Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Perhimpunan Agung Membelasah PAS

Dalam beberapa hari lagi, Parti UMNO yang kini bernafas menggunakan ‘oksigen’ daripada MCA dan MIC akan mengadakan perhimpunannya. Tak perlu untuk mengatakan yang perhimpunan kali ini untuk memilih pucuk pimpinan parti kerana pemilihan sebenar telah pun berlaku baru-baru ini tanpa Presiden dan Timbalannya perlu bersusah payah untuk mempertahankannya. Demokrasi dalam UMNO ialah apabila jawatan Presiden dan Timbalan Presiden telah ditunjukkan awal-awal lagi dan tidak boleh sesiapa pun mencabarnya. Demokrasi hanyalah untuk Mahathir sahaja. Selagi Mahathir hidup inilah ‘demokrasi’ paling tulen dalam UMNO. Kalau ada sesiapa berhajat seperti Ku Li tu, baik lupakan sahaja, kerana ahli-ahli UMNo kini sudah bertuhankan Mahathir dan akan tetap rela diperbodoh-bodohkan oleh Mamak Gila itu sampai UMNo berkubur atau si gila itu sendiri masuk kubur.

Dan sang Presiden seumur hidup itu, seperti biasa setiap tahun akan membentangkan ucapan dasarnya dalam perhimpunan ‘si buta dan si pekak’ UMNO yang akan terus mengiyakan apa sahaja yang keluar dari mulut Bapak Pembohong Negara itu. Jika tahun lalu, perhimpunan UMNo dijadikan pentas untuk ‘mempertahankan’ diri dari igauan bayang-bayang Anwar Ibrahim kerana terkena badinya, dengan menyerang Anwar habis-habisan, saya cukup yakin perhimpunan UMNO dalam beberapa hari lagi ini akan dijadikan pentas untuk ‘membelasah’ pula PAS, parti yang telah menyebabkan kekalahan teruk UMNO dalam pilihanraya baru-baru ini. Inilah masa terbaik untuk Presiden UMNO yang lusuh dan berkarat tersebut untuk melepaskan dendam kesumatnya demi mengalihkan perhatian perwakilan dari sentimen benci dan meluat kepadanya. Dan seperti biasa, pak-pak turut dan para penjilat akan membuat beberapa usul ‘demi kepentingan agama’, misalnya dengan mencadangkan supaya Parti PAS diharamkan. Bunga-bunga ke arah itu sudahpun disuarakan oleh penjilat yang menggantikan Ibrahim Katak, Senator Rosli (aku lupa nama bapaknya) baru-baru ini.

Saya dapat membayangkan betapa ‘marahnya’ Sang Presiden kepada PAS kerana telah menyebabkan “perpecahan Melayu” yang begitu teruk sehingga memaksa campurtangan raja-raja Melayu. Saya kesian kepada orang-orang UMNo yang masih buta dan pekak dari memahami psikologi sang presiden berkarat tersebut, yang akan mencari siapa dan apa sahaja untuk dijadikan kambing hitam demi menutup kelemahannya. Desas desus mengatakan ada perwakilan yang mahu mengemukakan usul undi tidak percaya kepada sang presiden rasanya tidak boleh dipakai kerana yang ada dalam UMNo sekarang ini hanyalah pondan-pondan Siam dan maknyah sahaja, yang tidak mungkin akan berani untuk ‘durhaka’ kepada Presiden mereka.

Maka, demi untuk mengalih perhatian para perwakilan dari menumpukan kepada isu ‘kebencian terhadap Presiden’, PAS akan menjadi korban serangan presiden UMNO dalam beberapa hari lagi. Cuma saya berharap janganlah serangan tersebut sampai menguburkan terus PAS kerana manusia bernama Mahathir itu akan berbuat apa sahaja untuk survival politik sialnya itu. Isu perpecahan Melayu yang ‘kununnya’ dibawa oleh PAS mungkin akan menjadi ‘headline’ ucapan dasar Presiden. Agak sukar sekarang untuk PAS membalas balik serangan presiden UMNO yang berkarat itu kerana Harakah kini cuma dapat dikeluarkan 2 kali sahaja sebulan.

Jika puak-puak KU LI mahu mengemukakan usul tergempar undi tidak percaya kepada presiden, saya rasa KU LI cuma bermimpi sahaja kerana kesilapan KU LI yang mendiamkan diri sewaktu mahu dibuat pencalonan baru-baru ini ternyata menghancurkan diri sendiri. Perhitungan Ku Li kerap kali tidak menjadi. Dan kali ini jika ada kemungkinan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Presiden berkarat itu, rasanya Ku Li akan dipancung terus lehernya dari UMNO. Jadi, saya rasa ada baiknya Ku Li mengunakan kesempatan perhimpunan kali ini untuk berucap menonjolkan ‘kekuatan’ pembangkang dan memanipulasikan ‘demokrasi’ ala Mahathir yang ada dalam UMNo tersebut untuk menyedarkan para perwakilan akan betapa bahayanya kedudukan UMNo kini selagi Mahathir menjadi Presiden. Saya rasa dengan cara ini, ahli-ahli UMNo yang masih terawang-awang itu akan beransur-ansur beralih haluan kepada Barisan Alternatif. Tidak ada gunanya untuk terus bertuhankan Mahathir sedangkan hak-hak ahli telah dicabuli sesuka hati demi untuk memuaskan nafsunya.

Jadi, saya meminta kepada para perwakilan UMNO yang akan bersidang dan mengikuti ucapan dasar Presiden dalam beberapa hari lagi itu supaya mengambil inspirasi untuk menolak UMNO Mahathir. UMNO kini bukanlah UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dan membela nasib orang Melayu seperti mana dahulu, tetapi ini adalah UMNO Mahathir, anak keling dari India yang telah menjadikan UMNO sebagai harta mak bapak dia. UMNo Mahathir yang tuan-tuan dan puan-puan dok bela dan taksub sangat itu bukan lagi UMNo yang membela anak tuan puan untuk mendapat biasiswa atau tempat di universiti, tetapi UMNo yang menjadikan kesempitan hidup dan kesusahan rakyat sebagai alat untuk membuat duit dan kekayaan. UMNO yang tuan puan dok sayang sangat itu sebenarnya alat yang digunakan oleh Mahathir dan Daim untuk membolot segala kekayaan negara untuk anak-anak dan kroninya. Bukalah mata hatimu wahai ahli-ahli UMNO yang masih terlena diulit mimpi kehebatan sang Presiden. Percayalah, tuan puan sebenarnya telah diperbodohkan oleh Mahathir dan Daim demi meneruskan kekuasaan dan pembolotan harta negara. Yang tuan puan duk puja sangat tu, apa yang Mahathir bagi ? Berapa juta ? Berapa bilion ? Renungkanlah dan janganlah membutakan mata dan hati anda dari melihat kebenaran. Tinggalkanlah UMNO Mahathir. Biarlah dia dengan Daim sahaja yang menjadi ahlinya. Bukankah UMNO tu harta mak bapak manusia berdua itu sahaja? Kalau UMNo untuk anda, masakan tiada kebebasan langsung untuk membuat pemilihan ? Inilah mesej saya. Tinggalkan UMNO itu dan marilah kita bina asas kehidupan dan negara yang kukuh bersama Barisan Alternatif ! Untuk apa lagi dipertahankan 'kapal' yang hampir akan karam ?

Cucu Datuk Bahaman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com