Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


HEBATNYA ILMU HITAM MAHATHIR !!

Tulisan berupa pendedahan di bawah bukanlah tulisan asal saya, tetapi saya menyiarkannya kembali tulisan seorang penyokong kita yang pernah disiarkan di Laman Reformasi 2 tahun lepas. Tujuan saya menyiarkannya semula adalah untuk menyedarkan kita, terutama mereka yang masih menyokong UMNo dan Mahathir,bahawa apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Mahathir dalam mengekalkan kekuasaannya tidak dapat dipisahkan daripada permainan ilmu hitam yang dahsyat. Sepertimana Suharto, Mahathir tidak mahu kalah dalam penggunaan ilmu hitam untuk mempertahankan kekuasaannya. Tidak lama dulu saya pernah mendedahkan bahawa ketika mahu menjatuhkan Tun Hussein Onn (Hisham Aww Aww patut sedar hal ini) dahulu, Mahathir pernah menggunakan khidmat seorang bomoh handal dari Linggi, Negeri Sembilan (kini dah meninggal)sebagai ilmu penunduk supaya Tun Hussein meletak jawatan. Musa Hitam juga menerima padah yang sama melalui bomoh yang sama agar beliau meletak jawatan. Tetapi ketika Anwar mahu disingkirkan oleh Mahathir, bomoh tersebut sudah meninggal dan (dengan kehendak Allah) Anwar tidak berjaya ditundukkan supaya meletak jawatan (sebaliknya dipecat dengan pertuduhan jahat). Lagipun kekuatan ilmu dan amal Islam Anwar menjadi benteng kepada beliau dari terkena ilmu sihir tersebut.

Dengan keyakinan yang kental terhadap keampuhan ilmu hitamnya itulah maka Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk memuaskan hawa nafsunya. Tiada siapa pun yang berani bersuara atau menegurnya kerana MEMANG beliau memakai ilmu penunduk. Untuk keselamatannya pula, beliau memakai ilmu kebal dimana semua peluru dan senjata tidak akan menembusi tubuh beliau (kalau dikehendaki Allah MAMPOSSS jugaklah si bedabah tu). [Jika ingin membunuh Mahathir, kita perlu menggunakan peluru emas atau peluru yang dibuat dari buluh]. Tetapi saya lebih suka jika kita menumbangkan Mahathir dengan solat hajat dan qunut nazilah. Tentu kita masih ingat cabaran beliau supaya dibuat solat hajat untuk menentukan siapa benar semasa Anwar baru dipecat dahulu. Selepas kita melakukan solat hajat, beliau kepanasan bagai dipanggang dalam api dan terpaksa meminta bantuan beberapa orang alim untuk membuat 'air tawar' bagi memulihkan kepanasannya itu.

Tetapi si keparat itu tidak pernah mahu berterimakasih dengan orang yang pernah menolongnya atau bersimpati mahu menolongnya, sebaliknya terus menerus buas dan ganas dengan kekuasaannnya. Selagi beliau hidup, keselamatan nyawa rakyat ibarat telur di hujung tanduk. Apa juga percaturan politik yang dijangka akan berpihak menguntungkannya, pasti akan menjadikan rakyat sebagai taruhan. Memali, Lubuk Merbau, Sauk dan terkini di Kg Medan adalah bukti nyata bahawa nyawa rakyat marhain tiada nilaipun di matanya.

Saya ingin menegaskan bahawa Mahathir hanya boleh ditumbangkan dengan gabungan kekuatan fizikal dan spiritual, iaitu dengan ceramah, demonstrasi dan solat hajat/qunut nazilah. Selama ini mungkin kita hanya menekankan atau hanya memberikan lebih tumpuan kepada tindakan fizikal (ceramah, demo) tetapi agak kurang dalam menekankan kekuatan spiritual. Bukan kita tak buat solat hajat, tetapi mungkin masih kurang memadai. Saya rasa ianya patut dipertingkatkan secara berterusan seiring dengan setiap ceramah yang akan diadakan, iaitu sebelum memulakan sesuatu ceramah,hendaklah dimulai dengan solat hajat dan qunut nazilah. Penganut agama lain yang menyokong kita juga perlu berdoa dan bersembahyang mengikut kepercayaan masing-masing.

