Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


Tingginya Moral Pemimpin-Pemimpin UMNO

Ketika memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998 lalu, antara lain Mahathir si Mamak Tongkang menyatakan bahawa Anwar dipecat kerana “moralnya” yang rendah. “Saya tidak boleh membiarkan seorang yang begitu buruk perangainya dan rendah moralnya daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia”. Begitulah antara lain halwa madu yang keluar dari mulut manusia puaka itu dalam menjustifikasikan tindakannya memecat timbalannya sendiri itu.

Demikianlah betapa hebat dan agungnya sikap dan pendirian “tegas” si Mamak Tongkang itu dalam mempertahankan nilai moral untuk calon penggantinya. Belum pernah ada seorang Perdana Menteri sebelum ini yang begitu menitikberatkan aspek moral di kalangan menteri-menterinya, selain Mahathir si Mamak Tongkang ! Lantaran itulah maka DSAI telah dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Namun, bagi seorang yang terlalu “mengagung-agung dan menyanjung tinggi” nilai moral seperti Mahathir si Mamak Tongkang itu, seseorang itu hanya perlu ‘bermoral ‘ tinggi jika mahu menjadi TPM sahaja. Untuk lain-lain jawatan selain itu, soal moral merupakan perkara ‘peribadi’ dan tidak harus dijadikan suatu dalih untuk menafikan kebolehan dan kemampuan seseorang itu daripada menjadi seorang pemimpin.

Bila memperkatakan tentang nilai moral di kalangan menteri-menteri UMNO ini, saya ingin menyenaraikan beberapa aspek ‘moral’ yang super hebat yang menjadi “imej dan syakhsiah” pemimpin-pemimpin UMNO semenjak era pentadbiran Mahathir si Mamak Tongkang hampir 20 tahun yang lampau.

1. Projek ‘turnkey’ bangunan pasang siap Menara Dayabumi kepada sebuah syarikat Jepun (kalau tak silap saya Kumagaigumi) pada 1982 ( tak sampai setahun jadi PM) bernilai ratusan juta (ketika itu) dengan habuan “ten percent” dan mendapat gelaran awal sebagai “Mr Ten Percent” merupakan nilai ‘moral’ yang disanjung tinggi ?

2. Skandal BMF dan terbunuhnya Sdr Jalil Ibrahim di Hong Kong pada 1983 – siapakah yang mengupah seseorang untuk membunuh Jalil dalam kebun pisang kerana ingin menutup dari terbongkarnya rasuah besar kepada Syarikat Carrian di Hong Kong melalui Lorraine Esme Osman kalau bukan si Mamak Tongkang dan seorang ‘general yang kalah perang’ yang ketika itu menjadi Menteri Kewangan ? Adakah mengupah pembunuh untuk membunuh seorang pegawai bank yang tidak berdosa itu merupakan ‘moral’ yang terpuji di mata si Mamak Tongkang itu ?

3. Pembunuhan Memali 1985 di tangan Musa Hitam, kemudian melabelkan golongan yang syahid itu sebagai komunis dan dalam masa yang sama ‘Mr Ten Percent” tadi melakukan lawatan ke negara komunis China pula. Bukankah ini merupakan suatu nilai ‘moral’ yang hebat dan mengkagumkan ?

4. Peristiwa pembunuhan Mustakizah 1986 oleh seorang Timbalan Menteri melalui pengupahan mafia kongsi gelap dan sehingga sekarang kes tersebut turut dikuburkan bersama berkuburnya jenazah Mustakizah. Adakah ‘membela’ seorang pembunuh dengan melantiknya menjadi timbalan menteri dan kemudiannya menteri penuh merupakan aspek ‘ moral’ yang terpuji ?

5. Pemecatan Tun Salleh Abas 1988 atas alasan ‘salah laku’ kemudian melantik Hamid Omar seorang kaki tonggang botol dan tunggang betina sebagai Ketua Hakim Negara yang baru. Inikah nilai ‘moral’ yang dipertahankan sebegitu hebat itu sehingga beliau layak menjadi Ketua Hakim Negara yang baru pula ?

6. Tragedi Menelanjangkan Raja-Raja Melayu 1993 kerana mahu menghapuskan kekebalan mereka dan menghasut rakyat supaya membenci raja-raja Melayu adalah perjuangan ‘moral’ yang maha hebat dan perlu dipertahankan oleh rakyat majoriti !

