‘diprogramkan’ menurut acuan tuannya yang berada disinggahsana kuasa. Perbicaraan itu juga telah berjaya melemahkan institusi kehakiman negara ke tahap paling hina, paling keji dan paling bangsat sekali. Dan menjadikan kedudukan para hakim tidak ubah seperti beruk-beruk yang diarahkan memanjat kelapa untuk mentaati perintah tuannya.
Perbicaraan Siri Kedua, Pertuduhan Liwat ke atas Anwar yang sehingga kini masih berjalan semakin menyerlahkan lagi tanggapan bahawa si Ariffin Jaka adalah hakim beruk yang telah diprogramkan supaya menurut apa jua kehendak Mahathir. Sebelum pilihanraya dahulu beliau dengan tiba-tiba memberhentikan perbicaraan dengan alasan sakit belakang yang dibuat-buat. Padahal untuk memastikan pilihanraya itu tidak terganggu kerana faktor Anwar. Jika saksi bercakap bohong akan dikenakan tindakan, tetapi bila Si Ariffin Jaka berbohong apa yang patut kita buat ?
Pada tahun lepas pasukan peguambela Anwar telah pun mengeluarkan sapina untuk memanggil Mahathir sebagai saksi. Tetapi telah dibatalkan kerana Mohtar Abdullah, Peguam Negara yang super bangang mencabarnya. Memang dasar lidah biawak, si munafik Mahathir ni kalau di luar bukan main angkuhnya mahu datang ke mahkamah, tetapi bila disapina berbagai alasan bodoh diberikannya. Kebodohan Mahathir ini disokong pula oleh si bebal Mohtar Abdullah, Gani Patail dan Azhar Mohamad dengan bantuan Ariffin Jaka yang dungu itu.
Dalih dan sejuta alasan yang diberikan Mahathir dalam sapina terbaru minggu lepas supaya beliau hadir memberikan keterangannya di mahkamah membuktikan bahawa si tua jahannam itu memang tidak berani untuk mempertahankan tuduhannya ke atas Anwar kerana hati nurani beliau sendiri berkata bahawa segala tuduhan ke atas Anwar adalah tidak benar. Jadi, bagaimana mungkin beliau akan sanggup untuk berdepan dengan peguam-peguam Anwar di mahkamah ? yang anehnya, mengapa si Ariffin Jaka dan Mohtar Abdullah beriya-iya sangat untuk mempertahankan Mahathir supaya tidak hadir ke mahkamah ? Bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawa Mahathir merupakan seorang saksi yang material dalam perbicaraan Anwar tersebut ? Dan mengapa pula si Ariffin Jaka sengaja mencari-cari helah untuk mengkaji dan mengkaji sapina ke atas Mahathir sebelum memutuskan ianya wajar atau relevan tidaknya menjadi saksi? Bukankah itu hak peguambela Anwar yang menjadikan Mahathir sebagai saksi di pihak mereka ?
Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Kalau Mahathir berada di pihak yang benar mengapa beliau mencari seribu dalih untuk mengelak dari hadir memberikan keterangannya? Manakala tindakan Ariffin Jaka yang seolah-olah mahu melindungi dengan mengenepikan Mahathir sebagai saksi yang material semakin menyerlahkan lagi pandangan bahawa beliau sebenarnya sedang diprogramkan untuk mempertahankan seorang PM yang sedang dan telah mengatasi undang-undang. Beranikah Ariffin bertindak derngan cara yang sama jika bukan Mahathir yang menjadi saksi ? Sudahlah begitu, si Mahafiraun itu berdalih lagi yang beliau hanya akan datang ke mahkamah kalau peguam Anwar tidak menjadikan kehadirannya nanti sebagai ‘political stunt’. Dan akan memberikan keterangan jika keterangannya relevan dengan kes. Sikap memepermain-mainkan mahkamah ini jelas membuktikan bahawa Mahathir memang meletakkan batang tubuhnya di atas undang-undang. Kalau Clinton pun sanggup memberikan keterangan di hadapan hakim, tetapi tidak untuk Mahathir.
