Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite

TINDAKBALAS MENYELURUH MEMBELA HARAKAH

Nampaknya Dollah Badawi mula nak tunjuk taring selepas mendapat semula mandat berkuasa hasil sokongan bukan Melayu dalam pilihanraya baru-baru ini. Selepas menyedari kesan dan pengaruh Harakah ke atas para pengundi, beliau yang menjadi budak suruhan Mahafiraun mula nak tunjuk kuasa, dengan mengarahkan baruanya di KDN, Tengku Mahmud, seorang Ketua Penolong Setiausaha untuk melancarkan operasi merampas Harakah yang dijual kepada para penyokong BA di sekitar Lembah Kelang.

Dari pemerhatian saya, tindakan Dollah Badawi ini akibat hasutan dan ancuman akhbar-akhbar lidah syaitan, Utusan Meloya dan Berita Hairan yang meniupkan sentimen prejudis terhadap Harakah supaya diambil tindakan oleh kerajaan BN yang menindas itu. Telah beberapa kali saya memerhatikan percubaan akhbar-akhbar pro BN ini sebelum dan selepas pilihanraya ini supaya tindakan tegas diambil ke atas Harakah. Mungkin satu sebabnya mereka dengki dan iri hari kerana peningkatan mendadak penjualan Harakah hingga mencecah 300,000 naskah semenjak DSAI dipecat dahulu. Manakala jualan akhbar-akhbar lidah syaitan tersebut telah merosot begitu ketara. Saya pernah bertanya kepada mamak penjual akhbar berkenaan bahawa jualan kedua-dua akhbar itu kini hampir separuh sahaja yang laku berbanding sebelum Anwar dipecat dahulu. Di sekitar Chow Kit, akhbar Utusan Meloya misalnya, masih menimbun pada jam 8.00 malam, yakni seolah-olah sama pada jam 8.00 pagi, ketika sebelum pilihanraya dahulu.Saya percaya kejatuhan penjualan akhbar-akhbar lidah syaitan tersebut kesan pemboikotan para penyokong BA, terutama di Lembah Kelang.

Sekarang nampaknya KDN nak main kasar dengan Harakah kununnya Harakah banyak menabur fitnah, walhal satu dunia sudah tahu akhbar mana pembohong dan penyebar fitnah paling terkemuka di atas muka bumi ini. Sebenarnya mereka sangat takut dengan pengaruh Harakah kesan pilihanraya baru-baru ini. Maka dijajanya satu dunia akhbar Harakah itu menyiar berita fitnah dan menanam sentimen membenci kerajaan. Semuanya mahu memaksa rakyat menyokong membuta tuli kerajaan yang kufur kepada Allah ini tanpa menghitungkan bahawa manusia dijadikan Allah untuk berfikir mana yang betul dan mana yang bathil.

Saya ingin memberi peringatan dan amaran kepada para pemimpin dan para penyokong Barisan Alternatif akan ancaman terhadap Harakah ini yang dibuat oleh Dollah Badawi dengan pengambilan langkah-langkah konkrit secara komprehensif dan kolektif ke seluruh negara kita. Sebagai langkah tindakbalas terhadap ancaman tersebut saya ingin mencadangkan kepada para pemimpin BA agar kita melancarkan kempen besar-besaran ke seluruh negara MEMBOIKOT SAMPAI BANGKRAP akhbar-akhbar harian terutama Utusan Meloya, Berita Hairan dan New Shit Times. Kita jangan jadi bodoh dan jangan jadi tunggul mati – hanya menunggu dan sentiasa takut dengan ancaman dan amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh KDN, padahal kita sebenarnya mempunyai kuasa yang lebih hebat daripada KDN.

Jika mereka mengancam dan memberi amaran itu dan ini kepada kita, kenapa tidak kita mengambil langkah tindakbalas yang lebih hebat ke atas anasir-anasir mereka dengan suatu tindakan yang boleh melumpuhkan sama sekali jentera dakyah mereka.

