By Dahlia
8/3/2001 pm
[Umno dan Mahathir sedang menggunting tetapi tidak cukup kain. Begitulah sedikit ibarat isu perpaduan
melayu tajaan Umno yang kini sudah menggelisahkan mereka. Tindakkan bersyarat PAS menyebabkan
rancangan Umno untuk memukau kaum Cina (melalui akhbar Cina nanti?) supaya tidak menyokong PAS
terbantut seketika. PAS begitu berhati-hati tetapi Umno bagai tidak sabar untuk bersua. Isu ini diharap
dapat memberi nyawa kepada Umno yang sudah tidak bermaya.
Wanita Umno sedang sakit perut tetapi tidak mahu dibedah segera. Ia boleh terbelah dua atau tiga
bila-bila sahaja untuk melahirkan puteri sulungnya. Tetapi masalah perceraian dan surat beranak
membuatkan sakit terpaksa ditahan dulu. Dengan Wanita sendiri menganjur perhimpunan, mana tidak
terkoyak muka Rafidah? - Editor]
RAFIDAH YANG SEMAKIN TIADA
Satu perjumpaan tertutup yang dianjurkan oleh Biro Pendidikkan Wanita umno Malaysia telah diadakan di
PWTC pada 30hb Januari lalu. Majlis tersebut dihadiri oleh semua barisan kepemimpinan wanita umno
Bahagian dari seluruh negara.
Turut hadir ke majlis adalah Shahrizat yang semakin ceria kerana sudah naik pangkat dan Rafidah yang
nampak lain macam saja. Rafidah hadir hanya sebentar, seperti ada benda yang sudah tidak kena. Isu
perlembagaan dan pindaan seperti penubuhan puteri umno telah mengoyak sedikit (atau banyak?) muka
Wanitanya. Ramai makcik merah mata sejak bahtera puteri dicipta walaupun ia belum belayar
kemana-mana. Ia membawa petanda bahawa Wanita umno sudah gagal memainkan peranan yang efektif
untuk menawan hati golongan muda. Dan pastinya Mahdet telah murka sehingga bahtera Sharizat
dilayarkan pula.
Cuba perhatikan kekerapan gambar Shahrizat di dada akhbar berbanding Rafidah. Atau cuba memerhati
saiz gambar yang terpapar. Ini adalah tektik propaganda halus untuk menaik dan menurunkan seseorang
melalui surat khabar.
PAS INGIN DITIPU
Dalam perhimpunan khas itu beberapa penceramah yang hensem dijemput memberi penerangan:
a.Tan Sri Musa (pendidikan - sekolah wawasan),
b.Muhyidin (isu Perlembagaan/pindaan) dan
c.Mustapha Mohamad (suqui).
Ramai ahli pergerakkan Wanita masih samar dengan isu suqui sebab itulah satu taklimat khas telah
disampaikan oleh Ketua Biro Penerangan umno Malaysia, Mustapha Mohamad, atau panggilan manjanya,
Tok Pa.
Maka berkatalah Tok Pa, "Kita sememangnya menggunakan isu Suqui untuk menarik semula minat orang
Melayu yang telah meninggalkan umno. Kita juga menggunakan isu ini untuk menarik pihak pembangkang
khususnya PAS dan KeADILan agar bersetuju dengan kita untuk mengadakan perbincangan atas isu
perpaduan."
Rupanya, tak habis lagi serangan dan strategi jahat umno kepada bangsa Melayu. Sedang senyuman
terukir di wajah, tapi hati busuk laksana bangkai babi yang menjijikkan. Sampai bila pemimpin umno ini
hendak berlakon? Bersandiwara dan berpura-pura?
Ingat Tok Pa, banyak mata yang memerhati sikap dan bicara mu. Jangan sampai bicara bohong memakan
diri. Orang Melayu memang takkan hilang di dunia kalau umno tidak hipokrit dan membunuh bangsa
sendiri!
