Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

“ 50 DALIL MENGAPA MAHATHIR TIDAK LAGI BOLEH MENJADI PM “

Ketika mahu menjatuhkan Anwar pada tahun 1998 dahulu, para konspirator yang mendapat limpah perkenan Mahathir telah mengupah si puaka Khalid Jefri supaya menulis sebuah buku berjudul “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM”. Selepas melakukan penyiasatan rapi, Rahim Si Bapak Anjing yang ketika itu menjadi KPN, pernah menyifatkan buku tulisan Khalid Puaka itu sebagai ‘rubbish’ dan memberitahu Anwar supaya “selesaikanlah ia (masalah pertelingkahan Anwar itu) dengan Dato’ Seri Dr Mahathir”.

Meskipun Rahim Si Bapak Anjing menganggap buku 50 Dalil Khalid Puaka itu sebagai sampah, namun saya ingin menjadikan tajuknya yang juga berpuaka itu sebagai tajuk kepada tulisan saya kali ini. Manalah tahu, berkat puakanya itu, akan kembali kepada pemimpin yang masih berpuaka di singgahsana sana itu. Mudah-mudahan puaka 50 Dalil tersebut menyelinap perlahan-lahan ke dalam jiwa orang-orang UMNo yang masih terlentuk dibuai mimpi menyokong sang Maharaja sampai tidak sedar di sekelilingnya penuh dengan taik-taik yang menjijikkan. Dan samada kita sedar atau tidak, disebabkan puaka 50 Dalil itulah negara kita menjadi bergoncang semenjak hampir 2 tahun lalu. Mudah-mudahan juga puaka 50 Dalil itu akan membuka pintu hati ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi supaya berfikir dan menilai kembali adakah apa yang mereka perjuang dan pertahankan selama ini berada di pihak yang benar atau bathil. Adakah perjuangan mereka selama ini demi anak bangsa, agama atau semata-mata mempertahankan seorang manusia yang bernama Mahathir. Kalau begitu pemikiran ahli-ahli UMNo, saya kira ada eloknya ditukar sahaja slogan mereka dari “ Untuk Agama, Bangsa dan Negara” kepada “ Untuk Mahathir, Pangkat dan Harta”. Kan lebih bagus begitu !

Maka untuk membuka sedikit minda dan mengetuk pintu hati ahli-ahli UMNO dan rakyat yang masih beriya-iya mempertahankan diktator gila itu, saya rasa elok juga direnungi dalil-dalil yang saya gariskan di bawah ini. Mudah-mudahan hati yang kering itu akan disirami air keinsafan dan fikiran yang beku itu akan dicairi oleh sinar kebenaran. Hanya orang yang tidak mahu menggunakan akalnya sahajalah yang tidak akan mendapat petunjuk. Walaupun sebenarnya lebih 1001 macam dosa-dosa dan jenayah Mahathir terhadap Islam, negara dan rakyat, namun dek kerana mahu ‘menyamakan’ dengan 50 Dalil tulisan Khalid Puaka itu, cukuplah saya menggariskan 50 Dalil sahaja jugak. Saya harap berdasarkan 50 Dalil ini, ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat amnya akan bersatu untuk menumbangkan si Mahafiraun itu, baik dalam bulan Mei ini mahupun dalam pilihanraya akan datang. Kalau pertandingan Mei ini tidak mengizinkan Ku Li menentang Mahathir, ada eloknya dibuat usul undi tidak percaya. Senang cerita. Harap orang Melayu tidak lagi menjadi bangsa yang cepat pelupa dan senang digula-gulakan dengan seribu janji manis yang keluar dari lidah tidak bertulang yang penuh dengan sejuta kepalsuan dan pembohongan ! Berikut adalah dalil-dalilnya mengapa Mahathir tidak lagi boleh menjadi PM;

A) DALIL-DALIL AGAMA

1. Mahathir menghina dan mempersenda sunnah Nabi s.a.w. seolah-olah beliau lebih bijak dari Nabi s.a.w.

2. Mahathir menghina hukum-hukum Hudud dan hukum Islam yang lainnya seolah-olah beliau lebih pandai dari Tuhan.

3. Mahathir anti ulama dan suka menghina ulama dan menganggap ulama sebagai penghalang kepada kehendak hawa nafsunya.

4. Mahathir memecat Mufti Selangor kerana kes ratu cantik.

5. Mahathir meminta Al Quran ditafsirkan semula

6. Mahathir suka mentafsir agama mengikut akalnya

7. Mahathir kata orang yang sembahyang tak mestinya baik dan orang yang tak sembahyang tak mestinya jahat. Begitu juga dengan perempuan bertudung.

8. Mahathir menghina sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang mati syahid dengan mengatakan mereka tidak dimandikan kerana Arab tiada air.

