Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ISU ROYALTI : AGENDA BEBAL SEORANG PERDANA MENTERI !

Semenjak memecat Anwar dua tahun lepas, kemudian membuat tuduhan-tuduhan kotor dan diikuti dengan siri pendakwaan yang membawa kepada pemenjaraan selama 15 tahun ke atas Anwar, Mahathir nampak semakin jelas seperti seorang yang tidak siuman lagi dalam bertindak dan mentadbir negara. Beliau seperti dikejar oleh bayang-bayang ketakutan sendiri pada apa yang telah diperbuatnya ke atas Anwar . Serba tak kena dan serba sewel dalam tindak tanduknya mengurus negara. Lagaknya tak ubah seperti pesakit Hospital Bahagia Tanjung Rambutan ataupun Hospital Permai di Johor Baharu. Adakah itu semua suatu bala yang tersembunyi ditimpakan oleh Allah kepadanya, wallahu a’lam.

Selepas UMNO kalah teruk di tangan orang-orang Melayu dalam pilihanraya November lepas, Mamak Tongkang otak sewel ni mula menyalahkan PAS sebagai penyebab perpecahan orang-orang Melayu, walaupun pada hakikatnya orang-orang UMNolah yang berpecah belah akibat kegilaan Presidennya sendiri. Bermula sakitnya hati si Mamak Tongkang itu terhadap PAS maka dicari-carilah isu untuk menjustifikasikan tindakannya menghentam PAS.

Isu awal selepas pilihanraya terhadap PAS ialah ura-ura untuk mengharamkan penggunaan nama ‘Islam’ pada parti. Si belukang darat, Rais Pembakar Jambatan ditugaskan untuk merangka undang-undang untuk mengharamkan penggunaan nama Islam pada mana-mana parti politik. Sebenarnya kalau tak sebut pun orang dah faham parti yang dimaksudkan itu adalah PAS. Ini kerana hanya PAS sahaja yang menggunakan perkataan ‘Islam’ pada nama partinya semenjak berpuluh-puluh tahun lalu. Namun, apabila melihat kerasnya tindak balas PAS dalam menentang cadangan sial UMNo tersebut, isu itu padam begitu sahaja setakat ini.

Selepas gagal menggunakan idea untuk mengharamkan penggunaan perkataan Islam pada nama parti PAS itu, si Mamak Tongkang terpaksa pula mencari-cari idea atau isu baru untuk menjustifikasikan secara bersungguh-sungguh bagaimana PAS dapat diharamkan daripada menjadi sebuah parti yang berkembang pesat dan mengancam survival UMNo. Lalu munculnya sandiwara drama swasta bertajuk, “Rompakan Senjata di Sauk” pada 2 Julai lepas. Malangnya sandiwara bodoh tersebut gagal sama sekali meraih tiket ‘box office’ bilamana majoriti rakyat mentertawakannya sebagai lawak paling lucu di awal alaf baru ini. Kumpulan Al-Maunah terpaksa dijadikan kambing hitam disebabkan mereka itu berjanggut dan berserban sama seperti majoriti orang-orang PAS.

Dan secara terbuka, mungkin kerana ingin melihat samada lawak bodohnya mendapat sambutan ataupun tidak, si Mamak Tongkang itu mengeluarkan kenyataan bahawa daripada 1800 orang ahli Al-Maunah itu, kebanyakannya adalah ahli PAS. Tetapi akhirnya kesian jugak dengan mamak gila ni bilamana ngomelannya itu tidak dipedulikan oleh rakyat. Tenggelam lagi isu Al-Maunah ini dan sehingga sekarang perbicaraan kumpulan tersebut yang telah disebut di Mahkamah Tinggi sebelum Anwar dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara baru-baru ini pun senyap begitu sahaja. Kita tidak tahu apakah nasib yang menimpa ke atas ahli-ahli al Maunah yang ditahan itu sehingga kini. Selepas gagalnya Sandiwara Sauk dan cubaan pengharaman penggunaan nama Islam pada parti PAS, maka Mamak Tongkang yang semakin keliru dan bercelaru berperang dengan ketakutan dengan bayang-bayang PAS itu mencuba lagi idea bodohnya, dengan menimbulkan semula isu lapuk yang telah berkubur hampir 15 tahun dulu, iaitu “Amanat Hj Hadi”. Seolah-olah gegak gempita bumi Malaysia ini bagai dilanda gempa bumi dengan ‘bahaya’ yang dicetuskan oleh Amanat Hj Hadi itu, maka menyalak-nyalaklah seluruh anjing-anjing, juak-juak dan penjilat-penjilat buntut orang tua gila itu, mengatakan yang ‘amanat’ tersebut sesat dan menyalahi akidah. Ini termasuklah tukang angguk Masjid Putrajaya yang menjadi ayah kepada seorang artis yang kini sudah tenggelam namanya itu, yang menyuruh supaya Tuan Guru Hj Hadi “bertaubat”. Nak tergelak besar saya dibuatnya dengan telatah bapak kepada artis yang telah tenggelam itu. Macamlah dia ingat apa yang diucapkan itu skrip drama lakonan anaknya !