REAKSI PAS GUSARKAN MAHDET
Ramai tokoh umno veteran, termasuk beberapa ahli MKT sendiri beranggapan bahawa tindakan PAS
memberi 3 syarat kepada Mahdet@umno bagi meneruskan perbincangan dengan umno adalah satu
tindakan politik yang sungguh bijak. Dari cakap-cakap orang umno sendiri, tindakan PAS itu telah
membuat Mahdet tidak senang duduk, malah diberitakan Mahdet panik dan beliau merasakan seperti
diperbodohkan oleh PAS. Beliau cukup marah dan rasa terhina.
Rata-rata pemimpin umno (yang bosan dengan Mahdet) menganggap bahawa sikap PAS itu merupakan
satu sindiran tajam kepada Mahdet secara peribadi. Malah seorang tokoh veteran umno yang baru-baru
ini juga ada membuat komen di hadapan rakan-rakan rapat beliau mengatakan bahawa Mahdet cuba
untuk meraih kepercayaan orang umno khususnya dalam menangani isu perpaduan Melayu dengan
mengambil langkah demikian, namun pada hakikatnya kata beliau, Mahdet juga telah memperakui
kekukuhan PAS yang jelas berada di dalam kedudukan yang kuat dan selesa.
Kini jelas bahawa PAS membuktikan kematangannya dalam arena politik tanahair. Syabas dan tahniah
kepada pemimpin PAS yang berwibawa dan sentiasa sabar dan berhikmah dalam menangani setiap isu
serta cabaran politik semasa.
ORANG CINA JUGA TERTIPU DENGAN ISU SUQUI
Isu Suqui adalah 'prelude' (tayangan pra mula) sebelum isu perpaduan melayu. Sepatutnya umno tidak
mendedahkan rayuan Suqui kepada NEC II ( Mapen II). Tindakkan itu dilakukan untuk meraih sokongan
melayu kepada umno.
Pertemuan umno-Suqui tahun ini adalah untuk menyelamatkan air-muka umno kerana tersilap pijak dalam
sandiwara perpaduan melayu. Umno tewas di Lunas kerana orang cina dan Suqui merasa tertipu oleh
janji BN dalam pemilu 1999 dulu. Mereka semakin merasa tertipu kerana MCA gagal berbuat apa-apa
dalam menekan kerajaan BN supaya menyelamatkan Sekolah Rendah Cina. Sekarang sokongan orang
Cina sudah menipis teruk kerana menteri pelajaran umno (pilihan istimewa Mahdet juga) masih berdegil
mahu menang dengan apa jua cara. Pengalaman beliau yang amat kurang menyebabkan krisis ini
semakin berlarutan dan pemimpin umno yang lain terpaksa campur tangan. Tetapi bercanggah pula
kenyataan yang dikeluarkan. Kesian! Ini semua boleh buat Mahdey pitam!!
LAMAN WEB PUN NYARIS TERTIPU
Siapa tak tahu, Tok Pa juga menjaga perang saraf umno. Mujur laman pro-reformasi tak terkena dan
sempat menarik balik notis demo (4hb Feb. 2001) segera. Kalau tak ketawa sakan lah Tok Pa kerana
pengendali laman main sumbat sahaja berita.
Baru-baru ini saudara Amin Sapiro ada cerita mengenai laman umno reform tengku Adnan Mansur
menjemput berinteraksi dengan perpaduan sebagai agenda. Nak reformasi macam mana kalau tudung di
kepala yang tuhan suruh pun masih degil nak pakai? Sudahlah tu kepala hotak Umi Hapelda yang dah tak
terpakai oleh bapak sendiri plak nak diambil pakai.
TAMBAH HULUBALANG: ADA TUJUAN SEBENARNYA
Sebenarnya tambahan kabinet adalah 'prelude' juga untuk memantapkan Mahdet dan untuk menikam PAS
habis-habisan dalam projek isu perpaduan melayu. Komen editor Berita Harian dan Utusan Meloya cuba
menonjolkan umno amat ikhlas menghulur tangan untuk bertemu tetapi PAS digambarkan sebagai
mencari peluang untuk kepentingan diri.
