Pada tahun lepas, saya telah menulis sebanyak 8 artikel mengenai perancangan konspirator untuk membunuh atau menghapuskan Anwar. Daripada 8 artikel tersebut, 5 daripadanya adalah khusus mengenai pendedahan rancangan pembunuhan Anwar tersebut manakala 3 artikel lagi mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan rancangan jahat tersebut. Melalui https://members.tripod.com/~mahazalimtwo/wer.html saya telah menulis mengenai tajuk ‘Perancangan Halus Membunuh Anwar ‘, iaitu gambaran umum secara keseluruhan mengenai beberapa pelan pembunuhan terhadap Anwar yang gagal. Kemudian di bawah tajuk “Konspirasi Pembunuhan ?” yang boleh dibaca di http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/bahan1103.html saya telah melahirkan kebimbangan yang amat mendalam mengenai perancangan konspirator tersebut. Saya menguatkan lagi hujjah tersebut dengan tulisan saya yang boleh dibaca di https://members.tripod.com/mahafiraun/04p09aziz.htm dimana saya mendedahkan akan rancangan Aziz Shamsuddin yang mahu menghapuskan Anwar.
Kejahatan si brengsek Aziz Shamsuddin tersebut telah saya dedahkan lagi di https://members.tripod.com/mahafiraun/15p09aziz.htm bahawa beliau memang beriya-iya mahu membunuh Anwar. Rancangan terancang mereka itu saya utarakan dalam hipotesis saya di https://members.tripod.com/mahafiraun/11p09pelan.htm .
Tiga bulan sebelum terbongkarnya isu Anwar diracun dengan arsenik pada Ogos/September tahun lepas, saya telah melahirkan kebimbangan tersebut dimana telah saya jelaskan di https://members.tripod.com/mahafiraun/12p09anwar.htm . Kemudian saya meminta agar kita melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Anwar dalam tulisan saya di https://members.tripod.com/mahafiraun/19p08bahaman.htm Selepas Anwar pulih dan didiscaj daripada HUKM akibat diracun arsenik itu, saya telah meluahkan akan rasa bimbang yang amat mendalam akan keselamatan Anwar sekiranya beliau dikembalikan semula ke Penjara Sungai Buloh dimana saudara boleh merujuk kembali tulisan itu di http://www.geocities.com/Pentagon/Bunker/1711/awas23999.htm
Pada 4 perenggan terakhir tulisan itu, saya telah menulis begini,” Saya amat bimbang akan keselamatan Anwar apabila dikembalikan semula ke Penjara Sg Buloh yag berpuaka itu. Buat seketika ini, sehingga keadaan agak reda, mungkin para konspirator akan membiarkan Anwar menjalani kehidupan seperti banduan yang lain. Namun siapa yang dapat memberi jaminan bahawa mereka – para keparat durjana itu akan mendiamkan diri dari rencana jahat mereka seterusnya ? “
Kini, mungkin bimbang jika sekiranya sebarang rancangan untuk menghapuskan Anwar dibuat secara fizikal seperti keracunan arsenik dulu akan menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat dan kecaman masyarakat antarabangsa, para konspirator, setelah melihat keadaan sudah agak “reda” dan rakyat pula, selepas pilihanraya baru-baru ini seolah-olah sudah kurang berminat untuk mengikuti kes Anwar, merancang lagi untuk membunuh Anwar. Kali ini tidak lagi menggunakan perkara-perkara yang bersifat fizikal tetapi permainan ilmu hitam yang cukup merbahaya.
Tujuan pendedahan ini bukanlah untuk menimbulkan kegelisahan di kalangan para penyokong Anwar sedang saya sendiri merupakan pendokong tulen dan totok kepada Anwar. Tetapi pendedahan ini untuk kita mengambil tindakan konkrit serta merta bagi menyelamatkan Anwar. Maklumat terbaru yang saya terima mengatakan para konspirator telah berbuat aniaya kepada Anwar dengan ilmu sihir, yang kesannya tidak ketara dalam masa yang singkat atau serta merta.
Melihat kepada keadaan rupa dan fizikal Anwar di mahkamah 25 Januari lepas, saya merasa ada suatu yang tidak kena dengan Anwar. Kurusnya itu bukanlah kurus biasa akibat lama berpuasa. Kekadang untuk mengelakkan sebarang syak, para konspirator sengaja memilih masa yang sesuai untuk melontarkan kejahatan mereka itu supaya apa-apa perubahan ke atas batang tubuh Anwar akan kurang disedari oleh keluarga atau penyokongnya. Keadaan Anwar setelah “disenyapkan” selama 2 bulan sebelum 25 Januari lepas seperti orang yang “makan diri”, yakni kemerosotan keadaan fizikal secara dalaman. Kebanyakan kita mungkin ingat Anwar kurus kerana berpuasa semata-mata. Berpuasa itu sebenarnya hanyalah sebagian dari sebab Anwar kurus, tetapi memang ada perbuatan aniaya ke atas dirinya, yang menyebabkan beliau semakin kurus kering. Sifat ceria dan tabah beliau menyebabkan kita seakan-akan kurang percaya dengan cerita-cerita sebegini. Tetapi pengalaman racun arsenik dulu pun begitu. Anwar, setiap masa dan ketika memang sentiasa tabah dan ceria.
