Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


INSTITUSI KEHAKIMAN MALAYSIA DIPENUHI MAFIA ?

Antara tragedi paling tragis dalam sejarah institusi kehakiman negara semenjak merdeka ialah peristiwa pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dalam tahun 1988. Pemecatan Tun Salleh Abas menberikan signifikan teramat besar kepada halatuju bidang perundangan dan kehakiman negara selepasnya. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa pemecatan Tun Salleh Abas oleh si diktator Mahathir pada tahun tersebut telah memberikan manifestasi sebenar kewibawaan institusi kehakiman negara ini sehingga ke hari ini. Jika pemecatan Tun Salleh Abas dulu adalah titik permulaan ke arah apa yang terdapat pada hari ini, maka pendakwaan yang berlaku, yang dipaksakan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim pada masa ini merupakan klimaks kepada kehancuran apa yang telah diingini oleh Mahathir semenjak 12 tahun lalu.

Tun Salleh Abas, Tan Sri Datuk Wan Sulaiman Pawan Teh, Datuk George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Dato Hj Mohd Azmi Kamaruddin, Tan Sri Dato Eusoffee Abdoolcader dan Tan Sri Datuk Wan Hamzah Hj Mohd Salleh merupakan kumpulan terakhir antara hakim-hakim yang masih mempunyai maruah dan jati diri, yang sanggup kehilangan jawatan dan pangkat demi mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang. Saya percaya mereka ini akan terus dikenang oleh anak bangsa yang cintakan keadilan dan kebenaran bagi generasi-generasi yang akan datang. Inilah dia para hakim yang menjadi spesis terakhir yang tetap berpegang teguh kepada kebenaran dan keluhuran keadilan, yang amanah dan sanggup gugur demi mempertahankan amanah itu.

Selepas itu, dalam beberapa tahun lepas, masih ada seorang sahaja lagi hakim yang ada sedikit keberanian tetapi disebabkan beliau keseorangan, hanya luahan hati melalui surat layang sahajalah menjadi teman. Malangnya, kebenaran yang ingin beliau tegakkan itu telah membawa kepada kemusnahan kepada diri beliau sendiri. Cuma ini seorang sahajalah yang masih tinggal sisa daripada semangat jantan beberapa orang hakim di zaman Tun Salleh Abas dahulu.

Bermula dari situlah maka para hakim yang berada di mahkamah-mahkamah di negara ini kini seolah-olah terpaksa dan dipaksa untuk menjadi hamba abdi. Hamba abdi ialah orang yang tidak merdeka, orang yang tidak mampu untuk menguruskan dirinya sendiri dari segi kebebasan, orang yang terpaksa patuh dan taat kepada tuannya. Inilah dia jiwa dan semangat para hakim yang ada pada hari ini. Sebutlah sesiapa sahaja. Baik dari Ketua Hakim Negara sendiri yang korup hinggalah kepada magisteret kelas dua di mahkamah-mahkamah rendah. Dalam bahasa yang kasar, bolehlah saya katakan bahawa hakim-hakim yang ada pada hari ini merupakan kaldai tunggangan pihak eksekutif semata-mata. Tiada lagi prinsip “separation of power” seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang mendominasi segala-galanya ialah pihak eksekutif yang diketuai oleh Mahathir si Mamak Tongkang. Demikianlah betapa negara kita kini bukan sahaja sedang mengalami pelbagai krisis politik dan sosial yang amat tenat, malah mengalami krisis kewibawaan institusi kehakiman yang teramat nazak sekali. Para pendokong yang berada di dalam institusi kehakiman hari ini merupakan ‘tengkorak-tengkorak bernyawa ‘ yang lebih teruk dan buruk dari penagih-penagih dadah yang merempat di sekitar Chow Kit Kuala Lumpur.

Kenapa dan mengapa saya boleh katakan mereka itu sebagai ‘tengkorak-tengkorak bernyawa’ ? Sebabnya ialah mereka sudah tidak boleh lagi disifatkan sebagai manusia yang waras dan normal, yang boleh membentuk jatidiri kendiri. Yang boleh menjadi penegak keadilan dan kebenaran. Yang ada pada mereka ialah sayangkan pangkat dan jawatan serta memastikan dapur sentiasa berasap, yang hidungnya telah dicucuk bagai lembu kekenyangan dan lehernya ditambat bagai kambing kesejukan ! Saya mintak maaflah para hakim yang “arif” sekalian. Anda sepatutnya tidak perlu marah dengan tulisan saya yang agak celupar ini kerana segala najis dan kebusukan sudah terpalit penuh di batang tubuh anda semua. Ini semua gara-gara takutkan si Mamak Tongkang mengatasi ketakutan kepada Allah s.w.t. dan pembalasan Hari Akhirat. Apabila kebenaran disembunyikan, apabila keadilan dipersetankan, apabila perut dan mulut dipentingkan, apabila pangkat dan jawatan yang dipertahankan, maka tunggulah saat kehancuran dunia yang anda bangga-banggakan itu.