Dalam soal ini, kita harus sedar bahawa Mahathir bukan sahaja memiliki kekuatan fizikal (tentera, polis, hakim dan segala jentera kerajaan) tetapi juga kekuatan spiritual (penggunaan ilmu hitam dan sihir). Beliau mungkin mengambil langkah bijak dan selamat dengan membuat segala persiapan yang perlu untuk kekukuhan kuasanya, tetapi kita mungkin masih kurang atau lemah dari segi persiapan spiritual. Yakni kita mungkin masih kurang menumpukan kepada senjata doa dan solat hajat/qunut nazilah untuk berdepan dengan seorang pemimpin yang zalim dan jahat seperti Mahathir. Mungkinkah tindakan spiritual kita selama ini masih belum mampu mengatasi kehebatan ilmu hitam Mahathir ? Mungkin juga kita hanya menumpukan kepada bagaimana menjatuhkan Mahathir melalui kuasa rakyat tetapi kita lupa kebijaksanaan kepala hotak Mahathir yang bukan sahaja sanggup menggunakan kekuatan fizikal (polis, tentera, hakim dll) tetapi juga kekuatan ilmu hitam (spiritual). Adakah kita tak terfikir untuk menewaskan beliau melalui kekuatan spiritual pula ?

Saya harap kita tidak memandang sinis dengan tulisan saya ini kerana Mahathir MEMANG menggunakan ilmu hitam untuk kekuatan kekuasaannya. Sebab itulah sudah tiada lagi mereka yang tidak ditundukkannya. Selepas polis-polis 'disihirnya' menjadi "anjing", hakim-hakim pula disuruhnya menjadi "beruk", kini raja-raja Melayu pula mahu dijadikan kaldai tunggangan ? Penghapusan nama Islam daripada pertubuhan dan parti politik akan mendatangkan kesan signifikan jangkapanjang yang terlalu merbahaya kepada maruah dan hayat Islam itu sendiri. Lihatlah apa yang dah jadi dengan Turki. Paling dekat, lihatlah apa yang dah jadi dengan tulisan jawi akibat kedurjanaan Khir Johari. Berapa orang anak-anak anda yang kini mampu membaca tulisan jawi dengan lancar ? Apa sudah jadi dengan amalan Islam di Turki ? Inilah antara kesan signifikan penghapusan syiar Islam yang walau pada mulanya mungkin nampak kecil, tetapi kesannya kepada generasi umat Islam itu sendiri terlalu besar.

Sebab itulah, selepas membaca dan merenungi tulisan yang saya siarkan kembali di bawah ini, pimpinan kita perlu mengambil langkah konstruktif dan komprehensif untuk menggerakkan seluruh rakyat Islam dan bukan Islam yang menyokong kita supaya melakukan tindakan spiritual yang saya maksudkan tadi secara besar-besaran dan berterusan untuk menumbangkan Mahathir. Mungkin jika ada orang yang cuba membunuhnya menggunakan senjata, kita akan dituduh menggunakan kekerasan dan keganasan dan akan ramai yang akan ditangkap. Tetapi jika kita melepaskan "peluru doa" yang berbisa, saya percaya Mahathir tak akan mampu untuk bertahan lebih dari 40 hari pun. Dan lagi, cara ini sudah tentunya lebih selamat kerana tiada sebarang akta dan kanun kesiksaan yang boleh disabitkan kepada kita. Stadium Sultan Mohamed IV dan Stadium Sultan Ismail Kuala Terengganu rasanya mampu menampung puluhan ribu rakyat yang hanya menunggu isyarat sahaja daripada pemimpin mereka.

Kita maklum bahawa perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan akan sukar dicapai jika kita hanya bergantung kepada kekuatan fizikal semata-mata, walhal kekuatan musuh mengatasi kita. Kalau tak silap ingatan saya, Khalifah Umar Al Khattab sendiri pernah melarang tenteranya yang tidak bangun qiyamullail daripada menyertai medan perang. Salahuddin Al Ayyubi sendiri keluar memeriksa bala tenteranya di waktu malam hari untuk memastikan mereka bangun menunaikan solat malam demi mencari kekuatan spiritual. Jadi,bagi kita yang tak sehebat dan segagah tentera Khalifah Umar dan Salahuddin Al Ayyubi itu sudah semestinya perlu lebih lagi mencari kekuatan spiritual untuk menghadapi kekuatan dan kezaliman regim Mahathir durjana itu.

