Laman Tranung Kite Cyberlink

 

Umi Tidak dibenarkan Menjadi Saksi Pembicaraan Anwar

Tukang kebun Dr. M e-mail kat aku dan bagi aku rahsia kenapa Justice Paul tidak membenarkan Umi dipanggil lagi sebagai saksi. Sebelum seseorang saksi dibawa ke kandang saksi pendakwa akan membuat satu sessi latihan(Rehearsal). Ini dibuat agar saksi memberi persembahan yang mantap lagi meyakinkan. Ini juga cara memastikan saksi tidak lari dari skrip asal.

PEGUAM : Apa terjadi pada 10 April 1995?

UMI : Saya dapat tahu dari abang saya, Azmin, DSAI akan menginap disebuah hotel. Dia tidak mahu diganggu. Tapi saya tahu dia menginap bersama seorang perempuan Melayu dan seorang perempuan Inggeris!

PEGUAM : Bagaimana awak tahu tentang kedua-dua perempuan itu?

UMI : Saya telah menalipon hotel penginapan DSAI. DSAI tidak menjawab panggilan saya, tapi panggilan disambut oleh suara lembut dua wanita. Ini membuktikan DSAI punya Skandal!!!!

PEGUAM : Apa kata perempuan tersebut kepada anda?

UMI : Perempuan Melayu berkata dengan suara lembut, "Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami." Dan diikuti dengan suara perempuan Inggeris, "The number that you have dialled is not in our service."

PEGUAM : Umi! Awak punya kenyataan akan "discredit" diri awak sendiri. Panggilan awak dijawab oleh komputer bukan perempuan. Nampaknya kami terpaksa bagitau Paul awak tidak bersedia. (Dalam hati: Berapa IQ Si UMI ni?)

This product is protected by copyright laws.
Copyright (C) 2000 DDNN BROADCASTING, Inc.
All Rights Reserved
ddnn@hotmail.com




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com