Selepas beberapa minggu akhbar-akhbar penjilat dan pengampu memainkan isu Amanat Hj Hadi, akhirnya ia padam begitu sahaja bilamana rakyat tidak melayan dengan cerita-cerita karut yang dibawa oleh pencacai-pencacai bebal itu. Pendek kata, apa jua yang cuba diketengahkan oleh Mahathir akan lenyap bagai debu yang diterbang angin sahaja kerana rakyat kini sudah faham benar agenda bebal yang cuba dimainkan oleh Diktator Nyanyuk itu. Cetuskanlah seribu isu yang panas-panas sekalipun dan kerahlah segala media yang ada di muka bumi Malaysia ini untuk menghebohkannya, namun saya yakin rakyat kini tidak akan menelan bulat-bulat begitu sahaja apa yang disiarkan oleh media-media tersebut. Paling tidak pun mereka (rakyat) akan berkata, “ala, ini sandiwara lagi ker ?” Bukankah ini suatu bala yang amat menyakitkan jiwa bagi seorang pemimpin bila rakyat tidak mahu mempercayainya lagi ?

Apabila isu “Amanat Hj Hadi” juga gagal menarik sokongan dan kepercayaan rakyat, si Mamak Tongkang itu sibuk lagi mencari isu baru untuk melanyak PAS. Maka ditimbulkanlah isu mengenai royalti minyak antara kerajaan PAS Terengganu dengan Petronas. Walhal satu dunia sudah tahu bahawa pada tahun 1975 dahulu kerajaan Terengganu di bawah BN pada masa itu telah mengikat satu perjanjian yang jelas dan mantap mengenai bayaran 5 % royalti hasil daripada penjualan minyak yang ditemui di luar pantai Terengganu itu. Kenapa apabila Terengganu diperintah oleh PAS maka baru Mahathir sedar perlunya suatu “tafsiran baru” ke atas perjanjian tersebut dan mengubah maksud daripada wang royalti kepada wang ehsan ? Adakah tafsiran baru ini perlu dibuat kerana besarnya nilai 5% yang diperolehi oleh Kerajaan PAS Terengganu ekoran kenaikan harga minyak baru-baru ini ?

Rakyat kini sedar bahawa tindakan Mahathir itu tidak lebih dari mahu menekan kerajaan PAS supaya tidak dapat mentadbir dengan baik berdasarkan prinsip-prinsip pemerintahan Islam. Mungkin mamak gila itu beranggapan bahawa kerajaan PAS Terengganu akan berada dalam tekanan yang berat untuk mentadbir negeri tanpa sumber hasil dan wang yang mencukupi, sementelah lagi beberapa hasil yang diperolehi semasa BN memerintah selama 25 tahun dahulu seperti hasil tol dan cukai pintu telah pun dihapuskan oleh kerajaan Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu. Tekanan demi tekanan yang dikenakan ke atas PAS itu sebenarnya bukan merugikan PAS tetapi akan merugikan kerajaan UMNo/BN sendiri. Politik ala mafia dan samseng kampung yang diketuai oleh Mahathir ini sebenarnya banyak merugikan survival UMNo itu sendiri. Kenapa Mahathir tidak pernah mahu belajar daripada pengalaman ngeri yang dialami oleh UMNo dalam pilihanraya 1999 lalu, bilamana tekanan, cemuhan, ugutan dan ancaman yang keterlaluan ke atas pembangkang telah menimbulkan simpati yang bukan sedikit daripada rakyat. Belum terlalu jauh untuk dilupakan oleh Mahathir dan anjing-anjingnya bahawa sikap keterlaluan dalam menangani pembangkang seperti yang dilakukan oleh akhbar-akhbar dan tv milik mereka dalam kempen pilihanraya lepas telah memakan diri sendiri. Bukankah mereka sendiri masih ingat bagaimana akhbar-akhbar membuat kempen yang sangat melampau memburuk-burukkan Anwar, Kak Wan, Ustaz Fadzil dan lain-lain lagi tetapi akhirnya kempen melampau tersebut menjadi ‘boomerang’ kepada UMNo sendiri dengan penolakan hampir total oleh orang-orang Melayu dalam pilihanraya tersebut. Mengapa UMNo tidak mahu belajar kesilapan ini ? Mengapa UMNo tidak mahu insaf dengan dosa-dosa mereka sebegini ?

