Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Anwar dan Bara Yang Kian Padam...

Cuma tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi maka genaplah 2 tahun Dato’ Seri Anwar Ibrahim disingkirkan dari tampuk kerusi Timbalan Perdana Menteri. Dan lebih sedikit dari itu, juga hampir 2 tahun beliau merengkok di dalam penjara Sungai Buloh – penjara yang dibina ketika beliau menjadi TPM dan kini beliau pula yang menjadi penghuninya. Amat memilukan hati apabila mengenangkan semuanya ini.

Betapa 2 tahun lepas, beliau bukan sahaja disingkirkan dari jawatannya, malah diperlakukan seperti haiwan oleh anjing-anjing Mahathir yang bersarang di Bukit Aman. Ketika ditangkap, pintu rumah beliau telah dipecahkan, laksana mahu menyerbu sarang pengganas. Walhal 3 minggu sebelum itu, anjing-anjing yang menggigitnya itu jugalah yang menjulangnya ketika beliau masih TPM. Kemudian, sebaik sahaja dibawa ke Bukit Aman, beliau telah dikeronyok dengan begitu ganas oleh Rahim si Bapak Anjing dan diperlakukan tanpa belas kasihan. Cederanya dibelasah hampir membawa maut. Sudahlah begitu, dibiarkan terlantar selama 5 hari tanpa secebis pun timbul sifat belas ihsan sesama manusia. Rahim benar-benar membuktikan bahawa dirinya adalah bukan sahaja si Bapak Anjing malah Iblis yang berwajahkan manusia. Demikianlah kesengsaraan dan musibah yang terpaksa ditanggung Anwar lantaran mempertahankan maruah diri dan kebenaran.

Dua minggu sebelum ditangkap, beliau telah berjaya memarakkan api reformasi yang telah mengundang ratusan ribu manusia untuk mendengar penjelasannya. Kemudian selepas beliau ditangkap dan dibicarakan, rakyat yang bersimpati dan mendokong kebenarannya, telah mengadakan siri-siri perhimpunan reformasi saban minggu. Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Kampung Baru menjadi medan perjuangan yang membanggakan . Laungan dan jeritan reformasi, undur Mahathir undur, step down Mahathir dan sebagainya menjadi obor yang menyalakan jiwa anak-anak muda. Nyatalah begitu indah perjuangan tersebut apabila seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum turut menyertai.

Perhimpunan Reformasi yang diadakan saban minggu sebelum pilihanraya diadakan dahulu benar-benar mencemaskan Mahathir. Seluruh kekuatan pasukan keselamatan dikerah untuk menumpaskan siri-siri perhimpunan tersebut. Tidak pernah terjadi dalam tempoh pemerintahannya semenjak 1981 itu akan suatu kebangkitan rakyat yang begitu besar dan hebat. Sebenarnya, Mahathir benar-benar gerun dan tertekan dengan perhimpunan-perhimpunan setiap minggu yang diadakan itu. Beliau memang tidak dapat lelap dalam tidurnya setiap kali perhimpunan besar diadakan. Malah setiap hari Sabtu, pasukan polis juga turut tertekan dengan pengerahan seluruh anggota di sekitar Kuala Lumpur.

Sengaja saya ingin kembalikan nostalgia lalu untuk kita renungi kembali perjuangan kita sekarang ini dan kemanakah akhirnya kita ini. Jika dulu, perjuangan kita telah berjaya membuatkan Mahathir tidak tidur lena setiap kali ada perhimpunan reformasi. Kalau dulu kita telah membuktikan yang soladiriti Gerakan Reformasi telah berjaya menggegarkan kerajaan Mahafiraun itu, sekalipun kita masih belum berjaya untuk menumbangkannya. Tetapi mengapa kini kita telah ‘menghadiahkan’ tidur yang nyenyak dan mimpi yang indah kepada Diktator Nyanyuk itu. Maksud saya ialah, kita kini sudah terbuai dalam gelanggang pencak pihak musuh sehingga kita merasa selesa dengan apa yang ada pada hari ini. Walhal, antara tempoh 2 tahun lepas, kita jugalah yang telah berjaya menggegarkan kerajaan si Mamak Tongkang itu dengan laungan dan jeritan reformasi.

Sayang seribu kali sayang, jika kita telah terbuai dengan pencak silat musuh sehingga kita tidak lagi mahu bertarung sebagai seorang pahlawan. Medan yang kita bina dahulu kita kuburkan sebaliknya kita memasuki medan yang disediakan musuh. Walhal medan yang disediakan musuh itu sebenarnya penuh dengan tipu daya dan kelicikannya, yang membuat kita hampir tersungkur. Saya masih ingat cabaran Mahathir hampir 2 tahun lalu, “jika mahu berpencak silat, masuklah ke gelanggang (politik pilihanraya)”. Dan pilihanraya lepas telah membuktikan bahawa gelanggang musuh tersebut sama sekali tidak betah dengan situasi dan keperluan kita. Kita ditipu dan diperdaya bulat-bulat.

Jika itu hasilnya dan jika seperti sekarang keadaannya, mengapa kita tidak mahu kembali kepada asas dan kaedah perjuangan kita seperti pada permulaan dahulu ? Kita telah membuktikan kepada dunia dan kepada Mahathir bahawa laungan dan jeritan reformasi yang kita lakukan itu telah berjaya menggegarkan kerajaannya. Perhimpunan saban minggu yang kita adakan dulu itu sepatutnya dihidupkan semula selepas pilihanraya yang sudah lama berlalu itu. Jika gelanggang pilihanraya yang kita harungi itu tidak memungkin kita mencapai apa yang kita kehendaki, kenapa tidak kita nyalakan kembali api reformasi yang telah marak menyala dahulu ?

