Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


DEMI KUASA, NYAWA RAKYAT JADI TARUHAN !

Saya ingin merujuk kepada satu artikel pendedahan yang disiarkan dalam Laman Pemantau sebentar tadi mengenai rancangan sulit Mahathir – Dollah Babi JE untuk mengistiharkan darurat dengan mencetuskan penangkapan beramai-ramai pemimpin BA sedikit masa lagi. Apa yang didedahkan itu tidak mustahil berlaku dan dilakukan oleh manusia keparat tersebut. Ini berikutan kegagalan mereka dalam rancangan sulit mengisytiharkan darurat melalui Tragedi Sauk baru-baru ini. Fokus utama mereka kali ini ialah Parti PAS yang mana keputusan pengharaman perkataan Islam daripada nama parti tersebut sudah pasti akan menjadi kenyataan. Berikutan pengharaman tersebut, mereka menjangkakan penyokong-penyokong PAS akan marah dan mengamuk. Ini akan memberikan kesempatan terbaik untuk mereka mengisytiharkan darurat.

Saya ingin menarik perhatian kepada semua pimpinan BA dan para penyokong sekalian agar jangan sekali-kali terperangkap dengan perancangan gila manusia berpuaka bernama Mahathir –Dollah Babi JE tersebut. Mereka sudah menjadi orang yang sangat terdesak sekarang ini kerana terlalu bimbang dengan kemaraan pengaruh BA menjelang tahun 2004 nanti. Oleh itu operasi ‘pemusnahan’ terpaksa dilakukan mulai daripada sekarang. Berhubung dengan perancangan dua ekor Bapak Syaitan yang sedang ‘mengganas’ tersebut, saya harap kita semua hendaklah mengawal emosi dari mengambil sebarang tindakan yang akan dijustifikasikan dengan sebaik mungkin untuk menghalalkan tindakan ganas mereka. Ini juga termasuklah dengan penghukuman yang bakal dijatuhkan kepada DS Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Saya ingin mencadangkan kepada pimpinan dan penyokong BA agar kita meminta pertolongan dari Allah s.w.t. dengan SEGERA melalui solat hajat besar-besaran agar rancangan gila Mahathir-Dollah Babi JE tersebut dipatahkan oleh Allah s.wt. Kedua-dua Bapak Syaitan tersebut sudah sampai ke tahap melampaui batas dan wajib bagi kita menentang mereka dengan segala keupayaan yang kita ada. Kedua pemimpin gila tersebut patut sekali terhapus dari muka bumi ini. Dollah Babi JE ingin membuktikan kepada ‘tuannya’ bahawa beliau sudah benar-benar boleh menjadi ‘klon’ Mahathir seperti mana keinginan Mahathir ketika sedang berkira-kira untuk memilih calon TPM selepas DSAI dipecat dahulu. Saya ingin mencadangkan agar kita melakukan solat hajat agar Allah s.w.t. menurunkan bala atau memusnahkan mereka berdua yang semakin hari semakin berlaku zalim kepada rakyat, termasuk yang terbaru dalam episod sandiwara di Sauk itu. Nyawa rakyat sudah tidak menjadi perhitungan kepada manusia puaka tersebut asalkan dapat terus mengekalkan kuasa. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum menangis tidak berlagu, saya minta kepada semua agar melakukan sesuatu agar rancangan keparat gila tersebut dapat dipatahkan. Kepada warga ATM, janganlah anda semua tidur lena dan melihat berputih mata sahaja dengan perancangan gila kedua pemimpin bangsat tersebut.

Cucu Datuk Bahaman


Berikut saya siarkan semula tulisan yang disiarkan dalam Laman Pemantau tersebut untuk perhatian bersama.

GEMPAR!!!!!!!!! Maklumat Sulit Dari Naib Presiden UMNO

Kira-Kira jam 11.00 pagi tadi saya telah dihubungi oleh salah seorang sahabat saya yang merupakan kenalan rapat dengan salah seorang Naib Presiden UMNO yang tidak bersetuju dengan satu perencanaan jahat yang didalangi oleh Kementerian Dalam Negeri. Menurut beliau Naib Presiden tersebut telah memaklumkan sekitar 20 nama yang akan ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam tempoh terdekat.

Mereka dikatakan ingin melihat tindak balas rakyat terhadap penangkapan beramai-ramai ini, antara nama yang tersenarai ialah Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Dr. Hatta Ramli, Sdr Mahfuz Omar, Sdr Ruslan Kasim, Sdr Lokman Adam, Sdr Saifuddin Nasution, Sdr Hishamuddin Rais, Sdr Tian Chua, Sdr Salahuddin Ayub dan seorang berpangkat Doktor daripada DAP serta ramai lagi yang tidak berapa dikenali oleh teman saya ini. Menurut Naib Presiden tersebut Pak Lah bercadang untuk meletakkan Tentera dibawah Kuasa Eksekutif atau Kementerian Dalam Negeri dan bukan dibawah Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja-raja.

Sekiranya rakyat bangkit disebabkan tangkapan ini mereka akan mengistiharkan Darurat serta merta. Mereka juga bercadang untuk mengharamkan Perkataan Islam dalam Pas sebagai tindakan susulan. Apabila ditanyakan tentang mungkin kekecohan akan berlaku berikutan pengharaman ini, Naib Presiden itu menjawab, itulah yang mereka mahukan bagi memulakan Darurat. Naib Presiden itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dimaklumkan tentang perancangan peristiwa di Sauk lebih awal memandangkan ianya dilaksanakan oleh "Special Task Force" di Kementerian Dalam Negeri Jabatan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Jeneral Tentera, Ketua Polis Negara dan pihak-pihak tertentu yang sewajarnya mendapat maklum balas awal.

Naib Presiden tersebut turut melahirkan kekecewaannya kerana seorang Iban telah digunakan untuk dijadikan isu pilihanraya sarawak dan seorang india yang baru seminggu dipindahkan ke Grik dikorbankan untuk memenuhi nafsu serakah presiden umno. Adalah diharapkan agar setiap pemimpin alternatif bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

Bersama kita sambut pembebasan Anwar ogos ini...........


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com