Sebagai seorang penabung Tabung Haji yang lama dan telah menunaikan haji dan umrah, saya
sering mengikuti perkembangan TH. Ada beberapa hal yang saya kira perlu diberikan penerangan kepada jemaah dan penabung, dengan tujuan supaya tuduhan ketidak-telusan pentadbiran TH dan berbagai "tuduhan" orang ramai, dapat diredakan atau dihapuskan sekali.
Antara yang ditanyakan ialah tentang izin pergi menunaikan haji. Di bawah ini perihal yang
perlu dijelaskan oleh Tabung Haji dan mereka yang terlibat termasuk Kerajaan Saudi sendiri.
PERSOALAN I
1. Berapa ramai semua "golongan" jemaah Malaysia yang diizinkan pergi ke Mekah ?
2. Berapa ramai peruntukan yang diberikan kepada Menteri ?
3. Berapa ramai peruntukan diberikan kepada setiap pengarah ?
4. berapa ramai peruntukan kepada orang tertentu, termasuk "ulama..." ?
5. Berapa rama peruntukan diberikan kepada "mereka" dan "badan" oleh kerajaan Saudi ?
6. berapa ramai jemaah yang di bawah muasassah iaitu yang sekarang disebut berharga
RM 8585.00 seorang ?
7. Berapa ramai jemaah yang di bawah TH Travel Industry ?
a) Berapa ramai untuk pakej RM 10,990.00 seorang ?
b) Berapa ramai untuk pakej RM 17,200.00 seorang ?
c) Berapa ramai untuk pakej RM 20,300.00 seorang ?
d) Berapa ramai untuk pakej RM 26,950.00 seorang ?
8. Berapa ramai jemaah yang diizinkan kepada 23 buah syarikat swasta ?
a) Bagaimana penggolongan jemaah dan brapa ramai bagi setiap
setiap syarikat.
b) Apakah sama banyak mereka mendapat kemudahan dari TH
PERSOALAN II
1. Penabung ingin mengetahui mengapa TH sendiri iaitu TH Travel Industry tidak
mengambil semua urusan dari 23 syarikat tersebut ?
2 Apakah TH tidak mampu mengelolakan semua jemaah ?
3 Apakah ini merupakan satu dasar untuk membantu "Melayu /Bumiputra"
termaktub dalam profile syarikat ?
. 4. Mengapa pula tidak diberikan semua urusan TH Travel Industry kepada syarikat
swasta, jika tidak mampu ?
5 Bagaimana hubungan TH dengan syarikat tersebut ?
6. Apa keuntungan TH yang di peroleh daripada penyerahan tersebut ?
PERDSOALAN III
1. Dari apa yang terlihat pada PERSOALAN II di atas, apakah TH merupakan badan
mencari sebanyak untung yang boleh atas dasar sedikit "modal" dan tenaga ?
TH menjadi profit making body yang melampau ?
2. Apakah tujuan TH untuk membantu jemaah yang telah mengayakan TH (LUTH)
selama ini mendapat tambang yang murah dan keselesaan sudah diabaikan ?
PERSOALAN IV
1. BAGAIMANA DAN BERAPA MATA (POINTS) YANG DIKIRA :
a) untuk lelaki
b) untuk perempuan dan muhrim/mahram mereka ?
c) untuk umur tua
d) untuk umur muda
e) untuk janda dan balu
f) untuk kesihatan jemaah
g) untuk kerja dan cuti yang terlibat
h) untuk jenis haji : samaada untuk ibu atau bapa atau lain
i) untuk kali ke berapa :( point mereka kena potong banyak)
j) untuk semua pakej atau berasingan ? Ertinya mereka yang bayar
RM 26,950.00 lebih berpeluang dibandingkan dengan golongan bawahan, bukan ?
Jadi mereka yang benar-benar kaya sahaja dapat peluang "CEPAT" ?
BAGAIMANA DENGAN MEREKA YANG MENDAPAT KEMUDAHAN DARI MENTERI DAN ORANG PERORANGAN DAN JEMAAH PENGARAH TH ?
APAKAH TH TIDAK DAPAT MENGAWAL INI ?
APAKAH ADA BANYAK SALURAN : SATU SALAURAN TH DAN LAIN-
LAIN DAN LAIN-LAIN ?
APAKAH MEREKA TIDAK TERLIBAT DENGAN "NIAGA KENAL
SIAPA DAN UNTUK SIAPA "?
SEMUA YANG SAYA KEMUKAKAN DI ATAS ADALAH SEBAHAGIAN
DARIPADA "CAKAPA=CAKAP DAN BUALAN" , BAKAN LAGI DIKEDAI
KOPI TETAPI DI DEWAN DAN BILIK VIP ! Hendaknya ia tidak dipolitikkan
demikian rupa sehingga imej TH jadi begitu buruk . Ada hal lain lagi yang akan di
ketengahkan iaitu termasuk soal tanam modal dan rakan kongsi dan lain-lain....
SEMOGA JEMAAH HAJI MENDAPAT BARAKAH.
Maaf.
Al-Qaf
15/2/2000