Sudah agak lama saya tidak menulis di ruangan laman-laman reformasi ini. Saya sebenarnya terlalu sibuk. Kini barulah saya mendapat ruang waktu untuk meneruskan perjuangan ini. Insya Allah, saya sama sekali tidak akan undur dari perjuangan ini hingga kebenaran dan keadilan tertegak di bumi Malaysia ini dan sehingga lenyaplah segala syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia yang bermaharajalela dengan nafsu rakus dan buas mereka, menodai dan mencabul segala nilai-nilai keadilan dan kebenaran yang selama ini dijunjung tinggi oleh rakyat.
Semenjak zaman berzaman, tiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah s.w.t. manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan, yang memegang tampuk kekuasaan dan berlaku angkuh dan sombong, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah s.w.t. yang menciptanya. Nabi Ibrahim a.s. terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa a.s. berdepan dengan Fir’aun yang kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh manusia. Dan Nabi Muhammad s.a.w. terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya.
Demikianlah sunnahtullah yang berlaku – sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan penentangan dari para syaitan dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah menjadi sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meskipun terlalu pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.
Saya tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah telah membuktikan bahawa walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para syaitan yang menjadi penguasa itu, namun kuasa rakyat akhirnya dapat menjatuhkan mereka (dengan izin Allah), sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban rakyat yang tidak terkira banyaknya.
Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran, telah tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran – Shah Reza Phalavi, manusia kejam berhati syaitan yang memerintah Iran dimana masih segar diingatan kita bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan Februari 1979 dahulu.
Sebelum Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan Rakyat Iran, telah mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut. Di sebalik kekuatan yang dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran yang berlandaskan kesucian dan kesatuan akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya.
Untuk menumbangkan diktator Shah Iran, Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling ngeri dalam perjuangan mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978 dimana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang melancarkan demonstrasi menuntut beliau turun takhta. Walaupun Tragedi Black September 1978 telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak dipanggil manusia tersebut. Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi Islam Iran pada 1979 dahulu.
Itu kisah rakyat Iran kira-kira 20 tahun lebih lalu. Dan berhampiran kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan demi mengekalkan kekuasaannya. Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah tidak menjadi kudis kepada si keparat Suharto tersebut. Kegilaan merompak dan menyamun harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit itu tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan demi memastikan kekuasaan berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan. Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan diri dan kroni serta membuncitkan tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.
Akibat selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati rakyat terbanyak. Maka tercetuslah bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1997. Untuk menumbangkan Suharto, rakyat Indonesia bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelosok kota Jakarta, malah para pelajar universitinya keluar di jalan-jalanraya untuk mencetus dan membakar semangat rakyat. Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya tiga orang penuntut Universiti Trisakti dimana inilah titik tolak yang telah memaksa si diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahunnya.
Saya cuma ingin mengambil dua contoh di atas kerana ianya masih segar dalam ingatan kita dan kehangatannya masih terasa. Seakan sudah menjadi suatu kemestian bahawa tumbangnya sesebuah regim diktator itu hendaklah melalui pengorbanan nyawa rakyat yang menyertai perjuangannya. Kalau Shah Iran tumbang selepas Tragedi Black September, maka Suharto pula tumbang dengan Peristiwa Universiti Trisakti. Bagaimana pula dengan syaitan yang sedang menjadi penguasa bumi Malaysia ini ? Adakah syaitan yang menyerupai manusia yang bernama Mahathir Mohamad itu terlebih gagah dan kuat daripada Shah Iran dan Suharto ? Adakah Mahathir yang kuat atau kita sendiri yang masih lemah ? Inilah persoalan yang masih belum menemui jawapannya. Dan sebab inilah juga maka Mahathir masih gah di singgahsana kekuasaannya, beserta dengan izin Allah s.w.t. ke atasnya, walaupun penentangan kita terhadapnya sudah memakan masa setahun lebih.
Setakat ini Mahathir masih boleh mendabik dada dengan kejayaannya menumpaskan kita. Setiap kali demonstrasi atau perhimpunan aman semenjak Anwar tersingkir 2 September 1998 lalu telah berjaya dipatahkannya dengan menggunakan kekuatan polis. Dan setakat ini kita masih gagal untuk mengumpulkan kekuatan untuk berdepan dengan kekuatan polis yang menjadi anjing-anjing Mahathir. Kita masih kalah untuk menghadapi pancutan air kimia dan gas pemedih mata polis-polis Mahathir. Kita masih kalah untuk berdepan dengan sepakan dan pukulan rotan dari anjing-anjing Mahathir tersebut. Maka, siapakah yang sebenarnya yang kuat ? Kekuatan dan keberanian kita sebenarnya masih terlalu jauh jika hendak dibandingkan dengan rakyat Indonesia. Kita masih takut dengan air kimia dan gas pemedih mata walhal rakyat Indonesia berdepan dengan peluru-peluru mesingan dan kereta kebal untuk menumbangkan Suharto !
Saya tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan semangat dan daya juang sahabat-sahabat dalam perjuangan ini, tetapi mahu mengajak merenung sejenak samada apa yang kita lakukan selama ini beroleh apa yang kita harapkan atau sebaliknya. Dengan serba kekurangan dan kelemahan yang ada pada kita, sebaiknya kita merenung semula untuk mencari kekuatan baru bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Black 14 baru-baru ini hanyalah bunga-bunga kekentalan jiwa kita dalam berdepan dengan kekuatan musuh. Kita masih terlalu lemah untuk merealisasikan perjuangan seperti rakyat Iran dan Indonesia.
