Dr. AQ : Siri Vl  : PILIHANRAYA KE  10 DAN KESAHAN SOISOLOGIKAL

 

PENGUNDI MELAYU DAN BUMIPUTRA UMNO

 

 

Daripada teori dan pendekatan analisis pola kelakuan masyarakat  mengenai pilihan raya, kita akan dapat tinjau pada berbagai sudut. Satu daripada sudut tinjauan ialah tentang  nilai bidang kehidupan secara menyeluruh dan secara berpuak. Pandangan dan bahasan, sebelum ini, sudah menyentuh pola kelakuan orang China yang dipengaruhi oleh fokus kehidupan kebendaan yang selaras dengan ekonomi pembangunan dan penswastaan dalam berbagai bidang kehidupan rakyat.

Dewan perniagaan China memainkan peranan yang kuat pengaruh mereka. Boleh disebut bahawa kebanyakan parti politik mereka menjadi alat untuk memperteguh pendidikan,  budaya dan nilai tradisi mereka. Pertanda atau indicators kepada keadaan ini, jika dicabar, boleh diberikan dalam penulisan yang panjang.  

 

Bagi orang Melayu atau pengundi Melayu pula tidak mempunyai rujukan seperti kehidupan seperti orang China. Mereka boleh  dibahagiakan kepada dua iaitu mereka yang mengundi Barisan Nasional dan mereka yang mengundi Barisan Alternatif. Secara andaian mereka semua  dapat digolongkan  sebagai berikut :

 

1.     Mereka yang setia hanya kepada UMNO ;

2.     Mereka yang setia kepada UMNO dan juga BN

3.  Mereka yang tidak terikat kepada mana-mana parti politik. Mereka lebih 

      menimbang kepada diri calon

4.     Mereka yang bersimpati kepada isu Anwar

5.     Mereka yang setia kepada PAS

6.     Mereka yang melihat pada semua isu dan manifesto parti

 

Golongan pertama dan kedua ini, mempunyai semangat Melayu yang kental, biasanya terdiri daripada pegawai bersara, seperti pegawai tinggi kerajaan yang mereka mendapat pangkat kerana ia Melayu, “aktif” atau mempunyai pengaruh  dalam politik ;  penghulu bersara, ketua kampung bersara, guru bersara yang telah sama-sama menyuburkan semangat Melayu melalui saluran atau sokongan UMNO. Dari segi umur mereka yang sudah tua terutama wanita tua, kebanyakannya sangat setia kepada UMNO ; mereka tidak mahu tukar parti meskipun anak dan cucu mereka telah menyokong perubahan corak politik baharu. Mereka lebih dahaulu makan garam.

Di samping itu, terdapat sebahagian besar daripada penulis dan wartawan yang kehidupan mereka sangat bergantung pada media massa yang dikawal oleh pengarah tertentu memberikan “khidmat” mereka dalam ruang penulisan tertentu. Menurut “tuduhan” mereka itu tergolong penulis upahan, “cari makan” dan dapat “publicity” boncengan.

 

Penyokong UMNO yang tua ialah kerana pertama, waktu mudanya tidak dapat melihat parti politik lain yang lebih kemas dan berwibawa  ;  mereka bandingkan pentadbiran dalam parti pembangkang, PAS umpamanya, sangat daif. Itu pun mereka berharap kepada sebahagian guru Melayu yang kecewa dalam pelaksanaan bahasa Melayu seaktu krisis besar antara Kementerian Pelajaran (sekarang Pendidikan) dengan Kesatuan Guru-Guru Melayu. 

kedua, pembacaan orang terbatas kerana kekurangan bahan dan juga hanya mengetahui satu bahasa. Jadi mereka hanya tertumpu kepada pengaruh media massa yang cenderung kepada UMNO dan BN terutama akhbar arus perdana, radio dan televisyen.

Mereka percaya bahawa hanya UMNO boleh mempertahankan ketuanan  Melayu iaitu kedudukan Raja Melayu terpelihara. Jawatan tinggi yang penting dipegang oleh orang Melayu ; Istana dan hampir seluruh elit atasan mendapat keselesaan dengan pembahagian kekayaan yang begitu banyak dari sumber alam. Balak, tanah berharga dan projek sedang dan mega merupakan sumber kehidupan peribadi dan juga syarikat “runding-rundingan”. 

