Dr. AQ : Siri IV
-
PILIHANRAYA KE 10 DAN KESAHAN
SOSIOLOGIKAL
SIRI 3 menyebut bahawa perjuangan parti
politik menghadapi pilihan raya sebagai suatu “peperangan” merebut kuasa dari
rakyat. Justeru itu taktik dan strategi sangat penting dipelajari dan
diterapkan..
Satu daripada alat paling penting untuk menggerakkan
parti ialah media massa. Mereka yang
terlibat terutama ketua atau pengarahnya hendaklah terdiri daripada
orang yang berpengetahuan tinggi serta berpengalaman luas.
Dua pihak yang bertanding : Barisan Nasional (14 parti) dan Barisan Alternatif (4 parti) selain
daripada Parti Bersatu Sabah dan calon bebas. Dari segi peralatan dan kemudahan awam didapati
keadaan mereka berbeza jauh. Barisan
Nasional mendapat kemudahan daripada “kerajaan” dan syarikat swasta yang
memihak kepadanya ; sebaliknya, Barisan
Alternatif dan pembangkang lain tidak ada kemudahan yang luas. Dengan
demikian BN lebih bertenaga untuk
mempengaruhi rakyat dan menguatkan kedudukannya. Jumlah unit tenaga yang
tersedia telah memberikan kekuatan lumayan kepada BN.
Namun demikian, isu “moral”, keadilan, rasuah, kroni,
suku sakat, anak mas,“gang”, sakat, pemborosan, jenis tender yang dipersoalkan
kesahannya, “komisen” dan ketelusan dalam berbagai badan
kerajaan telah jadi suatu “pembicaraan” dalam berbagai kelompok masyarakat,
terutama Melayu.
Masing-masing mengemukakan “bukti” dan nasi tambah yang
berlebihan sehingga ramai jadi muak dan loya. Jenerasi yang baru bercambah jadi
“terpinga-pinga” dengan tepukan oleh para penagih dan mereka yang cari sokongan
politik.
Penulis dan pemberita yang dasar kerjanya “mencari makan” mendapat peluang
menyelak kain orang dan kerja menggali kubur pesakit. Mungkin ada yang sudah
kaya raya hasil daripada pekerjaan begini. Hampir semua yang terlibat adalah
MELAYU.
KEADAAN ini
berbeza dengan orang bukan Melayu dan media massa mereka yang lebih menjaga
kepentingan kaum mereka terutama perniagaan dan “perjuangan bersama”, antara
lain tuntu;tan 17 (tujuah fasal) MCA dan berbagai memo daripada Dewan Perniagaan
China ].
Perang urat saraf yang kotor telah dan sedang
(meskipun masa pilihan raya telah berlaku tetapi luka belum sembuh ; mungkin
barah merebak) melalui media massa yang tersiar dalam kaset, radio, tv, majalah,
video, akhbar, sebaran, internet, akhbar suara parti dan ceramah sangat mengerikan.
DUA POLA
PEMIKIRAN DAN ARAH NILAI KEHIDUPAN
DAPAT DILIHAT DENGAN JELAS BENTUKNYA. Pengundian orang Melayu di atas landasan
sosial budaya murni dan “pencapain yang rendah” manakala orang bukan Melayu
terutama China atas landasan ukuran ekonomi-dagangan.
Tuduh menuduh antara dua pihak sudah meningkat kepada tahap biadab. Ia seperti manusia yang tidak “berbudaya” atau tidak berbudi bahasa lagi. Apakah zaman jahiliah dalam bentuk moden ini boleh di selamatkan dengan penawar yang bermotifkan pada pangkat, wang, rumah, tanah dan kemudahan yang sedang direbut oleh pemimpin parti dan pengikut setia masing-masing ? Apa kerja wartawan yang begini suatu warisan ? Ia membuka lorong untuk saman menyaman dan pemenang dan peguam jadi cepat kaya !
PENYAKIT MASYARKAT “CENDEKIAWAN” DAN
PENULIS:
Kelemahan semua pihak dalam media
massa dan ceramah adalah disebabkan oleh berbagai faktor. Antara faktor utama
adalah sebagai berikut :
1.
Ketiadaan dasar ilmiah atau disiplin menulis yang kemas dan bersih ;
2.
Fahaman
politik atau pun pengaruh “fokus kehidupan” peribadi terhadap
sistem dan “policy” parti ;
3.
Pengaruh luar termasuk dasar
syarikat yang mereka bekerja kerana sangat bergantung pada “gaji” dan upah ;
4.
tidak ada ruang atau akhbar
yang benar-benar bebas untuk menulis dan mendapat sara hidup melalui penulisan
;
5.
“Nyawa” akhbar, majalah
termasuk tv dan radio tv sangat bergant;ung pada lesen dan iklan dari syari;kat
besar dan sederhana. Tanpa dua bentuk dukungan ini mereka akan “berkubur”. Menurut pepatah Eropah “orang yang menerima roti tidak akan
menggigit jari pemberi”. Selain
daripada pemegang saham, pengarah eksekutif media massa maka semua syarikat
besar berkuasa secara tidak langsung boleh memberi “sanction” atau pun instruksi kepada pengarang akhbar atau
majalah atau mana-mana yang “hidup-mati” mereka sangat bergantung pada
iklan.
“PELACURAN”
Justeru antara beberapa faktor di atas maka berlakulah
apa yang boleh disebutkan sebagai “kecurangan ilmiah”. Di Eropah penulisan yang begini rupa
dinama “intelectual prostitution”
atau “pelacuran cendekiawan”. Banyak
contoh boleh diketengahkan termasuk penulisan ilmiah atau tesis yang pemegang
ijazah berkenaan tidak lagi setia pada tesis atau fakta yang dia tulis. Pelacuran ini boleh juga termasuk mereka
yang mencari makan sebagai penulis
iklan politik dan “nasi tambah” yang berlebihan.
Kecurangan ilmiah sangat berbahaya kepada masyarakat.
Dari kes tiru dan berbagai jenis penipuan
dalam bermacam peperiksaan sampailah kepada penulisan latihan ilmiah,
sarjana dan Ph.D. telah dan mungkin sedang berlaku dengan “banyak” di sekolah,
maktab dan universiti. Tutor, guru,
pensyarah dan profesor yang tidak jujur juga bertambah.
Jadi secara pengamatan sosiologi, nilai kehidupan yang
tidak berimbang dengan baik telah melahirkan berbagai jenis dan rupa manusia
Malaysia yang baik, sembuh dan berpenyakit. Perangkaan untuk melihat
penggolongan nilai dan mereka yang terbabit belum lagi dibuat oleh pihak yang
berkenaan.
Sekian dahulu pandangan dari seorang pengundi yang ada
hak bersuara yang tidak sepertinya. Terima kasih kepada mereka memberikan
perhatian.
dr_ahmadkamar@hotmail.com
20.12.1999.