Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PERSIDANGAN : AGENDA MELAYU DAN PERPADUAN KEBANGSAAN

Nota : Oleh sebab perihal yang tidak dielakkan, penulisan ini terlambat dikirimkan untuk kegunaan siber.. Bagaimanapun ia telah disampaikan kepada sekretariat perjumpaan berkenaan.

Hari Sabtu pagi, 21 April, 2001, bertempat di Kuala Lumpur, insya-Allah berlangsung Persidangan Agenda Melayu Dan Perpaduan Kebangsaan. Keputusan mengadakan persidangan ini adalah hasil dari berbagai pemikiran se kumpulan "ilmuwan" yang sudah lama, secara tidak rasmi bertukar pendapat tentang berbagai isu negara. Isu berkenaan bukan sahaja berkaitan dengan politik tetapi juga kepentingan sejarah dan bidang yang berkaitan dengan perlembagaan, pendidikan, bahasa, budaya dan ekonomi. Hal ini jauh sebelum dirasakan sebelum pilihan raya ke 10 dan pelawaan UMNO kepada PAS mengenai perpaduan Melayu. Mereka itu pada umumnya tidak terikat dengan dasar parti politik baik UMNO mahu pun pembangkang meskipun ada yang diundang itu orang politik. Namun ilmu adalah ilmu yang berdasarkan pada mencari kebenaran. Derma ala kadar yang diberikan bukan terikat pada tujuan lain daripada "ikhlas". Tiada "directive" yang ditonjolkan.

Empat bidang penting yang akan dibahas ialah PERLEMBAGAAN, POLITIK, EKONOMI dan PENDIDIKAN. Semua ini penting untuk mendapat perspektif yang sebenar iaitu landasannya. Bidang ini diketengahkan atas kesedaran bahawa banyak perkara berlaku lambat mencapai matlamat dan ada yang tergelincir dari landasan atau sejarah wadah bidang berkenaan. Penulisan, kata-kata dan rujukan bukan lagi hanya luahan tetapi semua itu adalah fakta. Fakta yang bercakap demi untuk kebaikan semua sebagai anggota masyarakat. Sebagai rakyat bukan lagi beban kewajipan yang ditonjolkan siang malam melalui media tetapi juga hak mereka. Hak itu ialah seperti juga hak pemimpin yang sama jenis manusia. Mereka diberi "kuasa sementara" untuk memegang amanah (trust). Ertinya mereka bukan untuk memeras dan berlindung atas keselamatan negara dan rakyat. Perbahasan, luahan rasa dengan lisan dan penulisan merupakan manifestasi dan "demonstrasi" supaya pemegang kuasa sementara kembalikan amanah bidang kehidupan pada landasan yang hak.

TRIAS POLITICA'

Penulisan ini, meskipun penulis sendiri bukan seorang peguam, ingin menyentuh tentang perlembagaan. Dr. Abdul Aziz bin Bari akan membentangkan kertas kerja dan disebut bahawa seorang hakim, akan mengulas. Begitu jadual awal.

1) Bagi penulis berpendapat ada tiga segi penting yang wajib diberikan perhatian iaitu Montesque~`TRIAS POLITICA' yang menyentuh badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan badan kehakiman (judicial). Dalam negara demokrasi di dunia ini, Amerika dikatakan melaksanakan pemisahan kuasa terbaik. Masing-masing "badan" mempunyai kuasa sendiri. Presiden atau orang politik yang menang tidak boleh campur "tangan" (tiada tangan halimunan) menekan hakim, pendakwa dan polis. Siapa salah tetap di bawa ke mahkamah. Dalam konteks ini kita boleh baca dan lihat bagaimana perjalanan hukum di Amerika (Federal state), England (unitary state) dan negara Eropah yang lain dibandingkan dengan negara Asia dan Afrika.

Bandingkan dengan negara yang diperintah oleh orang Islam. Kita dapati begitu berbeza, bukan ? Penguasa tertinggi mereka dikenakan kawalan dengan dasar "anti-third term", iaitu presiden tidak boleh "menongkat langit" walaupun "rakyat" mahukan dia memegang kuasa. Undang--undang menentukan bahawa presiden tidak boleh dipilih lebih daripada dua penggal. Undang-undang tidak tunduk kepada "sukaramai".