Saya cukup risau dengan persiapan dan kekuatan tentangan kita terhadap percubaan yang sudah hampir pasti akan dilakukan oleh Mahathir untuk menghapuskan penggunaan nama Islam dari pertubuhan dan parti politik dengan memperalatkan Majlis Raja-Raja itu. Saya khuatir tentangan dan 'bising' kita cuma untuk seketika seperti mana ketika Khir Johari menghapuskan tulisan jawi dahulu. Akhirnya ia menjadi 'immune' kepada seluruh rakyat dan menjadi normal kembali tanpa sebarang perasaan tercuit di hati pun. Dan akhirnya kita pun akur dan berserah kepada takdir.

Atas sebab itulah saya ingin mencadangkan supaya kita melakukan solat hajat dan bacaan qunut nazilah supaya Allah s.w.t. menghapuskan Mahathir seperti mana dihapuskanNya Firaun dahulu. Kemuncak kedurjanaan Mahathir kini hampir pasti tercetus dengan penghapusan nama Islam dalam beberapa hari atau minggu lagi. Saya bukan mengajak berperang mengangkat senjata, tetapi rasanya sebisa-bisa senjata yang mampu menumbangkan Mahathir sekarang ialah 'doa dan solat hajat'. Kalau nabi-nabi pun mengangkat tangan ke langit meminta Allah s.w.t. menghapuskan pemimpin dan kaumnya yang degil dan zalim, masakan kita tak boleh mengikuti sunnah para nabi a.s. ? Mungkin kita sudah kehabisan ikhtiar dan usaha untuk menyekat kedurjanaan si keparat itu. Maka apa lagi pilihan yang kita ada? Yang penting, kita harus melakukannya secara berterusan dan bukannya pada masa-masa tertentu sahaja. Lakukan sehingga si keparat itu jatuh tersungkur : samada MAMPOSSS terus atau kepanasan di kerusi PMnya dan mahu meletak jawatan . Orang Melayu yang beragama Islam jangan menyesal tak berkesudahan bila Islam dipisahkan daripada jasadnya. Sekali lagi saya katakan - apa lagi pilihan yang kita ada ?

Cucu Datuk Bahaman
21 Mac 2001

........................................................

Ikutilah pendedahan mengenai permainan ilmu hitam oleh Mahathir di bawah ini. Selamat membaca !

Maka berkatalah salah seorang bomoh Dr Mahathir. Namanya Osman @ Uthuman seketurunan dengan Dr M. Lebih 5 tahun lalu, dia mendakwa bertanggungjawab mengusahakan berbagai jenis tangkal azimat seperti pengerun, penunduk sekelian manusia, ilmu kebal dan segala ilmu ghaib yang menggunakan kekuasaan jin untukDr M. Dia juga mendakwa bertanggungjawab membawa masuk patung emas yang sudah dipuja dari Siam untuk kegunaan Dr M.Tugas ini memberikannya bayaran yang lumayan. Puluhan ribu. Secara tidak langsung dia menjadi bomoh simpanan Dr M. Ada gaji tetap. Tapi gaji dibayar oleh kroni Dr M.

Beberapa bulan lalu timbul cerita ada patung emas di Sri Perdana. Menurut yang ampunya cerita (ada beberapa versi) seorang pekerja dari Tenaga Nasional/JKR Elektrik ditugaskan untuk memereksa masalah pendawaian elektrik di Sri Perdana. Dikatakan, dia amat terkejut bila melihat dalam sebuah bilik rahsia terdapat sebuah patung yang ada kesan-kesan dilakukan pemujaan ke atasnya. Kalau benar, agaknya patung emas ini sudahpun berpindah ke mahligai baru di Putrajaya mengikut tuannya.

Tapi dengar khabarnya Dr M kepanasan, tidak tahan duduk di mahligai baru sebab terlalu ramai makhluk asing yang suka main lampu lip-lap. Dan mungkin sekarang tinggal di istana hinggap di The Mines. Maka berkata lagi bomoh ini, di masa pilihanraya umum 1995 dulu dia ditugaskan oleh Dr M sebagai salah seorang bomoh hujan untuk memanggil hujan dikawasan tertentu. Ini bertujuanan agar ramai yang tak dapat pergi mengundi sebab hujan. Diharap pengundi pembangkang merosot dan memberikan kemenangan kepada calun BN. Mungkin itulah salah satu strategy pilihanraya Dr M ketika itu.