9. Mahathir semakin menjadikan negara bertambah sekular dengan beberapa percubaan untuk memisahkan agama dari politik

10. Mahathir banyak merosakkan Islam sebagai agama rasmi negara, misalnya membiarkan masalah murtad berleluasa.

B) DALIL-DALIL POLITIK

11. Mahathir menjadikan UMNO bukan lagi parti orang Islam. Orang bukan Islam di Sabah ramai yang menjadi ahli UMNO.

12. Dasar-dasar Mahathir melalui UMNO banyak merugikan orang Melayu dengan dasar-dasar pragmatis yang semakin menghakis nilai-nilai orang Melayu dalam segenap bidang.

13. Presiden UMNO seorang ‘maksum’ yang tidak boleh ditegur oleh orang bawahan.

14. Mahathir menjadikan jawatan dalam parti sudah dimilik-individukan. Orang lain tiada peluang memimpin parti.

15. Mahathir banyak melakukan jenayah politik yang sukar dimaafkan seperti pembunuhan di Memali, penipuan dalam pilihanraya, penganiayaan ke atas Anwar dan sebagainya.

16. Mahathir merupakan Bapak Pembohong Negara Number One. Selain itu beliau PM yang paling banyak menendang timbalannya, kemudian berbohong kepada seluruh dunia akan kununnya salahlaku timbalannya.

17. Mahathir menjadikan Yahudi/Israel sebagai sahabat dan menjadikan rakyat sendiri sebagai musuh. Menjemput pasukan kriket, pingpong dan belia Israel melawat kununnya nak berdakwah kepada kaum Yahudi tersebut.

18. Mahathir paling banyak membuat aniaya kepada pembangkang dan rakyat melalui akta-akta berpuaka seperti ISA, OSA, Hasutan, Mesin Cetak dll. Yang sebenarnya akta-akta ini tidak lain melainkan untuk menutup segala kejahatan dan penyelewengannya selama menjadi PM.

19. Mahathir melacurkan undang-undang negara menjadi barang permainan hawa nafsunya. Para hakim, peguam negara dan polis dijadikan kuda tunggangan untuk melampiaskan hawa nafsu buasnya. Sementara segala pertuduhan yang dibuat akan dicari bukti kemudian, lepas itu baru dakwa di mahkamah. Undang-undang juga sudah dipecahkan dua, satu untuk golongan ningrat keparat yang berkuasa dan satu lagi untuk rakyat merempat yang melarat.

20. Mahathir menyepak terajang Raja-raja Melayu dengan pindaan perlembagaan yang banyak mengaibkan raja-raja Melayu. Dan beliau merupakan PM pertama yang berani mencabar dan melupuskan kedaulatan raja-raja Melayu.

21. Mahathir melepaskan perogol (Rahim Tambi Chik) dan pembunuh (Megat Junid) tetapi memenjarakan mangsa rogol (Yati) dan orang yang membelanya (Lim Guan Eng).

22. Mahathir menjadikan pegawai-pegawai kerajaan seperti lembu dan beruk (Mohtar Abdullah, Eusoff Chin, Gani Patail, KPN dll.) – boleh dicucuk hidung dan disuruh menuruti kemahuannya. Ini menyebabkan pegawai kerajaan berada dalam tertekan dan sakit hati.

23. Mahathir melantik orang-orang yang kalah menjadi menteri (Hamid Othman) dan mengenepikan orang yang menang pilihanraya (Ku Li) atas sebab-sebab peribadi dengannya. Ini sekaligus menghina rakyat.

24. Mahathir mencari dan mencipta banyak musuh tidak kira sesiapa sahaja samada Nabi s.a.w., raja-raja Melayu, ulama, ahli akademik, pegawai kerajaan, hatta orang-orang yang sudah mati sekalipun.

25. Mahathir merupakan PM pertama Malaysia yang menjadi diktator dan akan menyembelih sesiapa sahaja musuh-musuh politiknya ataupun orang-orang yang cuba mengganggu gugat kekuasaannya dengan apa cara sekalipun. Beliau langsung tidak boleh diusik dan ditegur.

26. Mahathir manusia pertama di zaman moden ini, malah manusia kedua semenjak lebih 3000 tahun selepas kematian Ramses IV yang bergelar Fir’aun dulu, mengisytiharkan dirinya sebagai MAHAFIR’AUN.

27. Mahathir PM pertama melantik si bebal dan si buta undang-undang seperti Ibrahim Katak menjaga hal- ehwal undang-undang. Ini menjadikan undang-undang negara ini seperti cerita filem Hindustan sahaja.

28. Mahathir PM pertama menyuruh Rahim Noor membelasah malah membunuh Anwar dalam penjara. Kemudian menuduh Anwar mencederakan dirinya sendiri pula.

29. Mahathir PM pertama pergi menjaja ke seluruh dunia untuk meyakinkan orang akan pembohongan dan fitnah jahatnya ke atas Anwar kerana tiada ramai yang percaya dengan fitnah sialnya itu.

