Semenjak berkuasa hampir 20 tahun lalu, Mahathir
merupakan satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang
mampu bertahan dari segala onak dan duri yang menusuk
dirinya. Berbanding dengan 3 PM sebelumnya, Mahathir
terus berjaya mengekalkan kekuasaannya di sebalik
segala penentangan dari rakyat dan musuh-musuhnya.
Jika PM sebelumnya hanya mampu bertahan dalam tempoh
yang relatif singkat, Mahathir boleh dikatakan berjaya
menumpaskan segala pencabarnya dengan menggunakan
segala ruang dan peluang yang ada di bawahnya.
Memperalatkan jentera kerajaan merupakan elemen paling
dominan yang membuatkan Mahathir dapat membolosi
segala tantangan musuh-musuhnya, baik dari parti
pembangkang mahupun dari dalam partinya sendiri.
Mahafiraun Galak Mencari dan Mencipta Musuh !
Tantangan paling getir pertama yang dihadapi oleh
Diktator Nyanyuk ini ialah apabila hampir ditewaskan
oleh Ku Li hampir 13 tahun yang lalu. Dengan segala
peluang dan kemudahan yang dimilikinya selaku orang
yang paling berkuasa dalam negara, beliau telah
memperkudakan para hakim untuk membolehkannya terus
berkuasa. Ini berlaku apabila beliau telah ‘merestui’
supaya UMNO Asal diharamkan dan dengan itu Ku Li
disingkirkan secara sistematik bersama-sama dengan
pengikut-pengikutnya.
Ekoran daripada pertelingkahan dengan Ku Li itu,
Mahathir kian galak mencipta dan mencari musuh yang
dikira tidak sebulu dengannya. Episod kedua bermula
dengan ‘perang terbuka’ dilancarkan terhadap Ketua
Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersama dengan 5 orang
lagi hakim Mahkamah Agung pada tahun 1988 dahulu.
Selepas memporakperandakan sistem kehakiman negara,
kemudian beliau ‘berperang’ pula dengan raja-raja
Melayu ekoran kegilaannya untuk merampas kekebalan
raja-raja untuk disuntik ke dalam batang tubuhnya
sendiri.
Selepas itu Diktator Nyanyuk itu melemparkan pelurunya
kepada alim ulama yang menegur kejahatan beliau.
Pantang sekali ditegur oleh orang lain, manusia
sombong dan bongkak si Mahafiraun itu memecat Dato
Ishak Baharom dari jawatan mufti Selangor pada 1997.
Belum puas dan cukup dengan musuh-musuh yang ada,
beliau melontarkan serangan kepada Nabi s.a.w. pula
dengan kata-kata yang amat menghiris perasaan
orang-orang yang beriman. Selepas itu, orang-orang
yang sudah menjadi ahli kubur pun turut menjadi bahan
serangan ganas si Mahafiraun tersebut, apabila Ahmad
Boestaman yang menjadi salah seorang pejuang
kemerdekaan tanahair turut dicerca.
Kemuncak kegilaan dan kemaruk kuasa yang mencengkam
jiwa Firaun itu ialah bilamana beliau mencetuskan
perseteruan ketat dengan anak didiknya sendiri, iaitu
Dato Seri Anwar Ibrahim dengan memecatnya sebagai TPM
pada 2 September 1998. Kedurjanaan si Firaun bedebah
itu semakin nyata apabila memenjarakan Anwar tanpa
sebarang bukti yang kukuh dan menyakinkan, sebaliknya
suatu penganiayaan yang nyata. Beliau sanggup
menghancurkan seluruh peradaban agama dan bangsa demi
memuaskan nafsunya untuk terus berkuasa mutlak, dengan
memulakan siri pendakwaan yang jijik dan memualkan ke
atas Anwar.
Sudahlah Anwar dipenjarakan dengan kejam, di dalam
penjara mahu dibunuhnya pula dengan racun arsenik.
Mahathir Sebenar-benar Keparat Durjana !
Sebelum pilihanraya umum tahun lalu, Mahathir pernah
mengakui bahawa kes Anwar banyak mendatangkan
kerosakan kepada UMNo dan BN. Dalam terpaksa beliau
akur akan hakikat tersebut. Keterlanjurannya memecat
Anwar dan menyusuli pula dengan siri pertuduhan yang
menjijikkan ke atas Anwar yang tidak bersalah itu
telah menjadi ‘jerat’ yang menjerut batang lehernya
sendiri. Hampir separuh ahli UMNo telah berpaling
tadah dengan menyokong pakatan Barisan Alternatif
dalam pilihanraya tersebut. Keputusan pilihanraya
lepas menyaksikan yang UMNo kalah teruk di kawasan
yang majoritinya orang-orang Melayu. Tunjang kekuatan
UMNo yang berpaksikan sokongan Melayu telah terburai
sehingga mencemaskan Diktator Nyanyuk itu.