Selain menjadi bomoh Dr M dia juga mendakwa melakukan berbagai tugas-tugas merbahaya atas permintaan orang atasan. Diantara tugas-tugas lain, dia bertindak sebagai ‘middleman’ bagi mendapatkan perkhidmatan wanita-wanita cantik untuk orang-orang kenamaan. Dia juga mendakwa terbabit dalam operasi penangkapan Ustaz Ashaari (al-Arkam) di Thailand untuk dibawa balik ke Malaysia. Dan segala tugas merbahaya yang tak terfikir oleh kita. Semua tugas-tugasnya menghasilkan ganjaran yang lumayan.

Dikhabarkan juga, orang disekeliling Dr M diberi tugas sampingan untuk menjaga beberapa orang bomoh. Beberapa tahun dulu, seorang pesara yang dulunya orangkuat UMNO di Pahang secara tidak diduga terserempak dengan setiausaha akhbar Dr M di rumah seorang bomoh di Kajang. Lalu ditanya apa urusannya dengan bomoh ini. Selain tugasnya sebagai setiausaha akhbar, dia juga ditugaskan untuk menjaga tiga orang bomoh atas arahan bosnya. Itulah jawapan yang diterima.

Kerja bomoh ini ialah untuk menjaga "Nyawa" Dr M. Ketika itu Dr M sedang berada di Hospital Besar KL menjalani pembedahan "Bypass". Ada pelita khas dipasang. Seandainya pelita ini padam, maka padamlah riwayat Dr M. Di saat itu, dikatakan pelita tersebut masih terkebil-kebil hidup. Menandakan Dr M masih ada harapan. Agaknya kerana ilmu pengerun atau penunduk manusia yang dipakai Dr M, semua orang bawahannya takut, gentar dan kecut perut. Tak berani menegur salah silap Dr M. Semua kata-katanya betul saja. Engeh saja! Walaupun kesilapan itu boleh mengugat akidah orang Islam keseluruhannya.

Dilapurkan juga peranan bomoh-bomoh ini terus berkembang hingga ke hari ini. Dr M tidak lekang dari menggunakan khidmat bomoh. Seperti dia menggunakan penasihat ekonomi untuk menentu tujuhala ekonomi Malaysia. Tapi khidmat bomoh ini dapat disimpulkan untuk kepentingan peribadi dan kekuasaan Dr M. Menurut lapuran lagi, seorang Ustazah yang mengamalkan perubatan tradisional Islam mendakwa, peranan bomoh begitu ketara dalam peristiwa penyingkiran dan dalam perbicaraan kes Sdra DS Anwar Ibrahim. Mereka memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Terdapat hampir 2,000 jenis ilmu-sihir atau ilmu-hitam digunakan oleh Dr M dan kroni-kroninya untuk berperang menentang Sdra Anwar Ibrahim. Motifnya agar keluarga Sdra Anwar tidak bermaya melawan.

Bukan kerja mudah untuk menghapuskan segala ilmu-sihir dan ilmu-hitam ini. Sebab datangnya dari serata dunia. Globalisasi. Dari Siam sudahlah tentu. Ada dari India, dari Turki, dari Mesir, dari Nigeria, dari Afrika Selatan, dari Indonesia dan agaknya dari setiap negara dalam dunia ini ada wakilnya. Mungkin dari kutub utara pun ada.

Oh! Mengerunkan sungguh. Kerana kerakusan kuasa Dr M dan kroni-kroninya sanggup melakukan perkara seperti ini. Tapi ini perkara sulit. Confidential. Bomoh-bomoh Dr M dari jenis yang terpengaruh dengan duit. Itu busines mereka. Ada juga yang terpaksa kerana ugutan. Mengikut berita-berita yang sahih, bomoh-bomoh ini makan upah lumayan. Ada yang menerima habuan diantara RM10,000 hingga RM20,000 seorang. Ditambah dengan janji-janji kalau menang perbicaraan menentang Sdra Anwar mereka akan dapat habuan tanah beberapa ekar. Ada yang di bawa ke KL menginap percuma seminggu dua di hotel ternama agar setuju untuk membantu Dr M.

