Dalam sejarah tamaddun manusia semenjak Adam a.s. diciptakan, Firaun adalah perlambangan manusia paling kejam dan zalim pernah diceritakan Allah s.w.t. di dalam Al-Quran. Kezaliman melampaui batas Firaun ini menyebabkannya sanggup membunuh anak-anak lelaki yang baru dilahirkan dan merebus hidup-hidup kaumnya yang beriman kepada Allah s.w.t. Pembunuhan anak-anak yang baru dilahirkan adalah justifikasi kepada perlindungan kepada keselamatan dalam negara kerajaan Firaun kerana dibimbangi anak-anak tersebut akan muncul salah seorangnya yang bakal menjatuhkan kerajaannya.
Kekuasaan dan kehebatan Firaun dalam mempertahankan kerajaan dan ‘keselamatan dalam negaranya’ didokongi oleh polis-polis dan tenteranya yang gagah perkasa, yang bersiap sedia untuk bertindak apa sahaja sebaik diarahkan oleh manusia kejam dan kufur itu. Kesetiaan polis dan tentera Firaun yang tidak berbelah bahagi itulah menyebabkan Nabi Musa a.s. terpaksa berdepan siang dan malam dengan ancaman dan kedudukan yang tidak selamat dalam menyeru manusia ke jalan tauhid dan kebenaran. Kesetiaan tentera dan polis Firaun itu jugalah yang menyebabkan mereka akhirnya turut sama tenggelam dimusnahkan Allah s.w.t. di dalam Laut Merah sehingga kesemuanya menjadi isi dan penghuni neraka jahannam.
Selepas tenggelamnya Firaun di Laut Merah kira-kira 3000 tahun yang lampau, sejarah tidak pernah mencatatkan sebarang gelaran kepada pemimpin-pemimpin yang zalim di sepanjang zaman itu dengan gelaran Firaun. Meskipun ramai para pemimpin yang zalim dan memiliki watak-watak seperti Firaun, tetapi rakyat mereka tidak pun menggelarkannya dengan panggilan ‘Firaun”. Hitler yang terkenal buas dan kejamnya itu, tidak pernah kita dengar digelar orang dengan ‘Firaun’. Begitu juga dengan Shah Iran, Shah Reza Phalavi yang digulingkan oleh Ayatollah Khomeini dahulu. Tetapi di bumi Malaysia, bumi umat Nusantara ini, gelaran yang jelik dan buruk itu telah digelarkan orang kepada Mahathir Mohamad sebagai ‘Mahafiraun’, yang lebih hebat dari Firaun Mesir Purba dahulu.
Jika Firaun dahulu mendapat kekuatan daripada dokongan dan sokongan tentera dan polisnya, maka Mahafiraun kini juga mendapat dokongan daripada polis yang kesetiaannya tidak pernah dipertikaikan oleh Mahafiraun itu sendiri. Seperti polis Firaun Mesir dahulu, polis Mahafiraun kini juga terpaksa menjaga keselamatan dalam negara daripada ancaman mereka yang dibimbangi akan menjatuhkan kerajaan Mahafiraun itu sendiri. Kesetiaan polis Mahafiraun atau singkatnya PDrM itu semakin terserlah semenjak Tragedi 2 September 1998 dan terus berlarutan sehingga kini. Kesetiaan yang menuntut pembuktian kezaliman dan kedurjanaan oleh polis Mahathir itu menyebabkan kita terfikir adakah polis telah mematuhi etika kepolisannya atau pun lebih rela mematuhi etika kesyaitanan dan kebinatangan dalam menjalankan tugas mereka dalam mematuhi ketaatan titah perintah tuannya si Mahafiraun itu.
Tragedi mata lebam Anwar pada malam 20 September 1998 dahulu telah membuka sejarah betapa institusi polis telah melakarkan imej mereka setaraf dengan bajingan jahannam yang kerjanya mengeronyok si mangsa tanpa belas kasihan. Sejarah hitam dan durjana yang dilukiskan oleh Rahim Si Bapak Anjing itu akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai peristiwa malang dalam sejarah kepolisan Malaysia semenjak merdeka hingga kiamat. Meskipun sejarah hitam itu telah meruntuhkan secara mutlak integriti polis, namun demi ketaatan dan kesetiaan mereka tidak pernah mahu belajar dari kesilapan tersebut untuk cuba memperbaiki citra diri. Sebaliknya lebih galak untuk menunjuk dan membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi demi memuaskan hawa nafsu pemimpin bertaraf binatang iblis bernama Mahathir !
Sebenarnya, institusi polis Malaysia menjadi teramat kotor, jijik dan memualkan di zaman Rahim Si Bapak Anjing dan Norian Mai menjadi ketuanya. Dua manusia ini lebih rela menjadi anjing suruhan daripada menjadi ‘hamba sanjungan’ rakyat. Mereka lebih rela menjadi anjing suruhan yang jijik kepada pemimpin tidak bermaruah seperti Mahathir daripada meninggalkan nama yang harum berbakti kepada masyarakat dan negara. Dua manusia ini lebih rela mencatatkan nama hitam , bukan sahaja dalam sejarah negara malah pada titisan keturunan mereka sendiri.
