DR. AQ~SESAT : DI MANAKAH “TUAN/HAMBA”
SEDANG BERADA ? (4)
Berikut adalah satu rajah
rumusan latar belakang sejarah bagi hampir semua sistem kehidupan manusia
“moden” yang mengambil FALSAFAH KEBENDAAN SEBAGAI RATU SEGALA ILMU. Mereka menolak tauhid sebagai dasar, lantas
justeru itu berlaku berbagai gejala dan penyakit sosiopolitik dan ekonomi. Rajah ini disunting dari petikan buku
“kecil” Ahmad Kamar, SIAPA YANG SONGSANG
? Sarjana dan Ulama. Agensi Penerbitan Nusantara, P. Jaya, 1981.
FALSAFAH
SOSIO-BUDAYA RUMAWI-YUNANI
/ \
/ \
UTOPIA UTOPIA
Masyarakat
yang lengkap
Masyarakat yang lengkap dan
sempurna (unggul) dan
sempurna (unggul)
/*
*\
/ *
*\
Liberalisme (bebas) Marxisme (mengekang)
/ \
// MASYARAKAT \\
// NEGARA \\
keadaan dua isme ini seperti batu ladung,
berayun-ayun ke kiri dan ke kanan,
menurut zaman Marx{isme ke zaman Liberalisme
dan begitu sebaliknya mencari kebenaran yang penuh dengan penderitaan dan
penipuan dalam pelaksanaan konsep dan
teori falsafah ilmu Greco-Roman
DEMOKRASI SEBAGAI ALAT PELINDUNG
ALSAN
BERTINDAK BAGI DUA ISME DI ATAS**
\\
//
SARJANA/INTELEK SARJANA/INTELEK
\\
//
\\
//
\\ //
ULAMA
DAN PENDITA DARIPADA BERBAGAI
**
* * *
*
AGAMA,
UGAMA [IGAMA]
mereka terjerat dalam dua sistem
ekonomi-politik justeru itu
mereka sukar mengatasi dilema dan ketiadaan wibawa
dalam kepimpinan.
!
!
!
!
TIMBUNAN KONSEP
TEORI
TIMBUNAN KOSEP TEORI
DAN UNDANG-UNDANG DAN UNDANG-UNDANG
[Lihat jutaan buku di perpustakaan yang berdasarkan falsafah
dan menolak tauhid]
!
!
Sarjana/intelek yang terkepung dalam falsafah ini dan mereka terus menerus mencari “kebenaran” yang terbatas. Ilmu untuk “kebaikan” hidup
berlawanan dengan ILMU untuk
TAUHID.
!
FALSAFAH MEREKA BERLANDASKAN
“TUJUAN
MENGHALALKAN CARA”
!
KEHIDUPAN KEBENDAAN
TERSEBUT, TINGGAL DI DALAM BELON YANG BOCOR. MEREKA SERONOK ; TETAPI DALAM
SEBENARNYA MEREKA MENUJU KEJATUHAN “AKHLAK” DAN BERCAKARAN SATU DENGAN LAIN
SEHINGGA ERLAKUNYA PERANG ATAU PEMBUNUHAN.
MASING-MASING BERLANDASKAN PADA “TUJUAN
MENGHALALKAN CARA” YANG DIPAKAI DARIPADA DIKTUM Machiavelli.
1. “Siapakah antara kamu yang tidak berdosa dan rejamlah batu ini kepada perempuan itu”. Semua orang
yang menuduh wanita tersebut sebagai penzina, diam terpaku. Sebab, mereka pun dua kali lima,
mempunyai berbagai dosa. [ sila lihat
Siapa Sesat dan Songsang ? (2)]
2.
Pepatah Melayu menyebut : mengata dulang paku
serpih ; mengata orang aku yang lebih !!!. Bagi pemimpin yang suka melempar
kesalahan kepada orang lain, tetapi diri sendiri juga “berdosa” diibaratkan seperti ‘ketam mahu mengajar
anaknya berjalan betul (lurus)’.
3.
REFORMASI BARAT : “.....Christian religion lost its cultural meaning and
influence : it was no longer the basic law for political and social life.
...saw the modern dilemma of the individual and the state in the Reformation.
This is true that in the Reformation, at least in its results, led to a
separation of religion and state, and consequently, of religion and morals, religion
and cullture, religion and education. Religion, finally became a private
affair...” Lihat M. Greiffenhagen, “On the Cocept of Social Science, Concept of
Man and Political Constitution. The Intelectual Role in German Politics,
Democracy and Technocracy” . IKIP, Dakarta, 1970.
4. Dari konsep kecantikan tubuh maka
muncul pula : Falsafah sukan
di Barat : Mens Sana En Copore Sano** yang bererti “otak yang sihat
berada dalam badan yang sihat”, sudah tidak benar lagi apabila ramai otak orang
yang berijazah dan dianggap“pandai” menjadikan ilmu mereka sebagai alat untuk
menipu. Jika dahulu bahawa seorang “gila” biasanya berpakaian kotor dan tidak
senonoh ; tetapi sekarang, mereka yang segak, lawar, cantik bertali leher dan
“bow” sudah jadi penipu dan pemakan suap (rasuah) yang canggih dan hebat bertaraf antara-bangsa
!!!. “Qarunisme” bersekongkol dengan
Fir`aunisme sebagai pewaris “Qabilisme”.
