Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

DATO SERI MEGAT JUNID – MOGA ALLAH MERAHMATIMU !

Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar !

Demi Allah, saya sungguh terkejut, terharu dan bercampur gembira yang bukan kepalang apabila membaca akuan berkanun Dato Seri Megat Junid (DSMJ) pada jam 11.45 malam 4 April 2000, yang sekaligus membersihkan nama Anwar dari segala pertuduhan keji ke atasnya itu.

Dengan pengakuan berkanun itu, hancur leburlah segala tuduhan keji, jahat lagi hina yang dibuat oleh Mahathir dan anjing-anjingnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membuka pintu hati Dato Seri Megat Junid, yang selama ini saya begitu benci dan marah kepadanya.

Dengan akuannya itu, saya kini mengisytiharkan tidak lagi membenci DSMJ dan memohon maaf kepadanya atas segala dosa dan kesalahan saya samada dalam tulisan mahupun perkataan.

Semoga Allah merahmatimu wahai DSMJ kerana engkau telah membersihkan nama baik seorang hamba Allah yang tidak bersalah dan menjadi mangsa kezaliman seorang manusia bernama Mahathir. Semoga Allah melindungi keselamatanmu wahai DSMJ selepas membuat pengakuan itu. Dengan pengakuan itu juga saya harap Hakim Ariffin Jaka segera membuang kes ke atas Anwar kerana sudah jelas yang beliau menjadi mangsa fitnah. SSSemoga Allah s.w.t. Yang Maha Mengasihani mengampuni segala dosa-dosa DSMJ. Dan semoga Allah s.w.t. membuka pula pintu hati Dato Aziz Shamsuddin untuk membuat ikrar yang serrupa, apatah lagi selepas kematian isterinya itu. Dan semoga Allah akan membuka pintu hati seorang demi seorang mereka yang terlibat dengan fitnah ke atas Anwar untuk mendedahkan hal sebenar supaya nanti biarlah tinggal si gila Mahathir seorang diri mempertahankan '‘bukti kukuh' yang dimilikinya dahulu…

Cucu Datuk Bahaman



Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com