Dr. M telah menghantar pekeliling ke seluruh Jabatan Kerajaan
supaya meyekat demonstrasi keadilan. Gerakan Reformasi pula
telah merancang satu perhimpunan secara besar-besaran di
Dataran Merdeka. Dengan kadar segera Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur MENUTUP Dataran Merdeka dengan alasan terdapat KEROSAKAN
yang perlu diperbaiki.
Gerakan Reformasi mencari alternatif lain. Mereka memohon
kebenaran untuk membuat perhimpunan di Stadium Merdeka. Dengan
kecekapan luar biasa bagi sebuah Jabatan Kerajaan, pihak
penguasa Stadium Merdeka MENUTUP stadium dengan alasan Stadium
Merdeka perlu diperbaiki kerana terdapat KEROSAKAN.
Kehilangan punca, seorang penyokong Gerakan Reformasi dengan
marahnya membuat kenyataan, "Perhimpunan kami akan dibuat di
kepala otak Dr. M!" Jabatan Perdana Menteri dengan segera
menjawab,"Kami akan MENUTUP kepala otak Dr.M kerana terdapat
KEROSAKAN. Harap maklum."
This product is protected by copyright laws.
Copyright (C) 2000 DDNN BROADCASTING, Inc.
All Rights Reserved
ddnn@hotmail.com