Kekuatan Anwar kini hanyalah berkat amalan dan takwanya kepada Allah yang menjadi benteng dari kekuatan ilmu sihir ke atasnya . Andainya Anwar tiada kuat beramal setiap hari nescaya kesan sihir itu semakin ketara. Namun saya cukup bimbang lama kelamaan keadaan Anwar semakin buruk jika kita tidak berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya. Ini kerana, di sel penjaranya, Anwar dikurung berseorangan dan ini memungkinkan sebarang perancangan jahat boleh dilakukan dengan begitu mudah oleh para konspirator tersebut. Hanya Allah sahaja yang menjadi pelindung beliau dalam keadaan sebegitu. Saya amat berharap agar kita berbuat sesuatu dan mereka yang mempunyai kepakaran untuk melemahkan sihir atau ilmu hitam, diharap dapat segera “menawarkan” sihir yang dikenakan ke atas Anwar.
Jika saudara saudari nak tahu, ini bukanlah pertama kali Anwar dibuat dengan ilmu hitam, tetapi yang dahulu mereka tidak tujukan ke atas batang tubuh Anwar sendiri, cuma untuk memastikan yang si hakim Hacks itu ‘patuh dan taat’ kepada arahan boss mereka. Ketika si hakim gula-gula Hacks Paul mahu menjatuhkan hukuman dahulu pun, dikhabarkan bahawa terdapat 5 biji tengkorak yang dipuja bertujuan untuk melemahkannya dan agar beliau “menurut kata”. Tengkorak tersebut diberitakan bernilai RM5,000 sebiji. Dan tentu saudara-saudari masih ingat tentang seorang bomoh terkenal yang datang ke perkarangan mahkamah ketika kes Anwar yang pertama dahulu sedang dibicarakan. Bomoh tersebut sebenarnya datang untuk “menghalang” jika ada di pihak Anwar yang menggunakan bomoh juga, yang akan “mernyekat” hakim Hacks itu dari menjatuhkan hukuman yang memihak kepada Anwar. Alam mistik sebegini mungkin tidak ramai antara kita yang percaya dan meyakininya, tetapi nanti saudara saudari akan melihat kebenarannya nanti.
Permainan sihir ke atas Anwar kali ini dipercayai tidak lagi didalangi oleh Aziz Shamsuddin secara ‘direct’ tetapi oleh orang lain yang telah diberi ‘green light’ untuk mengupah bomoh tertentu bagi menganiaya Anwar. Aziz tidak lagi diberi peranan utama oleh Mahafiraun untuk membunuh Anwar selepas ‘kegagalan’ operasi beracun (arsenik) dahulu. Demi untuk menutup kejahatan Aziz Shamsusddin dahulu, Mahafiraun terpaksa ‘melucutkan’ jawatan Aziz dari menjadi setpolnya dan memindahkannya ke Kementerian Pendidikan.
Oleh itu di sini saya ingin menyeru kepada sesiapa yang boleh atau mampu untuk “mencabut” atau ‘menawarkan’ sihir ilmu hitam yang dilontarkan kepada Anwar itu, agar segera menolong Anwar. Kesihanilah dia. Dia teraniaya. Dia terkena zalim. Dia difitnah. Dan kini para penjahat tersebut tidak putus-putusnya mahu menghapuskannya dengan apa cara sekalipun. SELAMATKANLAH ANWAR SEBELUM TERLAMBAT. MARI KITA DESAK DOLLAH BADAWI DAN MAHAFIRAUN MEMBEBASKAN ANWAR DENGAN IKAT JAMIN. MARI KITA TUNJJUK PERASAAN DAN BERDEMO LAGI SETIAP PETANG SABTU. Cucu Datuk Bahaman cdb 3 SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH DAN YAASIN 7 MUBIN UNTUK UMNO Pada 26 Disember lepas, saya telah mencadangkan akan pengambilan langkah-langkah konkrit dan komprehensif untuk membela Harakah akibat penindasan regim zalim diktator Mahafiraun [ rujuk https://members.tripod.com/mindarakyat2/1122602.htm ] Tindakbalas menyeluruh melalui pemboikotan akhbar-akhbar lidah syaitan itu merupakan suatu langkah tindakbalas paling efektif dan konstruktif untuk mengajar para pemimpin zalim
Cucu Datuk Bahaman