Kebuasan dan kekejamannya ke atas Anwar yang terhasil
dari satu perancangan konspirasi peringkat tertinggi
rupanya telah menjadi senjata makan tuan kepada si
bedebah tersebut. Untuk meyakinkan rakyat dan
masyarakat antarabangsa, dijajanya cerita dongeng
pembohongan ke serata ceruk dunia, hatta ke Jepun dan
Amerika. Segala jentera kerajaan dan media-media
lidah syaitan telah diperalatkan untuk meyakinkan
rakyat betapa Anwar memang seorang yang tidak
bermoral. Namun episod pendakwaan mahkamah yang
berupa seperti siri cerita dongeng purba tersebut
telah menyerlahkan kepada rakyat majoriti betapa Anwar
benar-benar menjadi mangsa konspirasi jahat yang
diketuai Mahathir sendiri.
Dengan menyangka yang rakyat Malaysia masih berada di
zaman katak bawah tempurung dahulu kala, Diktator
Nyanyuk tersebut berterusan membohongi rakyat dan
memaksa supaya cerita bohongnya itu dipercayai.
Akhirnya si bangsat bedebah yang benar-benar durjana
tersebut keletihan apabila keyakinan rakyat kepadanya
semakin pudar dan kredibilitinya sebagai seorang PM
semakin merosot dengan teruk, hatta ahli-ahli Umno
sendiri merasa jijik dan mual apabila mendengar beliau
bercakap. Ini merupakan episod pembohongan yang gagal
dari siri pertama konsipirasi agung di akhir abad ke
20 tersebut sekalipun beliau berjaya memenjarakan
Anwar dengan memperalatkan institusi kehakiman dan
polis.
Konspirasi Agung Kedua – Justifikasi Untuk
Mengharamkan PAS !
Semenjak tercetusnya isu rampasan senjata oleh
kumpulan Al Maunah pada 2 – 6 Julai lepas, saban hari
media-media penjilat menyiarkan siri sandiwara drama
18SG tersebut untuk meyakinkan rakyat betapa kejadian
tersebut adalah ‘kisah benar’ dan bukannya cerekarama.
Daripada kenyataan yang tonggang langgang sesama
sendiri ketika kejadian itu berlaku hinggalah terpaksa
mencari ‘bahan bukti’ terbaru untuk meyakinkan rakyat
betapa drama rampasan senjata tersebut benar ‘kisah
benar’, akhbar-akhbar penjilat yang tidak pernah
memikirkan soal maruah dan etika kewartawanan itu
sibuk menyiarkan gambar-gambar yang agak sangsi
selepas peristiwa tersebut. Terlalu banyak keanehan
dan benda-benda ajaib di sebalik isu yang
memeranjatkan negara itu, menyebabkan rakyat tidak
mempercayainya sebagai kisah benar. Saya tidak mahu
mengulas lagi perkara ini kerana ianya telah
dijelaskan dengan panjang lebar oleh ramai
penulis-penulis siber yang lain, terutama oleh
Panglima Sauk.
Niat jahat Mahathir dan media perdana terhadap PAS
begitu terserlah apabila mereka berhempas pulas untuk
cuba mengaitkan kumpulan Maunah tersebut dengan PAS.
Bermula dari iklan yang pernah tersiar dalam Harakah 2
tahun lepas hinggalah kepada peringkat “pembuktian”
oleh Maharaja Pembohong Mahathir Mohamad dalam siaran
tv ke seluruh negara pada 19 Julai lepas. Ini diikuti
dengan “pendedahan” oleh si nyanyuk gila itu ketika
merasmikan Konvensyen UMNo Kedah pada 20 Julai dengan
mendakwa bahawa kebanyakan 1800 ahli al Maunah itu
adalah orang-orang PAS. Daripada isu ‘rompakan’
senjata yang dilakukan oleh kumpulan al maunah, kini
bertukar kepada penglibatan PAS dalam kumpulan
tersebut ! Bukankah ini isu yg telah dipolitikkan demi
menutup pekung yang membusuk di dada sendiri ?
Untuk seketika atau mungkin untuk jangka masa yang
lebih lama, Mahathir berjaya mengalihkan isu rasuahnya
seperti yang didedahkan oleh Dato Shafiee Yahya pada
12 Jun lalu. Disebabkan kecut perut dengan ledakan
pembongkaran tersebut dan diikuti oleh siri laporan
polis yang dibuat oleh Pemuda Keadilan, si gila itu
terpaksa mencari satu isu baru yang lebih gempar,
iaitu pemberontakan bersenjata kumpulan Al Maunah.
Namun rakyat yang sudah cerdik dan memahami putar
belit si Mamak Tongkang itu tidak lagi terpengaruh
atau terpedaya dengan pembohongannya. Akibat
ketidakpercayaan yang menyeluruh oleh rakyat terhadap
sandiwara Sauk itulah menyebabkan si Mamak Tongkang
tersebut ‘naik angin’ lalu mengarahkan si Belukang
Daratnya, si Pembakar Jambatan supaya mengugut rakyat
untuk diISAkan jika masih mempertikaikan isu Sauk.
Semakin jelas bahawa corak pentadbiran si Mamak
Tongkang ini semakin menjurus ke arah kediktatoran
zaman purba dahulu kala.