Tragedi Institusi Kehakiman Negara ini kelihatan bertambah tenat apabila DSAI dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan yang tidak pernah dapat dibuktikan secara jitu dan padu sehingga ke hari ini, bukan sahaja dari segi perundangan, malah dari segi saintifik dan akliah sekalipun. Seperti yang saya katakan tadi, apabila DSAI dihadapkan ke mahkamah, maka bagai lembu kekenyangan atau kambing yang kesejukan, si durjana Augustine Paul yang belum pun disahkan ke dalam jawatannya sebagai hakim Mahkamah Tinggi, terus menerima kes DSAI itu sebagai suatu syarat kompromi dengan konspirator yang diketuai oleh Mahathir.

Semasa kes itu sedang berjalan, si celaka Augustine Paul (semoga laknat Allah atasnya) telah menggunakan kuasanya sebagai hakim untuk mengugut para peguam DSAI dengan dikenakan tindakan menghina mahkamah. Zainur Zakaria misalnya, dikenakan penjara 3 bulan atas alasan yang paling remeh sekali. Kemudian, peguam DSAI yang lain turut diberikan amaran. Fernando misalnya. Ini seolah-olah sudah menjadi suatu budaya baru di kalangan para hakim menggunakan tindakan “menghina mahkamah” sebagai senjata ampuh untuk menutup mulut para peguam dari mendedahkan kejahatan seseorang. Yang terbaru dalam sehari dua ini, kita lihat bagaimana Hakim R.K. Nathan dengan begitu mudah menggunakan kuasanya untuk memberi amaran dan surat tunjuk sebab kepada Peguam Sulaiman Abdullah atas alasan yang begitu rapuh. Sebelum itu, si Ariffin Jaka sudah beberapa kali ‘mengugut’ Karpal Singh dengan tindakan yang sama.

Ini merupakan suatu ‘trend alaf baru’ yang cuba dicetuskan oleh para hakim, iaitu menggunakan budaya ‘ugutan menghina mahkamah’ sebagai suatu senjata untuk memusnahkan lawan. Perseteruan politik yang berlaku di antara orang-orang politik kini turut menjadi wabak dan virus beracun di kalangan para hakim untuk turut sama melampiaskan nafsu amarahnya kepada lawan yang tidak sehaluan dengan mereka. Ini merupakan suatu fenomena baru yang terlahir di negara Malaysia Boleh ini. Apakah institusi kehakiman kita sudah sedemikian parah sehinggakan mungkin yang para hakim yang ada itu sudah bertukar menjadi mafia yang mengganas secara sistematik ? Atau adakah ‘hakim-hakim mafia’ belaan Mahathir itu sudah sepenuh dan seutuhnya bertuhankan Mahathir dan bernabikan hawa nafsu bebalnya sehingga sanggup untuk tidak memperdulikan sebarang kecaman dan kutukan masyarakat ? Maka lantas dengan itu, kebenaran dan keadilan dipersetankan dan rakyat pula dibiarkan dalam kebingungan dengan seribu persoalan ?

Jika benarlah andaian saya ini, maka kita bukan sahaja akan berdepan dengan saat kehancuran disebabkan gempa bumi sahaja, malah saat kehancuran yang disebabkan oleh tindakan bebal para kaldai tunggangan Mahathir itulah sebenarnya yang lebih merbahaya dan parah lagi. Jika kepercayaan dan keyakinan terhadap institusi kehakiman oleh rakyat sudah musnah, maka apa lagi yang hendak dibanggakan oleh mereka-mereka yang menjadi hakim itu ? Atau memadailah jika mereka hanya dapat membangga atau memuaskan hati si Mamak Tongkang itu sahaja .

Saya tidak tahu sampai bila hakim-hakim itu mahu menjadi kaldai tunggangan Mahathir, yang boleh ditunggang dan dipikulkan apa sahaja tanpa berani mempersoalkan adakah ianya benar atau salah. Jika pihak polis telah dilabelkan oleh rakyat sebagai ‘anjing’ Mahathir, rasanya tidak salah jika para hakim pula dilabelkan sebagai ‘kaldai’ Mahathir.Jika anjing masih ditakuti kerana salakannya, maka kaldai apa pula yang hendak ditakuti ? Saya berharap tulisan ini dilihat dan dibaca oleh si Rais Pembakar Jambatan itu. Mana tahu kalau-kalau hal ini boleh dijadikan topik thesis “ PhD Keduanya” pulak !!

Cucu Datuk Bahaman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com