--------------------------------------------------------------------------------

Ini semua dilakukan untuk melemahkan pihak Sdra Anwar Ibrahim, keluargnya dan orang-orang yang membantunya.By hook or by crook ; Dr M mesti menang dalam semua pertuduhannya. Anwar salah sesalah-salahnya. Anwar kalah sekalah-kalah-nya. Itu yang Dr M mahu. Dari kenyataan-kenyataan yang keluar di media massa, menunjukkan Dr M tidak berperikemanusiaan lagi terhadap Sdra Anwar Ibrahim. Manusia hanya merancang. Allah s.w.t jua yang menentukan.

Inilah permainan Dr M dan konco-konconya. Memang licik. Lain cakap lain bikin. Lain buat salah lain kena hukum. Najis lagi menajiskan,Jijik lagi menjijikkan,Jelek lagi menjelekkan! Lebih kotot dari Shit.

Bagi yang arif, tidak hairan kalau BN menang pilihanraya negeri Sabah dulu. Tidak dapat disangkal kemungkinan ilmu-sihir dan ilmu-hitam seperti ini digunakan untuk kemenangan BN. Undi hantu hanya tambahan saja. Taburan wang membeliundi pun imbuhan saja. Yang utamanya majoriti mata pengundi dapat dikaburkan dengan ilmu-sihir dan ilmu-hitamnya supaya terpangkah lambang BN. Semua ‘jin-jin’-nya dikerah menjaga peti undi. Sebab Dr M mahu menjaga dinastinya. Apa caranya itu tidak penting. Yang penting ialah kemenangan bagi dirinya. Orang No 1 tak boleh kalah.

Dalam situasi terkini, Dr M mahu menunjukkan taringnya masih bisa. Lagi tua kelapa lagi banyak santannya. Dia lupa lagi tambah tua kelapa itu lagi teballah tombongnya. Soal halal haram dan dosa pahala tak ada dalam kitabnya. Soal lari atau menyeleweng dari akidah tak timbul. Yang ulung kekuasaannya.

Sebenarnya dia gerun dengan nama Anwar. Sebab perkataan Anwar boleh dimengertikan sebagai An (satu) War (peperangan/perjuangan). Sebab perjuangan Sdra Anwar ini yang amat- amat digeruni Dr M. Gerun dia kalau Dinasti Mahathir pupus. Gerun dia kalau mahligai Dinasti Mahathir runtuh dek gema suara Anwar.

Menurut lapuran seorang bomoh lagi, selain ilmu kedoktoran yang dimiliki Dr M, dia memiliki ilmu "kebal". Sebab itu dia begitu angkuh apabila menjawab soalan dari pelajar kita di London sedikit masa dulu. Dia tidak akan meletakkan jawatan PM kecuali dia di tembak mati. Dia merasakan tak ada satu biji peluru pun yang dapatmenembusi tubuhnya. Mungkin dia tak tahu apa peranan buluh runcing. Jadi dia rasa dia tak akan mati kena tembak dan tak perlulah letak jawatan PM sampai bila-bila. Sebab dia "kebal" segala-galanya. Dia boleh perintah Malaysia selama mana Suharto perintah Indonesia. Baginya Life begin at Seventy (70).

Menurut lapuran bomoh lagi, Dr M juga menggunakan khidmat bomoh atau pak kiai yang sama digunakan oleh Pak Harto. Jadi kalau Pak Harto boleh pakai 1,000 bomoh, tentulah Pak Mahathir tak mahu kalah. Mestilah Pak Mahathir mau khidmat bomoh yang lebih handal ("terror" sehingga jadi "terrific" dan akhirnya jadi "terrible") dari bomoh-bomoh Pak Harto.

Sekarang Dr M masih berkuasa. Suharto sudah kecundang. Pastinya dia akan terus berikhtiar. Ikhtiarnya mesti nombor wahid sebab dia orang nombor wahid. Kalau Pak Harto pakai 1,000 bomoh, dia boleh pakai 2,000 bomoh. Dia ada duit. Kroninya berwang. Sebut saja di mana dan berapa belanjanya semua boleh diurus.

