Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Awasi Keselamatan Anwar !!

Maaf kerana sudah lama saya tidak menulis kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan selain kesibukan dengan tugas. Saya ingin menyampaikan suatu perkara yang membimbangkan mengenai keselamatan Sdr Anwar yang sedang dirawat di HKL sekarang ini. Suatu perkara yg tidak dapat ditolak ialah suatu kemungkinan berlakunya 'failure operation' ke atas Anwar berhubung dgn penyakit 'prolapse disc' yg dialaminya, yang dilakukan secara terancang. Kemungkinan doktor2 di HKL ditekan supaya berbuat sesuatu yg memungkinkan Anwar menemui ajalnya di Dewan Bedah. Ada baiknya kita semua berkumpul beramai2 di HKL pada tarikh Anwar akan menjalani pembedahan dan mungkin juga tarikh pembedahannya disembunyikan dari pengetahuan ramai. Suatu yg tidak dapat ditolak ialah kemarahan memuncak mahathir kpd anwar berikutan kekalahan di Lunas dan pembalasan dendam secara terancang sedang diatur dengan mengambil kesempatan daripada situasi kritikal sekarang untuk melunaskan dendam dan rancangan pembunuhan yang 7 kali telah menemui kegagalan dahulu, termasuk kes racun arsenik yang menggemparkan dahulu. Pengalaman saya bertugas di hospital selama beberapa tahun dapat menyimpulkan suatu konklusi dimana seseorang pesakit boleh menemui ajalnya akibat 'kecuaian' semasa pembedahan, baik dengan sengaja ataupun tidak disengajakan. Jika pesakit mati di Dewan Bedah, sejuta alasan dapat direka untuk menutup jenayah yang dilakukan. Bersama segera menyelamatkan pemimpin kita.

Cucu Datuk Bahaman
(masih kurang sihat)
9 Disember 2000


        
Ke atas    Tarikh Artikal : 10 Disember 2000

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com