Dr. AQ : Siri V : Pilihan Raya ke 10 dan
Kesahan Sosiologikal
APA YANG TELAH DAN SEDANG BERGOLAK DALAM MASYARAKAT :
Penulisan terdahulu
menyentuh tentang status dan peranan parti politik sebagai angkatan perang
untuk menakluk sesuatu negara, akan menerima salah satu akibat, iaitu menang
atau kalah. Selain dari itu menyentuh
tentang mengenai fokus rakyat pada bidang kehidupan yang ada kaitan rapat
dengan dasar pembangunan.
Pertama, analis dibuat tentang
“kalah-menang” parti dalam sesuatu pilihan raya, boleh juga memakai
aplikasi salah satu daripada berbagai
strategik dan taktik perang yang pernah dipakai oleh pasukan tentera dalam
dunia ini. Kemahiran tentera dengan latihan yang gigih, Logistik (makanan, dan alat perang yang
lengkap), geopolitik, laporan dari berbagai sumber, psikologi perang dan
berbagai angkatan dikaji dan diulang kaji dengan teliti.
Kedua, analisis “fokus” dari segi nilai utama
sehingga ia menjadi sejumlah nilai atau
ringkasnya “ideologi” parti
dan sebahagian besar rakyat. Pembangunan ekonomi yang sangat
cenderung kepada perdagangan (nilai ekonomi), tapa sadar atau tidak sadar,
telah melupai bidang penting yang alin.
ILMU DIPERDAGANGKAN
a)
Bidang PENDIDIKAN atau ILMU adalah alat utama dan tertinggi daripada
semua bidang kehidupan. demi pembinaan rakyat dan negara (Nation building). Negara yang baik ialah negara yang
memelihara status dan peranan ILMU warganya.
b)
Kemurnian ilmu hanya diperoleh
atas dasar falsafah yang dibentuk oleh para ilmuwan. Ia tidak ditentukan oleh
penguasa atau kapitalis atau pemberi wang.
wajib dipelihara dengan murni.
c)
NILAI ekonomi yang mendasari
setiap ilmu yang diperkenalkan akan merupakan “kuman” barah kepada semua bidang
kehidupan. Pisau, parang dan segala alat untuk kemudahan kerja manusia untuk
membunuh. Tingkat ilmu persenjataan
telah merupakan satu industri perdagangan yang besar. Ilmu ini telah
membunuh jutaan manusia. Falsafah, agama dan norma hidup damai sudah
diketepikan oleh pemegang kuasa politik yang bersubahat dengan korporat. Keuntungan dan dasar “tamak” : Minimum effort ; maximum profits”
(sedikit usaha tetapi untung melambak) akan terus berlaku. Malahan, ramai
terlibat dalam rasuah tanpa usaha pun. ! (political
“sign” bukan lagi political science)
d)
Akibat dari keghairahan wang daripada “penjualan” ilmu maka akhirnya
masyarakat dan negara jadi syarikat dagang. Imej negara berdasarkan pembangunan
ekonomi dagang. Jadi hampir semua orang
iaitu dari murid, pelajar, mahasiswa, tutor, pensyarah sampai kepada taraf
profesor mengejar wang, wang dan wang.
Jika sesuatu ilmu tidak memberi hasil “ganda wang anda”, maka ia tidak
diminati dan ditinggalkan. Masing-masing
beri nilai pada setiap ilmu yang hendak dipelajari.
ILMU UNTUK TAUHID Vs ILMU UNTUK WANG
Falsafah pendidikan yang
berasaskan tauhid sudah tidak diminati oleh banyak orang
Pertama, mungkin kerana
nilai telah berubah menurut fokus dari sistem pendidikan itu sendiri ;
Kedua, mungkin kerana
kekakuan pengajaran dari berbagai segi seperti kaitannya dengan sains dan
teknologi serta bidang kehidupan
masyarakat yang lain, metodologi penyampaian
yang menurut cara lama dan peralatan yang juga ketinggalan zaman.
Dari pemerhatian kedudukan ilmu yang dipakai oleh orang Barat
dalam sastera yang berpegang pada ‘seni untuk seni” atau “seni untuk
masyarakat” sudah tidak kesahkan lagi. Malahan ILMU untuk peningkatan Tauhid
hilang ditelan oleh buku teks dan pengenalan kursus baharu. Sebaliknya, ILMU dan seninya untuk WANG
semata-mata. Gejala terpendam ini
membawa akibat buruk merongrong semua
sektor kehidupan.
“KEJAYAAN” dan KEGAGALAN
Dengan penumpuan sistem
diberikan pada ekonomi pembangunan memang memberi keuntungan yang mewah kepada
mereka yang terlibat. Pembahagian kuih yang sebenarnya, bukan lagi pada
merupakan bahagian yang mendatar tetapi yang bertingkat. Kuih yang besar
dipunyai oleh segelintir orang manakala yang lain makin sedikit ke bawah tetapi
diagihkan kepada ramai orang.
