Tujuh siri penulisan
terdahulu memperlihatkan dua hal yang berbeza. Pertama ialah kedudukan
undang-undang yang meliputi berbagai aspek politik dan sistem pilihan raya itu
sendiri. Apakah ia ADIL atau TIDAK ADIL ; suka atau tidak suka
maka APA PUN KEPUTUSDAN itulah
keputusan “undang-undang yang ditentukan” oleh pemegang kuasa.
Rakyat terpaksa terima. Undang-undang, akta dan peraturan adalah di buat oleh pihak yang memegang kuasa. Semua orang mengetahui bahawa pemegang kuasa mempunyai “kelebihan” dan keistimewaan. Majoriti telah memainkan peranan menurut selera masing-masing. Bantahan boleh dibuat kemudian. Biasanya dalam banyak negara yang rakyat kurang celik tentang demokrasi, pihak pembangkang kurang dapat mempengaruhi pembuat undang-undang ; ia merupakan pihak yang lemah.
Undang-undang dan peraturan
pilihan raya merupakan satu set peraturan untuk “pemain politik” turun padang
(turpa). Malahan ia juga merupakan satu
“peperangan suara” yang menggunakan
“komunikasi”. Urat saraf rakyat digegarkan dengan berbagai isu yang benar dan
yang bohong ; lama dan baharu. BN telah
dapat menyampaikan manifesto, isu dan iklan mereka melalui akhbar harian,
mingguan majalah, televisyen, radio dan berbagai himpunan resmi dan tak resmi,
manakala BA dalam kekurangan jauh ketinggalan dari segi tersebut.
Pilihan raya sangat
bergantung pada daftar pengundi yang sah dan murni.. Itulah yang “sepatutnya
dan sesungguhnya” daftar terkini dan sah bukan sahaja dari pendapat pihak
berkuasa tetapi juga dari rakyat terutama pihak pembangkang yang diperlukan
bertanding oleh negara. Semua pihak kena bersikap sebagai ‘jantan’, terhindar
daripada unsur penipuan. Namun demikian,.hukum naluri manusia, sangat sayang
pada kuasa-pangkat dan harta. Maka berkatalah pencerita dan pengulas dengan
mengakhiri pertanyaan “siapa yang mahu kalah”, bukan ?
Sebelum permainan bermula, pengalaman selama banyak kali dalam pilihan raya, Barisan Alternatif telah banyak kali membantah tentang “rules of the game” yang tidak adil seperti mana yang didapati di negara Barat, Amerika Syarikat dan juga di India.. Bandingkan kedudukan pengundi dan syarat kelayakan mereka. Begitu tentang ketetapan tarikh pilihan raya dan segala macam ketelusan dan kemudahan yang terbuka untuk menyampaikan hasrat perjuangan kepada rakyat. Penggunaan “alat perang” seperti, televisyen, radio, akhbar dan kemampuan kewangan untuk segala macam “logistik” adalah berat sebelah.
Apa pun keadaan maka pihak
BA terpaksa berlawan. KECACATAN dalam peraturan permainan ini boleh atau sudah
dibuat satu senarai yang panjang.
Dengan tenaga dari fizik
yang “tempang” atau pincang dek disekat oleh berbagai peraturan, BA terus
lawan. Hasilnya walaupun kalah dari mata atau “points”, tetapi permainannya sangat cantik menyambut
tendangan dan “smash” dengan hantaran bola yang telah mendebarkan Barsian
Nasional. Pandangan dari segi “rules of
the game” ini belum begitu meluas ditulis dan dibahaskan oleh para peguam dan
pemimpin politik sehingga ke hari ini.
[ Apakah BA sibuk dengan makan-makan dan “forum kenal
suai” di hotel besar sahaja dan ke temu
dengan segala korporat. Hubaya, hubaya, hubaya jangan lupa kemudi, angin masih
kencang]
Pandangan kedua ialah seperti yang
kebanyakannya digambarkan dalam tujuh buah penulisan ringkas. Penulis tidak
pasti apakah ia boleh diterima dengan baik atau separuh masak oleh para analis
masyarakat dan politik. Sebagai kesimpulan saya berpendapat bahawasanya hal
yang berikut telah memberi kesan agak besar kepada “pola” pengundian yang telah
terbagi antara orang Melayu dan orang bukan Melayu terutama di Semenanjung.
