Laman Tranung Kite Cyberlink

 

SILAP MATA DI LAPANGAN TERBANG SEPANG

Seorang dukun dari Indonesia telah membentangkan peralatan perubatannya di lobi berlepas (Departure) KLIA. Sebelum beliau menjual ubatnya, beliau menarik perhatian ramai dengan beberapa silap mata seperti menghilangkan sapu tangan dan menarik arnab dari dalam songkok.

Kebetulan, PM dari bilik menunggu VIP keluar untuk menonton silap mata itu bersama rakyat jelata lain untuk menghilangkan rasa bosan menunggu.

"Berikutnya, saya akan buat duit tuan-puan sekelian terbang ke udara" kata dukun itu. Orang ramai mula memegang dompet dan beg tangan masing-masing kerana takut duit mereka terbang dan hilang.

"Sim-sim salabim arba cadabra...lihatlah duit anda dan rakyat Malaysia lain sedang terbang di luar sana." Kata dukun sambil menunjuk ke luar tempat kapal terbang berlepas dan tiba.

Semua penonton melihat ke luar dan mendapati, JET RASMI Dr.M sedang mendarat. Penonton ketawa dan bertepuk tangan sambil mengangguk.

PM amat marah lalu memerintahkan pegawai kastam menghantar pulang dukun Indonesia itu.

This product is protected by copyright laws.
Copyright (C) 2000 DDNN BROADCASTING, Inc.
All Rights Reserved
ddnn@hotmail.com




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com