Menurut berita dari bomoh di Sepang, dia dapat melihat betapa ngerinya wajah syaitan yang dipuja datangnya dari Turki untuk menganggu Sdra Anwar. Jadi berapa ramai bomoh-bomoh dari serata dunia agaknya untuk menjana hampir 2,000 jenis ilmu-sihir ini. Mungkin lebih dari 1,000 bomoh, dukun, pawang, pak kiai atau sebagainya untuk keperluan ini. Majoritinya bertugas mengekang dari Sdra Anwar memperolehi kemenangan.

"Masyaallah, Ngeri! Ngeri! Ilmu salah digunakan." kata seorang pengamal perubatan tradisional (bomoh sambilan) di Ulu Langat. "Banyak orang-orang ghaib yang dikerah menjaga di sekeliling mahkamah, yang menjaga di Sungai Buluh. Kita tak nampak!"

Beberapa bulan sebelum berita keracunan arsenik yang dialami Sdra Anwar tersebar, bomoh ini sudah memberitahu dia dapat mengesan akan adanya pengkhianatan untuk memberi santau kepada Sdra Anwar di dalam penjara. Berita ini menjadi kenyataan. Dalam ceramah parti alternatif di Lembah Jaya, Ampang, Sdra Azmin Ali dan Puan Marina Yusof telah mengesahkan akan keracunan arsenik yang dideritai Sdra Anwar. Tangan Mahathir-kah yang terlibat? Tapi Dr M kata itu muslihat Sdra Anwar Ibrahim. Sampaikan rambut gugur, kulit kering, mata kabur, badan susut, anggota kebas-kebas pun dikata muslihat. Allah Maha Agung bukan Allah itu Maha.Thir.!

Berkemungkinan juga Dr M belum dapat ilham bila nak umum pembubaran parlimen dan adakan pilihanraya umum, sebab bomoh-bomohnya masih tak dapat beri isyarat lampu hijau. Kalau anda umumkan sekarang, anda akan kalah. Jadi tergantunglah tarikhnya. Bila tergantung, jadilah teka teki ramai. Mungkin juga isyarat dari bomoh-bomohnya, bila-bila pun anda umumkan pilihanraya, anda tetap kalah. Untuk terus berkuasa, ikhtiarlah! Sebab doktor pakar tak mampu mengubati penyakit Dr M. Bomoh pakarlah yang boleh memberi penawarnya.

Ramai yang menjangkakan pilihanraya umum diadakan pada tarikh keramat 9.9.99. Namun ianya tidak menjadi kenyataan. Ramalan baru mengatakan pertengahanbulan November. Tunggulah.

Oleh itu parti-parti alternatif harus berhati-hati dan berwaspada dengan permainan kotor Dr M dan konco-konconya sehingga habis pilihanraya nanti. Bukankah Dr M sendiri pernah berkata bahawa pilihanraya yang akan datang ini adalah pilihan- raya yang paling kotor. Satu dari kekotoran itu ialah penipuan licik menggunakan ilmu-sihir atau ilmu-hitam oleh Dr M. Ianya sukar dikesan dengan nyata. Tak dapat dilihat. Tapi ada tanda-tanda akan terjadi. Sebab dengan apa cara sekalipun dia mahukan kemenangan demi kesinambungan kekuasaannya.

Ilmu-sihir atau ilmu-hitam tidak akan menang dengan ilmu Allah. Tapi tentukan semua parti alternatif tidak lalai dan leka. Dan carilah satu kaedah atau formula untuk menghapuskannya. Tentunya Tuan Guru Nik Aziz sudah faham maksudnya. Sebab itu beliau dan lain-lain pemimpin PAS sentiasa berdoa agar pengundi-pengundi dapat mengundi parti alternatif dengan selamat. Ini dimaksudkan juga untuk menghapuskan segala gangguan ilmu-sihir/ilmu-hitam Dr M dan orang-orang yang bersekongkol dengannya, dengan izin Allah.

Kesimpulannya, kalau Dr M sebagai Bapak Bomoh, apalah halnya pula dengan anak-anak buah! Bapak borek anak rintik. Ayah kencing berdiri anak kencing berlari. Oleh kerana tembelangnya sudah banyak terdedah, mungkinkah Dr M akan membuat kejutan politik? Sama-samalah kita tunggu.

MOSA AZIZ


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Mac 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.bizaddress.net/ dan Email : dppkd@hotmail.com