Saya sudah tidak meletakkan sebarang harapan dan impian yang nasib Anwar akan berubah melalui proses mahkamah. Saya tidak mahu mempercayai walau sebesar debu pun akan harapan keadilan dan pembelaan yang mungkin Anwar perolehi daripada proses perjalanan undang-undang. Keadilan dan kebenaran melalui proses undang-undang sebenarnya sudah mati dan terkubur di negara ini. Usahlah diletakkan apa jua harapan dan impian untuk melihat Anwar akan mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya. Selagi Mamak Tongkang itu hidup, undang-undang dan keadilan hanya berada di hujung lidahnya. Kebenaran hanya pada kepuasan hawa nafsunya. Enam tahun penjara yang Anwar terima itu adalah bukti ‘keadilan’ yang mahkamah Mahathir inginkan.

Dan di mahkamah pula, sudah tiada lagi siapa yang boleh diharapkan di kalangan hakim-hakim tersebut. Hanya di zaman Tun Salleh Abas dahulu sahaja para hakim benar-benar bebas dan anak jantan. Di zaman Mahathir ini, para hakim hanya inginkan jaminan dapur mereka sentiasa berasap sahaja. Keadilan dan kebenaran dipersetankan. Untuk apa ditegakkan keadilan kalau dapur sendiri tidak berasap ? Inilah pendirian hakim-hakim yang kini menjadi kaldai tunggangan Mahathir.

Kembali kepada Anwar tadi. Saya berani potong jari bahawa harapan untuk melihat Anwar dibebaskan melalui proses mahkamah ibarat menunggu unta masuk ke dalam lubang jarum . Insiden-insiden yang berlaku di depan mata kita, seperti penolakan rayuannya, penolakan memanggil Mahathir sebagai saksi dan sebagainya, membuktikan bahawa sebarang harapan untuk melihat keadilan dibuktikan oleh pihak mahkamah hanyalah seperti fatamorgana di padang pasir yang tandus. Masa semakin berlalu. Anwar semakin mendekati tempoh hukumannya. Meskipun hati kita memberontak, meskipun hati kita membenci dan meskipun hati kita teramat marah, namun apakah keupayaan yang kita ada untuk menanganinya? Inilah persoalan yang perlu kita renungi dengan penuh sedar.

Saya percaya bahawa Anwar hanya akan mendapat pembelaan daripada rakyat hanya melalui demonstrasi, bukan demokrasi !! Demokrasi pilihanraya adalah gelanggang musuh yang dipaksakan kita menerimanya dengan segala penipuan. Tetapi demonstrasi adalah medan kita, upaya kita dan jalan kita dimana dengannya lah kita bangun dan dengannya lah kita rebah. Adalah lebih terpuji kita tumbang di medan kita sendiri dari kalah di medan musuh. Dan saya percaya jika kita kembali kepada kaedah asal perjuangan kita seperti di awal pemecatan Anwar dahulu, nescaya Mahathir tidak akan senang duduk dibuatnya. Kini bukan sahaja beliau dapat tidur nyenyak, malah boleh bermimpikan sejuta lagi khayalannya untuk seribu tahun lagi.

Saya melihat keadaan kita kini kian luntur, kian lemah semangat dan kian melupakan matlamat asal kita untuk melihat Anwar dibebaskan. Kita seakan sudah berserah kepada takdir dan mengalah kepada keadaan bahawa itulah nasib Anwar. Enam tahun yang dilaluinya kian menghampiri dia dan kita semua. Maka kitapun akurlah bahawa akhirnya beliau juga akan dibebaskan. Saya sama sekali tidak selesa jika cuma ‘masa’ sahaja yang akan membebaskan Anwar sedang kita cuma termanggu mengenangkan perjuangan yang patah di tengah jalan. Menyerahkan nasib kepada keadaan bukanlah sifat seorang pejuang. Walhal dulu, kita pernah melafazkan ikrar, satu Anwar ‘tumbang’ akan bangkit seribu lagi “Anwar”. Tetapi, kini dimana “Anwar” yang seribu itu ? Adakah yang seribu itu turut sama terpenjara – atau dipenjarakan oleh impian dan angan-angan seperti Zahid Hamidi ? Sudahlah suara kita kini dikekang – Harakah tempat kita bergantung harapan telah ditekan sehingga suara kita kian tenggelam, apakah kita masih mahu menyerah kepada keadaan ?

Sebenarnya saya cukup cemas memikirkan semangat kita. Membaranya bagai lahar gunung berapi cuma dek di awal sesuatu isu, tetapi apabila masa berlalu dan hari berganti, jiwa kita kian longlai dengan keseronokan dan kedamaian bersama anak isteri. Lantas perjuangan asal kian terpadam dan luntur dari dalam diri masing-masing. Jika ini keadaannya, memadaikah dulunya kita pedih disimbah air asid dan gas pemedih mata sedang Anwar pula hampir melayang nyawanya ? Malang sungguh nasib Anwar, membakar diri untuk menerangi orang lain yang tidak lagi sanggup untuk sama terbakar dengannya. Bara yang kian padam ini seharusnya dinyalakan semula dengan marak dan percikan api yang mampu membakar hangus kesombongan jahiliyyah yang bersarang di dalam dada si Mahafiraun itu ! HIDUPKAN SEMULA DEMONSTRASI, PERSETANKAN DEMOKRASI. AYUH KITA ROBOHKAN TIRAI BESI YANG MELINGKARI KESOMBONGAN MAHATHIR KUTTY !

Salam Reformasi,

Cucu Datuk Bahaman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com