Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


ISA YANG MENGUNDANG CELAKA BUAT MAHATHIR !

Tangkapan yang dibuat oleh regim Firaun Mahathir ke atas 8 orang pemimpin dan aktivis Reformasi kelmarin benar-benar membuatkan saya merasa sedih, terharu dan kesal. Saya menyesali diri sendiri kerana gagal memberikan amaran awal kepada mereka berdasarkan ‘ilmu firasat’ yang Allah s.w.t berikan kepada saya untuk sekurang-kurangnya membantu mengelak mereka daripada ditangkap oleh anjing-anjing setia Mahafiraun itu. “Kegagalan” saya kali ini mungkin disebabkan kelalaian dan kealpaan saya dalam ‘ibadah dan amalan tertentu’ menyebabkan saya tidak mendapat “petunjuk” untuk membantu perjuangan ini. Mungkin ini kelemahan diri saya sendiri. Saya rasa amat bersalah kali ini.

Sebelum ini telah beberapa kali saya memberikan amaran awal kepada pimpinan BA akan kemungkinan tindakan yang bakal diambil oleh regim Firaun tersebut. Misalnya, dalam kes keracunan arsenik DSAI, saya telah memberikan ‘petunjuk’ 3 bulan sebelum kes tersebut terbongkar. Dalam kes cadangan pengharaman nama Islam terhadap PAS, saya telah memberikan amaran awal kepada pimpinan PAS agar mengambil langkah-langkah drastik untuk mematahkan cubaan jahat regim Firaun itu. Begitu juga dalam kes percubaan untuk memusnahkan DSAI menggunakan ilmu hitam di dalam penjara, saya juga telah memberikan amaran awal supaya kita mengambil langkah-langkah tertentu untuk menyelamatkan DSAI. Pembaca boleh merujuk kembali tulisan-tulisan saya tersebut di ruangan arkib laman-laman reformasi.

Namun begitu, saya percaya tangkapan di bawah undang-undang jahilliyah ISA yang digunakan oleh regim Firaun Mahathir –Badawi itu sama sekali tidak akan mematah atau melemahkan semangat perjuangan pendokong dan penyokong kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia ini. Benarlah seperti kata pemimpin agong Gerakan Reformasi kita, Sdr Anwar Ibrahim bahawa “satu Anwar tumbang, akan muncul beribu-ribu lagi ‘Anwar’ yang lain” . Saya percaya kita yang telah diasuh dengan semangat kental Anwar tidak akan sekali-kali mudah patah hati atau luntur semangat untuk meneruskan perjuangan menumbangkan regim diktator Mahafiraun itu. Tangkapan di bawah ISA yang dibuat itu hanyalah membayangkan betapa cemas dan terdesaknya Mahathir dalam menghitung hari-hari akhir kekuasaannya.

Setelah gagal dan berputus asa untuk menyaksikan lenyapnya pengaruh gerakan reformasi yang dicetuskan oleh DSAI lebih dua tahun lalu, regim Firaun Mahathir akhirnya terpaksa menongkah arus dan memekakkan telinga daripada kecaman dan kutukan masyarakat antarabangsa dengan menggunakan ISA sebagai senjata pemusnah besar-besaran untuk membendung gelombang reformasi. Firaun itu telah pun membayangkan niat jahatnya itu semasa perbahasan di Dewan Rakyat dua minggu lepas sepertimana yang boleh kita baca di akhbar Malaysiakini baru-baru ini.