Ketiadaan 'Separation of Power' bagi "trias politica" ini menimbulkan "gangguan undang-undang" yang sekali gus jadi gejala "gangguan sosial" [ulasan gangguan sosial ini boleh diminta ulasan daripada ahli psikologi sosial] . Dengan demikian pihak berkuasa hanya "mengubati" atau membendung ganggu;an sosial dengan AKTA. Kian hari kian banyak Akta diperkenalkan. Justeru itu keadaan jadi kian payah. Untuk bergiat atau hendak bergerak terkongkong dalam kandang Akta.. Katakan, umpamanya seseorang itu dibatasi jangan berjalan pantas untuk ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan. Akhirnya, ia jadi kaku dan lumpuh. Masyarakat pun begitu sama ada ia kaku dan lumpuh atau meletus dan melawan. Jika terlalu banyak akta maka Perlembagaan negara tidak ada ertinya lagi. Akhirnya AKTA itulah yang jadi perlembagaan negara. Orang tidak tahu hak mereka yang tercatat dalam perlembagaan.

Keadaan ini sila banding dengan undang-undang di England, negara orang bukan Islam yang perlembagaan mereka tidak bertulis, tetapi ada "adat dan adab" atau kebiasaan masyarakat dengan "nilai dan norma" dihormati dan dipatuhi telah menjadi undang-undang atau peraturan iaitu Customary Laws, Sesungguhnya sejarah pertumbuhan dan pembinaan budaya tersebut, asal terasnya adalah pada kekuatan agama dan sejarah negara beraja mempertahankan maruah bangsa.

KETETAPAN (1) :

"Maka dengan ini saya mengesyorkan supaya "Trias Politica" tersebut dipulihkan dengan "pemisahan kuasa" secara mutlak demi kekuatan rakyat dan undang-undang ; dan kedua, mengurangi dan mempertimbangkan semua akta dengan kewibawaan undang-undang dan demokrasi yang tumbuh secara wajar."

APA ITU ISLAM ?

Dalam Akta kita akan ketemu dengan berbagai istilah seperti khalwat, nikah, cerai, talak dan berbagai lagi tetapi kita tidak ketemu tentang apa itu Islam..

ISLAM disebut sebagai agama Persekutuan [igama Persekutuan] sehingga kini ia masih merupakan suatu istilah yang tidak bertepi. Justeru itu, terdapat berbagai orang memberikan berbagai konsep dan pengertian yang berbeza. Dengan demikian pihak tertentu boleh menjadikan saluran (loopholes) melepas diri daripada tanggung jawab atau kesalahan.

Kelemahan Islam yang besar dalam perjuangan organisasi dan individu, bagi penulis, malahan Perlembagaan Persekutuan sendiri ialah kerana KETIADAAN DEFINISI DAN KONSEP rasmi yang boleh menjadi rujukan apabila istilah Islam digunakan, terutama dalam konteks undang-undang negara.

Apa sahaja retorik kita baik Dakwah Islamiah, Majlis Fatwa, Majlis Ulama, Majlis Syura dan Kepimpinan Ulama DI MANA SAHAJA DALAM DUNIA INI, akan sukar menyelesaikan masalah selagi kita ti;dak mahu memberikan satu definisi dan konsep yang mutlak tentang "APA ITU ISLAM ?"

KETETAPAN (2) :

"Dengan ini saya [dan kawan-kawan] mengesyorkan kepada semua pihak dan setiap orang Muslim supaya menumpukan perhatian pada pengertian istilah Islam yang diambil daripada Al-Quran, Hadith dan Ijma Ulama. Dengan demikian ia bukan sahaja akan membantu kita dalam kekuatan unsur Islam bagi Perlembagaan dan pelaksanaannya, tetapi juga untuk membimbing ummah di seluruh dunia". Wallahualam.

dr_ahmadkamar@hotmail.com
~April~Mei,2001.


        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 April 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com