Apa pun jenis pembahagian,
mendagangkan masyarakat adalah satu dasar dari segi sosiologi atau sains
sosial, akan menerima akibat yang sangat buruk. Akhirnya, semua akan rugi dan
tidak selamat meskipun sebahagian mereka beruntung.
CHINA
: PERUBAHAN NILAI BERIMBANG
Dari segi kaum atau bangsa penumpuan pada
ekonomi pembangunan ini sangat menarik perhatian peniaga terutama orang China.
Wang hampir sebati dengan budaya dan motif kehidupan sebahagian besar
masyarakat China. Nilai warisan yang bertumpu pada suku kaum dan dasar falsafah Kong-fu-tzu (Confuciouss),
perantauan, menghormati guru atau cendekiawan sudah banyak ditinggalkan
oleh pengaruh kapitalisme moden.
Berbagai persatuan niaga (guilds) atas dasar
suku kaum dan jenis niaga merupakan jaring
terpasang di merata Malaysia dan di dunia sebelah sini. Jaring dagang
ini sambung menyambung menguasai bukan sahaja industri kecil, sederhana dan besar tetapi juga pasaran yang mempunyai tempat strategik. Dewan Perniagaan China merupakan satu badan
yang paling kuat memainkan peranan dalam menentukan tingkah laku pengundi dan
mempunyai kekuatan lobi politik. Permintaan mereka sukar ditolak.
BN menyalurkan unsur
“kebendaan” melalui berbagai
projek yang menguntungkan Dewan
Perniagaan China dan India. Bagaimana pun matlamat bagi Melayu atau Bumiputera
tidak dapat berpisah dari jaringan yang disebutkan di atas. Begitulah juga
Dewan Perniagaan Melayu sangat bergantung pada kuasa politik. Kewibawaan dan peranan Dewan Perniagaan
Melayu sangat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Dewan Perniagaan China
dan India.
BN telah berjaya
menyebatikan darah daging “niaga” dan politik kepada semua Dewan Perniagaan
terutama persatuan niaga China. MCA dan Gerakan, malahan DAP sendiri mempunyai kepentingan niaga melalui ribuan
persatuan niaga dan Dewan Perniagaan.
Dengan kata lain, DAP pun, MIC , terutama MCA dan Gerakan lebih terikat pada Dewan Perniagaan
masing-masing. Mereka akur kepada keputusan Dewan Perniagaan China atas sesuatu kepentingan urus-niaga,
pendidikan dan struktur sosial budaya China.
Faktor Keadaan Sangat Mengikat Mereka Dan Boleh Dibuat Andaian
Seperti Berikut :
Seorang MCA, tauke lori akan bekerja sama dengan
seorang Gerakan sebagai tauke ikan.
Mereka berdua akan bekerja sama dengan seorang DAP yang menjadi tauke air batu. Ketiga tauke mengharap pula
kepada beberapa orang MIC yang menjadi pemandu
India dan buruh tahan lasak. Jaringan niaga begini boleh dikaitkan pula dengan
orang Melayu yang menjadi pentadbir
dan pengaman. Sering pula berlaku rasuah
kerana masing-masing mahu “cepat
kaya”. Jaringan menangguk tangkapan begini sangat hebat berjaya.
Tambahan pula peniaga mendasarkan cara hidup kebendaan dengan dasar “minimum effort ; maximum prorfit”
. Usaha yang minimum dengan keuntungan yang besar. Ini hanya satu daripada berbagai kes contoh tempatan yang mudah
dimengerti. Pasti pula di peringkat atasan dan internasional, pakatan mereka
dan jaringan lagi besar dan sukar ditembusi oleh BPR atau dimengerti oleh orang
awam.
[secara mengejek pemerhati berpendapat : bahawa kuasa politik adalah sumber kekayaan dengan memakai satu
ilmu iaitu “political sign” dan
bukannya “political science”
!].
Pada umumnya, terutama syarikat yang besar dan sederhana, mempunyai
hubungan politik. Malahan, doktor penal kepada syarikat semi kerajaan pun kena
ada hubungan politik secara langsung atau tidak langsung. Profesionalisme
kian tercemar oleh “sekatan” politik
dan kepentingan ekonomi. Hal ini boleh diselidiki dengan meluas dan mendalam.
Justeru itu perkumpulan manusia lebih terbentuk
pada nilai utama dalam falsafah dan cara hidup mereka. Tingkah laku pengundi pun begitu, berpuak ;
sesuai dengan pepatah Eropah “Birds of
the same feather flock together” iaitu burung yang sama bulu berkumpul
sesama mereka. Ini dapat dipadankan
dengan “masuk kandang kerbau menguak ; masuk kandang kambing mengembik”. POLA
pengundian boleh diberi perhatian pada andaian fokus kebendaan yang menjadi
ideologi BN. Ia telah berjaya mendapat sokongan yang besar dari golongan China
dan India.
Berbagai kes dan rujukan
ditinggalkan dalam penulisan “ringkasan” ini.
Seterusnya ikuti siri ke VI.
Ini adalah pandangan bebas seorang pengundi yang berhak memberi pendapat.
dr_ahmadkamar@hotmail.com 27.12.1999.