Saya percaya bahawa Mahathir tidak akan dapat ditumbangkan selagi kita masih belum sanggup mengorbankan nyawa-nyawa kita – rakyat yang kental ini, untuk menjadi titik tolak kepada kegoyahan kekuasaan diktator gila tersebut. Seperti mana Shah Iran dan Suharto, Mahathir juga ‘memerlukan’ darah rakyat untuk ditumbangkan. Inilah rahsia besar untuk menumbangkan mana-mana diktator – DARAH RAKYAT ! Untuk mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan hamparan permaidani merah kerana antara penjajah British dan penjarah Mahathir, amat jauh bezanya. Untuk mencapai kemerdekaan kedua dari si diktator Mahathir ini, kita MESTI sanggup menghamparkan “permaidani darah” supaya dengan darah itulah diktator gila itu akan tergugat dan akhirnya akan tumbang ! Percayalah ! Selagi kita masih belum bersedia untuk mengorbankan nyawa dalam perjuangan ini seperti mana rakyat Indonesia dan Iran, agak sukar untuk kita menjatuhkan regim diktator Mahathir. Seakan sudah tersurat bahawa mana-mana regim diktator mesti ditumbangkan melalui darah rakyat. Dan saya percaya bahawa Mahathir akan tumbang apabila polis-polis yang menjadi anjing-anjingnya sanggup menembak dan membunuh rakyat yang mengadakan demonstrasi kelak, sepertimana apabila tentera Indonesia menembak dan membunuh tiga penuntut Universiti Trisakti.
Hipotesis saya ini bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat melalui pengorbanan darah rakyat sendiri. Selagi tiada rakyat yang terkorban nyawa, memang liat untuk menjatuhkan seseorang diktator. Lihatlah apa yang mereka telah lakukan terhadap kita setahun lebih lalu. Pancut air kimia, gas pemedih mata, sepak, terajang dan sumbat ke dalam lokap. Seolah-olah ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi. Dan kita pula diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah mereka itu terlalu bangga dapat menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekalian supaya merenung kembali samada perjuangan kita untuk menumbangkan regim sial Mahathir tersebut dalam keadaan mereka mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya ? Maaf, saya sama sekali tidak mahu meremehkan perjuangan kita sedang saya sendiri adalah sebahagian dari anda semua. Tetapi mahu mengajak supaya kita mencari suatu alternatif drastik dan dengan penuh keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar.
Untuk itu, saya mahu mengajak rakyat sekalian supaya pada 2 September nanti kita merencanakan sesuatu yang bakal mencatatkan sejarah di atas tinta emas negara ini. Sesungguhnya bulan September banyak meninggalkan kenangan sejarah pahit manis bagi rakyat kebanyakan negara. Jika Black September 1978 telah berjaya menumbangkan diktator Shah Iran untuk selama-lamanya, mengapa tidak kita mencipta satu lagi “Black September” 2000 demi memastikan tumbangnya diktator Mahathir. 2 September adalah sempena genapnya 2 tahun DSAI disingkirkan secara kejam dan zalim oleh si keparat Mahathir. Jika Black 14 dicipta kerana kita mahu mengingati tarikh hancurnya sistem keadilan di negara ini, saya rasa “Black September 2000” bakal kita cipta untuk menumbangkan Mahathir setelah sekian lama kita bersabar. Biarlah ianya dipanggil ‘Black September” kerana nyawa rakyat yang terkorban sudah pasti akan terbayar dengan tumbangnya Mahathir sepertimana nyawa 3 pelajar Trisakti berbayar dengan jatuhnya Suharto.
Mungkin pandangan saya ini agak kontroversi tetapi anda boleh melihat sendiri contoh-contoh yang telah saya sebutkan di atas. Saya cukup yakin Mahathir tidak akan dapat ditumbangkan dengan cara-cara normal kerana di tangannya beliau memiliki segala kekuatan untuk menumpaskan penentang-penentangnya. Dengan tidak menafikan kekuasaan Allah s.w.t. yang maha berkuasa ke atas segala-galanya, namun kita harus sedar bahawa perjuangan untuk sesuatu jihad tidak dicurahkan dengan air mawar dan permaidani merah. Jihad amat memerlukan darah para syuhada yang rindu untuk bertemu Tuhannya. Dan menentang Mahathir serta mati kerananya adalah Jihad Akbar yang tidak diragukan lagi kerana permusuhannya terhadap Islam dan kezalimannya sudah melampaui batas. Saya yakin, jika ada diantara kita yang bersedia untuk mati dan mempertaruhkan nyawanya untuk menentang anjing-anjing Mahathir, diktator itu pasti akan dijatuhkan. Kepada siapa lagi untuk kita mengharapkan pertolongan (selain Allah) kecuali keberanian dan nyawa kita sendiri. Akan terjadi segala kemungkinan yang tidak terjangkakan apabila nanti ada di antara kita yang mati ditembak dan dalam keadaan sebegitu, meskipun pertaruhannya terlalu mahal, Mahathir si jahannam itu akan dapat ditumbangkan. Dalam soal-soal seumpama ini saya banyak membuat hipotesis berdasarkan fakta-fakta sejarah tentang bagaimana seseorang diktator itu dapat dijatuhkan. Inilah rahsianya. Adakah kita memiliki semangat keberanian yang cukup untuk merealisasikan apa yang telah dinikmati oleh rakyat Indonesia dan Iran dahulu ?
CUCU DATUK BAHAMAN