Sebenarnya, samada diakui atau tidak, gaya politik samseng dan membuli yang dilakukan oleh Mahathir ini amat merugikan UMNo dan kerajaan BN sendiri. Jika di zaman purba dulu, gaya politik mafia dan samseng kampung seperti ini mungkin akan menguntungkan golongan yang berkuasa kerana mentaliti rakyat yang tidak berpendidikan di zaman itu tidak memungkinkan mereka berfikir secara bijaksanana. Apa yang mereka inginkan mungkin cuma keselamatan ahli keluarga dan dapat makan minum sahaja. Tetapi di zaman IT ini, sebarang percubaan untuk memperbodoh-bodoh dan memperlekehkan minda rakyat sudah pasti akan ditentang dan dibenci oleh mereka. Saya tidak fikir akan ada orang yang mahu dia diperbodoh-bodohkan oleh orang lain kecuali jika memang dia sebenarnya seorang yang bodoh dan tidak berprinsip.

Mahathir sepatutnya tidak mengamalkan politik mafia dan samseng kampung dalam menangani pihak pembangkang. Dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini, lebih-lebih lagi orang-orang Melayu, politik samseng seperti mafia adalah sesuatu yang sukar diterima. Saya cukup yakin jika Mahathir bersikap gentleman dan berjiwa besar dalam menangani pembangkang, kerosakan yang dialami oleh UMNo akan dapat dipulihkan sedikit demi sedikit meskipun kezalimannya ke atas Anwar tidak memungkinkan UMNo dipulihkan seperti asal. Sudah menjadi sifat orang-orang kita bahawa jika seseorang itu dilanyak dan dibuli sebegitu rupa oleh mereka yang lebih kuat, simpati yang mendalam akan lebih diberikan kepada mereka yang dianiaya itu. Akal yang waras tidak akan membenarkan hatinya menaruh simpati kepada si samseng. Jadi, jika UMNo dan Mahathir sudah dianggap sebagai samseng, bagaimana rakyat mahu mengembalikan kepercayaan kepada mereka ? Apa untungnya politik samseng yang diamalkan itu andainya kekuatan kuasa yang cuba anda tunjukkan itu akhirnya bakal mengundang bencana kepada parti anda sendiri ?

Berbalik kepada isu royalti yang heboh diperkatakan sehari dua ini, saya melihat apa yang cuba dilakukan oleh Mahathir adalah suatu siri tekanan dan ugutan untuk melemahkan sokongan rakyat kepada kerajaan Pas Terengganu. Paling tidak pun ianya suatu deraan kerana memilih PAS dalam pilihanraya dahulu. Jika ini yang dimaksudkan Mahathir, nyatalah dia silap besar. Silap dalam memahami trend perubahan sikap rakyat semenjak tindakan bodohnya memecat dan memenjarakan Anwar dulu. Sepatutnya dia cuba memperbaiki kesilapannya, tetapi dengan tindakan tidak siumannya membatalkan pemberian royalti wang minyak kepada Terengganu itu akan menarik simpati yang lebih meluas kepada PAS, bukan sahaja di kalangan rakyat Terengganu, malah di seluruh Malaysia. Kenapa semasa PBS memerintah Sabah dulu tidak diperlakukan perkara yang sama ? Adakah kerana PBS itu memperjuangkan Kristian maka ia perlu diberi sokongan padu oleh kerajaan Pusat manakala disebabkan PAS pula memperjuangkan Islam maka ia mesti ditekan habis-habisan oleh pentadbiran Mahathir ? Dan adakah ini semua mahu menyerlahkan wajah sebenar Mahathir dan sikapnya terhadap Islam yang sangat dibencinya itu ? Inilah persoalan yang menuntut jawapan daripada rakyat dan menimbulkan kemarahan ramai terhadap Mahathir dan kerajaannya.