Kadangkala saya merasa cukup hairan dengan sikap dan cara kita. Orang nak buat apa pun ke atas kita, kita akur, kita terima, kita patuh, kita dengar, kita taat.Alasannya, itu ‘arahan kerajaan ke atas kita’ . Baiklah, mungkin kita tidak suka cara keganasan dan rusuhan. Okay, tak apa. Kita tak payah merusuh dan mengganas di jalanraya atau membakar bangunan seperti di Indonesia, tetapi kita sebenarnya boleh mengalahkan mereka tanpa menumpahkan setitis darah pun. Nanti tengoklah. Lihatlah. Bila tiba masa Mahafiraun dan Dollah Badawi menahan permit Harakah, kita pun terima membuta tuli. Sikap kita, mereka ada kuasa dan boleh buatlah apa yang mereka nak buat. Itulah kita. Mudah berserah kepada percaturan musuh walhal dalam masa yang sama kita sendirilah yang “menggemukkan” musuh kita itu. Bandingannya seumpama kita membenci Yahudi. Tanyalah sapa saja di antara kita, Yahudi pasti musuh nombor satu dan tak ada sebarang kompromi dengan pengganas Yahudi itu dan haram menyokong mereka. Tapi dalam masa yang sama kita jugalah yang tolong menggemukkan Yahudi, membeli rokok itu, menghisap rokok ini keluaran Yahudi.

Samalah dengan kita menghadapi musuh politik di negara ini. Kita memang benci dan alergik dengan Barisan Taik yang membusukkan itu dan kita juga sedar yang Barisan Taik itu menggunakan alat dan jentera propaganda mereka yang terdiri dari akhbar dan media elektronik. Tapi dalam duk benci dan marah itu, masih ada di kalangan kita yang tidak boleh ‘berpisah’ dengan Utusan Meloya dan Berita Hairan. Kita membeli. Bila kita beli bererti kita membantu menguatkan ekonomi mereka. Walhal Mahafiraun dan para kroninya lah pemilik saham terbesar dalam kedua buah syarikat akhbar tersebut. Kita membenci Mahafiraun tetapi kita menolong beliau memperkayakan diri dengan turut membeli akhbar syaitan tersebut. Bila ekonomi atau kewangan mereka kukuh, mereka cetak akhbar dan berita yang menyerang kita balik. Jadi apa makna semua ini?

Jadi, saya ingin menyeru kepada para pemimpin BA, terutamanya Mat Sabu dan Mahfuz Omar, Ezam dan Guan Eng – orang-orang muda ini, supaya melancarkan kempen besar-besaran ke seluruh negara selepas Hariraya nanti, MEMBOIKOT AKHBAR UM DAN BH sampai bangkrap. Mari kita ajar mereka. Kita ajar mereka yang sememangnya kurang ajar itu supaya mereka sedar. Pedulikan mereka yang bekerja di kedua-dua syarikat itu kerana pada saya, bekerja di kedua buah syarikat penyebar fitnah itu samalah seperti kita bekerja di kilang arak – HARAM hukumnya kerana mereka memang anti Islam. Yang susahnya ialah bila Melayu anti Islam sebab kulit mereka sama dengan kulit kita. Kalau ada di kalangan pekerja di kedua kilang akhbar itu yang menyokong kita, lebih baik mereka mencari kerja lain sahaja daripada terus bergelumang dengan dosa bersekongkol dengan para syaitan di situ.

Tujuan kita boikot sampai bangkrap itu ialah sebagai MEMBALAS tindakan KDN ke atas Harakah dengan pelbagai tekanan dan ancaman. Kalau UM dan BH adalah akhbar lidah rasmi parti mereka boleh dijual secara berleluasa walaupun penuh dengan berita bohong, fitnah dan lucah, kenapa terhadap kita mereka begitu berat sebelah ? Inikah keadilan ? Inikah demokrasi ? Demokrasi kepala bapak apa namanya ini ? Sudahlah Harakah cuma dapat diterbitkan dua kali sahaja seminggu sedangkan mereka dapat menerbitkan berbelas kali seminggu – dengan yang hariannya, metronya, sunnya, sundaymailnya dan sebagainya. Jadi kalau BN sanggup main kasar sedang kita tiada kuasa untuk menentangnya dengan cara yang sama, why not kita yang mempunyai KUASA BELI ini melancarkan kempen BOIKOT SAMPAI BANGKRAP kedua buah akhbar tersebut sebagai membalas penindasan mereka ke atas Harakah. Kita ajar mereka sampai meraka faham erti demokrasi. Kita ajar mereka sampai meraka faham erti keadilan. Kita ajar mereka, biar mereka tahu dan sedar kuasa kita.

Selama ini kempen kita memboikot tidaklah menyeluruh, hanya separuh-separuh. Kadang saya hairan kenapa kita sayang sangat untuk mengambil tindakan konkrit dalam perkara ini. Pemimpin BA pun jika menyebut pasal boikot ini cuma sekadar melepas batuk di tangga sahaja. Tidak bersungguh-sungguh. Pada saya, kita TIDAK MEMERLUKAN akhbar-akhbar lidah syaitan seperti ini dalam masyarakat kita. Akhbar yang bertuhankan hawa nafsu dan kebendaan, keseronokan dan kelucahan semata-mata. Akhbar yang menjadi alat dan anjing kepada pemerintah yang kufur. Kalau pasal hiburan, terpampang dua tiga muka halaman tetapi kalau bab agama, setengah muka pun payah nak siar. Dahlah tu, seminggu sekali sahaja tapi jikalau pasal artis dan penyanyi tiap-tiap hari disiarkan . Artis bogel pun dibelanya juga.