Semakin jelas juga kepada kita bahawa sandiwara Sauk
merupakan satu perrcubaan untuk menguji sentimen
rakyat kepada tindakan kerajaannya terhadap PAS.
Daripada olahan cerita awal yang berbelit-belit,
sehinggalah mulut busuk si Mamak Tongkang itu secara
berterus terang menuduh PAS sebagai terlibat dalam
insiden Al Maunah. Ini merupakan episod merapu seorang
nyanyuk yang teramat kecewa dengan perancangan
jahatnya sendiri yang gagal. Ketika di awal kejadian,
beliau sendiri yang membuat kesimpulan awal mengatakan
perbuatan tersebut bermotif politik. Akhirnya beliau
sendiri yang mengesahkannya di akhir cerita sandiwara
tersebut. Jadi, bukankah ini sudah jelas bahawa isu
Sauk adalah permainan kotor politik mafia si Mamak
Tongkang ?
Ribut Tiada Angin Pun Tiada, Tetapi Pokok Bergoyang
Kuat…
Jika ada pun kerajaan yang paling hebat di dunia zaman
moden hari ini, maka ianya tidak lain dan tidak bukan
ialah kerajaan Mahathir si Mamak Tongkang. Ini kerana
kerajaan beliaulah yang pertama di dunia boleh
“menghidupkan” kembali benda yang telah mati dan
berkubur lebih dari 20 tahun. Benda mati yang saya
maksudkan itu ialah mengenai ‘kekecohan’ yang
dicetuskan oleh menteri-menteri UMNo semenjak tiga
empat hari ini tentang “Amanat Hj Hadi” yang telah pun
berkubur lebih 20 tahun lalu. Ribut tiada, angin pun
tiada, tiba-tiba pokok bergoyang begitu kuat…apakah
gerangan yang terjadi ? Adakah monyet dan beruk-beruk
kelaparan yang menggoyang-goyangkan dedahan pokok
ataupun jin tanah yang sedang menggelupur kesakitan di
pangkal pokok tersebut ? Apa yang jelas, Episod Amanat
Hj Hadi yang sedang heboh diperkatakan oleh si bodoh
dan si bebal di dalam kerajaan Mahathir kebelakangan
ini adalah suatu siri terbaru isu-isu yang sengaja
dibangkitkan untuk menjustifikasikan pra tindakan
kejam dan zalim kerajaan bangsat itu untuk
mengharamkan PAS. Orang PAS sendiri pun sudah tidak
ambil peduli dan mahu mengingat akan ‘Amanat Hj Hadi’
tersebut, tetapi kini UMNo begitu prihatin dengan
tiba-tiba akan amanat tersebut sehingga dituduh oleh
si bangang Hamid Othman (HaMan) sebagai ‘mengancam
keselamatan negara’ . Kalau benar amanat itu mengancam
keselamatan negara, kenapa 20 tahun dahulu tidak ada
apa-apa tindakan yang bersesuaian diambil ke atas
amanat tersebut ? Setahu saya, Tuan Guru Hj Abdul Hadi
sendiri tidak pernah menamakannya sebagai ‘amanat’,
tetapi tiba-tiba bila UMNo yang bercakap- penerangan
mengenai batas iman dan kufur itu telah diwartakan
sebagai ‘amanat’. Inilah anehnya kaldai-kaldai berkaki
dua yang berkandang di dalam UMNo.!
Saya percaya jika Mahathir dan UMNonya ingin
menjadikan ‘Amanat Hj Hadi’ ini sebagai batu loncatan
dan justifikasi paling dominan untuk mengharamkan PAS
dan kemudian menangkap pemimpin-pemimpin utamanya,
maka Mahathir sebenarnya bukan sahaja mahu bermain
api, malah mahu menyimbah petrol ke dalam bara yang
sedaag menyala ! Jika terdetik di hati si Diktator
Gila itu akan niat jahatnya mahu menangkap Hj Hadi
yang kununnya telah mengeluarkan ‘amanat’ tersebut
atas alasan “keselamatan negara”, nescaya Mahathir
akan mempertaruhkan harga yang tidak mampu dibeli oleh
sesiapa pun. Harga yang akan dibayar olehnya tidak
akan mampu dibayar olehnya sendiri. Jika Hj Hadi
ditangkap bersabit dengan ‘amanat’ tersebut, bukan
sahaja Terengganu, bukan sahaja Kuala Lumpur, malah
seluruh Malaysia akan ‘terbakar’ hangus ! Jangan
bermain dengan bara kesabaran rakyat dengan menyimbah
minyak yang bukan sahaja akan membakar tubuh anda,
malah seluruh bumi Malaysia ini akan hangus terbakar !
Ini adalah suatu AMARAN jika anda mahu mengambil
peringatan wahai si Nyanyuk Gila ! Dan jika Hj Hadi
ditangkap juga, bererti Mahathir memang menempah kain
kafannya sendiri dengan liang lahadnya digali oleh
tangan-tangan yang akan memenggal lehernya kelak !!
….Insya Allah bersambung….
Cucu Datuk Bahaman
1 Ogos 2000