7. Tragedi tumbangnya Highland Tower 1994 yang menjadi pusat pelacuran super highclass untuk menteri-menteri melampiaskan nafsu serakah mereka dan ketika kejadian, ada seorang menteri yang hampir terbunuh dihempap bangunan tersebut, kemudiannya dikekalkan terus sebagai menteri yang menjadi jurucakap kerajaan BN. Bukankah ini suatu nilai ‘moral’ yang canggih yang perlu dipertahankan oleh regim si Mamak Tongkang itu ?

8. Tragedi Rahim Perogol Bersiri 1996, yang merogol gadis bawah umur selepas puas bermaharajalela memuaskan nafsunya dengan gadis Serani dan Portugis, dimana akhirnya gadis bawah umur ini telah melahirkan seorang anak ketika dalam tahanan di Pusat Pemulihan Akhlak. Adakah ini nilai ‘moral’ yang begitu diagung-agungkan oleh si Mamak Tongkang tersebut ?

9. Peristiwa tangkapan khalwat 1996 di Port Dickson antara seorang Menteri dengan seorang penyanyi tempatan, kemudian kes tersebut ditutup untuk menutup malu (kununnya). Bukankah ini lambang kemurnian nilai ‘moral’ yang disanjung sangat oleh si Mamak Tongkang itu ?

10. Peristiwa tangkapan Ratu Cantik Selangor 1997, dimana Mufti Selangor telah dipecat dan ratu-ratu cantik tersebut dibela habis-habisan. Bukankah ini syiar ‘moral’ yang perlu dipertahankan untuk ‘faedah’ masa depan anak-anak muda kita ?

11. Pemecatan Anwar Ibrahim 1998 daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana moralnya yang ‘sangat buruk’. Bukankah ini merupakan kemuncak peri pentingnya dipertahankan nilai-nilai ‘moral’ yang luhur itu sebagai suatu prasyarat untuk menjadi Perdana Menteri ?

12. Serbuan ke atas The Ship Julai 2000 untuk menangkap peminum-peminum arak, telah mendapat pembelaan sertamerta dari Anak Badawi super bebal dan Abu Hassan Omar sehingga memaksa JAIS menutup kes tersebut. Adakah mempertahankan peminum arak itu satu perbuatan bermoral ?

13. Terkini Ogos 2000 ~ sumbang muhrim Abu Hassan Omar, yang walaupun sudah begitu lama berlaku, tetapi tetap dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Adakah ini nilai ‘moral’ yang begitu disanjung tinggi oleh Mamak Tongkang dan UMNonya ?

Demikianlah antara contoh-contoh nilai ‘moral’ yang wajar dimiliki oleh penjilat-penjilat berwajah munafik di dalam UMNo/BN sebagai prasyarat untuk dilantik menjadi PM atau menteri. “Murni dan mulia” sungguh moral kebanyakan menteri-menteri dan pemimpin UMNo/BN sehingga memungkinkan mereka mencapai martabat wali-wali, lantas tidak dapat membezakan mana satu adik ipar dan mana satu isteri yang sah…. Kepada Anwar yang “tidak bermoral” itu, wajar sangatlah beliau disingkirkan oleh si Mamak Tongkang itu kerana gagal menunjukkan nilai ‘moral’ yang tinggi semasa berada dalam kerajaan.

Saya cukup kagum jadinya dengan nilai-nilai ‘moral’ yang telah dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin UMNo tersebut. Syabas kepada pemimpin-pemimpin UMNo yang telah membuktikan bahawa merekalah Melayu Baru yang telah diacu dalam acuan ‘moral’ yang super tinggi oleh si Mamak Tongkang itu. Antara bukti nyata kehebatan nilai ‘moral’ ini adalah dengan meletupnya filem bertajuk “Iparku Isteriku” lakonan Abu Hassan. Tahniah Abu Hassan kerana berjaya membuktikan nilai moralnya sehingga sanggup melepaskan jawatan.

Kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN, syabas diucapkan kerana anda semua mempunyai nilai-nilai ‘moral’ yang hebat-hebat belaka.

Cucu Datuk Bahaman


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com