1. Orang Melayu sudah lama
merasa akan kehilangan “expectatioin” kemerdekaan [pulihan martabat bangsa dan tanah air : memikul sejarah perjuangan iaitu amanah para pejuang yang
selama ratusan tahun melawan penjajah. Perjuangan politik bukan di tangga tahun
1946 oleh UMNO sahaja].
2. Apa yang dirasakan ialah
kepentingan budaya berkelompok dalam berbagai kehidupan orang Melayu tidak
dapat dipertahankan lagi dengan kepimpinan “cara baru” : “patriotisme”
sudah digantikan dengan nilai dan norma yang berlandaskan kebendaan. Hampir
semua bidang didasarkan pada untung-rugi “wang” atau “diprojekkan” begitu rupa di dalam syarikat swasta
gergasi, sedang dan kecil
Hakisan nilai dan norma pada
seni budaya, kemesraan keluarga, sosial jiran, kewibawaan bahasa, tanah, kebun
halaman, perumahan malahan nilai ilmu dan bentuk pendidikan merupakan satu yang
tidak dapat pegang dengan kukuh.
Sesuai dengan “arus” keghairahan politik wang maka berikut disalin satu daripada pandangan
Tan Sri Musa bin Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, antara lain sebagai berikut :
“ Q : How true is
that motivation for wealth makes memebrs [UMNO] vie for party post ?
A : That spirit of offering service for the sake of
service was slowly eroded. Service was
associated with position. As time went on, positions became associated with
sucess, and sucess was measured in terms of meterial wealth. There began the
problem of the Malay community. Once
position becomes associated with wealth, the pursuit of that position becmes
much more intense.
Q : Is that why money
politics crept into the party ?
A : Money politics was inevitable in view of what I have just said. So the answer is yes. Money politics is practiced everywhere Even opposition political parties need money for politics. The issue is how to ensure that money politics does not get so out of handas to cause the party to degenerate to a stage where everything can be bought. This is the biggest challege for UMNO.”- The Star, 27 Februari, 2000.
Untuk memahami apa yang
berterusan berlaku dalam UMNO dan juga masyarakat pimpinan BN, lihat saja apa
yang pernah di kecam oleh Tengku
Razaleigh Hamzah, “PEMBANGUNAN UNTUK SIAPA ?”, Biro
Penerangan, Semangat 46, 1993. :
Dipetik antara lain
.....“lebih aneh lagi, .....Trengganu naik daripada tempat keempat dalam
senarai negeri negeri yang mempunyai kadar kemiskinan tertinggi kepada tempat
pertama.” hal. 3 ; “Dulu, beberapa
orang hakim dipecat kerana mempertikaikan kebebasan kehakiman. Besok mungkin
mahkamah hanya sebagai pentas sandiwara kerana segala-segalanya ditentutkan
oleh pengaruh rasuah di jabatan kehakiman, polis, jabatan peguam negara dan
jabatan pentadbiran.....” hal. 19 ;
“Politik kepentingan puak dan suku sakat tertentu ini mejadi semakin ketara
apabila semua projek pengswataan
seperti Telekom, LLN (sekarang TNB) Projek Laluan Kedua Johor-Singapura
dan PEREMBA dikaitkan dengan puak-puak yang sama” hal 19.
Buku setebal 173 halaman, PEMBANGUNA
UNTUK SIAPA? cukup untuk memperlihatkan bahawa pembangunan bukan
untuk rakyat atau orang Melayu. Jika ia diberikan perangkaan (statistics)
sekarang ini oleh pemimpin dengan jujur, ikhlas dan murni mungkin lebih ramai
yang mahu sadar tentang isu politik yang dituduh fitnah.
3. Untuk memahami lebih jauh
sila lihat buku tersebut di halaman 104-118 Pencabulan Perlembagaan ; dan
halaman 119-141 Di Manakah Martabat Ummat Melayu merupakan fakta kemorosotan
perjuangan UMNO yang terasa oleh 70% pengundi Melayu kepada BA terutama kep[ada
parti Keadilan dan PAS.