Dalam menghadapi sikap autotarian dan kuku besi manusia gila dan nyanyuk seperti Mahathir ini, saya amat tertarik dengan idea yang dicetuskan oleh seorang peserta FGR, iaitu Sdr ‘Mamat Dahlia’, yang menyarankan kepada kerajaan Tuan Guru Abdul Hadi agar mengajar Mamak Tongkang itu dengan cara yang tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan negeri, iaitu berhubung dengan hak-hak ke atas tanah. Benar katanya seperti yang pernah dibuat oleh Tuan Guru Nik Aziz dalam menghapuskan judi di Kelantan ketika PAS mula mengambilalih pemerintahan negeri Kelantan pada tahun 1990 dahulu, iaitu dengan menutup premis yang kuasanya terletak di bawah kerajaan tempatan negeri berkenaan. Meskipun lesen judi diluluskan oleh kerajaan Pusat, tetapi tempat untuk beroperasi sesuatu judi itu dimiliki oleh kerajaan negeri.

Dalam isu royalti ini, jika benar yang Mahathir beriya-iya sangat mahu membatalkan pemberian royalti tersebut, maka suatu cara yang paling praktikal tetapi ampuh dan berkesan ialah dengan menaikkan cukai premium tanah di tapak perindustrian petroleum di Kertih tersebut. Cukai yang dimaksudkan itu seharusnya menyamai nilai 5 % daripada hasil jualan minyak mentah Petronas. Dalam keadaan ini, kerajaan Terengganu berkuasa penuh kerana tanah perindustrian yang digunakan untuk pembinaan infrastruktur Petronas di Kertih tersebut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan PAS Terengganu. Kalau Mahathir tak nak memberi royalti tak mengapa, tetapi Petronas mesti membayar cukai tanah tahunan yang menyamai 5 % jualan minyaknya sebagai tukaran penggunaan tanah tapak perindustrian milik kerajaan negeri yang beribu-ribu hektar itu. Dengan ini kerajaan PAS tidak akan kekurangan wang untuk membiayai apa-apa projek pembangunan untuk rakyat Terengganu dan tidak pula terpaksa melayani kerenah orang gila yang berkuasa di Putrajaya itu.

Sekiranya tindakbalas ini dilakukan oleh kerajaan Tuan Guru Abdul Hadi, maka saya fikir Mahathir akan terpaksa berfikir seribu kali semula kerana untuk memindahkan segala kemudahan infrastruktur petroleum di Kertih itu ke Pahang sudah tentu akan memakan belanja yang besar, sementelah pula Pahang bukanlah negeri yang selamat untuk BN dalam pilihanraya 2004 nanti. Walaupun cadangan “Mamat Dahlia’ itu agak praktikal dan berbaloi untuk mengajar Mahathir, tetapi saya tidak berapa pasti samada ianya boleh dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu atau tidak. Ini bergantung kepada beberapa tafsiran undang-undang yang memerlukan penelitian oleh mereka yang arif mengenainya, seperti Tun Salleh Abas dan sebagainya. Sekiranya undang-undang mengizinkannya, saya kira dengan sekali kenyataan tegas yang keluar dari mulut Tuan Guru Abdul Hadi, nescaya kecutlah telor Mahathir untuk berkokok lagi macam pesakit Hospital Bahagia Tanjung Rambutan itu. Selagi ada ruang dan peluang untuk kita bertindak balas, orang gila seperti Mahathir itu tidak harus sama sekali kita mengalah kepadanya.

Berdasarkan senario yang berlaku dan cuba digembar-gemburkan oleh Mahathir semenjak kekalahan teruk UMNo dalam pilihanraya lepas, nyatalah bahawa ianya adalah agenda-agenda bebal yang lahir dari mimpi ngeri seorang diktator nyanyuk yang hampir memakan najisnya sendiri. Bermula dengan isu pengharaman penggunaan nama Islam pada parti PAS, diikuti oleh Sandiwara Sauk yang gagal mencapai rekod ‘box office’, menyusul pula isu lapuk Amanat Hj Hadi yang tidak mendapat sambutan dan kini muncul lagi sandiwara bodoh terbaru mahu membatalkan royalti minyak Petronas kepada kerajaan Terengganu. Jika inilah agenda mentadbir negara yang mahu dicerminkan oleh Mahathir, saya percaya bahawa UMNo akan menjadi bahan arkib di Muzium Negara dalam beberapa tahun lagi. Jika orang-orang UMNo mahu memastikan hayat partinya itu lebih lama, mereka harus memberhentikan agenda-agenda bodoh dan bebal yang dicetuskan dari kepala pemimpin gila seperti Mahathir itu. Tahap ketidaksiuman Mahathir sebenarnya sudah sampai klimaks dan perlu dihentikan segera jika kita masih sayangkan anak bangsa dan agama suci kita ini. Sudah jelas bahawa Mahathir adalah sebenar-benar makhluk perosak yang wajib dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun !!

CUCU DATUK BAHAMAN
11 September 2000


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com