Apakah keamanan dan kedamaian yang rakyat boleh harapkan daripada manusia yang tidak bermaruah dan sanggup melacurkan harga diri dan pakaian seragamnya itu kepada pemimpin zalim yang sudah tidak diterima oleh rakyat majoriti itu ? Apakah perlindungan dan harapan yang boleh disandarkan rakyat kepada manusia yang sanggup, bukan sahaja menjadi alat kepada pemimpin berhati serigala seperti Mahathir itu, malah sanggup menjual kehormatan institusi kepolisan sendiri dengan melakukan pembohongan besar yang amat memalukan (dengan menuduh kumpulan reformasi mempunyai pelancar roket dan bom petrol misalnya) ? Inikah rupa bentuk Ketua Polis yang dapat mencorakkan kredibiliti seluruh pasukan sehingga menjadi sebuah institusi yang berwibawa dan disanjungi tinggi ?
Inilah bahananya apabila seseorang itu meletakkan keimanannya di tepi longkang tetapi menjadikan kebobrokan nafsu sebagai pertimbangan hakiki, lalu merelakan diri diperlakukan seperti haiwan yang tidak punya akli ? Untuk melihat kebejatan dan kebrutalan manusia bernama polis, kita kini tidak perlu lagi pergi ke Palestine, tidak perlu lagi pergi ke Russia dan tidak perlu hidup di zaman Shah Iran dengan Savaknya. Kebinatangan manusia bernama polis seolah-olah mempunyai pertalian antara setiap zaman tanpa perlu melihat sempadan geografi. Hakikatnya, sifat kezaliman dan kebinatangan polis atas nama kesetiaan dan keakuran tanggungjawab terhadap “pemerintah yang sah” menjadi ukuran utama betapa mereka perlu bertindak sepertimana yang diarahkan tanpa perlu mempersoalkannya. Naluri insan dan benih keimanan wajar dipersetankan atas nama kesetiaan kepada ketua meskipun ianya jelas bercanggah dengan martabat insan. Soalnya, kekejaman dan kezaliman yang polis lakukan untuk memuaskan nafsu pemimpin yang menjadi tuan mereka itu, tidak akan sanggup dihadapi oleh mereka sendiri jika ianya diperlakukan ke atas ahli keluarga mereka sendiri. Mengapa hilang sifat kemanusiaan bila berdepan dengan orang lain dan merasa belas kesian bila terkena keluarga sendiri ? Inilah persoalan yang menuntut setiap warga yang memakai uniform polis menjawabnya di dalam diri mereka.
Amat malang bagi rakyat negara ini bilamana keselamatan dan keharmonian mereka diragut dan diperkosa secara ganas oleh manusia bernama polis yang berketuakan Norian Mai. Lebih malang lagi bila manusia yang bertaraf Ketua Polis Negara ini sanggup mempersundalkan diri dan maruahnya, meskipun baru balik dari menunaikan fardhu haji, dengan membuat bohong sehingga satu dunia pun mentertawakannya. Inikah rupa diri seorang yang bernama Ketua Polis sehingga tidak lagi dapat berfikir dengan akal yang waras dan siuman akan apa dan implikasi daripada ucapannya ? Jika inilah rupa diri seorang yang bernama Ketua Polis Negara, maka sahlah bahawa negara ini lebih layak dinamakan sebagai negara bajingan sahaja. Lagak samseng yang ditunjukkan oleh Rahim Nor dan diteruskan pula oleh Norian Mai seolah-olah negara ini dikawal oleh para keparat brengsek yang berselindung di sebalik uniform mereka. Beruntunglah Tan Seri Abdul Rahman yang menjadi Ketua Polis Negara tetapi mati ditembak oleh Botak Chin pada tahun 1975 dahulu kerana beliau tidak sempat hidup dan berkhidmat di bawah regim diktator Mahafiraun ini.
Adalah sesuatu yang ironis apabila pihak polis, bila ingin melakukan kezaliman dan kekejaman ke atas orang-orang yang tidak sehaluan dengan citarasa pemerintah, akan menjustifikasi soal keselamatan dalam negara sebagai helah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Mereka lebih rela menjadi musuh rakyat daripada melencong daripada keinginan pemerintah. Mereka lebih rela menjadi seteru kebenaran daripada menjadi pendokong keadilan. Inilah rupa paras yang cuba ditonjolkan oleh polis Malaysia di bawah kepimpinan Norian Mai yang lemah dan lembik itu. Sebab itu tidak hairanlah jenayah berleluasa seolah-olah tidak wujud pihak keselamatan sementara nyawa rakyat pula sentiasa terancam. Bila polis lebih banyak menghabiskan masa mereka untuk memuaskan nafsu pemimpin politik daripada menjaga keamanan, maka timbullah keadaan jenayah yang sukar dibendung dan di atasi.