Justeru dengan keadaan
demikian terasa pula bahawa harapan pada raja untuk mempertahankan
ketuanan Melayu kian tipis terutama di kalangan belia. Mereka terjauh atau
dijauhkan dari “istana”. Ikatan Melayu dan Malaysia dengan kesultanan kurang
dimengerti dan dihayati.
Apa yang terlihat ialah “orang
politik” lebih berkuasa kerana mereka boleh, dan telah pun meminda
undang-undang mengurangi hak Melayu dan raja.
Jika dahulu istana mempunyai jambatan melalui “datuk warisan”
yang dianugerah atas jasa pentadbiran dan pengukuhan budaya ; penghulu menjadi
penyambung dan melindungi budaya berkelompok (gotong ruyung yang luas) ; tetapi
sekarang “datuk anugerah” lebih merupakan datuk “berpolitik” dan “berekonomi”.
Malahan mereka yang mendapat gelar ada yang melakukan kesalahan jenayah dan
menggunakan gelar sebagai alat kemudahan peribadi. Penghulu pula lebih berdasarkan pada kelayakan akademik dan
pemilihan politik berparti daripada sebagai pewaris budaya dan penghubung
istana. Pendek kata, struktur budaya Melayu terhumban ambing mencari “pedoman”
dan pimpinan.
4. Agama Islam. Meskipun
begitu banyak bilangan orang lulusan agama, sekolah, maktab, universiti yang
meningkatkan kurikulum dan kursus agama Islam, orang Melayu dihadapi oleh
berbagai unsur yang di luar garis agama. Sumber Al_Quran, hadith, ijmak
ulama dan qias yang sepatutnya menjadi dasar dan pedoman tidak
diselaraskan dengan baik. Kegagalan pedoman tentang perihal yang berkaitan
dengan ibadat, munakahat, muamalat dan jenayah merupakan orang Melayu sangat
bergantung pada ulama “individu” yang kadang-kadang bercanggah dengan
pengajaran yang orang lain fahami.
a) Undang-undang yang
“disediakan” kepada Majlis Agama
Islam di setiap negeri tidak
selaras dan kurang berwibawa dalam berbagai kesalahan dan pembelaan
orang Islam.
[Menurut satu pendapat sejarah bahawa Majlis
Agama (Igama atau Ugama) disediakan oleh Penjajah adalah dengan tujuan untuk
menyekat Islam dari mencampuri politik dan pentadbiran negei. Dengan kata lain
ia hanya berkisar pada soal nikah, cerai, ibadah. Munakahat dan Muamalat
disempitkan ruang lingkupnya ]
b) Majlis fatwa lebih banyak “malu”
dan seperti “ampu pedoman” yang malap untuk mengeluarkan fatwa dalam berbagai
isu mengenai berbagai bidang kehidupan yang mencabar. Hal politik mereka
membisu seribu kata.
c) Kekosongan ijmak ulama
merupakan satu kepincangan dalam landasan hukum dan pedoman orang Islam di
negeri ini. Justeru itu keadaan
menjadikan orang Islam yang insaf sedih tentang penyelewengan dan kejahatan sosial yang kian bertambah di kalangan orang
Melayu. Ribuan sudah menyebut “good-by”
atau selamat tinggal Islam ; ratusan ribu seperti “bangkai
bernyawa” atau ketagihan dadah ; ratusan yang baung anak dan jual anak ;
ratusan ribu berani melanggar hukum Al-Quran dan hadith sahih. Ramai pemimpin
Melayu Islam terang-terangan rasuah.
[ Ramai orang apabila hendak membeli makanan memilih yang
halal, babi jauh sekali ; tetapi mereka tak fikir yang makanan halal tetapi
duitnya “haram”. Pergi haji “ifrad atau
tomatok” yang akbar pun mungkin tidak
atas titik peluh sendiri... ].
Seterusnya ikutilah kesimpulan dan rumusan, insya Allah, dalam
siri ke ix. Terima kasih.
dr_ahmadkamar@hotmail.com
28.2.2000.