BILA KPN JADI ANJING ORANG POLITIK

Seolah-olah telah menjadi suatu budaya baru di bawah pemerintahan regim Firaun ini, selepas akhbar-akhbar arus perdana menjadi ‘sundal’, kini Ketua Polis Negara yang lembap dan bengap bernama Norian Mai juga terpaksa menjadi ‘sundal’ seperti Utusan Meloya. Kalau baru-baru ini akhbar pembohong nombor wahid negara itu menyiarkan fitnah dan pembohongan meganya ke atas Ezam dan bekas Duta Amerika ke Malaysia, kini Norian Mai terpaksa melacurkan diri dan uniformnya dengan menuduh 8 orang yang ditangkap tersebut merancang memiliki bom dan pelancar roket untuk menggulingkan kerajaan Mahafiraun itu. Rasa nak tergelak pun ada saya dibuatnya. Rasa nak termuntah pun ada juga. Apa punya sial punya Ketua Polis Negara sebegini. Masih tak cukup lagikah pembohongan Utusan Meloya maka disuruhnya pulak si Norian jadi tukang bohong. Dia ingat ini di Pakistan atau Afghanistan ke maka mudah sangat dapat bom dan pelancar roket tu? Atau ada pulak ke Kem Askar Wataniah yang dicerobohi oleh puak-puak reformasi ni untuk mencuri bom dan pelancar roket ? Apalah malangnya negara ini mempunyai Ketua Polis yang terlalu rendah kredibiliti dan maruahnya sehingga sanggup jadi tukang dan alat melemparkan fitnah oleh orang-orang politik yang korup dan sedang ketakutan itu. Kalau betul orang-orang reformasi itu memiliki bom dan pelancar roket, kenapa tak ditunjukkan saja gambarnya (meskipun polis sendiri boleh meletakkannya di rumah Ezam dan lain-lain seperti kes Dato Nalla dulu). Kalau benar ada pelancar roket, dari mana ianya diperolehi dan siapa pembekalnya ? Kenapa tidak didedahkan dalam sidang akhbar sumber perolehannya ? Kalau setakat membuat cerita di depan wartawan dan kamera tv mengatakan budak –budak reformasi mahu memiliki bom dan pelancar roket, siapa pun boleh mendakwa sedemikian. Ini bukannya kerja KPN tapi kerja perebet cabuk pun boleh dakwa begitu.

Inilah bahananya bila KPN sudah terlalu ‘excited’ dengan soal-soal politik sehingga tak disedari sanggup menjadi anjing buruk kepala sekalipun. Sudahlah si Bapak Anjing Rahim Noor jahannam dulu berlagak mengalahkan ahli politik, kini nampaknya Norian pun tak mahu kurang daripada Rahim si Bapak Anjing dulu. Benarlah kata bebudak reformasi yang polis sememangnya layak dipanggil anjing sahaja kerana tingkahlaku mereka bukan lagi sebagai seorang profesional, tetapi lebih kepada menjadi alat dan pelacur kepada pemimpin-pemimpin politik regim Firaun jahannam tersebut. Tidak hairanlah apabila Norian sendiri meminta maaf kepada Firaun Mahathir apabila BN kalah di Lunas baru-baru ini.

BADAWI YANG BEBAL DARI UNTA PADANG PASIR

Si bengap Badawi yang bercita-cita besar menjadi Perdana Menteri ini mungkin diuji sekali lagi oleh tuannya, si Mahafiraun itu untuk membalas dendam akibat percaturannya mahu memalukan Mahathir di Kubang Pasu baru-baru ini. Ketika di Kubang Pasu baru-baru ini si Badawi itu mencuba untuk menjatuhkan reputasi Mahathir dengan mengarahkan polis bertindak ganas ke atas rakyat yang menghadiri ceramah BA. Seperti biasa, polis yang setianya seratus persen seperti anjing itu terus menggempur rakyat yang tidak bersalah itu. Akibatnyaa, lebih 400 orang pengundi Mahathir selama ini keluar dari BN dan menyertai Keadilan dan PAS. Pukulan si Badawi ini dirasakan amat berbisa oleh si Mahafiraun lantas beliau merencanakan strategi berikutnya untuk menghentam kembali si Badawi tersebut.

Insiden terbaru tangkapan ISA ke atas ramai pemimpin BA merupakan ‘pukulan’ berbisa untuk menjatuhkan semula kredibiliti Badawi selepas program perjumpaan dengan bekas-bekas komando di Sungai Udang beberapa hari sebelum itu tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Mahathir sedar yang dirinya semakin tidak popular dan dipencilkan.Tambahan pula pemilihan peringkat bahagian Umno kian hangat kini dan maklum balas yang diterima menunjukkan sokongan kepada Badawi begitu ketara manakala orang-orang Mahathir sendiri sudah kurang diterima dalam pemilihan. Percaturan politik antara kedua manusia zalim ini nampaknya telah menjadikan pembangkang sebagai kambing hitam yang amat lazat untuk dijadikan santapan.

Saya cukup geram bila si Badawi yang bebal seperti unta padang pasir ini memberikan jawapan berhubung penahanan ISA tersebut dengan mengatakan beliau tidak mengetahui akan penahanan oleh anjing-anjingnya itu, walhal beliau sendirilah yang mengeluarkan perintah penahanan tersebut selaku Menteri Dalam Negeri. Jawapan yang diberi sememangnya menjelaskan kebebalan beliau sendiri seolah-olah beliau tidak tahu menahu dengan tindakan polis. Inilah susahnya bila orang bodoh diangkat jadi pemimpin. Buat kerja pun tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu ?