Perangai buruk, sial dan celaka polis ini lebih terserlah dengan sikap berat sebelah mereka dalam mengambil sesuatu tindakan. Apabila tiba giliran mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah, dibuat laporan yang bertulis dengan tinta emas dan berlian sekalipun tidak dapat menggamit pihak polis untuk mengambil tindakan. Tetapi apabila tiba giliran sesuatu yang dikira merugikan pemerintah, belum sempat habis menulis laporan pun tangkapan sudah dibuat. Hatta berdasarkan laporan akhbar pun sudah memadai untuk pihak polis bertindak. Inilah padahnya bila kebenaran dipersetankan tetapi kebathilan dan kebejatan dipertahankan oleh mereka yang bernama polis. Usah bercakaplah soal profesionalisme. Usah bercakaplah soal etika kepolisan. Usah bercakaplah soal kebenaran dan keadilan sesuatu fakta. Usah berlagaklah betapa cekap dan cepatnya sesuatu tindakan. Hakikatnya, ia lebih layak dihumban ke dalam longkang tahi yang dikerumuni oleh lalat dan langau hijau sahaja.
Melihat kepada rupabentuk tindakan dan perbuatan polis, nyatalah bahawa polis Malaysia di bawah regim korup bangsat Mahathir ini sebenarnya sudah tiada lagi memiliki sifat insan dalam diri mereka. Polis jelas sudah tidak lagi menjadi makhluk yang mempunyai nilai dan tamaddun peradaban insan. Atas nama kesetiaan, patuhlah segala suruhan dan persetankanlah segala kecaman ! Berdasarkan inilah kita melihat betapa polis seolah-olah menjadikan uniform mereka sebagai suatu lesen atau tiket untuk melakukan apa sahaja kekejaman dan kebinatangan ketika berdepan dengan seteru pemerintah. Menggeledah rumah orang seperti perompak, menaiki masjid dengan berkasut seperti Yahudi yang kafir, memecahkan pintu rumah orang seperti Gestapo, menyepak terajang rakyat dan tahanan seperti haiwan dan seumpamanya menunjukkan dengan jelas yang polis kita bukanlah berkhidmat untuk berbakti kepada masyarakat, tetapi lebih kepada mahu mempertahankan pemimpin yang bangsat dan laknat seperti Mahathir itu.
Sudah menjadi suatu keseronokan kepada polis untuk menyiksa dan melakukan kekejaman ke atas para tahanan. Tahanan ISA adalah suatu contoh paling relevan betapa polis boleh berbuat apa sahaja atas nama ‘mematuhi arahan’. Kalau setakat membogelkan tahanan itu tidak mendatangkan apa kesan pun kepada mereka, apalah sangat jika menyiksa tahanan ISA dengan pengepit plier, menumbuk perut dan mencucuh puntung rokok kepada kemaluan mangsa. Sebenarnya kekejaman dan kezaliman yang polis lakukan di lokap Bukit Aman ke atas 9 orang reformis yang ditahan sejak minggu lepas itu tidak dapat dilukiskan dengan kata-kata di sini. Atas alasan ‘masih meneruskan siasatan’, mereka dengan buas dan ganasnya membelasah Ezam, Tian Chua, Saari, Ghani, Badrul Amin dan lain-lain lagi, walhal ‘bukti’ yang cuba ‘dibuktikan’ itu tidak wujud sama sekali.
Ungkapan Badawi yang tidak mahukan satu lagi ‘mata lebam’ hanyalah ucapan penyedap hati sahaja. Hakikatnya, beberapa algojo polis yang bertaraf binatang dan haiwan di Bukit Aman sedang galak melepaskan tumbukan dan tendangan mereka ke tubuh 9 orang itu. Saya berani bersumpah bahawa 9 orang itu sedang diseksa dan ditorture dengan teruknya oleh anak buah Norian Mai siang dan malam semata-mata untuk ‘mengturning-over’ pemikiran dan pendirian mereka. Tempoh tahanan selama 60 hari itu sebenarnya suatu tempoh ‘pembelasahan maksimum’ mental dan fizikal untuk menjustifikasikan pembohongan ‘pelancar roket dan molotov cocktail’ Norian Mai tempoh hari. Yang jelas, Ezam sudah pasti akan dihantar ke Kamunting bersama dengan Badrul Amin dan Lokman Adam selama 2 tahun manakala yang lain-lainnya akan dibebaskan selepas tamat tempoh 60 hari tadi.
Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh kita apabila polis sudah hilang peradaban insannya. Inilah nilai perjuangan yang terpaksa kita tebusi apabila polis dan haiwan tidak dapat membezakan diri mereka ketika bertembung antara ketaatan yang tak berbelah bahagi dengan kebenaran yang diperjuangkan rakyat. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh kita apabila polis lebih suka menjadi anjing suruhan yang mengganas daripada melindungi keselamatan dan kepercayaan rakyat. Cukuplah jika saya katakan bahawa polis Malaysia merupakan makhluk yang sudah hilang nilai manusia dan insaniahnya.Jauh sekali daripada iman dan takwa kepada Allah s.w.t. Tenggelam di dalam tamaddun yang runtuh bersama kezaliman yang dipertahankan…Dan dimana, kemanakah Norian ?
Cucu Datuk Bahaman
25 April 2001