ZAM cukup aktif sekarang ini. Apa tidaknya kredibiliti Mahdet dan akhbar meloya semakin terjejas
sekarang. Gambar dan rencana Asiaweek lepas telah menjatuhkan imej Mahdet begitu teruk sekali. Reaksi
hulubalang mereka membuktikan betapa menggelabahnya Mahdet.
tengku Adnan Mansur sudah menghantar surat bantahan. Dengar cerita GPMS sudah berdemo tetapi
mana pemuda umno?. Khalil Yaakob merangkap Menteri Penerangan, pula sedang merangka satu badan
untuk memantau berita luar negara yang 'tidak tepat' (misreporting). Hashim Makaruddin, pembantu khas
perdana menteri pun dah komplen di Asiaweek - disiarkan pada 16hb Feb. 2001.
Kesian Mahdet, lembab betul orang beliau mencapai berita padahal gambar dalam berita Asia week itu
tersiar 26hb Jan. 2001. Sudah 12 hari baru tahu? Sia-sia ajalah ada MSC, nak pakai internet pun masih
tak terkial-kial? Agaknya tengok benda lain yang lebih seronok kot?
HULUBALANG TERBANG UNTUK AGENDA PERPADUAN?
Begitulah karenah empat hulubalang:
1.Tok Pa (penulis upahan, laman web)
2.Khalil Yakob (pengundi hantu, subsidi pengundi)
3.tengku Adnan (buku dan kabar palsu, surat layang)
4.ZAM (putar alam surat akhbar)
Budak empat orang ini semuanya sama - mereka menjaga media perang saraf umno. Semua dilantik
secara terbang oleh mamak bendahara. Tapi tak seorang pun berani saman Asiaweek, sebab itu gambar
betul tidak tipu punya. Mereka juga tidak berani mencabar kesahihan isi rencana tersebut. Mereka semua
kena kuat bekerja sekarang sebab
1.Mahdet sudah tak betul bekerja. Banyak saranannya tidak masuk akal sehingga Jepun pun mahu
diajarnya. Sekarang mahu negara kaya dicukai pula.
2.Orang umno sendiri (Kubang Pasu) sudah memprotes pemimpin mereka (pangkah BA di Lunas atau
langsung tidak mengundi) Banyak rahsia dibongkar diam-diam oleh orang kuat umno. Rencana di
FAC itu salah satu dari buktinya. Malah Raja Petra dan isteri sudah ditangkap, dan komputer
mereka sudah digelidah. Saya berharap semua penulis dan pengendali laman web lebih
berwaspada.
3.Borang kemaskini umno banyak yang tidak diisi tetapi dihantar dengan perli. Orang umno pun
membaca laman web pro-reformasi dan harakah juga. Laman web makin popular tapi laman chat
Mahdet belum siap-siap juga.
Jika Mahdet ikhlas dia tidak akan menambah hulubalang yang amat kuat bermusuhan dengan
pembangkang. Dia juga tidak perlu Tok Pa untuk melancarkan kempen perang siber. Semua jangan
tertipu, termasuk PAS juga sebab sekali bertemu ramai penyokong dan kawan akan dilapurkan kecewa.
Beringatlah sebelum kena. Umno sekarang sudah pupus nyawa, mengapa harus PAS hulur kepala? Ezam
diberkas segera pada malam raya dan dituduh mencetus hura-hara tetapi tidak pernah pun ada sebarang
kekacauan dan kemusnahan bila polis tiada. Yang musnah adalah sokongan kepada Mahadet dan umno
sahaja.
Perpecahan melayu tidak ada, yang ada cuma perpecahan dalaman umno. Itu semua berlaku kerana
Mahdet menjadi perencana. Dia mahu reformis dan kaum Cina sangsi kepada PAS kerana dengan
sokongan ini umno akan hilang dari dunia. Buktinya ada dalam VCD yang disebarkan kepada ketua
bahagian umno di seluruh negara. Mahdet sendiri yang menyebarkannya dari mahligai. Jika kaum Cina
bertukar selera umno akan tamat riwayatnya. Maka serangan dan belit media semakin diperkuatkan
dengan ZAM sebagai penghulunya.
Dahlia/KL
.....................................................
Petikan FGR