30. Mahathir PM pertama pergi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memburuk-burukkan negara dan rakyat sendiri serta agama Islam demi mendapat simpati supaya Yahudi menyokong BN memenangi pilihanraya 1999.

31. Mahathir PM pertama suka berpindah randah tempat kediaman resmi dari Seri Perdana yang berharga RM12 juta, kemudian ke Mahligai RM200 juta, semuanya membolot duit rakyat.

C) DALIL-DALIL EKONOMI

32. Harta negara dan duit rakyat sudah menjadi harta Mahathir, Daim dan para kroni.

33. Amalan dan perbuatan rasuah adalah amalan ‘mulia’ di kacamata Mahathir. Sebab itu Daim, Rafidah, Rahim Tamby Chik, Eric Chia bebas bersuka ria tanpa apa-apa tindakan.

34. Mahathir menjadikan projek penswastaan sebagai batu loncatan untuk merompak harta kerajaan untuk diserahkan kepada kroni-kroninya.

35. Mahathir menjadikan kegilaan mengutip tol sebagai lesen untuk terus memeras rakyat sehingga berpuluh-puluh tahun.

36. Mahathir menjadikan anak-anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz sebagai pewaris harta pusaka rakyat.

37. Mahathir merompak wang rakyat yang disimpan dalam Tabung Haji, KWSP dan Petronas sebagai pelampung untuk menyelamatkan perniagaan anak-anaknya yang hampir bangkrap.

38. Mahathir menjadikan wang Petronas sebagai harta mak bapak dia sehingga dibazirkan untuk projek F1, Stadium Bukit Jalil dan sebagainya.

39. Mahathir hanya memilih para kroninya sahaja untuk diserahkan projek-projek mega dan pulangannya dibolot sama.

40. Mahathir menyembunyikan harta dan wangnya menggunakan nama Siti Hasmah dan anak-anaknya di luar negara supaya rakyat tak tahu.

41. Mahathir banyak membeli harta peribadi bernilai berpuluh-puluh juta di luar negeri seperti ladang di Argentina, rumah di Britain dan di Afrika Selatan.

42. Mahathir dan Daim merupakan perompak agung duit rakyat untuk mengenyangkan tembolok sendiri. Beliau dan Daim mengebas ‘dagingnya’ manakala rakyat diberikan ‘tulang’.

D) DALIL-DALIL SOSIAL

43. Mahathir mempunyai anak perempuan yang menjadi pembela kuat manusia-manusia yang melakukan homoseks dan lesbian walhal pelaku-pelaku tersebut merupakan makhluk yang dilaknat Allah s.w.t.

44. Mahathir pendorong utama kegiatan maksiat baik melalui anaknya mahupun melalui menteri-menterinya. Misalnya membela ratu cantik dan memecat mufti yang mencegahnya, manakala majoriti menteri-menterinya mempunyai skandal dan kaki betina, kaki arak dan kaki judi.

45. Mahathir sengaja membiarkan masalah murtad melanda umat Islam dengan alasan kalau kuat iman takkan boleh sampai murtad. Apabila PAS mahu membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian mengenai murtad, Mahathir menghalangnya.

46. Mahathir menggalakkan pergaulan bebas dan seks sebelum kahwin sehingga ramai yang membuang anak di tepi longkang, tong sampah dan sungai-sungai. Malah melalui kajian salahlaku seks yang saya perolehi, daripada 313 responden, 71 % adalah remaja Melayu yang pernah mengadakan seks sebelum kahwin, Cina 17.25 % dan India 3.2 %. Ini menunjukkan Mahathir mahu menjahannamkan orang Melayu melalui kelumpuhan sistem pertahanan iman.

47. Mahathir meruntuhkan sistem kemurnian berkeluarga apabila mengeluarkan afidavit super lucah untuk mengaibkan Anwar sehingga anak-anak yang belum mengerti apa-apa pun sudah tahu istilah liwat, dubur, zakar, airmani dan sebagainya.

48. Mahathir mahu menjahannamkan orang-orang Melayu apabila mengkoporatkan sistem pendidikan tinggi sehingga ramai anak-anak Melayu yang tidak mampu untuk membiayai pengajian mereka di universiti.

49. Mahathir menjadikan artis sebagai role model masyarakat dan menjadikan ulama sebagai sasaran kebencian mereka .

50. Mahathir mahu menjadikan orang-orang Melayu merempat di tanahair sendiri dengan menghapuskan hak-hak istimewa orang Melayu, kununnya atas nama pembangunan.

Berdasarkan dalil-dalil di atas adalah jelas dan nyata bahawa Mahathir si diktator yang menggelarkan dirinya si Mahafiraun itu tidak lagi boleh menjadi PM dan tidak lagi boleh dibiarkan oleh rakyat untuk terus menjadi PM. Dosa-dosanya terhadap rakyat dan negara sudah menggunung tinggi. Sampai bila kita harus menjadi bodoh dan diperbodohkannya ? Bersatulah menumbangkannya !

CUCU DATUK BAHAMAN


Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com