Masa muda-muda dulu, kabarnya bapak aku memang peminat cerita Koboi (Cowboys). Nama-nama seperti Clint Eastwood memang dia hafal. Kemudian dia peminat cerita “Out-Laws”. Nama seperti Franco Nero tak lekang dibibirnya. Timbul pula siri cerita “Mafia”, haha… “Godfather” and Valaci Papers…hahah… jangan cakap dia tau semua. Nama-nama seperti Marlon Brondo, Al Pacino, Robert de Nero semua dia punya favourites.
Baru-baru ini, dia asik sangat membaca ahbar HARAKAH dan membaca Utusan Malaysia. Kemudian dia belajar macamana nak bukak Laman Reformsi di internet. Hihihih…sebagai orang pencen, kami tak kisah sangat. Anak-anak dah grad. Memang, apa juga software yang dia mahu, kami belikan.
Pantang kami ceritakan ada hardware tercanggih di Imbi Plaza, dia mesti mahu beli. Sekarang kumputer dia canggih gilerrrr…. Dia pakai Pentium3. Bila dengar Pentium4 nak keluar dia mau kitorang survey mana boleh beli. Komputernya sekarang jenis DELL yang ditempah khas dari sebuah syarikhat pembekal DELL di Pulau Pinang. Hardisk komputernya 14 gig. Screen 21”. Lengkap pulak dengan TV Card, sound system sub-woofer. Ada Scanner facilities, printer Lazer color HP.
Baru-baru ini dia ada cakap nak pakai ISDN line. Woooiii…ayah aku ni mau komputer dia “power” sakan…!! Bila kami tanya, apa yang menarik sangat dengan komputernya mau ‘speed’ gitu, dia jawap senang saja…”Aku tengok cerita MAFIA pun ada dalam komputer”..!!
Kitorang terperanjat jugak. Mana ada cerita “Mafia” dalam internet, kan?
Dengan nada sinis dia menjawab, “Kau orang dalam Laman Reformasi banyak tulis macam setan-jembalang “Mafia” ugut orang, fitnah orang, bunuh orang, pukol orang, belasah orang…. Apa, itu bukan jenayah Mafia ke?” saoalnya kepada kami adik-beradik. Tercengang juga kami!!
Adik perempuan aku yang baru Tingkatan 1 itu tercengang-cengah apa maksud perkataan Mafia itu. Ayah aku jawab senang saja, “Sesiapa yang mengugut orang, paksa orang cakap yang salah sebagai betul/benar, lakukan jenayah kemudian baling batu sembunyi tangan; rampas hak orang….itu Mafia punya kerja lah. Perangai setan!!..” kata ayah aku. Selamba saja mukanya.
Kemudian, satu petang; sedang kami berbual-bual dengan ayah, adik kami itu datang membawa akhabr harian Utusan Malaysia yang lepas (jadi alas buntut kuali dek ibu kami didapor). Ditunjukkan kepada ayah, “Kenapa mata Datuk Seri Anwar bengkak?”.
Ayah saya jawap, “Dia kena pukol dek Mafia “Melayu” Malaysia yang mengaku dirimya “Bapak Anjing”…”. Hihihih….kami semua ketawa berdekah-dekah.
Adik kami tanya lagi, “Kenapa tuan bapak anjing tu tak ‘perhambat’ bapak anjing tu?”
Ayah jawab, “Tuan bapak ‘segala’ anjing tu lah YANG SUROH…….!” Muka ayah aku memandang keluar rumah.
Nun jauh…..kami tengok sekawan anjing sedang berebut-rebut membaham seketul tulang sup yang baru kami buang dalam tong sampah.
“Tengok tu…anjing-anjing tu sanggop berebut-rebut tulang yang dah jadi sisa orang… Memang muka tak malu, tak ada maruah!!!” Kata ayah aku!!
Dia terus ke komputernya. Kami taulah apa yang dia akan tulis dan pos ke Forum FGR, Tranung Kite, Boikot, atau Pemantau.
Hehehehe….. hebat juga ayah kami yang canggih ini!!
Mohd Halim Abdul Wahab,
Kg. Padan KL