 

Dengan kata lain tahap kesedaran politik atau pendidikan politik (political awareness and political education) sangat daif  atau rendah terutma jika dibandingkan dengan orang China dan India. Orang Melayu jauh ketinggalan dalam mutu bacaan dan pendengaran yang dihidangkan oleh media massa. [ Secara sinis Melayu curi kerbau kena tankap ; China curi bank berbalaoi. Hal ini merupakan satu cabaran tentang bentuk berfikir sebahagian Melayu yang perlu dikaji dan “dipenawarkan” oleh pemikir Islam]  

 

ketiga, kerana dirinya atau kaum kerabatnya telah mendapat sesuatu melalui pertolongan kuasa “parti.  Pemberian geran tanah dan kemudahan membeli rumah antara lain merupakan faktor utama mengikat Melayu untuk menyokong BN.

 

Keempat,  mereka yang sedang  berharap akan mendapat pertolongan yang dijanjikan. Tanggungan yang besar dan risiko yang dihadapi membuat mereka terpaksa menyokong parti yang telah “ada jasa”.

ISU : bagi mereka seperti juga kebanyakan orang China terutama yang berniaga : soal moral, rasuah, salah guna kuasa dan berbagai kes hanya merupakan suatu penyakit “biasa” iaitu batuk, selesema, demam, gatal dan kudis dalam sistem pembangunan yang ada. Mereka pun “enjoy” dengan jalan ringkas dan cepat. Orang China (bukan semua) melihat banyak kes di jalanan, di pejabat kerajaan dan malahan dalam urusan diri mereka sendiri pun melalui proses tidak bermoral dan rasuah atau sekurang-kurangnya “kenal siapa” menjadi syarat untuk permohonan diperkenankan !       

 

Unsur tersebut di atas memang terdapat di berbagai peringkat dalam masyarakat Melayu, di bandar dan juga di kampung.

 

Suasana kebergantungan (dependent bukan independent) seperti disentuh di atas, terbentuk demikian rupa, dapat disimpulkan atas berbagai sebab :

a)     tingkat pendidikan yang rendah ; kurang mengerti permainan politik di peringkat atasan

b)     kurang peluang pekerjaan yang bebas selain bekerja dengan kerajaan seperti jadi tentera, polis, guru sekolah rendah, buruh kerajaan.

c)     kesukaran dapat tanah untuk pertanian. Jika ada tanah maka syarat pertanian yang berkaitan dengan perparitan, benih, baja dan segala macam sukar diperoleh di daerah mereka.   

d)  Ketiadaan persatuan (gulids) peniaga bagi berbagai jenis pekerjaan dan perdagangan 

      orang China

 

e)  jaringan niaga di peringkat rendahan iaitu kampung dan daerah

 

a)     budaya “tuan” yang melibatkan  “kolar putih”  dan tali leher meningkat dengan kuasa politik baharu.

 

      [sejarah “kuasa baharu” ini melonjak, ramai sudah jadi tuan : dari kerani biasa atau guru tak terlatih, kerana cergas dalam parti mereka jadi bos ; dari miskin jadi kaya. berumah besar dan berkereta besar ; dahulu dari tukang pengatur dan penunjuk kerusi untuk bos duduk, sekarang diberikan kerusi. Kuasa dan wang begitu mewah dengan berbagai kemudahan... Suatu kejutan budaya (cultural shock) yang tidak dimimpikan sebelumnya. Hal ini bukan cerita rekaan.  Ramai yang sudah mabuk kuasa dan gelaran. Tak kurang yang “naik tocang” dan berlagak... ]   

 

Secara langsung, tanpa UMNO, mereka rasa tidak selamat dan tak boleh mewah jika semata-mata bergantung pada “profesion”seperti orang China dan bukan Melayu yang lain.  Seorang pemandu teksi, umpamanya terikat diri kerana lesen, pinjaman dan kemudahan yang bersangkutan. Seorang peguam yang belum terkenal seperti Raja Idrus atau Karpal Singh tidak bekerja dalam firma besar, dan berkeinginan pendapatan lumayan dan “mudah”, akan sangat berharap firmanya diberi tugas bagi segala perjanjian yang berkaitan dengan kerajaan atau semi kerajaan. Pada orang Melayu sangat ketara, sehingga untuk siaran berita mengenai sesuatu  peristiwa di kampung, mereka yang muncul itu “kena” sokong motif menurut acara pemberita.  

 

Al-kesah pun ada, lima belas tahun dahulu, cerita seorang pegawai kerajaan yang perihatin, mencadangkan kepada pemimpin politik supaya di bangun dengan banyak rumah untuk orang Melayu di Lembah Klang. Pemimpin berkenaan menjawab bahawa jika mereka (Melayu) sudah “senang”, mereka tidak bergantung pada UMNO maka mereka akan mengundi pembangkang. Jadi orang Melayu “disuasanakan” kedudukan sentiasa bergantung, minta tolong.       

Pendapat hak seorang pengundi. 

Lanjutan seterusnya ikuti siri VII.  

dr_ahmadkamar@hotmail.com         05. 01. 2000