MIMPI NGERI YANG MENGHANTUI

Semenjak memecat DSAI dari jawatan TPM dan Menteri Kewangan lebih 2 tahun lalu, diikuti dengan pendakwaan di mahkamah yang menjijikkan, Mahathir nampaknya masih tidak berpuas hati dengan hukuman penjara 15 tahun ke atas Anwar. Inilah barangkali pertama kali dalam sejarah, seorang ‘banduan’ begitu digeruni oleh pemerintah yang sedang berkuasa walhal ‘banduan’ tersebut kini sudah setengah mati menderita kesakitan. Sebenarnya inilah mimpi paling ngeri yang menghantui Mahathir sepanjang 20 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Adalah suatu kesilapan yang amat besar jika Mahathir menyangka tindakan keras dan buasnya ke atas Anwar akan menyebabkan rakyat meminggirkan Anwar dari ingatan mereka. Jika betul Anwar seorang yang bersalah seperti mana tuduhan ke atasnya, sudah lama Anwar mati beragan kerana disingkirkan rakyat. Namun sokongan ke atasnya bukannya semakin berkurang, malah kian bertambah dan merebak dari hari ke sehari. Semakin keras dan zalim tindakan yang dilakukan oleh Mahathir untuk menindas dan menekan rakyat yang menyokong Anwar, sebenarnya semakin menjauhkan sokongan dan simpati rakyat ke atas kerajaannya. Jika benarlah beliau semakin mendapat sokongan, sudah tentu Umno tidak kalah di banyak tempat dalam pilihanraya lepas.

Sebenarnya Mahathir kini berada dalam situasi yang amat tertekan kerana beliau mendapat maklumat yang ahli-ahli Umno mahu sepakat menyingkirkannya secara diam-diam. Sokongan yang semakin kukuh yang diterima oleh Badawi membuatkan Mahathir tidak nyenyak tidur. Sementelah pula Badawi sendiri kini sedang rancak secara sulit mengatur strategi untuk menjatuhkan Mahathir menjelang 2004 nanti. Perkiraan Badawi ialah, Mahathir tidak harus sama sekali dibiarkan terus menerajui negara selepas pilihanraya 2004 nanti kerana kerosakan yang bakal diterima akan menjadi semakin buruk selagi Mahathir terus dibiarkan menjadi PM. Tindakan Dato Fauzi yang “menyerang” Khalil Yaakob orang kepercayaan Mahathir membuatkan beliau (Mahathir) terkejut beruk dan tidak dapat tidur siang dan malam. Percaturan kali ini adalah antara ketakutan dan mimpi ngeri seorang yang berada di penghujung kekuasaannya tetapi dalam masa yang sama ingin terus mempertahankannya, dengan seorang yang terlalu ‘ambitious’ untuk menjejaki tangga kerusi PM. Saya telah menjelaskan hal ini dalam tulisan saya yang bertajuk’ “Sampai Bila Mahathir Mampu Bertahan” yang telah disiarkan beberapa bulan lalu.

Saya percaya tangkapan ISA yang dilakukan ke atas beberapa orang pemimpin BA dan aktivis reformasi serta gelagat bodoh Ketua Polis Negara itu akan mempercepatkan lagi kejatuhan regim Firaun Mahathir itu. Kebencian dan kemarahan rakyat yang semakin bertambah ekoran penggunaan undang-undang rimba jahilliyah itu akan melebarkan lagi jurang sokongan terhadap kerajaannya. Apakah Mahathir sendiri yang mahu mengundang kejatuhan regimnya dengan langkah tersepitnya itu ? Sama-samalah kita tunggu. Yang pasti api dan bara Reformasi yang cuba dipadamkannya itu sudah tidak mampu lagi dibendungnya hatta jika beliau menggunakan seluruh ‘air laut’ yang dimilikinya pun. Titik tolaknya hanya satu : RAKYAT SUDAH TERAMAT BENCI DENGAN MAHATHIR !! Yakinlah bahawa ISA yang digunakan ke atas Ezam dan rakan-rakannya itu akan menjadi “peluru” terakhir yang akan membawa celaka dan membenamkan regim Mahathir ke dasar kehancuran. Kemarahan rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi. Hanya ‘tunggul’ dan ‘kayu mati’ sahaja yang masih bersimpati dengan Mahafiraun yang maha zalim itu !

Cucu Datuk Bahaman
12 April 2001


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com