5. Keadaan sekarang dikatakan bahawa orang kian
“mabuk”, botol berserakan di lantai, dan mereka itu menuduh satu dengan lain
sebagai orang yang mabuk, banyak minum. Si X menuduh si Y mabuk kerana minum
whisky ; Y balas menuduh X minum brandy lebih banyak ; Si K pula menyatakan bahawa ia hanya minum
biar, itu pun campur es (air batu) ; manakala “dia” itu minum “johny
walker” berbotol-botol tidak mabuk pun. Apa
salahnya ?
Dia mabuk, orang mabuk, kita pening dan
masyarakat jadi “bingung”, tuduh menuduh menjadi lumayan. Tidak ada segan silu
lagi. Akhbar pun memakai berbagai lidah untuk cari makan. Haram jadi halal dan
halal jadi haram. Jadi kita sama menyemak “di mana kita berada ?”
6.** Demokrasi yang baik digambarkan “dalam satu negara merdeka ketukan pintu di
pagi buta bererti datangnya tukang susu ; dalam satu negara totaliter
[diktator], ketukan yang sama mungkin bererti datangnya polis khas untuk
mengambil seseorang dari rumah dan keluarganya dan kemudian dipenjarakan
dibuang atau dihukum mati dengan melalui satu proses “undang-undang” yang tidak
wajar. Untuk selanjutnya lihat isme-isem dewasa ini oleh William Ebenstienyang
memperkatakan tentang komunisme, fasime, sosiolisme dan kapitalisme yang telah
mempengaruhi seluruh kehidupan manusia yang berkuasa sekarang ini.
Sistem DEMOKRASI di
dalam sesuatu masyarakat yang ramai
penduduknya, tetapi kurang pendidikan adalah “gila”. Demikian, jika tidak
silap, Ayub Khan, Pakistan telah memberi pendapat. Hal ini diibaratkan bahawa
hak mengundi seorang yang buta-huruf sama hak
dengan suara seorang sarjana atau ulama. Ertinya, satu lawan satu. Jadi, dalam keadaan demokrasi seperti ini,
jika sepuluh orang yang tidak berpendidikan atau penjahat dapat mengalahkan
undi sembilan undi cendekiawan atau ulama.
Si penjahat jadi ketua menguasai segala
sarjana dan ulama.! Banyak
sekali kelemahan demokrasi dalam dua sistem pengundian dan ideologi yang telah
dikemukakan oleh penganalisis politik.
Pertama,
Falasafah
Roman-Yunani (Greco-Roman Philosophical knowledge) berdasarkan pada sifat
dewa-dewi mereka [antara lain yang berunsur tanah, air, api dan angin] yang kemudian di Barat tercetus tentang
nilai ilmu yang berdasarkan pertama, pada kebaikan atau “goodness” ; kedua, pendekatan ilmiah yang tertakluk pada
pencapaian panca indera semata ; ketiga, penghayatan kecantikan (aesthetics) **[Badan yang cantik bagi
perempuan dan segak bagi lelaki. Manusia mempamerkan tubuh mereka. Pakaian yang
berbagai “fashion” sehingga menjadi perniagaan yang besar dan direbuti manusia ; tubuh manusia dibentuk melalui
berbagai jenis sukan dengan falsafah “MENS SANA IN CORPORE SANO”, iaitu a sound mind in a sound body atau OTAK
YANG SIHAT BERADA DALAM BADAN YANG SIHAT. Sebaliknya, ramai lelaki yang
badannya sihat dan wanita berwajah cantik tetapi otak sudah tidak sehat lagi]
dan ; keempat, nilai keadilan yang berdasarkan
pertimbangan rasional dan lojik [ sila lihat kelemahan logik yang disiarkan dalam penulisan (2) iaitu antara
logik matematik dengan logik
undang-undang]
Kedua,
Semua orang ingin untuk menjadikan
masyarakat mereka selesa iaitu mewah, aman dan damai (UTOPIA). Pemimpin terpengaruh dengan fahaman politik
yang berdasarkan keinginan tersebut. Pendidikan yang telah menolak tauhid [ di
Barat menolak campur tangan igama Katolik] membentuk berbagai kursus atau
mata-pelajaran mengarah kepada pembangunan manusia. Lantas manusia dengan
pemimpin yang menggunakan “akal rasional” tadi memperkenalkan berbagai macam
sistem dan undang-undang.
Ketiga,
Timbul perdebatan mengenai keutuhan dan kewibawaan fahaman politik. Liberalisme yang
mengembangkan kapitalismre telah
ditentang oleh Sosialisme dan Komunisme sehingga berlaku perang
dingin dan perang panas. Masing-masing
ideologi menyatakan keunggulannya untuk manusia....Bukan lagi antara
“Qabilisme” dan “Habilisme” tetapi antara “Qabilisme” yang diwarisi oleh
FIR`AUN, HAMAN, QARUN dan BAL`AM dalam bidang masing-masing.... Seterusnya
ikuti sambungan (5), insya-Allah : dr_ahmadkamar@hotmail.com September, 2000.