Kesian sungguh si Ariffin Jaka. Amaran demi amaran yang dikeluarkannya supaya tiada siapa pun yang boleh memberikan komen terhadap perbicaraan Anwar yang sedang berjalan, langsung tidak diendahkan Mahathir. Persoalannya, beranikah Ariffin mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas Mahathir walaupun sudah jelas sekali beliau menghina mahkamah. Dari apa yang kelihatan, baik Ariffin mahupun Mohtar Abdullah, keduanya sama sekali sudah mati akal dan hanya mampu mengetap bibir sahaja dengan telatah gila si Mahafiraun itu. Inilah bahananya bila manusia dipertuhankan (untuk menurut hawanafsunya) manakala Tuhan pula dipersetankan dari merasa takut kepadaNya.
Keberanian Mahathir menongkah arus, mencipta musuh, kemudian melemah dan menundukkan musuh-musuhnya sememangnya mengkagumkan. Manusia ‘Maha’ itu memang luar biasa sekali. Keberanian beliau dalam mencetuskan segala kontroversi melampaui sempadan alam dan masa. Saya percaya andaikata Nabi s.a.w. masih hidup sampai sekarang, nescaya Baginda juga akan ditentang hebat oleh si Mahafiraun ini. 3000 tahun dahulu, ada seorang makhluk Allah yang bergelar Firaun yang tercatat dalam al Quran sebagai manusia paling melampaui batas. Tanpa diduga oleh sesiapa, 3000 tahun kemudian, lahir lagi seorang makhluk Allah yang begitu berani mengaku dirinya sebagai MAHAFIRAUN ! Adakah dalam konteks negara ini, si Mahafiraun ini tergolong sebagai manusia paling melampaui batas ? Jawapannya ialah YA !
Firaun Ramses di zaman Nabi Musa a.s. dahulu mengaku dirinya tuhan. Beliau mengatasi segala peraturan dan undang-undang di zamannya. Segala kehendak dan arahannya wajib dipatuhi. Tiada siapa yang boleh mengatasi ‘ketinggiannya’. Jawapan bagi para penentangnya ialah penjara atau pun maut ! Itulah Firaun zaman Nabi Musa a.s.. Kini, Mahafiraun yang muncul di negara ini mahu mengulangi sejarah ‘kebesaran dan kekuasaan’ Firaun Ramses purba dahulu. Di bawah kekuasaan Mahafiraun ini, semua orang mesti tunduk dan patuh dengan kemahuannya. Semua orang perlu menjadi ‘yes man’. Semua orang perlu mengangkat dan menyanjungnya bagai dewa dari kayangan. Barang siapa yang berani menentang, tunggulah pembalasan siksanya, samada dipecat, dimalukan, diaibkan, dipenjara hatta dibunuh sekalipun.
Saya amat berharap Mahathir akan membuat perisytiharan terbuka tidak lama lagi dengan ungkapan “SIAPA YANG BERANI MENENTANG AKU – MAHATHIR SI MAHAFIRAUN INI ? HARI INI AKULAH MAHKAMAH, AKULAH UNDANG-UNDANG ! NEGARA INI ADALAH AKU, AKU ADALAH NEGARA INI. KERAJAAN ADALAH AKU DAN AKU ADALAH KERAJAAN. UMNO ADALAH AKU DAN AKU ADALAH UMNO !! Semua orang perlu tunduk sujud patuh dengan kehendak aku. Lihatlah betapa hebatnya diriku….semua musuh-musuhku telah terjelepuk di bawah telapak kaki aku dan para polis, hakim, peguam negara, pegawai-pegawai kerajaan dan raja-raja semuanya kena tunduk patuh tanpa soal dengan kehendak aku. I AM THE GREAT PHARAOH ! Siapakah yang berani mencabar aku ? “
Cucu Datuk Bahaman