Selain tindakan boikot itu, Kerajaan BA Terengganu juga boleh mengkaji semula kedudukan tanah dan lokasi yang menempatkan kilang-kilang akhbar berkenaan di Terengganu, iaitu di Kawasan Perindustrian Pulau Serai Dungun bagi Berita Hairan dan Kawasan Perindustrian Gong Badak Kuala Terengganu, bagi Utusan Meloya. Kaji semula kedudukan mereka setakat mana bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri. Kita ajar sikit mereka supaya menjadi amaran kepada regim Mahafiraun itu.

Jadi kali ini kita beri AMARAN TERAMAT KERAS kepada Dollah Badawi dan KDN serta Mahafiraun, jika mereka berani main kasar dan nak tunjuk sangat kuasa mereka ke atas kita dan jika mereka berani mengambil tindakan keras ke atas Harakah, AYUH MAT SABU, MAHFUDZ DAN EZAM, BANGKITLAH !! MARI KITA LANCARKAN KEMPEN MEMBOIKOT BESAR-BESARAN SAMPAI BANGKRAP UTUSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN. Jika mereka nak tunjuk kuasa mereka , ayuh mari kita tunjuk pula kuasa kita. Kalau mereka berani, silakan ambil tindakan keras ke atas Harakah. HEYY DOLLAH BADAWI SI UNTA PAK TURUT, KALAU SAUDARA SUDAH SANGGUP MENJILAT BUNTUT MAHAFIRAUN UNTUK BERLAKU KERAS KE ATAS HARAKAH, KAMI TIDAK AKAN TERAGAK-AGAK UNTUK MELANCARKAN KEMPEN HABIS-HABISAN MENYERU RAKYAT MEMBOIKOT AKHBAR-AKHBAR PRO UMNO PULA SAMPAI MEREKA BANGKRAP !! SILALAH KALAU BERANI.

KEPADA MAT SABU, MAHFUDZ, EZAM – SAUDARA-SAUDARA ADALAH JAGUH-JAGUH PEJUANG KEBENARAN SEKALIAN. JANGAN BERDIAM DIRI. JANGAN TERIMA APA SAHAJA YANG MEREKA NAK BUAT KE ATAS KITA. JANGAN BIARKAN MEREKA MEMPERLEMBUKAN KITA LAGI. JANGAN TUNGGU SAMPAI NASI DAH JADI BUBUR ! AYUH, GERAKKAN PARA PEMUDA KITA, KERAHKAN SELURUH PEJUANG-PEJUANG KITA DI SELURUH NEGARA SUPAYA BERSIAP SEDIA MELANCARKAN KEMPEN MEMBOIKOT SAMPAI BANGKRAP UTUSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN JIKA DOLLAH BADAWI MAHU MENGAMBIL TINDAKAN KERAS KE ATAS HARAKAH.

Ingat ! Harakah adalah lidah perjuangan kita. Harakah adalah denyut nadi kita. Harakah adalah gerak nafas kita. Menyekat Harakah bererti menyekat perjuangan kita. Mengharamkan Harakah bererti mengharamkan perjuangan kita. Kenapa dengan permit Harakah bermacam-macam syarat yang karut marut dikenakan. Kenapa dengan Harakah bermacam-macam sekatan mahu dikenakan. Kenapa dengan majalah-majalah lucah dan buku-buku porno tanpa permit yang dibiarkan dijual berleluasa itu mereka mendiamkan diri ?

JANGAN BIARKAN MEREKA BERTINDAK SESUKA HATI MENINDAS KITA ! JANGAN BIARKAN MEREKA MENGGUNAKAN KUASA MEREKA UNTUK MENINDAS KITA DAN JANGAN TUNGGU SEHINGGA KITA DIIKAT KAKI DAN TANGAN KITA BARU KITA NAK BERTINDAK.

AYUH ! KITA LANCARKAN JIHAD AKHBAR MENENTANG KEZALIMAN MAHAFIRAUN DAN DOLLAH BADAWI YANG MAKIN KUFUR DAN ANGKUH ITU !!

“BOIKOT SAMPAI BANGKRAP !!!”

Cucu Datuk Bahaman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com